02 June 2010

Terkini 4.57 am : Nicargua Putuskan Hubungan Diplomasi Dengan Israel

Sumber : Mini Pavilion PMRAM

04.57 pagi, Mesir/Palestin [09.57 pagi Malaysia] : Menurut akhbar AFP, Nicaragua telah mengeluarkan ketetapan bagi memutuskan hubungan diplomasi dengan Israel. Sumber berita Al-Jazeerah

02.55 pagi, Mesir/Palestin : Sebagaimana dilaporkan pada malam tadi, Israel akan membebaskan 120 aktivis/sukarelawan dan dijangkakan akan tiba jambatan Raja Hussien yang menghubungi Tebing Barat(Palestin) dengan Jordan. Dinyatakan, 120 yang dibebaskan itu dari Negara-negara yang tidak ada hubungan diplomasi dengan Israel.



Gambar: Kapal '8000' ketika ditawan lanun zionis setelah tragedi berdarah pada pagi 31/05/2010 di perairan antarabangsa, laut medittreanean.

Wartawan Al-Jazeerah, Yaseer Abu Hilalah melaporkan sebentar tadi bahawa aktivis-aktivis yang telah dilepaskan penjajah belum tiba lagi di jambatan tersebut.

Mengulas tentang keadaan di jambatan tersebut, wartawan menjelaskan di sini penantian aktivis disambut secara rasmi, wakil-wakil kedutaan, NGO-NGO dan wakil media dari peringkat antarabangsa dan tempatan telah berada di situ sekitar 5-8 jam yang lalu.

Dimaklumkan, setibanya aktivis-aktivis di jambatan tersebut, aktivis dari Kuwait akan berlepas pulang segera ke Kuwait, dan aktivis yang berwarganegara Jordan juga sedemikian, manakala lain-lain warganegara seperti, Indonesia, Mauritania, Yaman, Algeria, Pakistan, dan beberapa buah lagi Negara Arab akan menetap sementara di hotel Amman.

Setakat ini, MAP belum menemui apa-apa sumber berita mengenai aktivis/sukarelawan dari Malaysia mengenai pembebasan pada pagi ini.

Menurut sumber lagi, kemungkinan aktivis yang telah dilepaskan penjajah akan tiba dalam masa beberapa jam lagi. Sumber berita Al-Jazeerah

02.07 pagi, Mesir/Palestin : Web berita safa.ps menyiarkan satu laporan mengenai ucapan Presiden Israel, Shimon Peres(gambar), link wikipedia Shimon Peres.

Peres ketika menyampaikan ucapan di universiti Haifa semalam(petang Selasa), utara Palestin(tanah yang dirampas Israel) menyifatkan tindakan(operasi) komander tentera laut Israel ke atas armada pembebasan sebagai 'wira dan boleh dibanggakan malah boleh diteladani semua pihak'.

Shimon menyatakan bangga dengan tentera-tentera Israel yang rela menerima kepedihan dari orang lain yang bakal menerima kepedihan itu.

Mengulas tentang mangsa-mangsa serangan tentera penjajah yang terkorban dan mengalami luka parah, Perez berkata, 'mana-mana tentera di dunia akan melepaskan tembakan dari senjata yang mereka galas ketika keadaan yang penuh sangsi'. Sumber web berita safa.ps

Namun, menurut Hanin Zo'bi salah seorang ahli parlimen yang terlibat dalam armada pembebasan dan telah dibebaskan Israel, menjelaskan kapal armada pembebasan mula diserang bot-bot perang Israel dalam masa 10-12 minit, kemudian tiba helikopter Israel menurunkan komander tentera laut penjajah ke atas kapal Mavi Marmara.

Sumber berita Al-Jazeerah, jam 03.13 petang, Mesir/Palestin(berita semalam, 01/06/2010)

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal