11 April 2010

Tawaran Buat Saudaraku Dalam ISMA


Pada 7 April lalu, saya mengikuti Program Anjuran isma-Mesir yang bertajuk Survival Umat Islam Di Malaysia. Ceramah disampaikan oleh pimpinan ISMA-Malaysia. Ketika ruang soal jawab dibuka, saya telah melontarkan soalan berkenaan pandangan atau pendirian ISMA-Malaysia tentang APCO yang sedang hangat di pasaran mengalahkan pisang goreng.

Tetapi, saya agak keliru, isu APCO ini tidak diketahui oleh pimpinan ISMA tersebut. Dia tertanya-tanya tentang APCO ini, sedangkan ia berkaitan dengan nyawa umat Islam di Malaysia. Isu ini agak besar! Hubungan dengan Israel telah didedahkan. Tetapi kenapa ia tidak diketahui oleh pimpinan isma sendiri. Saya memohon maaf sekiranya ayat ini kurang sedap didengari.

Saya tidak nafikan, bukan semua manusia tahu semua benda. Ya, saya pun bukannya tahu semua isu di Malaysia.. Ya, masing-masing ada kekurangan.

Cuma, saya harapkan, tolonglah.. Ini isu besar. Saya mengajak pembaca mengalih pandangan ke isu Muktamar Sanawi PMRAM. Pilihanraya dibuat. Tetapi saya tidak nampak kelibat seorang pun ahli isma. WaLlahua'lam, mungkin kerana saya yang tidak tahu.

Berapa ramai ahli isma yang berdaftar sebagai ahli PMRAM? Kalau tak daftar, tak boleh mengundi. Isu yang sama apabila dibandingkan dengan Malaysia. Saya berharap agar ISMA di Malaysia turun sama mengundi. Ini tanggungjawab anda untuk memilih pimpinan. Takpa, saya kena husnuzzon. Mungkin mereka ada tanggungjawab lain.

Isu kutub sittah PMRAM, kenapa tidak bersama PMRAM menuntut hak mahasiswa? Saya kena husnuzzon lagi? Mungkin mereka ada kewajipan lain. Isu gejala maksiat di bumi Mesir, di manakah suara ISMA?

Pimpinan isma Malaysia menyebut bahawa pendirian isma ialah bersama dalam perkara usul, dan berlapang dada dalam perkara furu'. Alhamdulillah. Tetapi saya tidak lihat ia dipraktikkan oleh isma Mesir. Tolonglah dengar teguran ini. Kalau anda anggap sebagai tohmahan, sila nyatakan yang mana satu saya tohmah.

Di dalam isu hak mahasiswa dan HISBAH, saya tidak lihat kebersamaan ISMA dalam PMRAM. Kenapa kami dibiarkan dengan suara-suara kami memperjuangkan hak mahasiswa dan HISBAH?

Alhamdulillah, ketika kematian Allahyarham Mohamad Hafizul Husna, saya lihat beberapa orang isma turut sama. Sedikit kelegaan di hati ini. Baru-baru ini, program Rabi' Camp anjuran KPIPM, ahli-ahli isma antara yang paling awal tiba. Tahniah. Terubat lagi hati ini.

Satu lagi persoalan yang agak terkilan saya mendengarnya. Tentang isu boikot jemaah. PMRAM boikot isma? Betul ka? Hari ini ia dimainkan, seolah-olah PMRAM itu memang tak faham konsep berjemaah. Ya ke?

Selama ini, apabila saya bertanya kepada Presiden PMRAM dalam beberapa sesi kebelakangan ini, tiada sorang isma pun yang bertanya kepada mereka tentang isu boikot jemaah ini.

Perkara ini telah dijelaskan tiap-tiap tahun. PMRAM hanya memboikot mana-mana unsur perpecahan.. Saya ulangi .. PMRAM HANYA MEMBOIKOT MANA-MANA UNSUR PERPECAHAN. Ayat yang cukup jelas. Salahkah memboikot unsur-unsur perpecahan? Dalam al Quran, Surah al Maidah sudah menyebut tentang perkara ini.

Tiba-tiba sahaja ada suara mengatakan bahawa PMRAM memboikot ISMA.. Isy.. tolong laah.. tak best langsung. Sehingga hari ini, slogan ini dijaja di merata tempat. Apabila saya menyiarkan artikel tentang isma, mula mengatakan saya memfitnah, tetapi dalam isu boikot jemaah ini kalian tidak mengatakannya sebagai fitnah. Apabila kita ketengahkan isu perpecahan, isma mula terasa. Kenapa?

Akhir sekali, saya mengajak kepada isma mesir untuk bersama dengan PMRAM dalam memperjuangkan isu hak mahasiswa dan benteras maksiat. Inilah tawaranku buat ISMA.

Adakah kalian sanggup biarkan PMRAM yang memperjuangkan Islam ini dipijak-pijak oleh pihak yang tak sepatutnya? Dalam masa yang sama, kalian berada di zon yang selesa mengadakan program yang pelbagai. Di manakah bentuk bantuan kalian terhadap PMRAM?

Sejak kebelakangan ini, beberapa pimpinan ISMA menghubungi saya untuk berjumpa, ziarah dan sebagainya. Minta maaf, sejak kebelakangan ini agak sibuk dengan macam-macam tanggungjawab. Pergilah ke Pejabat PMRAM, ziarahilah mereka. Walaupun mereka sibuk, dan lebih sibuk daripada saya, tetapi mereka akan cuba untuk tidak menolak pelawaan daripada kalian.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Bilangan Umat Islam 1,359,948,848 Orang Di Seluruh Dunia


Pada 2005, Ensiklopedia Britannica telah membuat tinjauan, dan menyenaraikan peratus "agama terbesar" di seluruh dunia. Berikut ialah senarainya :

majoriti penganut agama dan kepercayan menganut (mengikut populasi dunia) :

Kristian 33.06%
Islam 20.28%
Hinduisme 13.33%
agama Rakyat China 6.27%
Buddhisme 5.87%
Tak beragama dan ateis 14.27%
Agama puak orang asli 3.97%

Agama-agama yang lain? Entah, tidak disebut pula. Di dalam Nationmaster menyatakan bahawa penduduk dunia pada 2008 seramai 6,705,862,170 orang.

Sekiranya kita anggarkan bahawa peratusan pada 2005 itu tidak berubah, maka orang Islam seramai 1,359,948,848! Tapi, Kristian dikatakan lebih ramai, sedangkan kristian terpecah kepada Ortodoks, Katolik dan Proteston, yang saling berbeza di antara satu sama lain. Katholik adalah teramai di kalangan kristian yang lain iaitu melebihi 1 Billion.

Maka, apa yang perlu kita lakukan wahai umat Islam? Bersatu! Mereka sedang berpecah.. dan kita perlu bersatu untuk menghasilkan tentera Islam seramai 1.3 Billion. Tapi, tak guna juga kalau ramai sahaja, dengan diisi oleh golongan yang seperti "udang di sebalik mee". Akhirnya Islam berpecah lagi disebabkan udang-udang ini.

Umat Islam paling ramai berada di Indonesia, iaitu seramai 195,272,000. Mesir berada di tangga ke 6 iaitu seramai 69,560,000. Malaysia pula berada di tangga ke 22 seramai 14,030,000.

Ingat, kekuatan kita bukan dengan ramainya bilangan, tetapi dengan tingginya kualiti tersebut. Wahai umat Islam, di manakah kualiti anda?

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Rujukan :


Baca seterusnya

Pemuda 18 Tahun Menipu Sehingga Disangka VVIP

Lagi satu kes pelik wal ajaib plus ubi kentang goreng. Seorang remaja berumur 18 tahun menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Dia telah menggelar dirinya sebagai Tuan Muda, dan membuat surat dengan ber"letterhead"kan istana.

Dengan hampehnya, dia berjaya memperdayakan Ketua Pengarah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, dan beliau diletakkan sebagai VVIP.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritenden Zulkifli berkata di satu sidang media,

“Kes pertama berlaku pada 14 Mac lalu apabila suspek membuat lawatan di Kem PLKN Kampung Hijrah dan kedatangannya disambut meriah dalam satu majlis khas disertai seorang Exco negeri"

“Kes kedua pula di Kem PLKN Cahaya Gemilang pada 5 April lalu apabila suspek bersama komandan kem berkenaan menyambut ketibaan Ketua Pengarah PLKN di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah sebelum dibawa ke kem itu untuk satu majlis khas”

Bertambah hampeh apabila pemuda tersebut diberi penghormatan ketika berada di kem, untuk menyemat tanda nama pelatih PLKN yang kebiasaannya dilakukan Ketua Pengarah PLKN di samping dipakaikan uniform khas tertera gelaran Tuan Muda.

Bagaimanakah pemuda ini terkantoi? Salah seorang pelatih kem berkenaan mengecam wajah pemuda ini sejak kecil lagi, yang turut menjadi rakan baik ketika belajar di sekolah sama di Bera. Lalu, Pelatih tersebut mendedahkan perkara ini kepada pihak kem sebelum polis menerima aduan daripada pihak istana pada 8 April lalu.

Pada jam 5.30 petang (kelmarin), pemuda yang mengaku sebagai Tuan Muda ini ditangkap di sebuah rumah di Pekan.

Tak hairanlah, pemuda ini juga merupakan pelajar pintar di sekolahnya apabila memperoleh 9A dan 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang keputusannya diumumkan baru-baru ini.

Sehingga kini, polis masih lagi dalam proses menyiasat tujuan pemuda ini melakukan demikian. Ambillah pengajaran. Macam-macam kes tipu. Fikir-fikirlah sendiri. Dunia ini penuh dengan tipuan. Kita ia adalah orang yang hebat, rupa-rupanya tin kosong. Inilah perumpamaan yang dirasakan agak sesuai. WaLlahua'lam.


REMAJA terbabit (duduk tiga dari kiri) dilayan bagai tetamu kehormat pada majlis penyampaian pangkat kepada pelatih di kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating


BERANI... Superitendan Zulkifli menunjukkan gelaran Tuan Muda yang tertera pada pakaian seragam PLKN lelaki yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang pada sidang akhbar di Kuantan semalam.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Ditangkap Disebabkan Bergurau


2 Orang hamba Allah dalam lingkungan 30 an banyak main... Mereka berdua bergurau di hadapan orang ramai yang berada di pusat membeli belah di Miri, dengan menyatakan bahawa di dalam beg mereka terdapat bom.

Memang banyak main.. Habis semua orang yang berada di situ ketakutn disebabkan ancaman bom tersebut akan meletup. Pada jam 10 pagi, salah seorang mangsa tipuan tersebut menghubungi pihak polis, kerana semua menyangka dakwaan tersebut benar-benar "benar".

Hakikatnya ia adalah gurauan semata-mata. Beberapa orang polis yang diketuai oleh Jamaluddin berkejar ke sana dan mengangkap lelaki berkenaan. Mereka merampas beg yang diletakkan lelaki berkenaan di atas lantai berhampiran sebatang tiang di lobi pusat beli-belah itu.

Selepas membuat pemeriksaan, polis hanya menemui beberapa helai pakaian dan satu pengecas bateri telefon bimbit di dalam beg itu. Hampeh.. pihak polis kena "Just Kidding".. Tetapi akibatnya mereka berdua ditahan. Padan muka. Suka sangat tipu orang. Berita ini telah disiarkan di dalam Harian Metro hari ini.

Tetapi, bila difikir-fikir semula, dunia politik lebih banyak berlaku perkara sebegini. Macam-macam provokasi dan gimik dibuat oleh sesetengah golongan yang tidak bertanggungjawab. Kalau polis tak tangkap, tengoklah nanti di akhirat.. Apakah nasib mereka.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Kerja Haram : Perkhidmatan Urutan Lelaki Jambu



Satu lagu kerja haram yang telah didedahkan oleh dua orang hamba Allah yang hanya mahu dikenali dengan Zack dan Danial. Kedua-duanya mengaku bahawa mereka adalah di antara golongan gay yang terdapat di Malaysia, dan telah membuat pengakuan di dalam Metro pada hari ini tentang kewujudan 3 pusat urut di Kuala Lumpur yang menyediakan perkhidmatan yang "sesuai" dengan nafsu mereka.

Apakah khidmat itu? Saya agak terkejut wal nak termuntah laksa apabila mengetahui perkhidmatan di 3 buah rumah urut itu menyediakan perkhidmatan "urutan lelaki lembut". "Macam-macam pakej ada", kata mereka. Korang selera tak dengar cerita ini?

Pakej urutan lelaki lembut ini, dinamakan sebagai "King Messege" yang berharga RM 150. Iaitu pakej yang paling best, dan digemari. Pakej-pakej yang lain walaupun dengan perkhidmatan lelaki lembut, mungkin agak terbatas sedikit.

Tetapi dengan King Messege, mereka boleh buat apa sahaja. Antaranya pengurut lelaki itu bertelanjang, boleh mendapatkan dua orang pengurut lelaki, urutan menggunakan lidah dan sekali sekala gigitan dan macam-macam lagi yang boleh menyebabkan anda termuntah. Geli betul bunyi nya.

Bertambah ranggi, pelanggan boleh memilih pengurut yang mereka suka berdasarkan gambar-gambar yang tertera pada dinding. Atau ia diletakkan di dalam album. Semak satu-satu album untuk melihat jejaka manakah yang disukai untuk menjadi tukang urut! Uwekk.. Kan dah termuntah.

Jejaka-jejaka ini disifatkan dengan lembut. Dan urutan lembut ini ditambah dengan pengurut yang telanjang. Kadangkala urutan dengan lidah sekiranya pelanggan pakej ini menginginkannya. Urut guna lidah, sambil-sambil gigit.. Uwekk .. muntah lagi.

Ermm... Perkhidmatan mengurut "seperti ini" sudah pasti diharamkan oleh Islam, tidak kira perempuan atau lelaki yang mengurut. Sekiranya perempuan yang mengurut, diharamkan kerana mendedah aurat, sentuhan yang bernafsu, berdua-duaan di dalam bilik urut dan sebagainya.

Manakala urutan lelaki jambu pula diharamkan kerana mendedah aurat, sentuhan bernafsu dan sebagainya. Juga diharamkan. Baru-baru ini, seorang tukang urut "barang" lelaki mendakwa tidak bersalah dengan kerjanya itu. Katanya "saya tidak pernah berzina". Hakikatnya bukan zina sahaja yang diharamkan.

Semoga kita terhindar dari gejala maksiat ini.
Baca seterusnya

Wikipedia Diserang Dengan Artikel-artikel Mengarut


Disiarkan di dalam Wikipedia Versi Bahasa Melayu berkenaan dengan salah seorang pengguna internet yang telah menyiarkan bahan-bahan karut di dalam web tersebut. Pengguna tersebut bernombor IP 219.95.158.237, dan karutannya telah diberi amaran pada jam 11.30 malam, pada 10 April. (baru sekejap tadi).

Apabila saya cek, mendapati bahawa orang yang bernombor IP ini berada di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Bukanlah tujuan saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar memberi peringatan kepada semua. Kadangkala ayat-ayat yang kurang enak yang kita hantar dalam shoutbox atau dalam ruangan komen, hakikatnya diketahui.

Admin boleh mengetahui cara untuk mengesan mereka, atau mengetahui kedudukan mereka. Teknologi ini sudah digunapakai di seluruh dunia. Adakalanya "anonymous" cukup kerap digunakan untuk menghantar ayat-ayat mencarut. Hasilnya dia telah membuka pekung di dada. Semoga kita berlapang dada, dan membetulkan kesilapan-kesilapan sendiri.

Saya juga tidak ketinggalan untuk memohon maaf kepada semua, sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang kurang enak, yang ditulis oleh saya sebelum ini. Saya akan berusaha membetulkan kesilapan itu. Sila tegur sekiranya diri ini silap.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

p/s : Saya baru sahaja membetulkan beberapa perkataan yang kurang enak di dalam artikel sebelum ini. Saya memohon maaf di atas sebarang kekasaran. Sekiranya masih terdapat lagi, sila maklumkan di ruangan komen.
Baca seterusnya

Berita Rasmi Pembentangan Saya Tentang Kiamat


Pada 8 April 2010 yang lalu telah diadakan sesi terakhir ceramah bertajuk `Kiamat Sudah Dekat` di Bait Kauthar. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mujahid. Ceramah ini sebenarnya telah dibahagikan kepada 3 sesi. Sesi pertama telah dilaksanakan pada 25 Mac, sesi kedua pada 1 April dan sesi ketiga pada 8 April. Selain itu juga, dengan berakhirnya ceramah ini menandakan berakhirnya program kelas mingguan BPI untu sesi 2009/2010.

Sesi terakhir ini bermula agak lewat iaitu pada pukul 8.45 malam kerana Ustaz mengalami beberapa masalah. Setelah kehadiran Ustaz, sesi ini dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengacara pada malam itu iaitu Ariff Aizat Bin Abdul Razak. Sesudah itu, Ustaz mula menyampaikan ceramahnya. Ceramah pada kali ini lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang akan berlaku sebelum Kiamat sebenar berdasarkan kajian saintifik. Gaya penyampaian Ustaz Mujahid yang santai dan lucu disertai dengan pembentangan slide membuatkan peserta tidak kering gusi ketawa. Dalam erti kata yang lain, ceramah yang disampaikan oleh Ustaz sangat berkesan.

Ceramah ini tamat pada pukul 10.45 malam. Sesudah itu, Biro Akedemik membuat tayangan video sempena `Exam Fever`. Apabila tamat tayangan video ini, telah diadakan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Menulis Artikel The Zikr yang telah diadakan baru-baru ini. Cenderahati juga telah diberikan kepada rumah-rumah yang telah dijadikan tempat ceramah sebagai tanda penghargaan. Sesi penyampaian hadiah diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada Ustaz Mujahid kerana sudi meluangkan masa menyampaikan ceramah.

Akhir sekali, Exco BPI sesi 2009/2010, saudara Mohd Hazwan bin Rusli dan Timbalan Presiden Perubatan 2 sesi 2010/2011, saudari Natrah binti Ahmad Kamil diberi penghormatan untuk berucap. Sambutan daripada para peserta amat menggalakkan. Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan semua program BPI untuk sesi 2009/2010.

sumber : thezikr.perubatan.org
Baca seterusnya

Curi RM 2.1 Juta, Ganti Rugi Hanya RM 4.20 Sahaja


Pelik juga. Apabila sebuah mahkamah memutuskan supaya Tessa Philips, 55, yang mencuri buku cek bernilai RM 2.1 juta milik majikannya, supaya membayar ganti guri sebanyak RM 4.20 sahaja!

Tessa adalah seorang pekerja yang berasal dari Plymouth, dan beliau telah menggunakan 170 cek syarikat dan memalsukan tandatangan majikannya untuk membeli dua buah rumah dan bercuti di Barbados, Dubai serta Mauritius selain membeli barang kemas yang mahal.

Hanya RM 4.20 sahaja? Mana adil. Curi banyak, bayar sikit. Tapi, bila dibaca dengan mata kasar, mereka memutuskan demikian kerana duit tersebut telah habis dibelanjakan, dan 2 buah rumah yang dibelinya di Barbados dan Mauritius telah berpindah milik.

Walaubagaimanapun, inilah dunia. Dan inilah mahkamah dan undang-undang ciptaan manusia. Cuba bayangkan kalau kita yang jadi bos syarikat tu? Duit yang kita simpan untuk kewangan syarikat, pastu dicuri.. Ganti rugi yang kita terima hanya RM 4.20 sahaja.. Amacam?
Baca seterusnya

1.3 Billion Manusia Mempercayai Kewujudan Alien!


John Wright, Naib Presiden Kanan Ipsos, mendedahkan bahawa 20 % penduduk dunia mempercayai kewujudan makhluk asing. Satu penemuan yang saing bagi saya sepertimana mereka mempercayai makhluk asing.

Ada pula yang mengatakan bahawa makhluk-makhluk asing ini menyamar sebagai manusia. Macam dalam filem X file.

40 % warga India dan China beranggapan demikian, iaitu alien sudah hidup bersama manusia pada hari ini.

Kepercayaan itu paling rendah di Belgium, Sweden dan Belanda iaitu lapan peratus, menurut tinjauan Reuters Ipsos membabitkan 23,000 orang dewasa di 22 negara.

Alhadmulillah, majoriti penduduk dunia - 80 peratus - tidak percaya makhluk asing wujud.

Di dalam Nationmaster menyatakan bahawa penduduk dunia pada 2008 seramai 6,705,862,170 orang. Ini bermakna seramai 1,341,172,434 orang yang mempercayai kewujudannya!
Baca seterusnya

10 April 2010

Terkini 10.43 pm : Ucapan Presiden PMRAM 2009

Setelah pengumuman rasmi dibuat, Ustaz Mohd Fairus bin Shoaib menjemput Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Muizz bin Mohamad untuk menyampaikan ucapan. Presiden menyifatkan bahawa ini adalah satu bentuk kemajuan, yang dilakukan oleh ahli PMRAM. Iaitu berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Sehingga kini, Presiden PMRAM masih lagi sedang berucap
Baca seterusnya

Terkini 10.39 pm : Keputusan Rasmi Pilihanraya PMRAM

Keputusan telah diumumkan oleh Pengarah SPR. Berikut ialah senarai calon dan bilangan undian mereka :

1. Ustaz Muhammad Yusof Abd Kadir : 861 (menang)

2. Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar : 848 (menang)

3. Ustaz Abdul Aziz bin Ali : 826 (menang)

4. Ustaz Muaz bin Syukri : 173

5. Ustaz Aminuddin bin Alias : 226

6. Ustaz Syeikh Mujahid bin Syeikh Nawawi : 860 (menang)

7. Ustaz Mohd Faizuddin bin Ghazali : 877 (menang)

8. Ustaz Mohammad al Hidayat bin Khalid : 861 (menang)

9. Ustaz Hanif bin Haron : 158

10. Ustaz Solehuddin bin Mohd Safien : 852 (menang)

11. Ustaz Ahmad Huzaifah Fauzi : 821 (menang)

12. Ustaz Firdauz bin Noh : 830 (menang)

Jumlah ahli PMRAM yang layak mengundi = 1445 orang

Jumlah ahli yang keluar mengundi = 920 orang (63.7%)

8 Undi Rosak
Baca seterusnya

Terkini 10.28 pm : Pengumuman Baru Bermula

Pengumuman baru dimulakan dengan dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Fairus bin Shoaib, salah seorang AJK SPR. Bermula dengan bacaan al Fatihah, dan ucapan alu-aluan oleh beliau. Beliau menjemput Ustaz Mohd Rafzan Razak, Pengarah SPR untuk mengumumkan pemenang. Sila lihat keputusannya selepas ini.
Baca seterusnya

Terkini 10.19 pm : Kehadiran Badan Pengurus PMRAM

Jam 10.19, beberapa Badan Pengurus PMRAM hadir di Dewan Rumah Selangor. Antaranya ialah Presiden PMRAM sendiri. Calon-calon juga sudah menanti dengan penuh debaran. Dewan semakin dipenuhi oleh hadirin untuk mengetahui keputusan.
Baca seterusnya

Terkini 10.14 pm : Pengumuman Akan Dibuat Beberapa Minit Lagi

Terkini di Dewan Rumah Selangor. Pengumuman akan dibuat oleh Pengarah SPR sebentar lagi. Persiapan sudah dibuat. Hadirin dan AJK SPR semakin memenuhi ruang dewan. Doakan supaya semuanya berjalan lancar. Gambar akan diupdate di dalam blog "amin menulis"
Baca seterusnya

Terkini 9.40 pm : Pengumuman Akan Dibuat Jam 10 malam Nanti




Baru beberapa minit tadi, seorang AJK SPR memaklumkan kepada saya bahawa SPR akan mengumumkan pemenang pada jam 10 malam nanti. Saya tiba di Rumah Selangor jam 9.20 tadi. Sekarang ini masih menunggu di Dewan Rumah Selangor
Baca seterusnya

Terkini 8.52 pm : SPR Masih Mengira Undi

Terkini di Hayyu Asyir 8.52 pm. SPR masih lagi dalam proses mengira undi. Tempat pengiraan berpusat di Rumah Selangor. Saya masih lagi menanti keputusan undian yang akan diumumkan oleh Pengarah SPR tidak lama lagi.

Untuk lihat gambar suasana pilihanraya yang ditangkap oleh kamera KHAS wal canggih, sila buka blog "amin menulis". Atau klik pada link di bawah :

http://allgreenislamic.blogspot.com/2010/04/terkini-gambar-gambar-sekitar-hari.html
Baca seterusnya

Terkini 4.33 pm : Gambar-gambar Terkini - Pengundi Semakin Bertambah

Beratur untuk mendapatkan kertas undian


Pengundi dari Perak


Pengundi dari Pahang


Baru selesai mengundi
Pengarah SPR sedang memantau gerak kerja AJK
Baca seterusnya

Terkini 3.30 pm : Ikhwah Yang Sudah Mengundi Seramai 367 Orang

Terkini pada 3.30 tadi, bilangan ikhwah yang sudah mengundi ialah seramai 367 orang. Bilangan akhawat terkini (yang sudah mengundi) masih lagi belum dapat diketahui. Pada amatan saya, bilangan yang sudah mengundi sebanyak 50 %. WaLlahua'lam.

Pengundian tetap akan tutup pada jam 5 petang nanti, dan pengumuman Badan Pengurus yang menang, akan diumumkan malam ini. Sila ikuti perkembangan di dalam ibnuirfadzil.blogspot.com
Baca seterusnya

Terkini 2.49 : Pengundi Semakin Ramai

(2.49 pm) Kehadiran pengundi semakin bertambah dari semasa ke semasa. Tempoh untuk mengundi masih berbaki 2 jam lagi, iaitu akan tamat pada jam 5 petang. Beberapa orang AJK SPR sedang bertungkus lumus mengawal suasana pengundian. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Baca seterusnya

Terkini 12.55 : Gambar-gambar Terkini - Kehadiran Rombongan Mansurah








Baca seterusnya

Terkini 12.50 : Pengarah SPR Mengumumkan 398 Telah Membuang Undi

( 12.50 ) Ustaz Rafzan Razak, Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR PMRAM) mengumumkan bahawa setakat ini, sudah 398 ahli yang sudah membuang undi, dari kalangan ikhwah dan akhawat. Ikhwah 148, Akhawat 250.
Baca seterusnya

Terkini 11.59 : Beberapa Keping Gambar Yang Ditangkap

Menyemak nama pengundi


Salah satu tempat mengundi


Kotak buang undian


Tempat kedua untuk membuang undi



Semakan pengundi


Pintu masuk Rumah Selangor
Baca seterusnya

Terkini 11.56 am : Baru Lepas Membuang Undi

Saya tiba agak lewat di Rumah Selangor kerana terdapat tugasan yang perlu diselesaikan pada pagi tadi. Jam 11.40 saya dan isteri tiba di Rumah Selangor dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. Saya telah dimaklumkan oleh pihak SPR bahawa pada jam 12 tengahari nanti, akan diberitahu bilangan pengundi setakat ini.
Baca seterusnya

30 000 Wanita Venezuela Bedah Payudara Setiap Tahun!


Wanita-wanita di Venezuela sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata ingin mengubah bentuk payu dara supaya kelihatan lebih menawan.

PENCAPAIAN Venezuela yang sering memenangi mahkota Miss Universe bukanlah satu-satunya aspek yang menjadi lambang kebanggaan negara itu berhubung kecantikan wanita Latin. Malah, mereka juga mempunyai pilihan yang meluas terhadap pembedahan plastik.

Pembedahan mencantikkan tubuh badan menjadi perkara biasa di negara-negara Amerika Selatan. Sehinggakan ia muncul sebagai destinasi kegemaran rakyat asing untuk mendapatkan 'penampilan baru' pada harga yang lebih murah.

"Ada wanita yang datang dari Colombia, Amerika Syarikat (AS), Ecuador dan kepulauan Caribbean. Mereka menjalani pembedahan, kemudian menghabiskan beberapa hari untuk melancong," kata ketua sebuah syarikat subsiadiari silikon implan payu dara, Rosi Oyon.

Menafikan bahawa kecantikan mereka adalah semulajadi dan menjadi satu kemestian bagi pertandingan ratu cantik dunia, pakar bedah kosmetik tidak ragu-ragu lagi bahawa Fernandez mendapatkan sedikit bantuan.

Pembedahan implan

Peralihan mahkota Miss Universe daripada peserta Venezuela kepada pemenang gelaran sama pada tahun 2008, Dayana Mendoza dan terbaru, Stefania Fernandez, meletakkan sektor itu ke satu tahap baru.

Ia merupakan kali keenam penganugerahan mahkota Miss Universe kepada Venezuela dalam tempoh 59 tahun penganjuran pertandingan ratu cantik itu. Malah, negara itu pernah memenanginya sebanyak dua kali berturut-turut.

Kemenangan tersebut telah meletakkan Venezuela hanya satu tempat di belakang AS dalam sejarah kemenangan Miss Universe.

Sedangkan Venezuela hanya mempunyai populasi seramai 25 juta penduduk. Kurang satu persepuluh daripada populasi AS yang berjumlah 300 juta orang.

Pakar Pembedahan Plastik, Daniel Slobodianik menjelaskan kecantikan adalah segala-galanya. Namun kecantikan semula jadi pula merupakan tiket untuk bergelar ratu dunia.

Bagaimanapun untuk pembedahan plastik, Fernandez tiada keraguan melakukannya.

"Saya tidak melakukan pembedahan terhadap dirinya. Tetapi saya yakin dia telah membuat sesuatu. Mereka semua ada melakukannya," kata Daniel yang banyak membantu golongan selebriti Venezuela untuk kelihatan cantik ketika memakai bikini.

Seorang penduduk Caracas, Vanessa Brito, 27, yang telah melakukan implan menegangkan payu dara lima tahun lalu berpendapat, pembedahan adalah perkara biasa dalam kalangan wanita di Venezuela untuk meneruskan hidup.

"Saya fikir wujud tekanan berbentuk sosial di Venezuela. Kecantikan yang ideal boleh dilihat pada peserta-peserta seperti Miss Universe. Justeru, semua orang mahu kelihatan cantik," jelasnya.

Seorang pelajar berusia 19 tahun, Laura Gonzalez, pernah melakukan pembedahan pada bahagian hidung dan pembesaran buah dada empat tahun lalu.

"Perkara ini di luar pertandingan ratu cantik. Wanita Venezuela memang gemar untuk kelihatan anggun. Kami begitu menyukai rambut yang didandan dan melaram dengan pakaian.

"Seorang wanita amat perlu berasa selesa terhadap diri sendiri dan itu yang membuatkan saya terpengaruh," katanya.

Hadiah daripada keluarga

Ketua pengedar dan pembekal implan payu dara, Arturo Rojas juga menyatakan wanita Venezuela merupakan antara yang bersikap angkuh di dunia. Kecantikan dilihat sebagai satu keperluan bagi mereka.

Remaja perempuan kadang-kala menerima pembedahan sebagai hadiah daripada keluarga mereka. Misalnya seorang remaja Yudnara, 13, yang datang berjumpa doktor bersama ibunya untuk melakukan proses pra-pembedahan.

"Saya rasa wanita merupakan individu yang sesuai untuk mendapatkan pembedahan ini.

"Kita semua cantik tetapi kadang-kadang kita mahu lebih cantik," katanya.

Walaupun penggunaan implan silikon dalam pembedahan buah dada mempunyai risiko terkena jangkitan, ia langsung tidak menakutkan golongan remaja.

"Mereka tidak sembuh dengan cepat. Ini kerana ada di antara mereka baru berusia 15, 16 atau 17 tahun yang tidak bersedia untuk pembedahan itu," jelas seorang peguam, Emilia de Leon.

Pembedahan payu dara amat popular di Venezuela dengan anggaran seramai 30,000 orang wanita melakukannya setiap tahun.

Bagi bukan warganegara Venezuela, mereka datang ke sana kebanyakannya untuk mengubah garis leher. Kos yang dikenakan juga amat signifikan.

Di Caracas, proses pembesaran buah dada boleh mencecah sehingga RM8,500 berbanding harga yang jauh lebih mahal di negara lain.
Baca seterusnya

Ditembak Di Kepala, Jantung dan Tangan - Masih Hidup


Seorang wanita ditembak di kepala oleh seorang lelaki terselamat dari serangan itu selepas doktor berjaya mengeluarkan peluru dari otaknya.


Heena, lulusan seni berusia 24 tahun berasal dari Delhi, ditembak tiga kali, dikepala, jantung dan tangan kanannya setelah dia menolak tawaran perkahwinan.

Salah satu dari tiga peluru itu memasuki telinga kirinya mematahkan tulang tengah telinganya sebelum tertanam di otak. Dua peluru lainnya terbenam di lengan kanannya dan jantung.

Doktor di Hospital Lok Nayak di Ibu kota India menyatakan penyembuhan Heena sebagai ‘bernasib baik’. Inspektor Perubatan Dr Amit Bane berkata: “Kami terkejut melihat kes seperti itu. Dia bernasib baik dapat diselamatkan.

Heena masih belum pulih dari trauma setelah dimasukkan ke hospital itu dalam keadaan kritikal pada 31 Mac lalu.

Menurut kata ketua jabatan pembedahan saraf, Dr P N Pandey ‘Peluru itu memasuki otak melalui telinga kiri dan menekan tengkoraknya. Tetapi mujurlah peluru tidak merosakkan mana-mana bahagian otak yang mengawal fungsi-fungsi badan.’

Dengan kehilangan darah yang banyak kerana patah tulang rusuk, pembedahan menjadi lebih kompleks dan pesakit perlu diberikan beberapa unit darah.

Walaupun doktor-doktor telah mengisytiharkan pembedahan ’berjaya’,kemungkinan jangkitan-jangkitan dan kerumitan yang mungkin tak dapat dielakkan pada masa hadapan.

“Peluru itu telah merosakkan bahagian telinga tengahnya. Ini boleh menyebabkan ketulian konduksian ”, adanya penurunan getaran suara yang tidak mencapai telinga dalam akibat gangguan di telinga luar di masa hadapan, “kata Dr Pandey. “Dia juga mungkin mengalami pening,” tambahnya lagi.
Baca seterusnya

Gambar : Orang Utan Di Atas Gelanggang Kickboxing

Apa pandangan korang bila melihat gambarajah di bawah? Orang utan sudah pandai berkickboxing. Orang utan dan macam orang betul.




Baca seterusnya

Memalukan : Paderi Liwat 200 Orang Budak!


Bertarikh 25 Mac - Washington :

The New York Times menyiarkan berita tentang kepeningan yang dihadapi oleh Pope Benedict XVI apabila terpaksa menjawab isu berhubung skandal yang dilakukan oleh seorang paderinya. Paderinya itu telah didakwa pernah meliwat 200 orang budak!

Apabila baca artikel asal yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, jadi saya hanya menyiarkan beberapa fakta berkaitan. Selebihnya dipersilakan kepada pembaca untuk buka, baca dan terjemah sendiri. Sila dapatkan link di bawah :

http://news.yahoo.com/s/ynews/20100325/ts_ynews/ynews_ts1338
Baca seterusnya

Keranda Emas Bernilai RM 500 000 Di Pameran

Sebuah keranda bersadur emas dengan harga tentang USD 156,000 (RM 500,000) dipamerkan di satu muzium Kuala Lumpur pada Hari Jumaat 9 April, 2010.




Baca seterusnya

Nenek Mempunyai Tanduk 6 cm

GAMBAR menunjukkan tanduk di dahi kiri Ruifang.


BEIJING - Seorang wanita China berusia 101 tahun, Zhang Ruifang enggan membuang tanduk yang tumbuh di dahi kirinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang menetap di Linlou, wilayah Henan, mula menyedari mempunyai tanduk pertama pada tahun lalu yang kini sepanjang enam sentimeter.

Beberapa doktor tempatan pula mengesahkan satu lagi tanduk di dahi kanannya akan muncul.

"Ada juga doktor yang mendakwa mereka boleh memotong tanduk itu secara percuma namun saya enggan berbuat demikian kerana yakin akan ada satu lagi tanduk baru akan tumbuh," kata Ruifang.

Wanita itu juga menolak tawaran bagi membuang kedua-dua tanduk kerana dia kini mula berasa gembira apabila dikunjungi ramai orang yang datang melawat ke rumahnya dengan membawa bersama makanan, hadiah dan mahu bergambar dengannya.

- Agensi
Baca seterusnya

Misteri Kehilangan RM 254 000

Abdul Rahim menunjukkan gambar lima lelaki yang dicari bagi membantu siasatan berhubung kehilangan karung berisi wang berjumlah RM254,000 di sebuah bank di Rawang Selasa lalu.


KUALA LUMPUR - Sebuah karung mengandungi wang berjumlah RM254,000 yang dibawa oleh pekerja syarikat keselamatan mencetuskan misteri apabila ia tiba-tiba hilang ketika dibawa masuk ke sebuah bank di Rawang dekat sini Selasa lalu.

Kejadian itu menimbulkan tanda tanya bagaimana karung wang tersebut boleh dibawa keluar oleh suspek tanpa disedari oleh pekerja syarikat keselamatan serta orang awam yang berurusan di bank tersebut.

Sebelum kejadian pada pukul 12.30 tengah hari pada 6 April, tiga pekerja sebuah syarikat keselamatan telah membawa tiga karung berisi wang yang kesemuanya berjumlah RM644,000 untuk diserahkan kepada bank itu.

Ketika sampai di hadapan bank, dua daripada tiga pekerja itu telah naik ke tingkat satu bangunan bank dengan membawa bersama ketiga-tiga karung wang tersebut.

Seorang lagi pekerja syarikat keselamatan itu menunggu di dalam van.

Sebelum itu, tiga pekerja tersebut mengutip wang di sebuah bank di Batang Berjuntai.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, selepas itu, pekerja syarikat keselamatan tersebut singgah di bank berkenaan untuk menyerahkan tiga karung wang yang masing-masing berisi RM117,000, RM254,000 dan RM273,000.
Baca seterusnya

Selesai Pembentangan Tentang Hari Kiamat



Alhamdulillah, semalam baru sahaja selesai membentangkan "Hari Kiamat Sudah Dekat" anjuran Bahagian Pendidikan, Persatuan Perubatan. Atau lebih dikenali dengan The Zikr. Sila rujuk thezikr.perubatan.org untuk maklumat lanjut.

Pembentangan ini telah bermula 3 minggu lalu, iaitu setiap hari khamis. Sebanyak 3 siri telah dibentangkan sehinggalah semalam. Saya tiba di Sayyidah Zainab tepat jam 8.45 malam bersama isteri.

Pembentangan selesai pada jam 10.40 malam dengan beberapa persoalan yang dilontarkan. Alhamdulillah. Pesanan saya yang terakhir buat mereka, "andai kata buku Kiamat saya tidak sempat diterbitkan disebabkan kematian yang tidak dijangka, hendaklah kamu semua yang mendengar fakta ini supaya menyebarkan kepada semua orang, lebih-lebih lagi umat akhir zaman"

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

09 April 2010

Terkini 10.26 : Keluarga Allahyarham Sedang Cek In

(10.26 pm) Keluarga Allahyarham baru sahaja melepasi semakan barang, dan sedang menuju ke tempat tiket. Kami akan bertolak pulang sebentar lagi. Semoga perjalanan mereka selamat. Jumpa esok di dalam liputan untuk pilihanraya PMRAM
Baca seterusnya

Terkini 10.20 : Bersama Keluarga Allahyarham Di Airport

(10.20 pm) Keluarga Allahyarham tiba di airport jam 9.57 tadi. Ketika ini sedang menunggu untuk cek in. Sebanyak 2 tramco mengiri keluarga Allahyarham yang menaiki sebuah Avanza.
Baca seterusnya

Ais Di Artik Akan Mencair Keseluruhannya Pada 2099


Pemanasan Global

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain.

Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik.

Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.

Faktor Pemanasan Global

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini.

Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.

- Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif. Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.

- Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.

- Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007).

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18.

Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

sumber : Wikipedia
Baca seterusnya

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal