28 July 2010

Kesal, Exco Perak Dipinggirkan Daripada Program Delegasi

Saya agak kesal dengan tindakan En Muhaimin apabila beliau telah meminggirkan Exco Perak dalam melaksanakan Program untuk Delegasi. Tak bincang pun.. padahal setiap kali program KPIPM, Exco berbincang dengannya.

Beliau sendiri mengakui ketika Perjumpaan Delegasi bersama AJKT yang diadakan di Rumah Perak B. Apabila ditanya, kenapa Program Ramah Mesra yang diadakan pada malam itu, 26 Julai, tidak dibincangkan dahulu bersama Exco?

Lalu beliau menjawab, apabila beliau pulang dari bercuti, beliau melihat AJKT agak sibuk dengan bermacam-macam tugasan, lalu beliau pun mengambil beberapa orang untuk dijadikan AJK program.. huhu.. Alasan yang tidak professional.

Adakah patut, disebabkan Exco sibuk, beliau buat kerja belakang? Tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Exco?

Lebih kesal apabila banner yang digantung di hadapan rumah Perak, tidak tertulis pun nama KPIPM .. apa yang ditulis "Anak-anak Perak" yang menyambut kedatangan Delegasi. Entah lah..

Selama ini, KPIPM diamanahkan untuk menyambut Delegasi.. Tetapi ketibaan Delegasi kali ini, pelik sikit. Semuanya Bakal Pegawai tu yang buat, tanpa perbincangan dengan Exco. Iklan pun keluar sendirian berhad, banner pun sama.. dan lain-lain.

Selama ini Exco cuba mengadakan hubungan yang baik dengan perbincangan bersama beliau.. walaupun surat pengesahannya sebagai pegawai masih bermasalah.. Tetapi kenapa beliau pula yang ketepikan Exco dalam program kali ini..

- Ibnu Ir Fadzil

1 comments:

Unknown on July 31, 2010 at 1:49 PM said...

kalau ikut hati yang marah..nak jer suruh sume org boikot jer si muhaimin tuh,dia ni jenis syok sendiri padahal org tengok mmg dia ni xdak keje..buang masa je bg dia jd pegawai..xtahu pon buat keje..sian mak ayah dia dapat anak mcm ni...pesan aku pada exco perak,suh la si muhaimin ni bertaubat dari keja2 yang dia buat..xkan da tua nanti baru nak beringat??so...ingat la semoga sempat bertaubat...

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal