03 June 2010

Solat Hajat Dan Qunut Nazilah Di BKAN Terengganu Bersama BP PMRAM


Kaherah, 31 Mei – Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) sebagai salah satu cawangan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah menyahut seruan PMRAM Pusat dengan mengadakan Solat Hajat Perdana dan Qunut Nazilah di Dewan Darul Iman, Rumah Terengganu, Hayyu Asyier. Solat hajat ini dihadiri sendiri oleh Presiden PMRAM pusat iaitu Al-Fadhil Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazimie dan juga beberapa orang badan pengurus PMRAM.





Solat hajat ini dianjurkan bagi memohon pertolongan Allah khas buat para peserta konvoi aktivis pro-Palestin yang diserang oleh tentera Israel baru-baru ini. Majlis bermula dengan solat Isyak secara berjemaah seterusnya Solat Hajat dan Qunut Nazilah yang diimami oleh Presiden PMRAM, Ustaz Sharizan bin Mohd Hazimie.

Seterusnya para jemaah dihidangkan dengan tazkirah khas yang disampaikan oleh ustaz Abdul Aziz bin Ali, selaku Badan Pengurus PMRAM angkat negeri Terengganu. Antara kalam pentazkirah adalah menyeru kepada semua mahasiswa untuk mengambil cakna tentang perkembangan isu semasa yang berlaku dalam dunia sekarang selaku mahasiswa Islam.

Yang di-Pertua KPT, Ustaz Mohd Riduan bin Abu Bakar, berkata ketika ditemuramah selepas majlis tersebut menyeru semua ahli KPT bersiap sedia sepenuh masa untuk menyahut seruan pimpinan PMRAM pusat, beliau juga mengutuk kekejaman dan penindasan yang dilakukan oleh rejim Israel keatas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Mengulas isu kelulusan lesen judi di Malaysia, beliau menegaskan ia adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang umatnya terlibat dengan perkara tersebut. Pihak KPT jelasnya, menggesa pihak Kerajaan mengkaji semula terhadap kelulusan lesen judi baru-baru ini. – Noorahmad Hakim Foto- Abdullah Amir.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal