04 June 2010

Peruntukan Sukan 1 Malaysia 300 000.. Banyak Tak?


Tersiar di dalam satu ruangan Facebook di dalam ruang komen.. (sila cari sendiri)

Salah satu daripada komen di situ tersebut menulis bahawa peruntukan program ini adalah 300K sahaja ..

Saya rasa semua orang kenal "sahabat" yang berkata tersebut, dan anda tahu jawatannya. Cuma, saya ingin lontarkan persoalan adakah RM 300 000, LE 300 000, atau USD 300 000?

Ui.. banyak betul. Program 4 hari, yang bermain acara sukaneka al-baling-baling sayang.. Memakan peruntukan sebanyak ini? Kalaulah LE.. pun dah banyak, apatah lagi RM atau USD.

Entahlah, kalau benar 300 000 yang diperuntukkan, saya rasa agak membazir, bukan.. terlalu membazir!

Adakah benar-benar 300 000 tu semuanya digunakan? Atau ada potential buat duit? Saya harap tidak berlaku apa-apa penyelewengan. Jangan tukarkan matawang anda daripada "halal" kepada "haram".

Antara cara untuk buat duit ialah :

1. Memaksimumkan peruntukan, dan meminimumkan penggunaan. Buat kertas kerja letak harga habis tinggi, tapi bila time program, pilih cara yang paling koman.

2. Melantik orang-orang tertentu sahaja untuk disalurkan kewangan. Contohnya bahagian makanan orang tu.. bahagian penginapan orang tu juga.. pengangkutan pun sama.. Maka duit tersebut pusing-pusing kat situ.

Saya harap, Sukan 1 Malaysia ini tidak mengamalkan amalan terkutuk yang saya sebutkan ini. Tapi, 300 000 tu banyak sangat.. Macam-macam benda yang lebih berfaedah boleh dibuat. Terlalu membazir dengan menggunakan 300 000.. dan dibuat pulak di Nuwaibak.

Rasanya kat Kaherah pun boleh, kat Alex pun ada pantai. Bertambah keliru apabila tertera di dalam borang penyertaan, bayaran sekepala sebanyak LE 10. Dan sasaran untuk program ini sebanyak 1000 orang sepertimana yang tertera (di sini). 1000 X LE 10 = LE 10 000.. Dapat duit lagi.

Sekiranya penyelewengan ini tidak mahu didedahkan, mari kita sama-sama doakan agar Allah Yang Maha Mengetahui yang mendedahkannya. Ya Allah, sekiranya terdapat penyelewengan di dalam program ini, dedahkanlah supaya kami tidak tertipu.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

3 comments:

alias_safwan on June 6, 2010 at 2:19 AM said...

harap2 xd judi mase ni...:P

FAHMI on June 9, 2010 at 7:46 AM said...

baru perasan pos ni..
bajet lebey kurang RM300'***.00 la..itu yang dibentang oleh penasihat 2 UMNO-Cairo masa 1st meeting aritu..x tmasuk blanja kontijen dr negara2 timur tengah yg len..spt, syria,jordan,saudi..
blanje byk cketla dr Piala Presiden korg tu..

nk tau sbb ape ktorg meluat ngn org PAS/PMRAM?
- suke tuduh org len membazir..
- suke tuduh org len mkn duit secara batil..
- suke tduh org len tipu,smbunyi fakta..
- korg la paling Islam skali kt dunia ni..

what the...?

ahmad hisyam on June 10, 2010 at 1:25 AM said...

Kepada AWOLscholar : apa lg yg ko tahu?. Citer sikit.

Kirenye mmg betul la prgrm ni dikendalikan bawah UMNO-APCO? Ingat ke bawah KBS.

Rupenya RM 300,000.00 ingt ke LE 300,000.00 jd kalau convert = LE 513466.2364 . Setengah Juta!. Fuh...ingt ke RM 1.6 Juta. Cuba detailkan sikit duit ni disalurkan cam ner. baru lah jelas.

AWOLscholar adhoc yer?.

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal