23 April 2010

Ini Hasil Kerja Tangan Busuk Khairi Pegawai JPMK


Disiarkan di dalam blog Us Moin, Mahasiswa Tanta, satu siaran berkenaan dengan "kerja tangan busuk" Khairi Jalalludin, Pegawai JPMK. Cuba teliti, apakah yang ditulis olehnya. Memang tidak sepatutnya seorang PEGAWAI JPMK berbuat demikian. Memalukan. Orang tertanya-tanya, ni pegawai ke atau budak sekolah? Cakap macam takda PR langsung.
Baca seterusnya

Peranan Blogger Mahasiswa Islam


Artikel ini telah disiarkan di dalam web PMRAM. sumber

Di dalam membincangkan tentang peranan blogger mahasiswa Islam, kita boleh mengalihkan perspektif perbincangan kepada peranan pendakwah. Ini kerana konteks mahasiswa ialah di bawah kekuatan pemuda Islam, yang sememangnya diwajibkan untuk menyebarkan Islam.

Manakala sebutan “blogger”, ia melihat kepada uslub, atau cara dalam berdakwah. Ya, kadangkala blogger ini banyak masalahnya, dan tidak kurang juga faedahnya. Ia kembali kepada peranan penggunanya.

Hukum penggunaan blogger adalah diharuskan, berdasarkan qias kepada pandangan Syeikh Ali Jum’ah dalam meletakkan harus bagi penggunaan Handphone, Televisyen dan sebagainya. Ia diharuskan pada alat tersebut, tetapi diharamkan disebabkan penyalahgunaannya.

1. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, para pendakwah menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan dakwah, termasuk dengan cara penulisan. Contohnya Nabi Muhammad SAW sendiri mengutuskan surat kepada raja-raja luar Tanah Arab untuk memeluk Agama Islam.

Selain itu, pada zaman Nabi Sulaiman lagi, surat telah dihantar kepada Permaisuri Saba’ meminta supaya beliau memeluk Islam. Era penulisan kitab juga telah bermula pada awal zaman sahabat RA, contohnya Saidina Umar al Khattab merupakan orang yang mula-mula menulis tentang Sirah Nabi SAW, yang menceritakan tentang plot hijrah ke Madinah.

Kesimpulannya, sejarah penulisan ini sudah cukup masyhur dalam penyebaran dakwah Islam. Ia adalah salah satu saluran untuk menyampaikan Islam kepada umum. Blog juga adalah salah satu saluran penyampaian Islam ini, yang mesti digunakan oleh Pendakwah Islam masa kini.

2. Mahasiswa adalah barisan pemuda, yang mempunyai kekuatan untuk menggegarkan alam. Apatah lagi mereka dikurniakan kekuatan dan kemahiran yang banyak dalam menyebarkan dakwah melalui saluran ini. Maka, seorang pemuda harus menjadikan blog ini sebagai medan penyampaian dakwah mereka.

Melihat kepada peranan pemuda, sudah cukup untuk menjelaskan kedudukan mereka sebagai blogger Islam, sepertimana pendakwah pada zaman Nabi SAW. Ya, mereka semua adalah dari kalangan golongan muda yang hebat dalam ilmu agama, atau boleh diterjemahkan sebagai mahasiswa Islam. Contohnya,

a. Saidina Abu Bakar as Siddiq adalah seorang yang benar dalam kata-katanya dan dakwahnya. Apa gunanya menipu dengan menggunakan istilah dakwah. Ya, seorang blogger perlu menulis perkara yang benar, tidak menimbulkan fitnah semata-mata untuk “memanas”kan penulisan.

Kononnya hendak menarik pembaca, sanggup membuat fitnah. Tak ketinggalan juga mereka yang sanggup berlembut dalam perkara yang perlu tegas. Contohnya beberapa blogger yang masih “husnuzzon” apabila ulama’ terang-terang dihina dengan karikatur. Ingat, Saidina Abu Bakar RA mengisytiharkan perang kepada Golongan Murtad dan golongan yang tidak bayar zakat.

b. Saidina Umar RA yang cukup tegas dalam dakwahnya menjadikan aspirasi kepada blogger supaya bertegas dalam perjuangan Islam. Beliau juga hebat dalam mengatur strategi dakwah, juga perlu diaplikasikan oleh blogger supaya pandai dalam mengatur artikel yang ingin disiarkan.

Saidina Umar al Khattab pernah berkata, “sekiranya aku mengerjakan solat di dalam gereja, aku bimbang umat Islam akan datang, akan mengikut apa yang aku lakukan ini”. Lalu, beliau mengerjakan solat di luar gereja sehingga terbinanya Masjid Saidina Umar yang bersebelahan dengan gereja.

Maka, blogger juga perlu bertanya kepada diri sendiri, “tidakkah aku bimbang sekiranya penulisan ini akan dijadikan pegangan oleh pembaca?” Maka, berhati-hatilah dalam penulisan blog.

c. Saidina Uthman RA yang menampilkan penampilan yang lembut juga perlu dijadikan aspirasi oleh blogger mahasiswa Islam dalam menyebarkan dakwah. Pada zaman beliau juga, terhimpunnya al Quran dan dibukukan secara sempurna. Maka, seorang blogger perlu memikirkan bagaimana untuk menjadikan penulisan kita di dalam blog dapat dikekalkan.

Situasi hari ini, orang melihat sebagai “penulisan neutral” adalah yang terbaik. Bahkan penulisan yang bersifat lembut juga yang terbaik. Tetapi malangnya pembaca lebih meminati penulisan yang panas. Maka, gunakanlah penulisan yang lembut untuk mengulas isu yang panas.

d. Saidina Ali RA yang menampilkan watak seorang yang hebat dalam bidang ilmu, juga menjadi aspirasi kepada blogger untuk membawa blognya ke arah perbincangan ilmiah. Beliau juga hebat dalam pemahaman Islam yang sebenar.

Ya, seorang blogger hendaklah memahamkan manusia tentang Islam yang sebenar, bukannya menimbulkan tanggapan buruk kepada Islam. Contohnya pada hari ini, masyarakat akan memerhati, adakah penulisan di dalam blog ini menampilkan Islam yang sebenar? Atau ia hanya perangai yang dibuat-buat?

3. Cukuplah dengan 4 contoh Khulafa’ ar Rasyidin ini untuk menterjemahkan peranan seorang blogger mahasiswa Islam. Di sana begitu banyak peranan blogger mahasiswa Islam yang telah ditonjolkan oleh ulama terdahulu.

4. Selain itu, dipetik di dalam sebuah blog bekas Mahasiswa al Azhar, Ustaz Nasaruddin at Tantawi tentang etika dan adab seorang blogger :

a. Memberi dan menyampaikan maklumat adalah kerja terpuji bagi membina dan membentuk minda para pembaca. Tetapi ianya mestilah dilakukan dengan penuh adab dan etika . Bertanggungjawab dengan tulisan dan amanah dalam meriwayat.

Pertama : Ikhlas , jujur dan suci niat dalam apa jua bentuk tulisan justeru ia diperhati dan dinilai oleh Allah swt sekalipun serapat mana bilik komputer kita dikunci

Kedua : Tulis dan riwayat perkara yang benar . Jangan berbohong atau berdusta . Menyembunyikan fakta sebenar dan menukilkan andaian yang penuh hasad dan dusta . Kerana dosa dan neraka juga boleh menerima seorang penulis blog sebagaimana pahala dan syurga juga boleh menerima mereka . Bergantung bagaimana mereka ber"blog" .

Ketiga : Berbahasa dan berbudi dalam tulisan tentunya menjadikan hasil karya kita lebih bermutu dan meyakinkan . Kebenaran akan ternoda dengan kalimah dan tulisan yang kesat atau celupar dan berbau fitnah .

Keempat : Tulisan yang bertanggungjawab ialah yang diketahui siapa penulisnya . Penulis misteri hanya meletakkan tulisannya setaraf surat layang yang tidak memiliki kredibiliti untuk dipercayai dan diyakini .

Kelima : Penulisan menggambarkan karaktor penulis . Penampilan gaya dan cara penulisan yang tenang, ceria, jelas dan benar akan membawa pembaca merujuk kepada kehebatan peribadi penulis. Lantaran itu, menulislah dengan jiwa yang tenang dan nurani yang suci nescaya tulisan itu akan meresap dengan tenang ke segenap jiwa pembaca dan membawa ketenangan kepada semua .

b. Ramai penulis mutaakhir ini selain terjebak sebagai penulis upahan untuk menjuarai kepentingan tertentu , terdapat juga penulis picisan yang tidak punya matlamat dalam menulis kecuali menabur fitnah dan menyalakan api permusuhan . Mereka langsung tidak memiliki etika penulisan bahkan tiada juga adab dalam menulis .

c. Mereka menulis seolah - olah mereka bebas untuk berbuat apa sahaja tanpa memikirkan implikasi atau risiko yang bakal tercetus gara - gara tulisannya . Mereka hanya mementingkan diri sendiri untuk mencapai sebuah kepuasan yang tidak pasti benar atau salah . Penting bagi mereka ialah puas. Mereka tidak peduli kadang - kadang sahabat handai dan rakan taulan sendiri remuk rendam perasaan angkara tulisannya .

d. Hati-hatilah sahabat sekelian , dalam kita menulis di sana terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum kita publish sesuatu tulisan itu . Asasnya ialah bertanggungjawab terhadap tulisan tersebut dan ianya bertunjangkan kebenaran fakta dan nas .

e. Berjiwa besarlah justeru tulisan kita akan membentuk persepsi masyarakat terhadap apa jua isu yang kita bawa, jika tulisan yang kita paparkan adalah tulisan yang meyakinkan bukan menjengkelkan. Maka tulislah perkara yang baik nescaya kita akan dapat natijah yang baik .

Pun begitu , sabarlah ! terkadang tulisan yang baik dan benar ini akan diserang oleh musuh dan difitnah atau ditohmah kerana mereka tidak senang dengan kebenaran yang dibawa dan mereka cuba mengheret kita menjadi blogger seperti mereka yang penuh dengan hasad, fitnah, kata - kata kesat dan celupar serta sumpah seranah .

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Aqidah Dan Falsafah
Universiti Al-Azhar, Kaherah
Baca seterusnya

Isu Rampasan Hak Mahasiswa Melayu Mesir, Kenapa?

Isu Kutub Sittah yang melakarkan sejarah hitam dalam pentadbiran JPMK pada sesi ini menjadi ingatan bagi setiap mahasiswa Mesir, tidak kira perubatan mehupun pengajian Islam. Semuanya sedar tentang kepincangan yang telah dibuat oleh JPMK untuk merampas kebebasan mahasiswa dalam mendapatkan ilmu Hadis daripada Para Masyaikh. (link)

Sedih apabila melihat rampasan hak mahasiswa dibuat terang-terangan oleh pihak terbabit. Ia bertambah teruk apabila kenyataan yang dibuat oleh Prof Jamil ketika di Malaysia sangat bercanggah dengan apa yang terjadi. Segalanya diputarbelit seolah-olah mereka bersih daripada sebarang tuduhan.

Tidak dinafikan, ia akan berulang buat kali kedua. Ya, saya yakin bahawa isu rampasan hak mahasiswa akan diulangi lagi oleh JPMK untuk memadamkan al Azhar dari mata masyarakat Melayu. Melenyapkan golongan ulama' yang terhasil dari bumi Anbiya merupakan salah satu agenda yang dibawa oleh JPMK, dan ia terserlah dengan Isu Kutub Sittah ini.

Ya, ia pasti akan berulang. Ia pasti akan berulang. Dengan strategi yang berbeza dan pendekatan yang lebih halus akan digunakan bagi "menghabiskan" golongan ulama dari bumi ini. Bukan sahaja JPMK, bahkan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) juga terlibat sama dalam perecanaan ini.

Bagaimanakah strategi mereka? Tidak mungkin akan diketahui secara umum. Tetapi ia boleh dilihat dengan apa yang berlaku selama ini. Lihatlah usaha untuk menghapuskan muadalah, kemudian mencipta "Universiti al Azhar Melayu". Antara tenaga pengajar U ini ialah Datuk Duta sendiri.

Kitab yang diajar oleh beliau bercanggah dengan manhaj al Azhar yang sebenar. Sekiranya apa yang saya utarakan ini tidak bertepatan, sila tampil untuk membuktikannya dan memberitahu perkara yang sebenar. Ini adalah hasil aduan mereka yang turut serta dalam kelas tersebut.

Selain itu, Faks telah digunakan oleh pihak "gatal tangan" untuk melambatkan dan menyusahkan proses urusan passport. Persoalannya, apakah dosa kami sehinggakan kamu ingin merampas hak kami sebegini rupa? (link) (link)

Mengikut kajian peribadi saya, saya mendapati bahawa kehadiran mahasiswa perubatan pada tahun ini bakal mencecah angka 1400 orang. Keahlian perubatan ketika ini sekitar 3200 orang. Manakala pengajian Islam sekitar 5000 orang, dan kehadiran pada tahun ini dijangka susut 70 % berbanding kedatangan pada sesi 2009/2010.

Antara yang lain, urusan pendaftaran kuliah pengajian Qiraat masih belum diselesaikan. Masih ramai pelajar qiraat yang sepatutnya didaftarkan oleh pihak JPMK, tetapi tidak dilakukan sehingga ke hari ini. Ia sudah memakan tempoh yang panjang daripada kehadiran mereka pada bulan 8, 2009. (sila lihat pada gambarajah)


Kes kelewatan pendaftaran mahasiswa Qiraat ini sudah bermula pada 2007 lagi (seingat penulis). Tidak dapat dipastikan punca sebenar kelewatan ini. Tetapi, apa yang pastinya segalanya di bawah urusan JPMK.

Persoalan di sini ialah, dimanakah fungsi pihak tersebut? Di manakah hak kami? Apa salah kami? Kenapa terdapat tangan-tangan kotor hendak menghapuskan ulama Melayu dari al Azhar? Kenapa dan kenapa?

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

JPMK, Kami Nak Hak Kami


Kenapa entah, tiba-tiba sahaja malam ini saya agak berkesanggupan untuk bersengkang mata semata-mata untuk beberapa artikel berkenaan JPMK. Selama ini kami telah di"double strandardkan" oleh beberapa orang pegawai JPMK (bukan semua.. tapi kebanyakan).

Erm.. Tak perlu bercakap panjang, timbulkan sahaja apa yang telah disebut oleh Saudara Firdaus ketika Muktamar PMRAM baru-baru ini. Kami nak hak kami!

Boleh kata macam ni, Badan Kebajikan yang berdaftar di bawah JPMK sejak setahun (atau dua tahun) kebelakangan ini sering di"anak tiri"kan. Untuk melaksanakan sebuah program yang besar, beberapa ratus sahaja yang diberikan sebagai peruntukan, "tidak seperti dahulu".

Pelik juga, dalam masa yang sama, ISMA dan UMNO seringkali mendapat keselesaan dalam mengadakan program. Nak guna ARMA pun senang je.. Rilek. Siap dapat support yang tinggi. Berapa? Pimpinan ISMA sendiri mengetahuinya. Memang nak dibandingkan dengan BKAN, jauh ketinggalan.

Contoh, apabila datang untuk memohon peruntukan, macam-macam prosedur yang "dicipta". Sebelum ni macam biasa je.. Tak da pun secanggih ini prosedurnya.. Boleh tanya mereka yang "terkena" dengan masalah ini.

Eh, lagi kesian kat Medic. Semua orang tahu Medic berdaftar di bawah JPMK, tetapi malangnya Medic diharamkan daripada menggunakan ARMA selama 3 bulan. Dan beberapa lagi masalah, yang mahasiswa Medic sendiri mengetahuinya.

Bertambah pelik, datang sahaja En Jamil, ISMA secara tiba-tiba berdaftar di bawah JPMK. Eh, ada kekuatan ajaib pulak. Tiba-tiba je dah ramai orang? Sebelum tu buat persatuan haram tanpa sebarang pendaftaran, buat perjumpaan senyap-senyap dan sebagainya. Kalau "tidak benar" sila nafikan. Ingat, saksi sudah cukup ramai hidup di Mesir ini.

Beberapa orang mahasiswa sering kali dikenakan "perli" pedas apabila ingin meminta tandatangan pengesahan. Antara yang disebut "Kenapa tak mintak PMRAM je yang tandatangan pengesahan salinan..?".. Atau.. "Ni orang PMRAM la ni.. nak tunjuk eksyen, last-last urusan terjemahan, mintak juga pada kami.." Amacam? Ni nak buat kerja ke apa?

Sebenarnya perli-perli macam ni sudah biasa disambut oleh mahasiswa kita. Mungkin ini baru sedikit untuk didedahkan. "Kami sebagai mahasiswa, hendak menuntut hak kami" tu je.. Apa yang susah?

Dulu, dengan bangganya ada seorang Pegawai ni bagi ucapan di Rumah Selangor. Pandai dia je putar belit sejarah PMRAM depan ahli Selangor. Last-last kena smackdown pedas kat situ jugak. Rasanya semua ahli Selangor dah tahu..

Tu belum lagi isu Dataran. Eh, tetiba je kelulusan tu kena bawah JPMK. Mana kuasa JPMK terhadap Dataran tu? Kalau saya salah, tolong tunjukkan. Mungkin saya yang tidak tahu. Cuma, secara tiba-tiba sahaja sejak ISMA berdaftar, "segala urusan Dataran kena mendapat kelulusan JPMK". Haik? Tiba-tiba je?

Isy, banyak lagi.. Takpa.. Kita tengok nanti. Semoga hak kami sebagai mahasiswa untuk berpersatuan dapat dilihat dari sudut professional oleh Pegawai JPMK. Cuma, saya tak tuduh semua.. Ada juga pegawai yang baik, memang sibuk dengan kerja dan tugasnya.. Alhamdulillah..

Terima kasih dan tahniah kepada pegawai JPMK yang bagus.. Dan kepada pegawai yang tak bagus, udah le dok main-mainkan mahasiswa.. Kami ni bukan budak-budak.. Professional sikit.. dan kembalikan hak kami yang semakin di"anak-tiri"kan.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Isu Pegawai JPMK : Orang Dah Kata, Tak Nak Dengar Cakap..


Memang tidak dinafikan, memang berlaku isu Pegawai JMPK yang sengaja buat masalah, untuk mengadakan perjumpaan dengan Melayu di luar Kaherah. Ya, memang langgar protokol apabila pertemuan tersebut tidak dimaklumkan kepada Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa yang bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Sengaja nak tunjuk hebat, boleh sewa hotel kononnya.. tapi masalah yang terjadi, apabila ia tidak dimaklumkan. Dah kata, DPM ni ada kuasa. Ingat, setiap pengerusi DPM ini mempunyai Kad Mandub yang sah laku selama 5 tahun.

Kad Mandub ini kalau ditunjukkan kepada pegawai polis, siap dapat tabik lagi. Boleh tanya Pengerusi DPM masing-masing yek. Baru-baru ini, ketika Pengerusi DPM Mansurah mengalami H1N1. Siap ada beberapa polis khas eskot beliau.

Pernah juga terjadi, Pengerusi DPM Zagazig, hanya menunjukkan Kad Mandub, dapat tabik springg ketika kenderaan ke Zagazig di tahan untuk pemeriksaan. Pastu, terus boleh jalan.

Beberapa siri perjumpaan dengan Ketua Polis Cawangan (Amin Daulah), dah biasa dahh... Kalau tanya Presiden PMRAM, lagi la.. takyah nak kata.. Siap disiarkan di beberapa DPM beberapa nama yang perlu jumpa Amin Daulah setiap minggu, untuk dipastikan pengenalan ahli PMRAM.

Eh, betul ke semua ni.. Kalau mereka yang berada di Muhafazah sudah lali dengan perkara ini. Semuanya sudah makruf. Cuma beberapa orang je yang dok butakan mata.. Mereka dok tanya, ya ke PMRAM ada hubungan dengan Polis Mesir.. Looorr.. dah boring dengan citer. Memang dah biasa sangat.

Kalau yang nak pergi Sinai, Matruh atau apa-apa saja, sudah semestinya dimaklumkan kepada pihak polis. Dan kadangkala Polis Mesir eskot perjalan jaulah tersebut. Tapi, bila tengok jaulah anjuran JPMK, entah.. Tak nampak pulak.

Percaya atau tidak, Ketua Polis Mesir di peringkat cawangan hanya mengenali Pengerusi DPM sahaja sebagai ketua. Maka, menjadi ancaman terbesar kepada mereka yang dok gatal nak buat perhimpunan, persatuan baru.. tanpa pengetahuan Pengerusi DPM.

Dulu, pernah satu rombongan bas ke Sinai (kalau tak silap) yang bukan di bawah anjuran atau keizinan PMRAM, telah ditahan dan tidak boleh bergerak sehinggalah wakil PMRAM datang mengambil mereka. Tak perlulah saya sebut pihak mana yang menganjurkannya. Semua sudah tahu.

Isy.. kalau nak sebut satu-satu pasal Isu Keselamatan Mesir yang berada di bawah tanggungjawab PMRAM ni, begitu banyak.. Dah biasa sangat dengar. Tapi masih ada lagi yang gatal tangan nak tunjuk tererr.. payah-payah.. Apa salahnya maklumkan kepada Pengerusi DPM.. tak susah kan? Kredit ada kan?

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Pegawai JPMK Buat Hal Di Tanta


Khairi Jalalluddin - Pegawai JPMK
Ustaz Dzulhilmi Roslan - Pengerusi DPM Tanta

Menurut status KJ di halaman Facebooknya sekitar jam 12:00 tengahari semalam (21 April 2010), tertulis “ada ke pelajar al-azhar mengaku jd wakil kedutaan di tanta. bila masa kedutaan bagi surat pelantikan?..pelik".

Persoalannya, siapa yang mengaku jadi wakil kedutaan? Kenapa pegawai ini tidak profesional dalam membuat sesuatu tindakan? Buatlah siasatan terlebih dahulu. Jangan tuduh melulu.


18 April 2010 (sekitar jam 3:00 petang)

Wakil Amnu Daulah (Pihak Keselamatan Mesir) telah menghubungi Pengerusi sebanyak 8 kali. Ketika itu Pengerusi berada dalam kuliah dan saya sendiri bersama dengan beliau. Sejurus habis kuliah, Pengerusi terus menghubungi wakil Amnu Daulah tersebut lalu diberitahu bahawa ada wakil Safarah (kedutaan) akan datang ke Tanta dan telah pun menempah Hotel ‘Arafah berdekatan Mahattah (Stesen Keretapi) Tanta.

Kami seterusnya bergerak ke hotel berkenaan untuk mendapatkan kepastian. Sesampainya di hotel, kami bertanya kepada pihak hotel lalu dimaklumkan kebenaran akan berita yang disampaikan oleh wakil Amnu Daulah tersebut.

Pengerusi terus menghubungi nombor pihak Safarah yang tercatat dalam buku hotel tersebut. Lalu Puan Salwa (salah seorang pegawai JPMK) menjawab dan mengesahkan bahawa mereka akan datang ke Tanta untuk berurusan dengan pelajar pengajian Islam dan Perubatan pada keesokan harinya (19 April 2010) pada jam 8:30 pagi.

Selang beberapa minit, wakil Amnu Daulah sampai di hotel berkenaan lalu bertanyakan kepada Pengerusi kenapa tidak memaklumkan kepadanya mengenai kehadiran pihak Safarah ke Tanta. Wakil Amnu Daulah telah memarahi Pengerusi kerana tidak memaklumkan perkara tersebut kepadanya.

Pengerusi menjelaskan bahawa beliau tidak mendapat apa-apa maklumat daripada pihak Safarah untuk menafikan kesalahan tersebut berpunca daripadanya. Pengerusi meminta Puan Salwa bercakap sendiri dengan wakil Amnu Daulah dalam telefon dan memohon maaf atas perkara tersebut. Rentetan daripada itu, KJ juga ada menghubungi Pengerusi dan memaklumkan bahawa beliau hendak bertemu dengan Pengerusi sekitar jam 8:30 pagi esok (19/4/2010).

Persoalannya, adakah terlalu sukar bagi mereka menghubungi Pengerusi DPMT untuk memaklumkan kehadiran mereka ke Tanta? Jika kedatangan mereka untuk berurusan dengan pelajar, semestinya perkara tersebut perlu ada dalam makluman Amnu Daulah. Pengerusi DPMT adalah ketua pelajar Malaysia di Tanta yang berada di bawah naungan PMRAM dan berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Jika Pengerusi Perubatan boleh dihubungi, kenapa tidak kepada Pengerusi DPMT?


19 April 2010 (sekitar jam 8:30 pagi)

Pengerusi DPMT telah bergerak ke Hotel ‘Arafah untuk bertemu dengan KJ. Pertemuan tersebut berlaku di tingkat tujuh. Setelah berbincang dan pengerusi telah menjelaskan perkara yang sebenar, KJ mendakwa Pengerusi atas satu kesalahan yang besar iaitu:

• Pengerusi menggunakan nama Safarah seolah-olah beliau (Pengerusi DPMT) adalah wakil Safarah ketika berurusan dengan Amnu Daulah di Tanta.

Ini merupakan tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas. Di manakah buktinya? Ini adalah prosedur biasa di peringkat Amnu Daulah. Pegawai-pegawai sebelum ini pun tiada masalah dengan prosedur tersebut.

Mungkin KJ orang baru di Mesir. Sepatutnya perlu belajar dan bertanya kepada yang lebih tahu, bukan membuat tuduhan yang melulu dan tidak matang. Pelajar-pelajar yang hendak membuat urusan di Safarah pun ada peraturan, pelajar pergi ke Safarah pun kena ikut peraturan. Jadi, kenapa KJ datang ke sini tidak mahu mengikut prosedur? Berurusan dengan orang yang banyak alasan sudah tentu kita akan menjadi BOSAN!!!

Pada bulan Februari 2010, rombongan daripada Malaysia (JASA) hadir ke Tanta untuk kempen 1MALAYSIA dan program tersebut di buat di markaz PMRAM Cawangan Tanta. Kami ahli-ahli Tanta menyambut baik walaupun pihak Safarah berbohong ketika menghubungi Pengerusi DPMT. Mereka menyatakan bahawa telah pun memaklumkan kepada Presiden PMRAM (Ustaz Abdul Muiz Muhammad), tetapi apabila Pengerusi menghubungi Presiden, Presiden menyatakan tiada mendapat sebarang maklumat tentang program 1MALAYSIA tersebut.

Dalam situasi ini pula, tuduhan KJ seolah-olah menggambarkan Pengerusi mengaku menjadi wakil Safarah untuk ambil tahu tentang kehadiran tersebut sepatutnya tidak timbul. Siapa yang mengaku jadi wakil Safarah? Pengerusi pun tidak tahu apa-apa jika tidak dimaklumkan oleh wakil Amnu Daulah. Wakil Amnu Daulah dapat maklumat tersebut pun daripada pihak hotel.

Jadi, kenapa KJ nak berang kepada Pengerusi DPMT? Kenapa sampai menulis status di Facebook? Bila menulis di Facebook semua orang boleh membaca (macam budak-budak daaa). Kenapa nak ugut dengan menyatakan bahawa Pengerusi telah melakukan kesalahan yang besar? Kenapa mahu dibawa perkara tersebut kepada Encik Saiful (Pemangku Duta Malaysia Kaherah).

Jadi, kami ahli-ahli Tanta mendesak supaya KJ memohon maaf secara terbuka kepada Pengerusi serta ahli DPMT di atas tuduhan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Tulisan KJ di Facebook menyebabkan semua orang dapat membacanya lantas menyebarkan fitnah. Ini soal maruah dan jangan pandang perkara ini sebagai perkara yang kecil! Diharapkan agar perkara tersebut tidak berlaku di muhafazah lain.

Sekian, wassalam.

Oleh: Mohamad Zuhdi Mat Piah
Baca seterusnya

22 April 2010

Kuda Terbesar Di Dunia Seberat 1500 kg




Miss Thompson, who owns a farm in Tupperville, Ontario, measured 10-year-old Poe at 20.2 hands – or 80.8 inches.

The current world record holder, Remington, from Princeton in Texas, measures a mere 80 inches.

Miss Thompson, herself just 5ft 3in, said: “We want to get the Guinness guys here as soon as possible.

“We have known for a while that he could be the tallest horse in the world, we just need to get the official documents that the people in London want to see.

“Poe is 20.2 hands and I know that Remington is 80 inches tall, so that means that Poe has him beat.”

Poe weighs 3000lb (1.5 tons), stands 10 feet tall with head raised, and consumes two bales of hay, 10lb of grain and 75 gallons of water each day.

The huge Clydesdale used to work as a dray horse in London, Ontario, pulling a cart filled with crates of beer. Now Miss Thompson displays the equine giant to amazed onlookers.

She said: “We take him to fairs across Lambton County.

“He is extremely popular, but his size always means people keep a cautious distance from him - although they shoudn't, as he is a real puppy.

“But he does sometime forget his strength and drags me along if he wants to play or go chasing something that has caught his attention.”
Baca seterusnya

Perang Bani Mustalik Dan Fitnah Golongan Munafik



Rentetan peristiwa perang Bani Mustaliq di zaman Rasulullah saw terlalu panjang dan agak kompleks untuk dirungkai dan dihurai dalam penulisan ringkas sebegini .

Saya cuma mengambil beberapa insiden yang berurutan dari peristiwa ini untuk dijadikan panduan kita berjuang dan berdepan pula dengan fitnah yang melanda perjuangan kita hari ini .

Asasnya perang Bani Mustaliq ini bukanlah satu peperangan besar dalam sejarah Islam tetapi apa yang paling menyerlah ialah bagaimana ia menunjukkan kepada umum peranan yang di mainkan oleh seorang tokoh munafiq yang bernama Abdullah bin Ubai dan kuncu - kuncunya yang sebelum itu telah menyimpan dendam politik sekian lama terhadap kepimpinan Rasulullah saw. malah turut mendedahkan beberapa perlakuan jahat yang dilakukan oleh mereka .

Peranan jahat Abdullah bin Ubai kian menjadi - jadi setelah gagalnya harapan beliau untuk menjadi ketua atau pemimpin di Madinah setelah kemenangan Islam dan hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah . Ia menganggap Rasulullah saw telah merampas cita - citanya .

Sejak itu , tertanam di dalam dirinya dendam dan hasad yang senantiasa membara dan mencari setiap kesempatan untuk melakukan sesuatu yang membahayakan Rasulullah saw dan Islam yang dipimpin oleh baginda saw.

Peristiwa Bani Mustaliq ini menyaksikan bagaimana Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya keluar bersama dengan bala tentera ummat Islam tetapi Allah swt mengetahui dan mendedahkan kedudukan dan peranan jahat mereka . Allah swt berfirman :

لو خرجوا فيكم مازادوكم إلا خبالا و لأوضعوا خلالكم يبغونكم الفتنة
و فيكم سماعون لهم و الله عليم بالظالمين

Kalaulah mereka keluar bersama - sama kamu , tidaklah mereka menambah kekuatan kamu melainkan menambah kerosakan dan tentulah mereka melakukan hasutan di antara kamu dengan tujuan hendak menimbulkan fitnah [ kekacauan ] dikalangan kamu , sedang ada diantara kamu orang - orang yang suka mendengar hasutan mereka dan ingatlah Allah swt Maha Mengetahui akan orang - orang yang Zalim . Surah At Taubah : 47

Kerja Jahat Abdullah bin Ubai

Pernah seketika berlaku perselisihan antara 2 orang sahabat nabi saw [ muhajirin dan ansar ] lalu Rasulullah saw menegur mereka berdua : "Apakah kamu mahu kembali kepada jahiliyah sedang aku masih ada bersama kamu ?" akhirnya mereka berdua hentikan pergaduhan dan berdamai .

Malangnya apabila berita perdamaian itu sampai kepada Abdullah bin Ubai lalu dia berkata : " Apakah munasabah dia [ rasul saw ] melakukan demikian . Apabila mereka sudah ramai dalam negeri kita , mereka hendak menunjukkan kekuatan . Samalah seperti kata pepatah , gemukkan anjing kamu kemudian dia akan memakan kamu . Jaga - jaga , kalau pulang ke Madinah ,nanti tahulah dia nanti . Orang yang mulia akan mengeluarkan orang yang hina ! "

Ucapan itu didengari oleh Yazid bin Ikram lalu Yazid beritahu kepada bapa saudaranya dan bapa saudaranya memberitahu Rasulullah saw . akan ucapan Abdullah bin Ubai tersebut . Kebetulan Saidina Umar ada bersama Rasul saw. Lalu Umar rha berkata : "Suruh sahaja Abbad bin Bisyr membunuh dia !" tetapi ia dihalang oleh nabi saw. bimbang fitnah lebih besar , nanti orang akan kata Muhammad membunuh sahabatnya sendiri .

Malah anak Abdullah bin Ubai sendiri yang juga bernama Abdullah [ seorang yang beriman dan soleh ] minta izin dari nabi saw untuk membunuh bapanya tetapi tidak dibenarkan oleh Rasulullah saw . bagi mengelakkan fitnah yang besar

Abdullah bin Ubai mengetahui ucapannya telah sampai ke pengetahuan Rasulullah saw lalu ia pergi bertemu dengan Rasulullah saw lalu bersumpah dan menafikan ucapannya .

Tiba - tiba seorang Ansar mengatakan Ya Rasulullah saw . "mungkin budak yang melaporkan berita mengenai ucapan Abdullah bin Ubai ini tersalah lapor ! lalu Rasulullah saw terus mengingatkannya . Maka berduka citalah Zaid bin Arqam [ yang melaporkan ] kerana ia merasakan dirinya telah diperbohongkan .

Tetapi Allah swt Maha Mengetahui lalu menurunkan surah al Munafiqun dan mendedahkan perkara sebenar yang dilakukan oleh golongan munafiq khasnya Abdullah bin Ubai . Akhirnya Rasulullah saw memanggil Zaid bin Arqam dan membacakan surah al Munafiqun kepadanya kemudian nabi saw bersabda : "Sesungguhnya Allah swt telah meletakkan kamu sebagai orang yang benar .

Bermula dari mukjizat nabi saw yang bertanyakan al Harith bin Dirar di manakah berbaki 2 ekor unta yang sepatutnya turut dibawa oleh Al Harith untuk menebus anaknya Juwairiyyah binti al Harith yang menjadi tahanan perang dalam peristiwa al Mustaliq ini .

al Harith benar - benarnya menyembunyikan 2 ekor unta tersebut kerana sayang kepada unta itu dan hanya membawa beberapa ekor unta yang lain .

Al Harith berasa hairan bagaimana nabi saw boleh mengetahuinya jika tidak kerana ini wahyu dari Allah swt , lalu al Harith memeluk Islam dan mengucap 2 kalimah syahadah . Malah seluruh anak - anaknya dan beberapa orang dari kaumnya turut memeluk Islam .

Nabi saw sendiri akhirnya berkahwin dengan anak perempuan al Harith dan menjadi salah seorang Ummahatul Mukminin yang berjasa besar serta berjuang disamping Rasulullah saw.

Akhirnya Bani Mustaliq memeluk ajaran Islam dan berada di bawah kerajaan Islam . Pada suatu hari Rasulullah saw menghantar al Walid bin U'qbah bin Abi Mu'it supaya mengupulkan harta zakat .

Apabila Bani Mustaliq mengetahui kedatangan utusan Rasulullah saw lalu mereka keluar beramai - ramai untuk menyambut kedatangannya tetapi malangnya utusan itu [ al walid bin Uqbah ] tersalah faham dengan menyangka bahawa mereka keluar beramai - ramai untuk memeranginya .

Utusan itu lantas pulang dan melaporkannya kepada Rasulullah saw. berita yang tidak betul itu , lalu Rasulullah saw mengerahkan bala tentera untuk pergi menyerang balas bani Mustaliq . Alhamdulillah , bala tentera Islam tidak gopoh menyerang sebaliknya menghantar pengintip untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku .

Apabila pengintip menghampiri kumpulan Bani Mustaliq , tiba - tiba didengari suara azan berkumandang untuk menunaikan solat fardhu dan keadaan itu menandakan mereka masih setia kepada Islam .

Setengah riwayat menyebut , Bani Mustaliq menghantar utusan bertemu Rasulullah saw lalu menceritakan perihal utusan Rasulullah saw yang melarikan diri itu .

Sempena salah faham inilah Allah swt menurunkan wahyunya :

يأ يها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبإ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين

Hai orang - orang yang beriman ! Jika datang kepada kamu orang fasiq yang membawa berita maka telitilah terlebih dahulu nanti kamu mengenakan sesuatu kaum secara jahil maka menyebabkan kamu menjadi orang yang menyesal . Surah al Hujurat : Ayat 49

Peristiwa ini mengajar kita ummat Islam menghadapi kelemahan dari dalam berkait dengan kaedah menerima makumat yang perlu ditapis terlebih dahulu dan bagaimana mahu menghadapi musuh dalaman iaitu golongan munafiq serta menghadapi musuh luar yang licik dan bijak mengambil kesempatan sehinggalah kita [ Islam ] berjaya mengalahkan mereka dan memancarkan cahaya Islam sehingga mereka menjadi anggota Islam yang setia dan teguh .
Baca seterusnya

Nombor Ekor : Silap Letak Pemenang Nombor Bertuah


Haa.. sapa nak tengok. pihak syarikat judi memohon maaf di atas kesilapan taruk nombor yang bertuah.. Eh, boleh minta maaf pulak. Perbuatan judi ni tetap haram. Gambar ini telah diciplak dari blog al banjari online. "Harap maaf di atas kesilapan tersebut" Eh, judi ni tak silap ke? Nak mintak maaf kat sapa pulak?
Baca seterusnya

Pendedahan : Beberapa Pemimpin Yang Memiliki Saham Judi


Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -

Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:

Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000

Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)

Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666

Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334

Dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

Dalam Sports Toto

Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)

Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.

Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
Jumlah saham - 292,336,584

Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.



Ulasan Oleh Ustaz Din Tantawi

Firman Allah di dalam Surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil ?”.

1. Perdana Menteri telah mengemuka cadangan untuk menghalalkan Judi Sukan di dalam negara kita sewaktu menghadhiri Persidangan Asia Credit Suisse kali ke 13 di Hong Kong . Saya kira ini adalah cadangan yang sungguh tidak bertanggungjawab . Bukan sahaja tidak mengambil kira soal dosa pahala tetapi juga dilihat sebagai satu usaha untuk terus menjerumuskan negara dan rakyat ke lembah maksiat serta mungkar .

2. Antara hikmah mengapa Islam mengharamkan judi adalah sepertimana yang dinyatakan oleh Sheikh Dr. Yusof al-Qaradawi antaranya :

a- Kerugian mendorong pihak yang kalah untuk mengulangi lagi, barangkali dengan ulangan yang kedua itu dapat menutup kerugiannya yang pertama. Sedang yang menang, kerana didorong oleh enaknya kemenangan, maka ia tertarik untuk mengulangi lagi. Kemenangannya yang sedikit itu mengajak untuk dapat lebih banyak dan sama sekali dia tidak ingin untuk berhenti.

Begitulah berkaitnya putaran dalam permainan judi, sehingga hampir kedua putaran ini tidak pernah berpisah. Dan inilah rahsia terjadinya pertumpahan darah antara pemain-pemain judi.

b- Hobi ini merosakkan masa dan aktiviti-aktiviti kehidupan dan menyebabkan si pemain-pemainnya menjadi manusia yang tamak, mereka mahu mengambil hak milik orang tetapi tidak mahu memberi .

Selamanya pemain judi sibuk dengan permainannya, sehingga lupa akan kewajibannya kepada Tuhan, kewajibannya akan diri, kewajibannya akan keluarganya dan kewajibannya akan ummat keseluruhannya .

Tidak terlalu jauh kalau orang yang asyik itu akan berani menjual agamanya, harga dirinya dan tanah airnya, demi permainan judi. Kecintaannya terhadap hidangan ini akan mencabut kecintaannya terhadap barang lain, atau nilai apapun.

Keasyikan ini dapat menaburkan benih permainan judi dengan segala macam cara. Sampai pun tentang harga dirinya, keyakinannya dan bangsanya, akan rela dikorbankan demi terlaksananya pekerjaan yang sia-sia ini.

Betapa benarnya dan indahnya susunan al-Quran yang mengkaitkan arak dan judi ini dalam satu rangkaian ayat dan hukumnya, sebab bahayanya terhadap pribadi, keluarga, tanah air dan moral adalah sama.

Betapa benarnya al-Quran yang telah menjelaskan kepada kita, bahwa arak dan judi adalah salah satu daripada perbuatan syaitan; dan kemudian diikutinya dengan menyebut berhala dan azlam serta ditetapkannya kedua hal tersebut sebagai perbuatan yang najis dan harus dijauhi.

Judi yang terdapat di dalam sukan :

a- Menentu dan mengatur perlawanan

· Sebelum pertandingan bermula keputusan perlawanan sudah ditentukan
· Sogokan akan diberikan kepada atlit atau pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan

b- Bertaruh keputusan pertandingan

· Peminat sukan akan bertaruh untuk satu-satu pertandingan contoh bola sepak. Peminat akan bertaruh dari segi keputusan pertandingan mahupun jaringan.

Impak sekiranya perjudian ini diteruskan di dalam sukan negara kita:

a. Mencemarkan imej Malaysia selaku sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi .

b. Kualiti dan mutu sukan di Malaysia juga akan merosot sekiranya unsure-unsur perjudian sudah bertapak di dalam arena sukan di Malaysia . Ini kerana pertandingan yang diperjudikan itu telah diatur kemenangan mahupun kekalahan masing-masing .

c. Menjejaskan kepercayaan yang datang dari peminat-peminat sukan .

d. Bayaran yang dibuat kepada seseorang secara personal demi merealisasikan pertaruhannya akan menyebabkan hubungan di antara ahli sukan yang sepasukan boleh terjejas.

p/s : Semoga kita dijauhkan dari najis judi. WaLlahua'lam.

Baca seterusnya

Terkini 3.00 pm : Liputan Langsung Dari Parlimen

3:00pm: Usul mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diluluskan selepas lima minit ucapan Nazri Abdul Aziz (Umno-Padang Rengas). Ahli parlimen pembangkang yang membantah keputusan itu bertindak keluar dewan.

2.45pm: Nazri Abdul Aziz (Umno-Padang Rengas) menjelaskan tiada kecacatan dalam usul itu kerana ia bertujuan mengheret Anwar ke jawatankuasa itu yang akan menentukan kemungkinan hukuman ke atasnya.
Baca seterusnya

Terkini 2.40 pm : Liputan Langsung Dari Parlimen

Baca dari bawah ke atas mengikut perkembangan waktu

2.40pm: MP Pakatan terus mempersoalkan kesahihan usul ke atas Anwar. Kiandee menjawab bahwa beliau tidak akan mempertimbangkan perkara itu lagi.

2.30pm: Sidang disambung dengan timbalan speaker, Ronald Kiandee pula mengambil-alih. Beliau memberi amaran supaya menghentikan dakwaan bahawa usul itu "cacat".
Baca seterusnya

Liputan Langsung Dari Parlimen


Baca dari bawah ke atas mengikut perkembangan waktu

1.00pm: Sidang berehat untuk makan tengah hari.

12.50pm: Anwar mengakui mempunyai pertalian rapat dengan Amerika tetapi berkata pendiriannya jelas, khususnya dalam menentang dasar negara itu ke atas Afghanistan, Palestin dan isu-isu lain.

Katanya, kerajaan Najib sebaliknya melutut kepada Barat apabila mengarahkan Petronas menghentikan bekalan ke Iran yang merupakan musuh Amerika.

Kenyataan itu menyebabkan MP BN membantah dan menyaksikan kekecohan seketika.

Anwar menarik balik kenytaan itu atas arahan Speaker dan keadaan kembali tenteram.

12.36pm: Pendebat terakhir Pakatan, Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mendakwa usul ke atasnya itu "cacat" kerana ia bermotifkan politik.

"Hukum saya. Pecat saya. Penjarakan saya. Saya tidak akan mengalah," katanya.

12.25pm: Sebaliknya menurut Khairy yang cuba menimbulkan kemarahan Pakatan menyamakan slogan "Israel untuk semua" dengan slogan "PAS untuk semual".
Sambil memegang sebuah fail, Khairy mendakwa dia mempunyai bukti bahawa Anwar mempunyai perhubungan terus dengan Paul Wolfowitz, seorang penyokong kuat Zionist.

12.16pm: Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) memulakan debatnya dengan mendakwa Anwar menimbulkan kontroversi berhubung Apco Worldwide kerana beliau kuathir kerajaan pusat yang diterajui BN kini mendapat sokongan 68 peratus rakyat.

Katanya, kegusaran Anwar itu diburukkan lagi dengan masalah yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat, termasuk beberapa pemimpinnya yang berpaling tadah sehingga menyebabkan ketua umum PKR itu kehilangan majoritinya di kalangan pembangkang including a string of defections from PKR which has caused him to los.

“Walaupun Pakatan tidur sebantal tetapi mimpinya lain-lain," sindir Khairy.

12.00pm: Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) menggunakan peluang giliran beliau berucap dengan membenarkan rakan-rakannya yang lain untuk berucap. Antara mereka adalah Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Sivarasa Rasiah (PKR-Subang), Saifuddin Nasution (PKR-Machang) dan Yusmadi Yusoff (PKR-Balik Pulau).

11.56am: Pendebat ketiga Pakatan, Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) memulakan ucapannya dengan “Salam anti-Apco”.

Semua 'soalan tambahan' yang dikemukakan mempertikaikan kesahihan usul itu kerana mendakwa ia tidak tepat kerana tidak mengatakan bahawa Apco Worldwide diupah oleh Perdana Menteri dan barisan Kabinetnya.

MP Pakatan berkata mengikut Peraturan 36 (12), untuk mengheret seseorang MP, ia mesti dibuktikan bahawa beliau menyedari maklumat yang dibekalkan di dewan adalah silap.

Mereka juga mempertikaikan mengapa BN hanya membenarkan MP Umno untuk berdebat dan inginkan jawapan sama ada Umno membolot semuanya.

11.44am: Abdul Rahman kemudiannya menarik balik kenyataannya atas arahan Wan Junaidi.

Beliau mempertahankan konsep 1Malaysia dan berkata beliau hairan mengapa pembangkang menolak konsep yang baik itu.

11.43am: Wan Junaidi mencelah dan Abdul Rahman mengulangi dakwaanya bahawa One Israel “hampir menyerupai Pakatan Rakyat”.

MP pembangkang terus menuntut beliau “tarik balik".

11.37am: Timbalan Speaker Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman mengambil-alih kerusi speaker.

Abdul Rahman berkata tidak seperti 1Malaysia, One Israel adalah gabungan tiga parti di Israel yang sama seperti gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu sekali lagi menimbulkan kekecohan dengan MP PAS membuat bantahan kerana dikaitkan dengan Israel.

11:36am: Abdul Rahman senyum sinis dan berkata setelah mendengar ucapan pembangkang tadi, beliau berpendapat semua mereka sepatutnya dirujuk ke jawatankuasa itu.

Merujuk ucapan Azmin, menurutnya, “Gombak berkata usul ini untuk menutup mulut Permatang Pauh. Bila masa Permatang Pauh boleh berdiam? Adakah sesiapa yang berjaya membuat beliau senyap?”

Katanya, arahan polis dan juga hukuman penjara gagal menutup mulut Anwar Ibrahim.

11.33am: Abdul Rahman juga menolak dakwaan Kit Siang berhubung “majoriti bodoh”. Katanya, BN sentiasa memberi peluang kepada Anwar untuk menjelaskan dakwaannya bagaimanapun ketua pembangkang itu menggunakan kesempatan itu untuk menimbulkan perkara lain.

"Ini bukan isu politik, ini mengenai individu yang memperdayakan dewan dan dengan degil enggan menjelaskan perkara yang sebenar. Justeru, beliau perlu dibawa ke jawatankuasa itu,” katanya.

11.30am: Pendebat kedua BN Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud) bangun untuk berucap. Beberapa MP pembangkang menyindirnya sambil menjerit “putar belit”.

11.26am: Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) menyalahkan sikap "lebih kurang" kerajaan BN. Beliau menggunakan Mandarin yang memetik ahli falsafah terkenal Cina, Hu Shi's berhubung artikel 'Mr Lebih Kurang' untuk memperkukuhkan hujahnya itu.

Lim mengakhiri ucapannya dengan berkata,"Lebih banyak anda mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat dan pembangkang, semakin cepat anda akan kiamat."

11.28am: "Mengapa begitu buruk untuk mengatakan 1Malaysia diciplak dari One Israel? Saya sendiri mengatakan 1Malaysia diciplak dari Malaysian Malaysia. Adakah saya akan dirujuk ke jawatankuasa itu?” soal Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).

Beliau juga mempersoalkan pembabitan kabinet dalam isu berkenaan bagi mengheret Anwar Ibrahim.

“Mengapa kabinet mesti membuat keputusan itu? Campurtangan kabinet adalah pencabulan jelas berhubung pemisahan kuasa,” kata pemimpin veteran DAP itu.

Lim berkata majoriti parlimen BN itu sebagai "majoriti hodoh, majoriti bodoh". Dengan menuduh majoriti itu sebagai bodoh dan bukan menuduh orang perseorangan, Lim terlepas dan dibenarkan meneruskan ucapannya oleh Pandikar.

Namun apabila Lim menyebut perkataan 'majoriti bodoh', Nazri Abdul Aziz (Umno-Padang Rengas) senyum sambil mencatitkan sesuatu pada notanya.

Lim juga membidas sikap hiprokit MP BN. “Mereka menyerang peribadi calon PKR di Hulu Selangor, tetapi berapa ramai di Dewan ini yang tidak muinum?”

Speaker Pandikar menyampuk, "Saya pun minum, YB, tapi air sahaja."

11.13am: Giliran Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) untuk berucap. Katanya, ini adalah hari yang paling sedih di Parlimen.

Difahamkan bahawa asalnya, Kit Siang adalah sdeorang daripada empat pendebat Pakatan. Tetapi slot berkenaan diberikan kepada Anthony Loke (DAP-Rasah) selepas ada yang mendakwa bahawa Kit Siang adalah ahli jawatankuasa hak dan kebebasan.

Namun apabila diperiksa bahawa Kit Siang bukan lagi menganggotai jawatankuasa itu, namanya disenaraikan semula.

11.10am: Nur Jazlan (Umno-Pulai) menuduh Anwar mencemarkan kesucian Dewan dan menggangu keselamatan negara dengan tindakannya itu.

Setiap kali Nur Jazlan menyebut 'Apco', ahli parlimen pembangkang akan membalas 'Umno'. dan setiap kali MP berhujah bahawa dakwaan pembangkang adalah tidak benar, ia diikuti dengan jeritan 'buktikan'.

11.06am: Nur Jazlan (Umno-Pulai) berkata Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) menggunakan "publisiti negatif" di mata antarabangsa untuk memburukkan kerajaan.
Beliau mempertahankan keputusan kerajaan menggajikan Apco untuk memperbaiki 'kerosakan' yang dilakukan oleh Anwar. Beliau juga menuduh Anwar menggunakan NGO, pakar Internet dan media antarabangsa bagi memburuk-burukkan imej Malaysia.

10.55am: Nur Jazlan (Umno-Pulai) - pendebat pertama mewakili BN. Dewan kecoh apabila Tian Chua (PKR-Batu) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) bangun untuk membantah sesuatu yang dibacakan oleh Pulai.

Speaker Pandikar mengarahkan mereka yang tidak berdebat usul itu supaya duduk dan mendiamkan diri atau tidak, menghadapi perintah keluar dewan.

10.48am: Azmin Ali (PKR-Gombak) meneruskan ucapannya dan berkata "Saya minta wakil BN bercakap dengan ikhlas. Negara kita diserang oleh pihak Zionist atas jemputan anda.

"Di mana Pekan (Perdana Menteri Najib Razak)? Di mana Pagoh (timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin)? Kenapa mereka tak berani nak hadapi tuduhan ini?"

Azmin menggulung hujahnya dengan berkata Perkara 36(12) adalah supaya menteri-menteri membekalkan maklumat yang sebenarnya di dewan. Jika peraturan itu diambil secara literal, ramai menteri-menteri akan akan diheret ke jawatankuasa hak dan kebebasan.

10.39am: Azmin Ali (PKR-Gombak) adalah MP Pakatan pertama berucap. Beliau terus menyerang BN sambil mendapat tepukan gemuruh MP Pakatan. Katanya, usul itu tidak adil dan mempertikaikan mengapa dokumen yang dibekalkan oleh Anwar dalam penjelasannya kepada Parlimen sebelum ini tidak disiasat.

Azmin menuduh kerajaan Malaysia sebagai budak suruhan Apco - firma perunding perhubungan awam yang berpangkalan di Washington yang diupah oleh kerajaan Malaysia dan juga Israel.

Katanya, Anwar dihukum oleh usul tergesa-gesa yang dibuat mengikut telunjuk tuan mereka Apco-Israel.

Azmin melahirkan kebimbangannya mengenai keselamatan negara dan katanya Umno cuba menutup pembabitan sebenar Apco berhubung apa yang dikemukakan oleh Anwar.

10.37am: Pandikar memperuntukkan 15 minit kepada setiap pendebat.

"Jika kita benarkan Padang Serai (PKR MP N Gobalakrishnan), lima hari pun tak cukup," katanya berseloroh.

MPpembangkang terus menimbulkan isu teknikal berhubung usul tetapi Pandikar bertegas mengatakan ia teratur.

Sementara itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) akan menggantikan Anthony Loke (DAP-Rasah) sebagai seorang daripada pendebat Pakatan.

10.28am: Gobind (DAP-Puchong), yang agak emosional bertegas mahu mendebatkan peraturan dewan. Speaker Pandikar mengarahkannya supaya diam.
Beberapa MP yang lain cuba bercakap. Pandikar mengarahkan semua supaya duduk dan dengar arahannya.

Pandikar kemudiannya membacakan Peraturan 43. Katanya, adalah keputusannya bahawa usul yang dibentangkan itu adalah teratur dan keputusannya itu adalah muktamad. Sesiapa yang mempertikaikannya akan diperintah keluar dewan.

10.23am: Berlaku sedikit kekecohan apabila MP daripada kedua-dua pihak cuba berucap. Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) bangkit beberapa kali untuk meminta point of order.

Speaker Pandikar memberi amaran kepada Gobind supaya jangan melenggah-lenggahkan sidang dan mengingatkannya bahawa "Saya berkuasa mengeluarkan anda dari dewan".

10.18am: Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) bangkit dan berkata usul yang dibentangkan oleh BN itu menghina Dewan Rakyat.

Ini kerana, kata beliau usul mengheret Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu adalah memohon jawatankuasa itu untuk menentukan bentuk hukuman dan bukannya untuk menyiasat sama ada Ketua Pembangkang itu bersalah atau tidak.

Kamaruddin juga mendakwa ia mencabuli hak jawatankuasa berkenaan.

10.16am: Kit Siang hampir bertikam lidah dengan dengan Pandikar Amin berhubung perkara yang ditimbulkan oleh rakan-rakannya. Tetapi selepas penjelasan oleh Pandikar, Kit Siang mengalah.

10.11am: Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata bahawa beliau dan timbalannya akan menentukan sama ada perkataan dalam usul itu adalah tepat. Hujahnya, jika ia dalam peraturan mesyuarat, maka ia adalah tepat.

10.09am: Lim Kit Siang (DAP- Ipoh Timur) bangkit dan meminta penjelasan. Beliau bertanya sam ada kata-kata usul itu adalah tepat.

10.08am: Whip BN Datuk Seri Nazri Aziz memulakan usul itu dengan membacakan:

“Bahawa pada 17 Mac 2010, Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, telah mengeluarkan kenyataan, “1999 Satu Israel. 2009 Apco menasihat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib 1Malaysia”.

Bahawa Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membuat dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

Maka inilah dipersetujui bahawa Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal yang patut Dewan.

10.06am: Nazri Aziz (Umno-Padang Rengas) berkata sessi Dewan Rakyat hari ini tidak akan ditangguhkan selagi usul ke atas Anwar Ibrahim ((PKR-Permatang Pauh) dan beberapa rang undang-undang lagi belum diluluskan.

10am: Empat pendebat daripada Barisan Nasional:

1. Nur Jazlan (Umno-Pulai)
2. Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud)
3. Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau)
4. Nazri Aziz (Umno-Padang Rengas)

Pakatan rakyat pula diwakili oleh:

1. Azmin Ali (PKR- Gombak)
2. Anthony loke (DAP-Rasah)
3. Marfuz Omar (PAS-Pokok Sena)
4. Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa BN akan membentangkan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.

Usul itu akan dibentangkannya dan akan disokong oleh ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

9.46am: Usul mengheret Anwar Ibrahim adalah agenda pertama dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat, mahupun galeri awamnya dipenuhi oleh ahli-ahli parlimen yang menjangkakan perdebatan hangat.
Baca seterusnya

Mee Segera : Turap Jalan Di Waktu Hujan Di Hulu Selangor


Dalam mengemis undi rakyat Hulu Selangor, pimpinan Umno Barisan Nasional k (BN) tidak ragu-ragu untuk mengerah agensi kerajaan bagi membuat projek mee segera demi memancing undi.

Tindakan itu menjadi 'trade mark' kerajaan Umno BN yang tergesa-gesa membina kemudahan kepada rakyat ketika musim pilihan raya sedangkan projek sedemikian, sepatutnya sudah dilaksanakan lebih awal.

Setiausaha DAP Selangor yang juga ADUN Kampung Tungku, Lau Weng San yang sedang memandu ketika hujan lebat terserempak dengan kontraktor JKR yang sedang menurap jalan di Jalan Ampang Pecah ke Kuala Kubu Bharu semalam.

"Dijalankan oleh JKR, pelebaran dan penurapan jalan di Ampang Pecah ke KKB. Saya pergi semalam, hujan di sebelah petang dan lebat. Kerja penurapan jalan diteruskan masa hujan lebat," katanya.

Beliau yang memiliki latar belakang kejuruteraan berkata tidak masuk akal melakukan projek berkenaan ketika hujan lebat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tungku Weng San menganggap ini adalah contoh terbaik projek mee segera Umno Barisan Nasional (BN).

"Jadi, ini projek mee segera yang dilakukan BN untuk pancing Undi. Saya ada foto. Kalau tanya pada pakar buat jalan, penurapan jalan pada waktu hujan adalah tidak masuk akal. Jalan akan mudah rosak selepas itu," katanya.

Menurut beliau, ini menunjukkan BN tidak ikhlas membela rakyat kerana projek ini bukan dijalankan secara menyeluruh tetapi hanya di beberapa lokasi dan musim tertentu sahaja bagi mengaburi mata pengundi.

"Kerja ini hanya musim pilihan raya tapi tidak meliputi seluruh jalan Ampang Pecah-Kuala Kubu Bahru. Kalau BN mahu naik taraf jalan, mereka perlu melakukannya secara terperinci dan bukannya ad hoc seperti ini," katanya. -TVS
Baca seterusnya

Beberapa Barang Yang Harganya Tak Masuk Akal


Most Expensive Television
PrestigeHD Supreme Rose Edition by Stuart Hughes
Price: $2.3 million*

Swiss luxury television maker PrestigeHD asked Stuart Hughes of Goldstriker International to design a spectacular piece for the company, says Hughes. So he took a 55-inch PrestigeHD television and covered it in 28 kilograms of 18-carat rose gold and 72 diamonds. Alligator skin was hand sewn into the bezel. This limited edition TV, introduced just this year, surpasses Hughes’ £1 million television for PrestigeHD, which uses 22-carat yellow gold and 48 diamonds. PrestigeHD CEO Simon M. Troxler says the company is close to closing its first contract for the Supreme Rose Edition and "we are very confident that the limited edition of only three TVs will be sold out soon."



Most Expensive Private Jet
Boeing 747-8 VIP
Price: $295 million*

This jet, which has 4,786 square feet of cabin space, is the newest member of the 747 family and replaces the 747-400. Boeing has sold seven 747-8 VIPs since May 2006 and will start delivering them next year. While the interior is intended to look less like a plane and more like home, Boeing does not furnish the jets—customers must hire interior designers, which can easily add millions of dollars in additional cost, says Boeing spokesman Bernard Choi. He says the jet probably will not enter service until after 2012, because the interior has to be put in.



Most Expensive Cell Phone
iPhone 3GS Supreme Rose by Stuart Hughes
Price: $2.97 million*

Stuart Hughes—who also designed the most expensive television—made headlines in 2009 when he crafted a 22-carat gold iPhone studded with 53 diamonds for an unnamed Australian businessman for £1.92 million. More recently, he says, he was commissioned to make an even pricier version of the phone in 18-carat rose gold with hundreds of diamonds, including a single-cut, 7.1-carat diamond for the main navigation button.



Most Expensive Drawing
Raphael's Head of a Muse
Price: $47.9 million

The most expensive work on paper was sold at auction in December 2009 by Christie’s London. Raphael's Head of a Muse, a black chalk drawing on paper, sold for $47,941,095, handily beating the estimate, which ranged from $19.7 million to $26.3 million.



Most Expensive Chess Set
Chess Set by Charles Hollander*
Price: $600,000

Jeweler Charles Hollander’s Royal Diamond Chess (shown in photo), priced at half a million dollars, is often cited as the world’s most expensive, but Hollander tells Bloomberg Businessweek that the first of his seven chess sets, which made their debut about 10 years ago, quietly sold for $600,000 just after launching. The set was studded with 320 carats of black and white diamonds and two kilograms of 14 carat white gold. Hollander says he presented the unnamed piece at the Basel Jewelry Show and sold it within the first hour to a Russian collector. Hollander has made seven luxury chess sets, all designed by Bernard Maquin, and has moved all but one. Another set, called the Jewel Royale chess set, by U.K. jeweler Boodles, was valued at $9.8 million but has not yet sold.


Most Expensive Golf Club
Long-Nose Putter Stamped "A.D.," attributed to Andrew Dickson
Price: $181,000

An "A.D." stamp on this circa 18th century, long-nose putter is attributed to Andrew Dickson, the oldest known clubmaker to mark his clubs. He is said to have served as a caddy to the Duke of York as a young boy, according to Sotheby’s. This item was estimated to sell for $200,000 to $300,000 but fetched $181,000 in a Sotheby’s auction in New York in 2007.



Most Expensive Bicycle
Aurumania Gold Bike Crystal Edition
Price: $114,464*

Scandinavian design company Aurumania made only 10 of these hand-crafted, 24-carat gold-plated bicycles. Each is decorated with 600 Swarovski crystals. According to Chief Executive Bo Franch-Mærkedahl, this bike was originally conceived as a show piece but quickly attracted interest from buyers. The firm, founded in September 2008, has sold five units to buyers in the U.K., Dubai, Russia, Italy, and most recently, Australia. He adds that four of the clients also bought a matching gold-plated wall rack.



Most Expensive Motorcycle
Dodge Tomahawk V10 Superbike
Price: $700,000

The Dodge Tomahawk, a 1,500-lb. motorcycle with four wheels, has a Dodge Viper's V10 engine and can go from zero to 60 mph in 2.5 seconds, according to Edmunds.com. The top speed is estimated to be more than 300 mph. The vehicle, which made its debut at the 2003 North American International Auto Show in Detroit, was reportedly priced at $550,000, but a Dodge spokesperson confirmed to Bloomberg Businessweek that two units were sold at an even higher $700,000.



Most Expensive Hotel Room
Royal Penthouse Suite, Hotel President Wilson in Geneva
Price: $65,000 per night

This palatial suite, which occupies an entire floor of the hotel and measures 18,083 square feet, has 10 rooms and seven bathrooms. It was renovated in January 2009 to add a new private fitness area, according to a spokesperson.



Most Expensive Speakers
Transmission Audio Ultimate System
Price: $2 million per pair

With a total of 12 units—four dipole subwoofers, two dipole mid-woofers, four dipole medium-frequency and high-frequency ribbon panels, and two dipole high-fidelity super ribbon panels—Transmission Audio’s Ultimate speaker system is a hefty piece of equipment, spanning 37 feet and weighing 5 metric tons. All units are made from aircraft aluminum and have stands in polished red or black granite. The set was introduced in late 2009, and so far two pairs have been preordered, says Bo Bengtsson, president of Transmission Audio. None has yet been delivered, as the assembly time is about six months.
Baca seterusnya

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal