20 June 2010

UPSR dan PMR Mungkin Akan Dimansuh


MUAR — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, wujud kewajaran untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, ketika ini aspek pembelajaran dilihat lebih berorientasikan peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.

Walaupun begitu, tambah beliau, peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukan sebagai peperiksaan awam.

Bagaimanapun, Muhyiddin menegaskan bahawa, pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya. - Bernama


Sebelum ini, sudah banyak benda yang "mungkin" dimansuhkan. Antaranya biasiswa, mahasiswa luar negara, PMR dan UPSR... Tapi, sehingga kini, ISA masih belum dimansuhkan.. Bila ye..?

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal