03 June 2010

Dato Shabery Dijemput Atas Kapasiti Pengerusi KULN Atau KBS?

4 hari, bermula daripada 22 hingga 25 Julai.. Tentatif Sukan 1 Malaysia belum disiarkan. Saya masih lagi nak tergelak apabila melihat acara yang disediakan.. Disebabkan tentatif masih belum disiarkan, maka soalan saya, adakah 10 Acara MENARIK ini sahaja yang akan dimainkan dalam tempoh 4 hari? 4 Hari dok main acara ini? (sila lihat senarai acara link)

Apakah objektif program? Adakah sekadar hendak berseronok?


Nama yang tertera, Dato Shabery Cheek, dijemput sebagai perasmi di atas jawatan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara.. Kenapa tidak diletakkan jawatannya sebagai Kementerian Belia Dan Sukan?

Kalau semua ini dirahsiakan, saya mendoakan agar perkara ini didedahkan sendiri oleh Allah Yang Maha Mengetahui. Jangan tipu mahasiswa dengan memperalatkan nama Kerajaan, sedangkan ia adalah program Kelab UMNO.

p/s : Pembetulan dibuat pada petikan tentang jawatan Dato Shabery Cheek. Terima kasih kepada Razali Ibrahim

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal