20 June 2010

Nasihat Atau Leteran? Berapa Peratus Amalan Anda Hari Ini?


Wahai pemuda yang tua..

Risalah ini saya utuskan untuk mereka yang muda, tetapi perasan tua. Muka masih muda, tapi otak sudah "payah untuk berfikir". Kenapa ya? Hari-hari orang yang muda seolah-olah tidak sabar untuk menanti hari esok.

Antara perbuatan yang mereka lakukan untuk menanti hari esok ialah :

1. Bermain game FIFA

2. Tidur sebest-bestnya

3. Bermain seseronok yang mungkin

dan sebagainya..

Entahlah, kalau ada yang terasa. Cuma, kesimpulan yang dapat dilihat, kita sering melakukan perbuatan-perbuatan yang "makruh" dengan menyangka ia adalah "mubah" (harus).

Perbuatan yang makruh adalah perbuatan yang sia-sia. Agak-agak, sepanjang sehari kita hidup, berapa peratuskah amalan wajib yang kita lakukan? Berapa peratuskah amalan sunat yang kita lakukan? Berapa peratuskan amalan harus? Amalan makruh? dan amalan yang HARAM?

Di bawah ini satu kemungkinan hidup bagi seorang hamba Allah.. dan diselitkan beberapa ulasannya.

Amalan wajib : 10% (Solat-solat fardhu)

Amalan sunat : 0% (alaa... sunat je.. bukan wajib)

Amalan harus : 20% (makan.. kalau tak makan mati pulak..)

Amalan makruh : 60% (alaa.. makruh je pun.. bukan haram.)

Amalan haram : 10% (ala.. ada jugak ulama kata khilaf dalam masalah rokok)

WaLlahua'lam.. Peratusan ini mungkin berbeza pada setiap orang. Kadang-kadang, amalan wajib banyak, cuma kita jarang sedar. Amalan sunat.. Tambahkan dan perbanyakkan.. dan sebagainya.. Amalan makruh cuba kurangkan sehabis mungkin. Amalan haram.. lagi la, jangan dok gatal buat.

Setakat ini motivasi hari ini..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal