02 June 2010

Mediterranean Berdarah : Nukilan YDP BKAN Kelantan





Pelayaran damai misi keamanan
"Freedom Flotilla Lifeline for Gaza"
Sinar baru rakyat belasahan
Palestin yang bermaruah

"MV Mavi Marmara" diserang
Saksi kekejaman tanpa batasan
Mediterranean kini berdarah
Demi Gaza yang tertindas

Atas nama insan dan kemanusiaan
Atas nama agama dan keyakinan
Tangan-tangan yang mahu peduli ini
Akan selamanya beraksi

Zionis rejim apartheid Israel
Dunia akan jadi saksi
Keangkuhan kuasa dan kebiadaban manusia
Gaza yang telah engkau nafikan
Hak dan maruah insan

Jangan engkau sangka
Tangan-tangan yang kecil ini
Akan hanya berdiam diri
Lemah tidak berdaya

Selagi manusia masih punya Tuhan
Selagi ada jiwa kemanusiaan
Selagi umat masih ada doa tadahan
Palestin tidak akan dibiar sendirian
Sekalipun Mediterranean dipeluru hujan.

Muhammad Najid Abdullah
Kota Nasr, Kaherah
18 Jamadil Akhir 1431 H | 1 Jun 2010



0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal