09 June 2010

Yahudi Di Timur Akan Menghantar Bantuan Ke Gaza, Apa Pandangan Anda?

Terbaca di dalam Era Muslim memberitakan bahawa Organisasi Jews for a Just Peace in the Middle East dan dan Jews for Justice for Palestinians di Inggris telah mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk menghantar misi bantuan ke Gaza. Sila baca berita itu di sini (link), bertarikh hari ini, 9 Jun.

Pulak dah.. Daripada berita ini, ada dua kemungkinan,

1. Samada mereka akan dibenarkan masuk ke Gaza untuk memberi bantuan,

2. Ataupun mereka akan dihalang dan disekat oleh Yahudi sendiri.

Sila lihat gambar di bawah :


Saya mengharapkan agar kemungkinan kedua benar-benar terjadi


Kemungkinan Pertama

Maka, sekiranya kemungkinan pertama, akan membuktikan bahawa "mereka ingin menyebarkan dakyah Yahudisme", untuk menunjukkan dunia bahawa Yahudi sebenarnya baik. Di kala semua negara Islam dihalang daripada memberi bantuan, tiba-tiba mereka berjaya melepasi halangan tersebut.

Maka, akan terhasil satu serangan pemikiran, terutamanya dalam merosakkan Hamas di Palestin. Apabila bantuan sampai di Gaza, takkanlah depa nak boikot bantuan tersebut (walaupun daripada Yahudi). Ini kemungkinan pertama.

Kemungkinan Kedua

Kemungkinan kedua, mereka memang benar-benar ingin memberi sumbangan, dan akan bertembung di antara dua Yahudi. Yahudi yang bersifat zionis, dan Yahudi yang tidak bersifat zionis. Maka, Yahudi akan bertembung sesama mereka, dan apakah yang terjadi?

Lutz Edith, salah satu penyelenggara kapal mereka mengatakan, "Israel telah menunjukkan kepada dunia kebrutalan mereka ketika menyerang armada Kebebasan."

Kesimpulan

Saya tidak berani menghukum di antara dua kemungkinan ini. Cuma, saya berharap supaya kemungkinan kedua ini bakal terjadi. Kita doakan kepada Allah, supaya memberi kesedaran kepada mereka. Dan sekiranya ini adalah perancangan jahat sepertimana kemungkinan pertama, kita doakan kepada Allah agar Allah menggagalkan perancangan tersebut.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal