15 July 2010

3 Resolusi Dicapai Dalam Wacana Semasa

KAHERAH, 15 Julai - Program Wacana Semasa bertajuk "Keruntuhan Akhlak Mahasiswa" anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dengan kerjasama Taakhi BKAN Johor dan Kedah yang bertempat di dewan BKAN Kedah, Hayyu Sabik mencapai 3 resolusi. Resolusi tersebut dibiuat oleh para hadirin yang datang semalam ke wacana semasa tersebut selepas mendengar kupasan dan pendedahan yang disampaikan oleh para panel wacana semasa.

Panel pertama, Saudara Mohd Hakimi Hussein yang merupakan Timbalan Ketua Unit Hisbah PMRAM mendedahkan statistik gejala sosial atau keruntuhan akhlak di kalangan mahasiswa/wi di Mesir pada tahun 2008 dan 2009. Hasil yang didapati bahawa statistik pada tahun 2009 adalah meningkat dan membimbangkan. Antara gejala sosial yang didedahkan ialah bersedudukan (khalwat), hubungan tidak syarie, chatting tidak syaríe, dedah aurat, pergaduhan dan sebagainya.

Panel kedua pula yang merupakan jemputan khas daripada Malaysia, Ustaz Mohd Suhaimi, Ketua Penolong Pengarah Dakwah dari Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan menjelaskan senario masyarakat khususnya di Malaysia masa kini yang semakin parah dalam isu keruntuhan akhlak. Beliau yang pernah bertugas selama 7 tahun dalam unit Hisbah di negeri Kelantan sedikit sebanyak berkongsikan pengalaman dalam menangani kes-kes gejala sosial yangh berlaku. Bahkan, tambah beliau punca utama dalam isu ini ialah apabila penghayatan ke atas agama Islam itu tiada.

Wacana semasa tersebut semakin rancak dengan soalan celahan secara spontan oleh moderator, Saudara Muhammad Mujahid Ir Fadzil. Beberapa soalan secara spontan berjaya mendedahkan isu-isu yang berlaku di kalangan mahasiswa dan terbukti apabila kedua-dua panel wacana semasa bersetuju bahawa kesedaran dalam diri mahasiswa tiada yang menyebabkan walaupun mahasiswa memahami agama namun tidak lepas daripada melakukan kelakuan yang tidak senonoh.

Kemudian, moderator membuka ruang kepada hadirin bagi menyuarakan pandangan mengenai isu keruntuhan akhlak mahasiswa dan sesi soal jawab selama sekitar 20 minit sebelum dijawab oleh para panel.

Sebelum moderator menamatkan wacana semasa, 3 resolusi telah pun dicapai bersama dalam isu ini iaitu :

1) mahasiswa di Mesir, khususnya ahli PMRAM mesti cakna dengan isu semasa yangb berlaku terutama yang berkaitan dengan gejala sosial.

2) Ahli PMRAM mesti bersiap sedia dalam memperkasakan Unit Hisbah pada setiap masa.

3) Ahli PMRAM khususnya mesti memperkasakan hubungan dalam membantu Unit Hisbah dengan melakukan beberapa perkara seperti kerap melakukan ziarah, dan juga merapatkan jurang dengan mahasiswa perubatan.

Dan diakhir wacana tersebut, Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan menyampaikan cenderamata kepada para panel dan moderator. Majlis di dewan BKAN Kedah diakhiri dengan solat Isyak berjemaah yang diimami oleh Presiden PMRAM dan jamuan ringan kepada para panel dan moderator.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal