02 June 2010

Terkini 6.09 pm : Israel Pindahkan Tawanan Armada Ke Lapangan Terbang

06.09 petang, Mesir/Palestin(berita ringkas) : Sumber dari safa.ps melaporkan dari Israel pada waktu asar tadi bahawa Tel-Aviv telah memutuskan bagi memindahkan semua tawanan armada pembebasan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di utara tanah yang dijajah 1948.

Menurut radio Israel, jumlah aktivis/sukarelawan armada pembebasan yang dilepaskan pulang seramai 630. Dinyatakan, proses yang diambil bagi menyempurnakan urusan pelepasan dalam masa beberapa jam akan datang.

Menurut berita Al-Jazeerah bahawa ketetapan penjajah berhubung pelepasan aktivis/sukarelawan itu tanpa didakwa atau dihadapkan ke mahkamah.

Keputusan pelepasan itu berikutan dari tekanan antarabangsa ke atas Israel bagi membebaskan kesemua sukarelawan/aktivis setelah tindakan penjajah menjejaskan hubungan antara Israel dengan Turki malah juga hubungan Israel dengan masyarakat antarabangsa.

Bagaimanapun, penjajah masih menahan sukarelawan dari Palestin 1948 yang menyertai armada pembebasan, terutamanya Ketua Gerakan Islam dalam garisan hijau, Syeikh Raed Salah, dan Hanin zo'bi telah dibebaskan semalam. Sumber web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal