07 April 2010

Terkini 5.29 : HEWI Perak Baru Balik Dari Ziarah Ibu Mangsa

Baru beberapa minit tadi, Ahli Jawatankuasa HEWI pulang dari menziarahi ibu Allahyarham Mohamad Hafizul Husna bin Mohamad Salehuddin. Jam 1 petang tadi, ibu dan sanak saudara jenazah dengan diiringi oleh Yang Dipertua Perak baru pulang dari JPMK dan terus ke Hayyu Asyir untuk melihat tempat solat jenazah didirikan.

Pada jam 2 petang, mereka tiba di Hayyu Sabiek. Ustaz Shahrizan Hazime turut hadir dalam perjumpaan bersama JPMK dan pihak Kedutaan. Sila rujuk berita yang akan disiarkan di dalam blog KPIPM.
Baca seterusnya

Logo Halal JAKIM Dijual Dengan Harga RM 3000

Sila lihat gambar di bawah.. Sebuah laman web menjual logo halal dengan harga RM 3000, boleh. Samada mereka buat kerja haram, atau saya yang tersilap tengok. Sila lihat gambar di bawah, dan klik pada link yang disediakan. Kalau nak besarkan, sila klik pada gambar.




Baca seterusnya

Hasil Cukai Judi 2009 Sebanyak RM 1.199 Billion!

Eh, banyaknya hasil cukai yang diterima daripada syarikat-syarikat judi.. Sehingga boleh mencapai 1.199 Billion. Nak kata, keuntungan syarikat-syarikat judi lebih berganda-ganda daripada itu. Saya tak pasti, berapa peratuskan cukai yang dikenakan kepada syarikat-syarikat judi ini. (sila rujuk di bawah)

Mesti si peniaga judi ni kaya raya sehinggakan hasil cukai yang dipungut boleh sampai berbillion ringgit. Satu angka yang cukup banyak. Perkara ini telah diumumkan Timbalan Menteri Kewangan Chor Chee Heung, di dalam Dewan Rakyat hari ini.

Sumber

Terdapat dua link yang menjadi sumber rujukan :

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/04/wow-cukai-judi-rm1199-billion-haram.html

http://mutaligat.blogspot.com/2010/04/malang-bagi-umat-islam-malaysia-wang.html

Berapakah bayaran cukai 2009?

Di dalam web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiarkan kadar bayaran cukai, seperti berikut :




Sekiranya 27 % = RM 1,199,000,000, maka keuntungan hasil judi dalam negara ialah : RM 4 440 740 741!!

RM 4.44 Billion!

Uiyoo.. Sila betulkan kalau saya tersilap kira..

link : http://www.hasil.gov.my/lhdnv3/individuIndex.jsp?process=21000&menu=13&expandable=1
Baca seterusnya

Persidangan KDN dan APCO Di Dalam Web Rasmi

Berita pertama : harakahdaily

Portal KDN sahkan APCO terlibat

KUALA LUMPUR, 6 April: Lawatan firma perundingan antarabangsa APCO Worldwide (APCO) ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 28 Oktober tahun lalu, seperti yang dilaporkan oleh laman iKDN, portal rasmi kementerian (gambar atas) tersebut seolah-olah memberi satu jawapan berhubung sejauhmana firma yang dikatakan pro Zionis-Israel itu berperanan dalam urusan keselamatan dalam negara.

Munurut portal rasmi kerajaan itu, http://www.ikdn.org, KDN telahpun mengadakan pertemuan dengan beberapa perunding antarabangsa paling lewat pada 23 Oktober tahun lalu.

Pertemuan itu, menurut portal KDN, adalah pertemuan kali yang kedua dari empat pertemuan seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Jelas sumber itu lagi, persetujuan KDN melantik APCO merupakan aktiviti kesinambungan dari program 'Supporting The Goverment Of Malaysia: Building Intergrated Goverment Communication' anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri.

Lebih mengejutkan, portal tersebut mendedahkah, dua siri pertemuan tersebut dipengerusikan sendiri oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam. (gambar)

Pemakluman rasmi itu sekaligus mengesahkan dakwaan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sebelum ini, bahawa perlantikan APCO boleh mengakibatkan keselamatan dalam negeri terdedah pada firma pro Zionis-Israel tersebut.

18 Mac lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan lisannya kepada Dewan Rakyat memberitahu, inisiatif kerajaan melantik APCO menguruskan perkhidmatan komunikasi menyeluruh dalam kerajaan supaya kerajaan mampu meningkatkan lagi kapasiti perkhidmatannya dalam bidang komunikasi.

Jawapan Nazri itu adalah mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berita kedua : http://www.ikdn.gov.my/358.html

Sesi APCO Worldwide

Satu perjumpaan dengan konsultan media luar negara merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Ia bukan bertujuan mengagung-agungkan perunding media luar tetapi sebaliknya untuk melihat sejauhmana kepakaran dan pengalaman mereka boleh memberi manafaat kepada kita.

Lawatan APCO Worldwide dari United Kingdom pada 23 Oktober 2009 yang lalu ke KDN adalah siri kedua dari 4 siri pertemuan mereka dengan Unit Komunikasi Korporat. Pertemuan ini diisi dengan pembentangan tips-tips kaedah media. Lawatan ini adalah kesinambungan dari program 'Supporting The Goverment Of Malaysia: Building Intergrated Goverment Communication' anjuran JPM bertujuan meningkatkan lagi hubungan dua hala di antara media dan agensi-agensi Kerajaan.

Pertemuan ini membolehkan kedua belah pihak saling berbalas tanya. Encik Mike Granatt yang menjadi jurucakap kepada 3 rakannya yang lain bertanya strategi dan kaedah komunikasi yang dilaksanakan oleh Unit Komunikasi Korporat KDN.

Team APCO itu melahirkan rasa kagum di atas tindakan kehadapan Unit Komunikasi KDN yang telah lama mengadakan pertemuan bersama editor-editor kanan media perdana dan mesyuarat pengurusan komunikasi peringkat kementerian. APCO juga kagum kerana penglibatan pengurusan atasan dalam kedua-dua aktiviti ini. Kedua-dua mesyuarat ini yang diadakan secara bulanan dipengerusikan oleh Dato Sri' Mahmood b. Adam. KSU KDN.

Berkenaan dengan portal berita ikdn pula, APCO memaklumkan inilah kali pertama dalam lawatan pertama mereka ke lapan kementerian setakat ini, KDN yang paling menonjol dari siap siaga berurusan dengan hal ehwal media. Portal berita ikdn dilihat sebagai kefahaman KDN menangani dan berurusan dengan media baru.

Bagaimanapun APCO melihat KDN perlu juga memberi perhatian kepada pertemuan dengan wakil-wakil berita luar negara yang membuka pejabat mereka di Malaysia. Sungguhpun Puan Jamilah Taib, Ketua Komunikasi Korporat KDN memaklumkan bahawa perancangan itu berada dalam fasa kedua aktiviti Unit memandangkan kekurangan pegawai berkelayakan, Encik Mike berpendapat waktu itu tidak boleh dilengahkan lagi kerana media barat selalu membuat andaian sendiri bila mereka gagal mendapat sumber berita yang dimahukan.

Gambar-gambar





Baca seterusnya

Ibu Jenazah Menziarahi Kubur Allahyarham Hafizul Husna


sumber : kpipm64.blogspot.com

6 APRIL - Selepas berlaku insiden kemalangan maut baru-baru ini, Yang Dipertua KPIPM telah menghubungi ahli keluarga mangsa. KPIPM dimaklumkan bahawa ibu jenazah, Nur Azizah binti Sulaiman akan berkunjung ke bumi Mesir bersama beberapa orang sanak saudara.

Pagi tadi, sepertimana yang dijangkakan, ibu dan sanak saudara jenazah tiba di bumi Mesir, dan sempat berbincang dengan pihak KPIPM untuk mengatur jadual perjalanan mereka di bumi Mesir.

Pada jam 1.39 petang, Yang Dipertua bersama ibu dan sanak saudara mangsa mula bertolak dari Hayyu Sabiek dengan menggunakan dua kenderaan.

Dalam masa yang sama, Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Amin bin Abd Rahman menjemput Ustaz Syed Aisam yang bertanggungjawab dalam menjaga kawasan perkuburan Melayu, bertolak ke sana.

Mereka tiba di kawasan perkuburan sepertimana yang telah dijadualkan.

Ustazah Nur Azizah binti Sulaiman, ibu mangsa menceritakan kepada beberapa orang yang berada di situ beberapa kisah berkaitan dengan anaknya.

"Allahyarham pernah memesan kek daripada saya, untuk dikirimkan ke Mesir. Tetapi hajatnya tidak kesampaian apabila kek tersebut tidak sempat untuk saya sediakan", katanya.

"Selain itu, insiden yang menimpa Allahyarham, hampir sama dengan apa yang terjadi pada bapanya dahulu. Juga meninggal dunia dalam kemalangan, dan bentuk pelanggaran pun hampir sama", katanya lagi.

Selain itu, beliau menceritakan bahawa tarikh kematian suaminya pada 1 April, manakalah kematian Allahyarham pada 4 April.

Ustaz Syed Aisam, selaku Yang Dipertua Perlis dan juga penjaga kawasan perkuburan Melayu menyifatkan bahawa kehadiran pengiring jenazah Allahyarham adalah paling ramai setakat ini. Bermula dari solat jenazah, sehinggalah ke tanah perkuburan.

Yang Dipertua, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir berkata, Allahyarham adalah seorang yang baik, hafiz al Quran, rajin bertalaqqi, rajin mengajar, memberi komitmen dalam usrah dan persatuan, rajin membantu ibu dan bapa saudaranya yang berada di sini, hebat dalam pengajian dan study group, dan sebagainya.

"Insya Allah, KPIPM akan cuba mengetengahkan perkara ini ke pihak Kedutaan dan JPMK untuk membawa kes ini ke peringkat kerajaan Mesir" katanya.

Beliau berkata lagi, bahawa perkara ini telah dimaklumkan kepada Dato Syeikh Mohd Nor Masnur al Hafiz, Pengarah JAIPk, dan pihak JAIPk bersedia untuk memberi bantuan dan kemudahan yang diperlukan oleh persatuan dalam pengurusan jenazah.

Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak persatuan atas pengurusan yang dilakukan dalam memberi kebajikan kepada ahli, dan keprihatinan dalam menjaga rakyat Perak di bumi Mesir.
Baca seterusnya

Terkini 9.32 : Sanak Saudara Jenazah Akan Bertolak Ke JPMK

Lagi beberapa minit, ibu dan sanak saudara Allahyraham Mohammad Hafizul Husna bin Mohamad Salehuddin akan bertolak ke Pejabat JPMK bersama Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir. Semoga selamat sampai. Sila lihat "berita rasmi" yang akan menyusul di dalam blog KPIPM nanti.

AJK HEWI yang pada mulanya merancang untuk menziarahi ibu jenazah pada pagi ini, menangguhkan waktunya. Mungkin selepas mereka pulang dari pejabat Kedutaan. Sama-sama kita sedekahkan al Fatihah untuk Allahyarham.
Baca seterusnya

Luahan Hati Seorang Hisbah


Isu maksiat di bumi Mesir memang sudah sampai tahap bahaya. Apabila saya membaca post terbaru dalam blog info kini bertarikh 7 April, sebak hati saya. Bukan sebak disebabkan komen yang terlalu banyak, tetapi sebak disebabkan "orang masih lagi tidak belum boleh menerima bahawa Mesir sedang dipenuhi dengan sarang-sarang maksiat".

Macam-macam orang kata sekiranya kita ingin menjalankan dakwah dan amar makruf nahi mungkar. "Mana orang-orang yang dok sembang dakwah bil himakmah ni?" Orang yang bercouple di sebelah katil pun tak berani nak tegur? Bil hikmah la katakan. Padahal dia sendiri tidak memahami maksud "hikmah" yang sebenar.

Memang betul. Orang yang buat maksiat pada hari ini kacang sahaja.. Kalau nak cegah maksiat, macam-macam kena. Kena ugut, kena fitnah, dan macam-macam lagi kena. Kalau yang si perempuan tegur kawannya bercouple, si lelaki pulak yang nak tunjuk hero dengan men"sound" perempuan tersebut.

Kalau si lelaki yang tegur.. akan dikatakan "gatal nak jaga tepi kain orang..". Bukan si pakwe yang cakap macam tu, si perempuan paling lantang bersuara mempertahankan cinta koboi mereka. Macam hampeh.

Kadangkala, kita tidak sanggup nak dedahkan.. Tak sanggup nak siarkan dalam blog. Kesian tengok. Tapi mereka tak kesiankan diri mereka. Ada yang sanggup berpakaian perempuan semata-mata untuk mengaburi mata tuan rumah, lalu masuk ke rumah sewa akhawat. Ni kerja gila campur bodoh dan bangang kuasa dua.

Baru-baru ni, ada akhawat kita dirompak... bila? sebab apa? di mana? siapa? dan bermacam-macam lagi persoalan. Bila ditanya, kami menjawab.. "Jangan heboh lagi, akhawat tu dalam keadaan tertekan sekarang. Bukan dia seorang sahaja.. Pernah berlaku sehingga akhawat ni cabut lari dikejar seorang arab, sampai terpaksa masuk ke rumah ikhwah berhampiran. Tak takut ke keluar malam tanpa msyrif?

Pernah terjadi bersekedudukan di dalam sebuah rumah.. raba-raba.. telanjang depan web cam.. dan sebagainya. Kenapa tak dedah? Kalau dedah hint pun orang dah komen macam-macam, apatah lagi kalau dedah semuanya.

Kita bukan nak sangat dedahkan semua ni. Yang kita nak ialah jawapan kepada persoalan "DI MANAKAH ORANG YANG NAK CEGAH MAKSIAT NI?" dan "DI MANAKAH ORANG YANG NAK BERSAMA MEMBANTU CEGAH MAKSIAT?" Hangpa buta ke? Nak tunggu sampai kawan berzina di bilik sebelah baru nak tergadah? Di manakah sokongan umat Islam hari ini kepada sebuah unit yang nak cegah maksiat? Bukankah umat Islam adalah umat terbaik?

Memang ramai yang boleh cakap.. Memang ramai yang boleh menyokong dengan mulut.. Memang ramai yang pandai sembang.. Memang ramai yang hebat memberi cadangan dan kritikan.. Memang.. memang.. memang.. Tapi.. Siapa yang nak buat? Siapa yang sanggup diugut? Sanggup difitnah? Siapa.. Siapa dan siapa?

Sama-sama kita fikirkan bersama..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Payudara Bersilikon Boleh Meletup!

hiasan


STOCKHOLM: Agensi produk perubatan Sweden, Lkemedelsverket, dilaporkan menyekat tiga jenama silikon implan payu dara berikutan risiko produk itu meletup.

Agensi terbabit mengesahkan, langkah itu diambil berikutan keputusan pihak berkuasa Perancis melarang implan yang dihasilkan menggunakan Poly Implant Prothese (PIP).

Sejak 2001, dianggarkan 35,000 hingga 45,000 wanita Eropah menjalani pembesaran buah dada menggunakan implan palsu.

Tiada angka rasmi bilangan sebenar wanita Sweden yang terjejas akibat implan palsu terbabit manakala di Perancis kira-kira 1,000 wanita ditawarkan alternatif.

Berapa ramai yang menggunakan implan jenis itu adalah maklumat yang cuba kita ketahui. Kami harap dapat menyiarkan maklumat terbabit secepat mungkin, kata Staffan Strmberg dari agensi terbabit.

Bagaimanapun, di sebalik larangan agensi itu terhadap produk berkenaan, Stromberg berkata, beliau tidak melihat sebarang sebab untuk wanita Sweden yang menjalani implan terbabit untuk terlalu bimbang.

Implan PIP dilarang oleh Perancis selepas satu laporan bahawa ia mungkin meletup berikutan kesilapan campuran silikon.
Produk berkenaan kini ditarik balik dari pasaran Sweden dan klinik di negara itu juga dilarang daripada menggunakannya.

Pakar bedah Ulf Samuelsson di akademi klinik Stockholm mengesahkan mereka tidak pernah menggunakan implan palsu.

Dalam perkembangan berkaitan, penyelidikan terbaru mendapati semakin kurang wanita akan menggunakan implan payu dara pada tahun ini.

Penyelidik pasaran, firma Mintel, menurunkan anggaran penggunaan implan itu bagi 2010, kata akhbar The Times.

Laporan itu didedahkan ketika wujud trend di Hollywood menunjukkan selebriti terkenal memilih untuk membuang implan manakala studio juga memilih pelakon dengan buah dada asli.

Antara selebriti yang sudah membuang implan mereka termasuk Pamela Anderson, Katie Price dan Victoria Beckham, tahun lalu.
Baca seterusnya

Video Serangan Apache Di Baghdad



WASHINGTON: Sebuah laman web semalam menyiarkan video mengenai serangan tentera Amerika Syarikat menggunakan helikopter Apache ke atas Baghdad tiga tahun lalu yang mengorbankan dua kakitangan agensi berita Reuters.

Laman web WikiLeaks itu mengakui video berkenaan diperoleh daripada beberapa anggota tentera Amerika.

Klip video pada Julai 2007 itu menunjukkan gambaran dari atas beberapa lelaki di jalan raya Baghdad, termasuk dua yang kemudian dikenal pasti sebagai kakitangan Reuters, iaitu Namir Noor-Eldeen dan Saeed Chmagh.

Sekurang-kurangnya dua individu dalam video itu didakwa mereka membawa senjata tetapi kebanyakan mereka tidak bersenajata.

Juruterbang Apache berkenaan dikatakan melakukan kesilapan apabila memberitahu kamera yang dipegang dua kakitangan Reuters berkenaan adalah pelancar roket atau RPG.

Ketika itu, juruterbang Apache memaklumkan bahawa beliau mengesan “lima hingga enam orang bersama senjata AK-47” dan meminta kebenaran untuk menyerangnya.

Juruterbang Apache itu kemudian mula menembak dengan salah seorang di dalam pesawat memberitahu “mayat bergelimpangan di sana”

“Tengok semua ‘anak haram’ itu sudah mati,” kata seorang lagi rakannya.

Seorang lagi menjawab: “Ia (tembakan) hebat.”

Seorang daripada juruterbang itu mengarakan salah seorang lelaki yang cedera itu mengambil “senjatanya” supaya juruterbang itu boleh menembak semula ke arahnya.

Beberapa minit kemudian, sebuah van dilihat mengambil mangsa yang maut dan cedera sebelum ditembak balas oleh juruterbang Apache.

Dua kanak-kanak di dalam can berkenaan cedera sebelum diselamatkan tentera Amerika yang kemudian tiba di tempat kejadian.

Pegawai tentera Amerika bagaimanapun menyifatkan video itu “tidak memberi maklumat baru dan tidak lebih daripada rakaman videa.

“Sejak 2007, kami mengetahui semuanya yang terkandung dalam video itu.

“Kami mengetahui serangan yang berlaku di mana dua kakitangan Reuters terbunuh.

“Kami juga mengetahui dua kanak-kanak cedera,” kata pegawai berkenaan.

“Senjata RPG dalam video itu memang yang betul. Kami berdepan dengan musuh dan pemberita di kawasan tentera Amerika sedang menjalankan serang hendap.

“Pada masa sama tidak tidak boleh mengenal pasti dengan betul sama ada kakitangan Reuters itu membawa kamera atau senjata,” katanya.

Dalam satu kenyatannya, Ketua Pengarang Berita Reuters, David Schlesinger berkata, kematian Namir Noor-Eldeen dan Saeed Chmagh tiga tahun lalu adalah tragik dan lambang tahap bahaya yang tinggi apabila membuat liputan di zon perang. – AFP


Berita Kedua


WASHINGTON - Satu rakaman video rahsia yang memaparkan askar-askar Amerika Syarikat (AS) ketawa semasa melancarkan serangan udara dan membunuh 12 penduduk Iraq tersebar di Internet menerusi sebuah laman web.

Mangsa-mangsa yang mati itu termasuk seorang jurugambar Reuters, Namir Noor-Eldeen berusia 22 tahun dan pemandunya, Saeed Chmagh, 40.

Video hitam putih selama 17 minit itu dirakamkan dari tempat helikopter Apache milik tentera AS yang melancarkan serangan tersebut.

Pembunuhan itu bermula apabila sekumpulan penduduk yang sedang berkumpul di sebatang jalan di Baghdad ditembak dengan mesingan helikopter askar AS.

Beberapa penduduk kemudian cuba melarikan diri semasa kejadian tersebut.

Dua juruterbang dalam rakaman video itu sedang berbual dengan menyatakan pembunuhan itu mirip satu permainan video.

Beberapa lelaki yang melepaskan tembakan dengan menggunakan mesingan dari helikopter lantas ketawa: "Ha-ha sasaran saya kena."

Rakaman tersebut disahkan oleh tentera AS sebagai serangan yang berlaku di Baghdad pada 12 Julai 2007.
Baca seterusnya

Fatwa al Qaradhawi Tentang Kes Liwat Anwar


Terjemahan dipetik dari blog Dr. Badrul Amin.

Terjemahan Fatwa Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi Mengenai Kes Fitnah (liwat) Anwar Ibrahim

Soalan:

Bolehkah Syeikh jelaskan kedudukan kes fitnah serta pertuduhan ke atas sdr Anwar Ibrahim seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak dimana ianya dilakukan tanpa bukti dan saksi. Apakah pandangan syara’ mengenai hal ini?

Jawapan:

Dengan nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang.

Segala pujian untuk Allah, Selawat dan salam untuk Rasul Nya serta keridaan Allah buat orang yang mengikut Sunnah dan bimbingan baginda.

Syariat Islam diturunkan untuk melindungi kepentingan manusia, menjaga agama, nyawa, harta, maruah dan nama baik seseorang. Ini terkandung dalam maqasid Shariah (matlamat syara`) dimana Islam melindungi kepentingan asas manusia iaitu nyawa, akal, harta, keturunan serta nama baik orang ramai.

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam hadis baginda bermaksud:

“Setiap orang Islam haram menceroboh orang Islam yang lain; Haram menceroboh nyawanya, hartanya dan maruahnya”.

Dalam hadis tadi, baginda menegaskan dengan jelas tentang pengharaman perkara2 tersebut itu. Sebaliknya Islam mengajar agar tiap orang melindungi dan menjaga maruah orang lain. Malah jika benarpun seseorang itu telah melakukan kesalahan, Islam menuntut agar ia tidak dihebahkan atau digembar gemburkan tapi dilindungi demi menjaga maruah seseorang itu.

Dalam sebuah kisah, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang yang menasihati Mai’z agar datang menemuinya untuk membuat pengakuan zina dengan katanya:

“Mengapa tidak engkau tutup sahaja perkara ini dengan pakaian kamu. Andai saja engkau sembunyikan perkara itu, tentu ia lebih baik bagi kamu.”

Quran menjelaskan dalam Surah an-Nur 24:19 -

“Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya kebejatan di kalangan orang yang beriman, untuk mereka seksa yang amat pedih di dunia dan di akhirat.”

Oleh kerana itu Islam menetapkan hukuman yang amat berat terhadap orang yang mengaibkan orang lain atau menceroboh maruah dan nama baik orang lain. Islam telah menetapkan tiga jenis hukuman terhadap orang yang melakukan fitnah keatas orang lain iaitu; hukuman fizikal, hukuman moral dan sosial serta hukuman spiritual. Firman Allah dalam surah An-nur 24:4 -

“Orang yang menuduh (wanita) orang Islam lain dgn tuduhan zina tapi tidak mengemukakan empat orang saksi maka sebatlah dia sebanyak 80 kali. Dan janganlah kamu terima persaksiannya buat selama-lamanya. Dan mereka itu orang yang fasiq”

Ulama sepakat mengatakan tuduhan zina kepada lelaki muslim sama hukumannya dengan tuduh zina terhadap wanita muslimah. Ulamak juga sepakat bahawa tuduhan liwat adalah sama dengan zina.

Dalam hal ini lumrahnya tuduhan zina ini ditujukan kepada golongan wanita. Namun jika ada sesiapa yang menuduh oang lelaki yang berbuat demikian maka menurut ijmak ulama ia termasuk dalam lingkungan makna ayat ini.

Hukuman fizikal yang dimaksudkan ialah 80 kali sebat. Manakala hukuman moral dan sosial ialah dengan menolak kesaksiannya buat selama-lamanya. Imam Abu Hanifah menegaskan bahawa walaupun orang berkenaan sudah bertaubat namun hukuman ini tetap berlaku dan berkuat kuasa iaitu ia tidak boleh menjadi saksi selama-lamanya. Adapun hukuman agama pula adalah ia dianggap sebagai orang yang fasiq.

Sebenarnya tidak akan ada orang yang berani berbuat demikian, iaitu menuduh dan memfitnah orang lain dengan tuduhan palsu melainkan orang yang fasiq atau rusak agama.

Sehubungan dengan ini al-Quran menceritakan dengan agak terpeinci sebuah peristiwa yang dikenal sebagai “Hadith al-Ifk” (kisah fitnah). Peristiwa yang berlaku di Madinah ini melibatkan isteri kesayangan Rasulullah s.a.w sendiri, anak Abu Bakar as Siddiq Khalifah pertama dan sahabat paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. Beliau adalah Ummul Mukminin (ibu kaum mukminin) Aisyah RA. Aisyah telah dituduh secara jahat oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang kononnya ia telah berzina dengan seorang sahabat yang soleh serta terkenal baik dan tidak pernah bersikap serong serta berbuat jahat.

Cerita palsu ini berkembang dengan cepat dari bibir ke bibir dan menjadi perbualan ramai. Hampir sebulan lamanya perkara ini merebak di Madinah sehinggalah Allah menurunkan ayat-ayat al-Quran membersihkan nama baik Aisyah dari angkara fitnah ini. Ayat tersebut menyelar golongan munafiq yang melakukan kerja jahat tersebut. Ayat ini juga menegur masyarakat umat Islam ketika itu kerana tidak bertindak membendung fitnah yang menular itu di peringkat awal dengan tegas.

Allah berfirman dalam surah al-Nur 24:11 -

“Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong (palsu) itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu menganggapnya buruk bahkan sebenarnya ada kebaikan untuk kamu. Setiap orang akan memikul dosa perbuatannya. Manakala orang yang paling besar peranannya dalam hal ini dari kalangan mereka pasti akan mendapat balasan azab yang paling besar pula.”

Yang memikul dosa besar dalan hal ini adalah kepala mereka iaitu Abdullah Bin Ubai Bin Salul, bapa kaum munafiq. Dialah yang mengheboh-hebohkan khabar angin ini. Dialah yang menyebutkan -

“Demi Allah! Aisyah tidak selamat dari rangkulan orang itu dan orang itu pun tidak selamat dari godaan Aisyah.”

Fitnah ini berterusan memamah nama baik Saidatina Aisyah untuk beberapa lama hinggalah Al-Quran menegaskan dalam Surah al-Nur 24:12 -

“Sepatutunya apabila kamu mendengar cerita seperti ini, orang mukmin lelaki dan perempuan perlu menyangka yang baik dan sopan terhadap sesama sendiri lantas mengatakan; ini adalah pembohongan yang nyata.”

Ertinya - sepatutnya kamu menolak fitnah itu sejak awal-awal lagi dengan menekankan tentang dosanya dan perlunya orang berkenaan membawa dan menampilkan 4 orang saksi. Allah menegaskan dalam ayat berikutnya juga di surah an-Nur 24:13 -

“Seandainya mereka tidak menampilkan para saksi maka orang orang itu adalah golongan pendusta.”

Al-Quran mensyaratkan 4 orang saksi dalam kes yang berkaitan dengan maruah dan kehormatan diri. Dan sememangnya Islam bersikap keras dan tegas dalam hal yang melibatkan maruah serta nama baik orang lain. Berbeza dengan kes berkaitan dengan harta maka Islam memada dengan dua orang lelaki sebagai saksi atau seorang lelaki dan dua orang perempuan sebagai saksi.

Dalam kes berkaitan dengan maruah seperti fitnah ini, Islam mensyaratkan mesti dibawa empat orang saksi. Quran menjelaskan “Seandainya mereka tidak menampilkan para saksi maka merekalah golongan pembohong”.

Al Quran menjelaskan lagi dalam ayat berikutnya (an-Nur 24:14) -

“Kalaulah tidak kerana kurnia Allah dan rahmat Nya kepada kamu di dunia dan akhirat nescaya kamu ditimpa azab yang besar akibat perbuatan kamu itu.”

Maksudnya - Kerana rahmat dan kasih sayang Allah kepada kamu maka kamu tidak digegar dan ditelan bumi ataupun di landa dengan bencana taufan dan sebagainya sepertimana yang dialami oleh umat-umat sebelum ini.

Al Quran menegaskan lagi (al Nur 15) -

“Ketika kamu menerima fitnah tersebut dengan lidah kamu dan kamu menyambungnya dengan pertuturan mulut kamu sesuatu yang kamu sendiri tidak tahu, malah kamu menyangkanya perkara kecil (menyambung cerita fitnah) pada hal di sisi Allah perkara itu adalah suatu yang amat besar.”

Al-Quran memberikan pertunjuk yang cukup indah - Alangkah baiknya ketika mula kamu mendengar fitnah itu, kamu mengatakan ‘tidak wajar kita menghebahkan perkara ini… Maha suci Allah. Ini semata-mata pembohongan yang besar”. Allah menegaskan (an-Nur 24:16-17) -

Allah ingatkan : “Alangkah baiknya ketika kamu mula mendengar khabar angina atau fitnah seperti itu kamu lantas berkata: Tidak wajar kita membicarakan perkara seperti ini; maha suci engkau (Ya Allah) Ini memang pendustaan dan pembohongan yang besar. Allah menasihatkan kamu agar jangan sekali-kali mengulangi perbuatan seperti ini buat selama-lamanya, seandainya kamu benar-benar orang yang beriman.

Dalam ayat berikutnya Allah berfirman (an-Nur 24:18) -

”Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat hukumnya. Allah Maha Mengetahui Maha Bijaksana”.

Kes pertuduhan seperti ini adalah suatu yang serius dan besar dalam ajaran syariat Islam; lebih-lebih lagi terhadap orang Islam. Perbuatan melimparkan pertuduhan palsu seperti ini menurut Islam adalah merupakan dosa besar dan haram hukumnya.

Umat Islam perlu mengelak diri dari mencemarkan maruah dan nama baik orang lain yang tidak bersalah. Kecuali jika benar benar ada bukti dan keterangan yang sah dan nyata dengan membawa saksi-saksi yang cukup seperti yang dikehendaki oleh syara’.

Inilah nasihat saya kepada umat Islam di Malaysia . Mereka perlu takut kepada Allah. Janganlah menuduh, memfitnah secara membuta tuli, merosakkan maruah dan nama baik orang kerana menurut hawa nafsu atau menurut dorongan politik dan golongan tertentu yang suka mendorong orang lain melakukan kejahatan seperti itu dengan menggunakan media massa dan sebagainya.

Kalau tidak, mereka harus ingat bahawa pengawasan Allah terhadap kejahatan seperti itu tidak pernah luntur atau luput. Allah mungkin membiarkan atau memberi tempoh dan penangguhan masa untuk menjatuhkan hukuman Nya; namun Allah tidak pernah lupa atau cuai untuk berbuat demikian bila sampai masanya. Allah berfirman dalam Surah Ibrahim 14:42 -

“Jangan kamu menyangka Allah lalai tentang apa yang dilakukan oleh golongan yang zalim itu”.

Saya menasihatkan anak-anak saya rakyat Malaysia lelaki dan perempuan agar jangan mudah menceroboh maruah orang Islam yang lain. Lebih-lebih lagi terhadap orang yang memang terkenal baik, dihormati, berakhlak mulia dan luhur, seorang pendakwah yang berbudi pekerti mulia di dunia Islam; seperti sdr. Anwar Ibrahim dan lain-lain.

Amat jelas, bahawa pertuduhan terhadap beliau adalah bermotifkan muslihat politik serta dilakukan oleh orang-orang yang memandang ringan perbuatan mengaibkan orang dengan tuduhan jahat seperti itu. Allah berfirman dalam surah al-An’am 6:144 -

“Siapakah yang lebih zalim dari orang yang melakukan pembohongan terhadap Allah untuk menyesatkan orang ramai tanpa ilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada golongan yang zalim”

Saya berdoa agar Allah mendedahkan hakikat yang sebenarnya. Saya mohon agar Allah menangkan yang hak serta benar dan menumpaskan kebatilan yang batil. Saya berdoa agar Allah menyatakan kebenaran sdr Anwar Ibrahim. Agar Allah bebaskan beliau dari pertuduhan jahat ini. Biarlah Allah dedahkan konspirasi orang-orang yang memburuk-burukkan beliau dan menyibarkan pembohongan dan fitnah di kalangan orang ramai secara tidak bertanggongjawab dan tidak takut melakukan dosa serta penderhakaan yang nyata kepada Allah.

Insyaallah! Ketahuilah bahawa kebenaran tidak akan hilang atau tumpas, justeru Allah pasti akan memenangkan yang hak dan benar, Allah akan menumpaskan kebatilan walaupun golongan petualang tidak suka dan benci. Allah berfirman dalam Surah al-Isra’ 17:81 -

“Dan katakanlah: Telah tiba kebenaran dan telah lenyap kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap”.

Sekian , wassalamu alaikum warahmatullah wabarakatuh..

Sumber :

http://drbadrulamin.blogspot.com/2010/03/teks-penuh-fatwa-dr-yusuf-sebaran.html

Download versi pdf kat Disini

http://www.scribd.com/doc/29503968/Fatwa-Syeikh-Dr-Yusuf-Al-Qaradhawi-Isu-Fitnah-Liwat-Anwar-Ibrahim
Baca seterusnya

Wanita Hamil Terperangkap Di Dalam Paya


WUHAN, China - Seorang wanita hamil tujuh bulan, Zheng Xianyu berjaya diselamatkan oleh anggota-anggota bomba setelah dia terperangkap di sebuah paya di sini.

Wanita berusia 39 tahun itu terperangkap di dalam paya itu di wilayah Hubei selama empat hari tanpa bekalan makanan dan air. Setakat ini, nasib bayi dalam kandungannya masih tidak dapat dipastikan.
Baca seterusnya

Kerja Tak Guna : Sengaja Hancurkan Ipad Berharga RM 1600

Klip YouTube menunjukkan seorang lelaki memukul iPad dengan menggunakan kayu besbol.


NEW YORK - Satu klip video yang menunjukkan sekumpulan lelaki merosakkan komputer iPad dengan kayu besbol menjadi sensasi terbaru di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Lebih 500,000 orang telah menonton klip itu di laman perkongsian video YouTube setakat ini.

Klip video itu menunjukkan iPad berharga AS$499 (RM1,600) dihempas di sebuah kedai elektronik tempat gajet itu dibeli pada hari pertama ia dijual.

Aksi tersebut merupakan idea seorang lelaki dari bandar Pittsburgh, negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat yang mahu dikenali sebagai Casper, 29.

"Saya menyukai gajet keluaran Apple Inc. tetapi kami (rakan-rakannya) tidak bekerja untuk syarikat itu.

"Kami melakukan aksi ini kerana mahu menjadi kumpulan pertama di dunia yang merosakkan iPad," katanya.

Boleh dapatkan link di sini :




Baca seterusnya

06 April 2010

Kemalangan : Jangan Pandai-pandai Buat Cerita


Beberapa berita "silap" yang telah disebarkan ke dalam Yahoo Messengger, atau pun melalui mulut-mulut.. Antaranya, offline message yang disebarkan berbunyi :

al fatihah buat sahabat seperjuangan kita mohammad hafil husna kuliah bahasa arab kaherah( ex-student STam Maahad al-tarbiah al-islamiah batu 8 taping) , br mninggal td disebabkan excident..sekarang jenazah beliau sedang diuruskan untuk diterbangkan ke malaysia...semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh...

Seorang mahasiswi Iskandariah memberitahu bahawa beliau menerima berita daripada mulut-mulut mengatakan bahawa jenazah Allahyarham belum dapat dikebumikan disebabkan beberapa anggota badan masih belum ditemui.

Juga sebelum ini pernah diceritakan, saya tidak ingat di mana saya temukannya, mengatakan bahawa beliau kemalangan ketika pulang dari kelas pengajian. Hakikat sebenar, beliau dalam perjalanan pulang dari Hayyu Asyir, selepas gagal untuk mendapatkan "minhah" atau sumbangan pengajian.

Saya harap agar tiada sebarang berita pelik lagi yang disebarkan. Kalau tak pasti, jangan buat berita. Kalau nak jadi blogger terkini pun, pastikan berita tu benar-benar "benar".. Sila rujuk kepada mereka yang berautoriti untuk menceritakan situasi ini.

Insya Allah, pihak persatuan dan ahli-ahli KPIPM sendiri mengetahui cerita yang sebenar. Antara saksi-saksi kejadian :

1. Mohd Azuan bin Kamaruddin - menunggang motosikal di belakang Allahyarham, dan melihat pelanggaran dengan matanya sendiri.

2. Muhammad Amin bin Abd Rahman - Antara yang terawal tiba di tempat kejadian selepas berlakunya kemalangan, dan bersama mangsa menaiki ambulan ke hospital bersama Azuan.

3. Mohd Ridhwan bin Kadri - Antara yang terawal tiba di tempat kejadian, dan bertindak menyelesaikan beberapa urusan berkaitan polis.

4. Muhammad Firdaus bin Aznan - Antara yang tiba awal di tempat kejadian, dan berperanan seperti Ridhwan.

5. Yang Dipertua KPIPM - Antara yang tiba awal di tempat kejadian dan bertindak sebagai Ra'is Tolabah (ketua pelajar) dan terlibat dalam urusan di balai polis dan di hospital.

6. Farezz Izhar - Antara yang tiba awal di tempat kejadian dan bertindak menyelamatkan keadaan dan melihat keselamatan mangsa.

7. Dan ramai lagi ahli KPIPM .. jenuh nak sebut satu-satu.. Sila lihat blog KPIPM untuk membaca kenyataan rasmi Yang Dipertua.

Salam.. Semoga tak silap heboh berita lagi selepas ini. Kalau saya silap, sila tegur. Terima kasih. Dan saya bukanlah saksi kejadian, oleh itu tiada sebarang "post khas" tentang kronologi kemalangan ini. Serahkan kepada mereka yang lebih tahu.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

2 Beradik Ditikam Ibu Sendiri

ZAHIRUL Imran Hamidon (baring) dan Mohd Hazim Irshad dirawat di Hospital Batu Pahat selepas menerima beberapa jahitan akibat cedera ditikam dengan gunting.


BATU PAHAT: Dua beradik lelaki cedera ditikam ibu mereka yang dalam pantang dengan sebilah gunting ketika mangsa sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, ibu kanak-kanak berkenaan yang dipercayai mengalami tekanan mental, dikatakan memasuki bilik tidur mangsa sebelum menikam belakang badan Zahirul Imran Hamidon, 10, dan Mohd Hazim Irshad, 8, manakala seorang lagi anaknya berusia enam tahun tidak dicederakan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata ketika kejadian bapa kanak-kanak itu – seorang jurutera berusia 40 tahun, juga sedang tidur dan terkejut apabila mendengar jeritan serta tangisan anaknya.

Beliau berkata, bapa mangsa meluru ke bilik anaknya dan mendapati isterinya yang berusia 39 tahun sedang memegang gunting.

Ibrahim berkata, selepas menenangkan isterinya, jurutera itu kemudian menelefon polis bagi mendapatkan bantuan.

Dua beradik itu dikejarkan ke Hospital Batu Pahat (HBP) dan menerima beberapa jahitan, manakala ibu mereka ditahan dan kini ditempatkan di Wad Psikatri HBP.

Ibrahim berkata, siasatan mendapati suri rumah itu mengalami tekanan mental dan pernah beberapa kali cuba membunuh diri, tahun lalu.
"Suspek baru melahirkan anak kelimanya, kira-kira dua minggu lalu, iaitu satu-satunya bayi perempuan dalam keluarga itu, tetapi bayi berkenaan mengalami Sindrom Down. Seminggu lalu pula, bapanya meninggal dunia,” katanya ketika melawat dua beradik itu di Wad Kanak-Kanak HBP di sini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Hamidah Amin, 46, berkata beliau bergegas ke hospital apabila diberitahu adiknya mengenai kejadian itu.

"Saya tidak menjangka kejadian seperti ini akan menimpa keluarga adik saya, terutama anak-anaknya. Adik saya pernah membawa isterinya menjalani beberapa rawatan bagi menangani masalah tekanan yang dihadapi.

"Saya ingat keadaan sudah pulih apatah lagi selepas rawatan itu, isterinya hamil dan baru melahirkan anak perempuan pada 26 Mac lalu. Saya tidak pasti sama ada kelahiran itu dan kematian ayahnya 31 Mac lalu, menjadikannya tertekan kembali," katanya.

Hamidah berkata, pasangan itu mempunyai lima anak – empat lelaki dan seorang perempuan, tetapi anak sulung yang berusia 13 tahun tinggal di asrama penuh.
Baca seterusnya

Pelumba Basikal Wanita Kebangsaan Mati Jatuh Semasa Latihan


IPOH 6 April — Pelumba basikal wanita kebangsaan, Nurfarahdini Zakaria, 27, terbunuh selepas terjatuh semasa menjalani latihan bersama skuad lumba basikal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lambor Kiri dekat Seri Iskandar, 60 kilometer dari sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt. Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, Nurfarahdini meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dua jam selepas kejadian pada 10.20 pagi tadi.

Nurfarahdini, yang juga anggota TLDM, adalah anggota pasukan lumba basikal wanita kebangsaan yang menyertai Sukan SEA di Laos tahun lepas bersama Masziyaton Mohd Radzi, Nurul Ahmar Badeuzzaman dan Kimberley Yap. - Bernama
Baca seterusnya

Terkini 9.05 : Beberapa Orang Akhawat Menziarahi Ibu Jenazah

Jam 9.05 : Beberapa orang akhawat Perak pergi menziarahi ibu jenazah, Nur Azizah binti Sulaiman di rumah Ustazah Salwa, yang terletak di Hayyu Sabiek, dengan dimusyrifkan oleh Ustaz Yusri dari Damanhur.

Mereka ialah Ustazah Nurul Izzah binti Abdullah (bakal HEWI PMRAM), Ustazah Mardiah binti Mohd Zahid, Ustazah Siti Rasyidah binti Arzemi dan Ustazah Maizatul Adawiyah. Mereka tiba di destinasi pada jam 9.08 malam.

Ustazah Siti Salamah binti Hamzah, Ketua HEWI KPIPM, memberitahu bahawa AJK HEWI akan menziarahi ke rumah tersebut pada esok hari insya Allah.
Baca seterusnya

Terkini 1.30 : Ibu Jenazah Akan Bertolak Ke Kawasan Perkuburan

1.30 pm : Ibu jenazah Allahyarham Mohammad Hafizul Husna bin Mohamad Salehuddin, yang tiba di Lapangan Terbang Mesir pagi tadi, akan bertolak ke kawasan perkuburan, yang terletak di Hayyu Asyir.

Antara yang terkenal dalam bab-bab kubur ni, Ustaz Syed Aisam, Yang Dipertua Perlis, turut sama ke lokasi berkenaan dengan menggunakan motor bersama TYDP KPIPM. Manakala YDP KPIPM bersama ibu mangsa dan beberapa orang waris masih lagi sedang menunggu kereta untuk disewa, dan akan bertolak beberapa minit lagi.
Baca seterusnya

Terkini 1.15 : 2 Orang Saksi Kemalangan Baru Selesai Membuat Laporan

1.15 pm - Dua orang saksi utama, Ustaz Mohd Azuan bin Kamaruddin, dan Mohd Ridhwan bin Kadri, baru sahaja pulang dari Pejabat Kedutaan untuk memberi keterangan tentang peristiwa yang berlaku kelmarin. Kebetulan saya bertemu mereka berhampiran rumah Penang tadi, dan mereka memaklumkan kepada saya tentang perjumpaan mereka dengan pihak kedutaan sebentar tadi
Baca seterusnya

Gadis Melayu Mesir Keluar Malam Dengan Arab


"Ada sorang gadis melayu ni keluar malam dengan seorang abang arab.."

Inilah salah satu ungkapan "emas" yang diadukan kepada saya semalam. Boleh kata macam servis kuda ke dalam gelanggang saya, yang tidak dapat disambut. Isy, macam susah nak terima. Tetapi hakikatnya biasa sahaja. Macam makan gula-gula.

"Betul ka apa yang enta kata ni?" Saya tanya kepada hamba Allah tersebut.

"Ana tengok dengan mata ana sendiri.." Katanya lagi.

"Indon kot..?" Saya menimbulkan keraguan.

"Ustaz.. saya ni kenal la sape Melayu.. "

Hamba Allah itu memaklumkan beberapa maklumat tentang gadis Melayu tersebut. Nanti kalau dedah kat sini, habis kecoh satu dunia. Korang kata sengaja nak bukak aib orang. Biarlah ia disimpan di peringkat HISBAH. Tempatnya di mana? Nanti kalau bagitau tempat, komfim ada yang kena paku atas kepala.

Kalau ana bagitau pengajian dia, korang kata sengaja nak timbulkan sentimen... Biarlah ia disimpan di peringkat HISBAH. Inilah payahnya nak gempurkan HISBAH. Orang-orang yang baik-baik pun hentam kami, kerana tak kena itu dan ini katanya. Walhal mereka hanya dok goyang kaki kat rumah.

Hamba Allah itu bercerita lagi, "Di Tahrir, ada 7 hingga 8 Disko. Memang pernah sekali sekala orang Melayu duduk melepak di sana. Gadis Melayu pun tidak ketinggalan untuk turut serta dalam mengadakan "usrah" di sana. Semua disko-disko ni dok bawah tanah.

Cuba bayangkan, kalau Allah cabut nyawa mereka ketika mereka sedang seronok di dalam disko tu? Apa akan berlaku?

Hamba Allah tu cerita lagi, "Saya pernah nampak kondom di persekitaran Melayu". Apa maksud "persekitaran" tu? Maksudnya ialah "ia digunakan oleh orang Melayu, dan ia ditemui di tempat-tempat seperti, rumah sewa orang Melayu, poket dalam seluar orang Melayu, dalam beg milik orang Melayu dan sebagainya. Faham-faham lah sendiri.

"Kondom tu made in Egypt".. adoi.. Tak larat dengar. Kalau nak kata depa beli kat Malaysia, pastu guna kat Mesir lain kira. Ni beli kat Mesir.. Macam baru lagi. Arghh.. pening-pening.. Nak pendedahan lagi ke tentang HISBAH? Nak bukti macam mana lagi? Masih tak percaya Melayu Mesir dah macam hampeh tahap selulit?

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Lembu Paling Besar Di Dunia

BERAT sebenar lembu jantan ini masih belum diketahui.


NORTH PETHERTON, England - Seekor lembu jantan yang beratnya lebih 1,587kilogram (kg) dan berusia lapan tahun dipercayai paling berat di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu memiliki berat 1,587kg selepas ia ditimbang pada tahun lalu tetapi berat sebenar lembu tersebut pada tahun ini masih belum diketahui.

Lembu jantan tersebut akan ditimbang semula pada satu pertandingan amal yang meminta orang ramai meneka berat haiwan itu.

Pemilik lembu itu, Arthur Duckett, 79, tidak menyatakan jumlah sebenar berat haiwan itu tetapi memberitahu ia lebih berat pada tahun lalu.

"Dia (lembu itu) masih membesar. Lembu itu seekor haiwan yang baik. Saya menyukainya," kata Duckett.

Menurutnya, dia mencabar orang ramai untuk meneka berat sebenar lembu itu pada pertandingan amal di North Petherton, Somerset pada 7 Disember ini.
Baca seterusnya

Dah Gila : 1500 Telanjang Bulat Untuk Kesenian


Atas nama seni mereka sanggup berbogel

Seramai 1500 orang tanpa seurat benang pun di tubuh telah berhimpun untuk sessi fotografi di Perancis. Semuanya untuk seni, kata mereka.

Jurufoto yang diberi penghormatan untuk merakam pesta bogel ini ialah Spencer Tunick.

Spencer Tunick berasal dari New York dan terkenal dengan koleksi gambar-gambar bogel yang beliau pamerkan atas dasar seni.

Ini bukanlah kali pertama aktiviti bergambar bogel beramai-ramai ini dianjurkan untuk kerja-kerja seni Spencer Tunick.

Beliau telah melakukan aktiviti yang sama di Barcelona, Chile, Melbourne dan Helsinki.

Kali ini giliran Perancis pula di Lyon.

Peserta-peserta bogel ini terdiri daripada segenap lapisan umur, remaja sehinggalah kepada warga tua.

Semua foto gambar bogel ini akan dipamerkan oleh Spencer Tunick di sebuah Festival Kesenian pada bulan November tahun ini.
Baca seterusnya

Tidur Bersama Mayat Isteri Selama 5 Tahun

Le Van sedang memeluk mayat isterinya.


TAKDIR alam, setiap yang hidup pasti mati dan tiada siapa yang dapat melawan hakikat ini.

Tetapi kasih sayang seorang suami yang mahukan isterinya berada di sampingnya walaupun telah meninggal dunia adalah sesuatu yang mustahil.

Namun seorang warga Vietnam telah berjaya melakukannya!

Dia menggali semula mayat isterinya dan menyelimutkan mayat itu dengan tanah liat sehingga meyerupai patung seorang wanita.

Lelaki tersebut, Le Van, 55, dari Ha Lam, wilayah Quang Nam berbuat demikian agar dapat memeluk isterinya setiap malam sejak lima tahun lepas.

Isterinya meninggal dunia pada tahun 2003 dan Le Van tidur di pusara isterinya semenjak itu.

Setahun selepas itu, dia menggali sebuah terowong berhampiran tempat itu untuk melindungi dirinya dari hujan dan angin.

Namun tindakan yang tidak masuk akal itu dikesan oleh pihak berkuasa tempatan dan mereka memujuknya supaya menghentikan perbuatan itu.

Tetapi Le Van tidak dapat meneruskan hidupnya tanpa isterinya di sisi. Oleh itu, dia menggali mayat isterinya dan membawanya balik ke rumah.

Sehingga hari ini, dia masih tinggal bersama mayat isterinya serta anak mereka.

Le Van memberitahu akhbar Lao Dong bahawa pada awalnya jiran-jiran tidak berani menjenguknya, tetapi kini mereka sudah biasa dengan keadaan tersebut dan berkunjung ke rumahnya sekali-kala.

“Saya melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dan bukan seperti orang kebanyakan,” katanya.

Dia juga dapat merasakan kehadiran roh isterinya sentiasa bersama mereka dua beranak. Mereka juga tidak takut untuk tidur bersama mayat itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, mereka sedang merancang untuk memeriksa kes tersebut kerana di bawah undang-undang sanitasi yang baru digubal, mayat mestilah dibakar atau dikebumikan.

Perbuatan menanam mayat di kawasan perumahan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.
Baca seterusnya

Berlakon Pakai Kopiah Untuk Halalkan Restoran


Restoran tidak halal berlakon pakai kopiah, tutup aurat

sumber : harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 April: Ustaz Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) berkata, masih terdapat banyak kedai makan dan restoran yang cuba mengaburi mata umat Islam dengan menggunakan logo halal palsu dan mempamerkan imej Islam untuk melariskan jualan mereka.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan tindakan khususnya dari segi mekanisme yang digunakan dalam pemantauan penguatkuasaan bagi memastikan tidak berlaku lagi penyalahgunaan pensijilan halal oleh pihak-pihak tertentu.

"Sejauh mana persiapan pihak Jakim dalam pemantauan penguatkuasaan iaitu mekanisme yang digunakan selepas ini supaya tidak berulang lagi penyalahgunaan pensijilan halal oleh pihak tertentu dan sekaligus menipu umat Islam.

"Begitu juga difahamkan, ada kedai makan dan restoran yang tidak halal tapi berlakon seolah-olah halal dengan menggunakan wanita memakai tudung dan begitu juga ada tauke pakai kopiah walaupun bukan Islam. Ada pula yang guna kalimah Allah dan Nabi Muhammad untuk mengaburi mata orang Islam. Perkara itu berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam jawapannya bagaimanapun berkata, perkara itu bergantung kepada kesedaran pengguna untuk memastikan kedai makan tersebut halal atau pun tidak.

Beliau juga memberitahu, kerajaan telah mewujudkan kempen satu halal satu Malaysia secara besar-besaran bagi mengatasi masalah yang dibangkitkan itu.

Sebelum itu, Taib Azamudden meminta Perdana Menteri menyatakan bahawa bidang kuasa pensijilan halal telah dikembalikan di bawah kuasa Jakim sepenuhnya dan beliau ingin tahu mengenai perbelanjaan yang telah diperuntukkan dalam jumlah yang besar kepada Halal Development Corporation (HDC) sebelum ini, dan adakah HDC akan diberhentikan operasinya.

Menteri memberitahu, Jakim mengambil alih kuasa pensijilan halal daripada Jakim pada 1 Ogos 2009 dan sejak itu kuasa pensijilan halal hanya kepada Jakim dan HDC bertumpu kepada promosi dan peningkatan industri halal di peringkat antarabangsa.

Kini HDC diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sementara itu, Datuk Lilah Yassin (BN-Jempol) senada dengan Taib Azamudden mahukan Jakim menggunakan kuasa mereka untuk memantau aktiviti penipuan menggunakan sijil halal Jakim.

Mashitah berkata, Malaysia belum mewajibkan semua kedai mendapatkan sijil halal Jakim kecuali untuk tujuan komersial sahaja.

Justeru, beliau menyerahkan kepada pengguna untuk membuat pilihan.
Baca seterusnya

Pasangan Gay Bunuh Diri Disebabkan Tekanan Jiwa


LONDON: Elton John mendakwa, bekas pasangan gaynya membunuh diri kerana gagal mengawal perasaan apabila amalan homoseksual itu bercanggah dengan keyakinan agamanya.

Menurut penyanyi berusia 62 tahun itu, kesan kematian lelaki yang tidak didedahkan namanya itu amat menghantui hidupnya.

Lelaki terbabit, katanya, melompat ke tengah jalan supaya dilanggar lori.

John menjalin hubungan songsang itu sebelum ‘berkahwin’ dengan pengarah filem yang muda 15 tahun daripadanya, David Furnish, pada 2005.

Kata John, dia tidak menyangka langsung pasangannya itu akan membunuh diri.

“Saya amat sedih kehilangannya,” katanya.

Sementara itu, Furnish berkata, lelaki terbabit membunuh diri kerana tersepit di antara kepercayaan terhadap Kristian dan desakan naluri songsangnya.

“Dia amat terseksa sehingga memilih untuk membunuh diri,” katanya.
Baca seterusnya

05 April 2010

Mengatasi Penyakit Nyanyuk Dengan Handset

TAMPA - Telefon bimbit kini menjadi perhatian untuk digunakan bagi memerangi penyakit nyanyuk atau Alzheimer, kata beberapa penyelidik Ameriksa Syarikat kelmarin dalam satu kajian.

Kajian perintis yang diketuai Profesor Gary Arendash (gambar) dari Universiti Florida Selatan di sini mendapati kesan positif itu pada sekumpulan tikus makmal yang menghidap penyakit mirip Alzheimer.

GAMBAR menunjukkan sejumlah tikus didedahkan pada signal telefon bimbit di Universiti Florida Selatan, di Tampa.


Tikus-tikus itu memperlihatkan peningkatan keupayaan kognitif setelah terdedah pada radiasi telefon bimbit selama dua jam setiap hari untuk tempoh tujuh bulan hingga sembilan bulan.

Hasil uji kaji Arendash dan rakan-rakannya itu disiarkan dalam penerbitan Persatuan Alzheimer, Journal of Alzheimer's Disease edisi Januari.

"Namun, ia (keputusan kajian itu) bukan alasan untuk sesiapa cuba mengubati sendiri Alzheimer dengan menggunakan telefon bimbit," kata Ketua Pegawai Perubatan dan Sains Persatuan Alzheimer, Bill Thies.

Menurutnya, penyelidikan itu perlu diulangi dan disahkan bagi memperoleh keputusan konklusif sebelum ia dapat diketengahkan bagi tujuan komersial.
Baca seterusnya

Tidak Dihukum Penjara Kerana Terlalu Gemuk


SANDFORD (Florida): Seorang lelaki didapati bersalah menipu pengurusan restoran tapi tidak dijatuhkan hukuman penjara kerana terlalu gemuk.

George Jolicur (gambar) yang memiliki berat badan 273 kilogram dilapor memesan makanan yang banyak dan akan makan hampir keseluruhan makanan itu sebelum mengadu kepada pengurusan restoran makanan itu tidak elok dan memulangkannya saki-baki yang tinggal.

Jolicur kemudian membantah untuk membayar makanan itu.

Dia dilapor pernah memperdaya pengurusan restoran dan minum lima gelas besar susu.

Tetapi selepas menghabiskannya, dia mendakwa susu itu sudah basi.

Jolicur, 38, akhirnya ditahan selepas makan makanan bernilai hampir £30 (RM147) sebelum memulangkan sejumlah kecil makanan. Pemilik kedai membuat laporan polis.

Jolicur dari Sandford, Florida, bagaimanapun tidak dihukum penjara kerana dia terlalu gemuk dan kos perubatannya di penjara terlalu tinggi.

Pada masa ini, Jolicur hanya terbaring di rumah dan tidak menghadiri sesi perbicaraan ketika hakim mengumumkan keputusan.

Pendakwa raya menawarkan tidak akan memenjarakan Jolicur jika dia mengaku bersalah.

Peguam Jolicur menerima tawaran dan Jolicur hanya didenda £800 (RM3,947). “Dia sudah terpenjara. Jolicur tidak akan bangun dari katilnya,” kata pendakwa raya Kyan Ware
Baca seterusnya

Perompak Sanggup Tembak Kawan Sendiri


KUALA LUMPUR: Akibat mahu memastikan rakannya tidak 'memecahkan tembelang mereka', seorang perompak sanggup menembak mati rakannya itu yang cedera dalam satu kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Plaza OUG di sini.

Terdahulu, perompak malang itu cedera parah selepas ditembak oleh seoranng pengawal keselamatan kedai barang kemas terbabit.

Selepas melaksanakan 'tugasnya' perompak kejam itu melarikan diri dengan lapan dulang emas.

Dalam insiden pada pukul 2.45 petang itu hari ini, dua penjenayah bersenjata itu menyerbu masuk ke kedai barangan kemas itu yang terletak di aras bawah kompleks membeli-belah terbabit sebelum berdepan dengan salah seorang pengawal keselamatan yang duduk di hadapan kedai itu.

Mereka merampas pump-gun milik pengawal terbabit sebelum mengarahkan para pekerja mengangkat beberapa dulang berisi barangan kemas ke dalam beg plastik yang dibawa mereka.

Pada ketika itu, terdapat empat orang pekerja di dalam kedai berkenaan.

Bagaimanapun, penjenayah terbabit tidak menyedari terdapat seorang lagi pengawal keselamatan bersenjata di belakang cermin sehala di dalam kedai berkenaan yang memerhatikan gelagat mereka sebelum melepaskan tembakan tepat ke bahagian perut sebaik sahaja perompak terbabit mahu melarikan diri.

Penjenayah yang cedera itu kemudian tumbang tidak jauh dari kedai tersebut.

Sebaik melihat rakannya tumbang, penjenayah yang berada di depan berpatah balik sehingga menakutkan orang ramai sebelum melepaskan dua das tembakan kepada rakannya yang terbaring itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Sabtu Osman berkata, perompak yang menembak mati rakannya menghilangkan diri dengan sekurang-kurangnya lapan dulang barangan kemas.

“Penjenayah bersenjatakan Revolver .38 dan sangat berbahaya yang sanggup membunuh sesiapa sahaja termasuk rakannya.

“Siasatan awal mendapati perompak yang mati berusia 34 tahun dan memiliki dua rekod jenayah lampau iaitu samun bersenjata dan penyalahgunaan dadah," jelasnya.

Tambah beliau, polis akan mengedarkan fotofit perompak yang melarikan diri selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Baca seterusnya

Terkini ( 1.15 ) Semua Bersurai Dari Tanah Perkuburan

( 1.03 ) Diadakan tahlil yang dikendalikan oleh Ustaz Shahrizan dan disusuli dengan doa yang dibacakan oleh Ustaz Azrul Ismail. ( 1.06 ) Selesai bacaan Yasin dan doa ( 1.09 ) Semua hadirin bergerak meninggalkan tanah perkuburan ( 1.14 ) Tanah perkuburan ditinggalkan, termasuk ahli keluarga jenazah.
Baca seterusnya

Terkini 12.57 : Pintu Liang Sedang Ditutup

( 12.57 ) Lahad sedang disimen setelah selesai menempatkan jenazah. Di dalam ruang bawah tanah tersebut mempunyai dua bilik, untuk lelaki dan perempuan. Us Muizz antara yang masuk ke ruang lahad di bawah tanah. Sehingga kini simen untuk menutup pintu lahad masih lagi dalam proses
Baca seterusnya

Terkini 12.37 : Jenazah Sedang Dimasukkan Ke Dalam Liang

( 12.31 ) Tiba di tanah perkuburan dan jenazah dibawa keluar dari van lalu diusung ke tanah perkuburan ( 12.35 ) Liang lahad dibuka dan jenazah diangkat dari keranda ( 12.37 ) Jenazah dibawa masuk ke dalam liang lahad. Sehingga kini, masih lagi dalam proses menempatkan jenazah di dalam liang.
Baca seterusnya

Terkini 12.25 : Bertolak Ke Tempat Pengebumian

( 11.48 ) Tiba di Dataran Hayyu Asyir dengan 4 kenderaan yang mengiringi. ( 12.01 ) Azan zohor berkumandang dan jemaah mendirikan Solat Fardhu Zohor ( 12.12 ) Jemaah mendirikan solat jenazah ( 12.22 ) Jenazah diusung ke dalam van mayat dan kenderaan mula bergerak ke tempat pengebumian jenazah. Sekarang ini masih dalam perjalanan ke sana.
Baca seterusnya

Terkini 11.25 : Jenazah Sedang Diusung

( 11.12 ) Beberapa orang ahli dan Badan Pengurus PMRAM sudah mula meninggalkan Hospital Zahra, dan bergerak ke Hayyu Asyir untuk membuat persiapan untuk Solat Jenazah. Beberapa orang termasuk saya, YDP, us Zulfadli dan ahli keluarga masih menanti di hospital bagi mengiringi jenazah. ( 11.22 ) Pegawai safarah tiba bersama us Ridwan Kadri dari Balai Polis untuk mendapatkan tasrih. Alhamdulillah, tasrih berjaya dikeluarkan ( 11.28 ) Jenazah sedang diusung ke dalam van mayat.
Baca seterusnya

Terkini 10.57 : Jenazah Selesai Dimandikan

( 10.52 ) Jenazah telah selesai dimandikan. Antara yang terlibat ialah Us Abdul Muizz, Us Shahrizan Hazime, Us Amin Abd Rahman, Us Azizuddin Aznan dan Us Azuan Kamaruddin. Tetapi jenazah tidak dapat dikeluarkan lagi kerana tasrih daripada pihak polis untuk kebenaran mengeluarkan jenazah belum diperolehi. Doakan supaya ia dimudahkan. Di Dataran Hayyu Asyir, beberapa orang sudah menunggu jenazah tiba.
Baca seterusnya

Terkini : Catatan Di Bilik Mayat

( 8.30 pg ) Tiba di Hospital Zahra bersama ahli keluarga jenazah ( 8.42 ) Semua dibenarkan masuk setelah berurusan dengan pihak polis ( 8.55 ) Semua dibenarkan melihat jenazah di bilik mayat yang disimpan di dalam peti mayat ( 9.24 ) Semua selesai melihat mayat dan menunggu di luar ( 9.45 ) Ketibaan pegawai JPMK dan meminta 2 orang wakil KPIPM untuk ke balai polis membuat laporan ( 9.54 ) Beberapa orang ahli KPIPM yang lain tiba ( 9.56 ) Ketibaan Presiden dan beberapa orang Badan Pengurus PMRAM ( 10.10 ) Ketibaan pegawai hospital dan seorang ahli KPIPM yang membuat laporan tadi ( 10.14 ) Semua ahli dan keluarga jenazah dibenarkan melihat untuk kali kedua sebelum dimandikan ( 10.22 ) Proses mandi dimulakan sehingga catatan ini ditulis. - Catatan Mujahid. Sila rujuk blog KPIPM selepas ini untuk mengetahui berita.
Baca seterusnya

Dah Gatal Punggung Nak Buat Maksiat?


"Dating-dating ni dah biasa ustaz.." Seorang Melayu Mesir berkata kepada saya beberapa hari lepas.. Siapakah dia? Nanti kalau saya cakap, ada orang kata nak timbulkan sentimen. Biarkanlah.. Ketika itu saya berada di Iskandariah.

Untuk maklumat, hamba Allah yang saya tanya ni dia tidak terlibat, cuma "dah boring" nampak kes-kes macam ni. Lalu, saya mengambil kesempatan untuk bersembang dengannya.

"Biasanya diorang ni berdating kat mana?" Saya bertanya lagi. "erm... biasanya kat Green Plaza, San Stefano, Taman Montaza, Carefour,... tu je yang paling biasa.." Dia menjawab..

Pening lagi. Tempat-tempat yang paling popular untuk Melayu Mesir berdating. Saya tanya lagi..

"Ada pegang-pegang tangan tak?".. Dia jawab "Eh, biasa la tu ustaz.. dating pegang tangan dah biasa tengok dah.." Mak aih.. dah biasa.

"Raba-raba ada tak?" Saya bertanya lagi. "Ermm.. tak dengar pulak.., ntah la".. Dia menjawab.

Erm.. apa pandangan pembaca? Mesti korang akan mengucapkan "alhamdulillah" sebab takda raba-raba. Tapi masalahnya, "pegang tangan tu?" Tak teruk ka? Boleh pegang tangan, lama-lama pegang benda lain pulak!

Jangan tunggu sampai HISBAH buat blog LONDEH yang pernah dirancang satu masa dahulu. Apa tu blog Londeh? Blog yang akan menyiarkan semua maklumat dan bukti secara jelas, tanpa sorok-sorok dah. Kalau ada gambar, tak sensor dah.. Tayang muka si pembuat maksiat ni dalam internet. Biar satu dunia tengok.

"Ustaz.. Dakwah kena berhikmah" Suara ini sering berbunyi. Jadi saya menjawab "Kenapa malu dengan manusia, tapi tak malu dengan Allah? Tak malu dengan Malaikat yang 24 jam dok tulis apa yang kita buat? Tak reti malu pulak"

Sekarang ini, rancangan untuk membuat blog Londeh tu masih belum diluluskan. Kalau sampai masanya satu hari nanti, jangan marah kalau muka si pembuat maksiat ni, dapat dilihat oleh ibu bapa mereka.

Tapi kita tak bimbang, kalau Allah nak dedahkan keaiban seseorang, bukan susah pun. Tak perlu blog. Kalau berani sangat nak buat maksiat depan Allah, tunggu la satu masa nanti. Semua keaiban kita akan dikantoikan oleh Allah, Tuhan korang dan Tuhan semua manusia.
Baca seterusnya

Pembentangan Kitab "Kewujudan Allah" Di Damanhur











Semalam, 4 April, saya telah dijemput untuk mendiskusikan kitab "WujuduLlah" atau "Kewujudan Allah" karangan Dr Yusuf al Qaradhawi. Kitab yang mempunyai 104 halaman itu selesai didiskusikan pada jam 3 petang tadi di Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur. Semoga bermanfaat. Terima kasih kepada jurukamera.
Baca seterusnya

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal