11 May 2010

Dialog Bersama YDP Perak Dan En Muhaimin Khamis Ini


Sekeping iklan yang suka untuk saya paparkan di sini. Dialog bersama YDP KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir dan En Abdul Muhaimin bin Abdul Majid, yang sebelum ini dikatakan sebagai pegawai Perak. Jom pakat-pakat hadiri dan saksikan.. hanya di Wisma Darul Ridzuan.
Baca seterusnya

PMRAM Menyertai The 5th International Symposim Anjuran WAAG


sumber : PMRAM.org (link)

KAHERAH, 9 Mei – Bendahari Kehormat PMRAM, Saudara Firdauz Noh telah mewakili PMRAM bagi menyertai program The 5th International Symposium anjuran The World Association For Al-Azhar Graduates (WAAG) yang diadakan di Hotel JW Marriott, Kaherah.

Simposium yang diadakan selama 4 hari tersebut, bermula 8 hingga 11 Mei 2010 membawa tema besar: Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (Imam Ahli Sunnah Wal-jamaah) “Islamic Moderation Confronts Fanaticism & Extremism”. Simposium tersebut menyaksikan kehadiran tokoh-tokoh ulama dari serata dunia. Antara tokoh ulama yang terlibat secara langsung ialah Dr. Wahbah Zuhaili, Prof. Muhammad Said Ramadhan al-Bouty, Prof. Abdul Fattah Sheikh, Prof. Muhammad Imarah dan ramai lagi.

Simposium tersebut juga turut dihadiri oleh wakil Persatuan Mahasiswa negara-negara lain, antaranya Indonesia, Arab Saudi, China, Pakistan, India, dan Sudan. Kesempatan tersebut turut digunakan oleh para perwakilan khususnya mahasiswa untuk saling berta’aruf dan bertukar pandangan. PMRAM melahirkan rasa berbesar hati kepada pihak WAAG atas jemputan kepada PMRAM untuk menyertai simposium tersebut mewakili mahasiswa Malaysia di Mesir.
Baca seterusnya

Gambar Pertemuan Pimpinan Wafidin Tanta Dengan Wakil Kuliah

sumber : al-keterehi.blogspot.com


Surat yang dipegang itu akan ditandatangani oleh wakil persatuan wafidin di
Universiti Al-Azhar Tanta



Ustaz Dzulhilmi (Pengerusi PMRAM Cawangan Tanta) meneliti isi kandungan surat yang akan
ditandatangani



Penulis (berbaju kuning) bersama wakil persatuan pelajar asing yang lain


Sabar menunggu





Wakil Negara Thailand


Bersama-sama ke Maktabah Universiti untuk mengambil surat yang dibuat
oleh pihak universiti


Merenung masa depan mahasiswa Al-Azhar selepas ini


Baca seterusnya

Hisbah : Rondaan Di Kawasan-kawasan Panas


Sebelum membaca berita di bawah ini, suka untuk saya menyenaraikan beberapa perkara penting.

1. Musim peperiksaan ini, ramai yang mengalami "kepeningan". Maka, dalam tempoh inilah paling tinggi bilangan kes hisbah berlaku. Jom kita benteras.

2. Kawasan-kawasan panas memang banyak, lebih-lebih lagi ketika musim panas.

3. Amaran kepada mereka yang suka sangat buat masalah, berhati-hatilah. Kalau anda tak terkantoi, pastinya akan dikantoikan oleh Allah di akhirat kelak.

4. Pastinya ada mulut-mulut yang tak suka dengan hisbah. Tapi jangan risau, Allah suka.

Ok.. sekarang kita baca berita ini pula, yang bertajuk

Rondaan Di Kawasan Panas Terus Dipergiat

KAHERAH, 8 Mei - Pengerak Hisbah Pusat dengan kerjasama hisbah dari setiap PMRAM Cawangan telah menjalankan rondaan rutin di sekitar Kaherah, dengan kekuatan seramai 30 orang telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa tempat yang telah digariskan sebagai tempat tumpuan pelajar-pelajar Malaysia melakukan perkara yang kurang bermoral.

Walaupun dalam tempoh hampir dengan imtihan , semua penggerak hisbah tidak pernah lupa dan leka untuk menjalankan tugas sebagai muhtasib yang telah dipertanggungjawabkan ke atas bahu masing-masing kerana seperti yang dimaklumkan ketika tempoh hampir dengan imtihan ini kelas di universiti sudah dihentikan dan segelintir pejar-pelajar mengambil peluang untuk keluar bersama teman wanita kononnya untuk melepaskan tekanan belajar.

Setelah sekian lama berlegar-legar meronda di setiap kawasan tersebut, tiada satu pun pasangan Malaysia yang dijumpai, cuma didapati beberapa orang pelajar Indonesia, Brunei dan Singapura yang berjalan-jalan membeli belah di situ, adapun begitu mereka turut di beri nasihat oleh AJK Hisbah yang terserempak dengan mereka, dan rondaan selesai setelah lewat malam.

Diingatkan kepada mahasiswa sekalian supaya tidak cuba atau bercita-cita untuk melalukan perkara yang dimurka Allah terutamanya berpasangan sebelum bernikah, dan juga pergaulan bebas. Semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat Allah dan dijauhkan dari perkara-perkara yang buruk.

Baca seterusnya

Slide Show Perasmian Muktamar Sanawi Ke 77 - Mantop


Diambil dari blog Ustaz Faizuddin BP PMRAM. Slide Show yang ditayangkan sebagai gimik perasmian Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 77. Mantop.. Terima kasih wal tahniah saya ucapkan kepada pereka animasi. Teruskan sumbangan anda untuk PMRAM



Baca seterusnya

Perubatan Turut Membantu Penyelesaian Isu Perpindahan


sumber : Perubatan.org (link)

Baru-baru ini, timbul ura-ura yang mengatakan bahawa kemungkinan besar bermula pada sesi akademik pada tahun hadapan (2010/2011), keseluruhan pelajar Al-Azhar di seluruh muhafazah di Mesir akan dipindahkan di Kaherah. Adakah perkara ini akan terjadi?

Insiden ini tercetus apabila satu muktamar telah diadakan oleh The World Associatian For Al-Azhar Graduates (W.A.A.G.) dengan kerjasama pihak pengurusan Al-Azhar Mansurah bersama mahasiswa/wi wafidin pada 24 April 2010.

Muktamar ini diadakan bertujuan untuk memaklumkan kepada mahasiswa/wi wafidin Al Azhar Mansurah berkenaan perpindahan ke fakulti baru seluruh wafidin ke Kaherah. Fakulti yang dimaksudkan adalah sepertimana yang diberitahu oleh Setiausaha Rabitah Alamiah iaitu Kuliah Ulum Islamiyah.

Rabitah Alamiah menegaskan bahawa perpindahan mahasiswa/wi ke Kaherah merupakan satu ketetapan yang mesti diikuti oleh mahasiswa/wi wafidin namun dalam perbincangan yang lain, pihak amid menegaskan bahawa ianya masih lagi dikaji dan diperbincangkan di peringkat atasan.

Perkara ini telah mendapat bantahan dari pelabagai pihak termasuk keduataan Indonesia dan mahasiswa/wi wafidin yang lain. Perkara ini dijangka membawa pelbagai kesan buruk sama ada kepada mahasiswa/wi Al-Azhar dan juga kepada mahasiswa/wi perubatan sendiri.

Namun, secara kesimpulannya isu perpindahan ini masih lagi diperingkat perbincangan dan belum diputuskan secara jelas oleh pihak yang terbabit. Pelajar wafidin di muhafazah masih tidak mendapat arahan secara rasmi daripada peringkat Al-Azhar pusat berkenaan perpindahan ini. Apa pun kita mengharapkan beberapa saranan yang sewajarnya kita ambil sekiranya ia benar-benar terjadi. Antaranya, :-

1. Membantu dari sudut kewangan secara peribadi atau besar-besaran melalui derma

2. Bertimbang rasa dalam perkara kewangan dengan cara tidak menaikkan harga barang umum pelajar walaupun kita berkemampuan seperti harga sewa rumah dan lain-lain.

3. Berdoa dan memohon kepada Allah moga-moga perkara perpindahan ini tidak berlaku

4. Mengambil berat akan isu di sekeliling mahasiswa dan sahabat kita di Mesir
Baca seterusnya

Mesti Tengok - Rakaman Majlis Di Rumah Perak 28 Mei


Pada 28 April lalu, telah diadakan Ramah Mesra bersama Delegasi dari Perak. Apa yang boleh disaksikan, berlaku beberapa perkara yang boleh menjadi tanda tanya. Antara yang boleh disimpulkan di sini, antaranya ialah :

1. Mahasiswa al Azhar dipandang serong

2. Surat perlantikan En Muhaimin sebagai pegawai Perak mengalami kekeliruan

3. En Muhaimin berjanji akan bekerjasama dengan PMRAM dan KPIPM

4. Cara En Zul pegawai JPMK menjawab soalan yang dilontarkan

5. Isu mahasiswa

6. PMRAM adalah platform rasmi mahasiswa Mesir

7. Isu Khairi fitnah Pengerusi DPMT

8. dan macam-macam..

Sila klik saluran TV KPIPM di bawah ini. Selamat menonton.














Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Hisbah Mengikut Perspektif Islam - Ilmiah


TAKRIF HISBAH

HISBAH ialah `Menegakkan yang ma'ruf apabila ianya ditinggalkan secara terang-terangan dan mencegah kemungkaran apabila ianya dilakukan secara terang-terangan pula'.

Ini membawa maksud bahawa sekiranya ianya ditinggalkan atau dilakukan secara sembunyi maka ianya bukan lagi merupakan tanggungjawab hisbah, tetapi menjadi tanggungjawab para hakim apabila wujud pendakwaan yang mana ianya melibatkan penyaksian dan keterangan.

WAJIBNYA HISBAH

Ramai orang menyangka bahawa walaupun melaksana tugas-tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar diberikan ganjaran yang amat besar, tetapi mereka menyangka tidak menjadi kesalahan jika meninggalkan kerja-kerja tersebut. Mereka menyangka kejayaan hanya terhenti kepada usaha-usaha dan amal-amal berkaitan dengan ibadat-ibadat seperti solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya sahaja dan kesalahan serta keburukan orang lain tidak menjadi tanggungjawab mereka untuk membetulkannya.

Mereka seolah-olah telah lupa ataupun sengaja cuba melupakan bahawa tugas ini merupakan arahan Allah dan melaksanakannya merupakan prasyarat kepada kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Maka bersandarkan kepada nas-nas di atas, para ulama' berpendapat bahawa kerja-kerja hisbah adalah sesuatu yang fardhu.

Antara mereka ialah ada yang menyatakan bahawa amar ma'ruf dan nahi mungkar merupakan dua fardhu dari fardhu-fardhu Allah manakala Abu Bakar al Jassas berpendapat Allah memperkuatkan kefarduannya dalam beberapa ayat manakala Rasul-Nya pula menjelas melalui hadith-hadith yang mutawatir darinya. Oleh itu dalil wajibnya melaksanakan hisbah bersandarkan kepada :

• Arahan Allah dan Rasul-Nya

• Iman dan Hisbah merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan

• Antara yang menjadi syarat kepada bai'ah ialah memberi nasihat sesama muslim

• Antara syarat mendapat kejayaan ialah melaksanakan kerja-kerja hisbah

• Meninggalkan tanggungjawab hisbah dianggap bersekutu dalam melakukan kemungkaran dan dosa bersama-sama pelakunya

• Amaran keras dengan azab Allah disebabkan meninggalkan kerja-kerja hisbah

• Turunnya azab Allah diakibatkan kerana meninggalkan hisbah.

STATUS KEFARDHUAN HISBAH

Para Ulama' berselilih pendapat dalam menentukan status kefarduannya sama ada fardhu `ain ataupun fardhu kifayah, namun dalam suasana-suasana tertentu para Ulama' bersepakat mengatakan bahawa ianya boleh berubah menjadi fardhu `Ain. Antara suasana-suasana tersebut ialah :

• Apabila petugas atau pegawai dilantik oleh pihak berkuasa

• Apabila tidak kedapatan orang lain yang mengetahui dan memahami kewajipan hisbah kecuali dirinya sahaja

• Apabila kemampuan untuk melaksanakan tugas ini hanya terbatas kepada beberapa orang sahaja maka hisbah itu menjadi fardhu `ain ke atas mereka

• Apabila berlaku perubahan situasi di mana bilangan para da'ie berkurangan ditambah pula dengan bertambahnya kemungkaran serta kejahilan menguasai keadaan, maka ketika itu hisbah menjadi fardhu `ain.

AMAR MA'RUF

• Hak-hak Allah

Wajib ke atas al-Muhtasib melaksanakan tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar apabila berkenaan perkara-perkara yang berkait dengan hak Allah seperti sembahyang Juma'at sembahyang jamaah di masjid dan lain-lain yang secara terbuka ditinggalkan.

• Hak-hak Anak Adam

Ianya terbahagi kepada dua:

1. Hak Am

Merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan keperluan manusia seperti bekalan air minuman di dalam sesebuah negeri atau kemudahan-kemudahan awam yang asasi. Perkara ini bergantung kepada kedudukan kewangan negeri atau baitulmal dan pihak kerajaan bertanggungjawab supaya memperbaiki keadaan tersebut. kalau tidak ada harta baitulmal, hendaklah diarahkan orang-orang Islam yang kaya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

2. Hak Khas

Ianya mencakupi hak-hak yang berkaitan dengan individu-individu seperti hutang piutang dan lain-lain hak. Dalam keadaan ini, muhtasib hendaklah mengarahkan kepada orang-orang yang berhutang supaya membayar hutang-hutang mereka dengan syarat ada pengaduan dan jika mempunyai keupayaan.

3. Hak bersama

Ianya mencakupi antara lainnya perkara-perkara berikut:-

• Mengarahkan para bapa mengahwinkan anak-anak perempuan mereka apabila menepati syarat-syarat agar mereka tidak terhalang daripada berkahwin

• Mewajibkan para wanita mematuhi idah mereka sama ada idah wafat atau idah talaq

• Mengarahkan pemilik-pemilik pengangkutan supaya tidak memuat secara berlebihan ke atas kenderaan mereka

• Mengambil kecaknaan terhadap luqatah seperti kehilangan barangan dan sebagainya

NAHI MUNGKAR

• Hak-hak Allah

Antaranya:

1. Berkaitan dengan `ibadah yang mengandungi perkara-perkara berikut:

• Orang melakukan `ibadah tidak mengikut syari`at Islam

• Orang yang tidak mengambil berat terhadap kesihatan tubuh badan pakaian dan tempat sembahyang

• Orang yang berbuka puasa pada bulan Ramadhan tanpa ada keuzuran syar'ie

• Orang yang tidak membayar zakat harta-harta batin

• Orang yang mengajar dan memberi fatwa tanpa ada ilmu.

2. Berkaitan dengan larangan-larangan syara'

• Hendaklah mencegah orang ramai dari berada ditempat-tempat yang meragukan dan yang boleh mendatangkan tohmahan serta tuduhan orang seperti wujudnya percampuran kaum lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat-tempat yang diragui.

3. Berkaitan dengan mu'amalah

• Hal ini mengandungi mu'amalah-mu'a malah yang mungkar dari sudut syara' seperti jual beli yang tidak sah dan apa-apa urusan jual beli yang dilarang oleh syara' walaupun di kalangan mereka saling redha menredhai seperti penipuan harga, timbangan dan sukatan.

• Hak-hak Anak Adam

1. Hak jiran

Hal ini mengandungi pencerobohan seseorang terhadap sempadan jirannya. Walaupun begitu, muhtasib tidak boleh mengambil tindakan selagi tidak ada aduan dari jirannya.

2. Di pusat-pusat perniagaan dan di kilang-kilang; ada tiga keadaan yang perlu diambil perhatian:

• Kesempurnaan dan kekurangan, contoh kerja-kerja perubatan yang dilakukan oleh para doktor

• Amanah dan khianat; contohnya amalan tukang-tukang jahit yang tidak menepati janji

• Elok dan tidak elok dalam apa-apa kerja yang dilakukan

• Hak-hak bersama

Antarannya ialah pencegahan perbuatan mengintai rumah orang lain, mencegah imam-imam masjid besar daripada memanjangkan sembahyang dan mencegah para hakim daripada tidak melayani orang-orang yang berbalah, mencegah pemilik alat-alat pengangkutan dari mengangkut lebih dari had muatan dan lain-lain lagi. Muhtasib hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka oleh pihak berkuasa selain dari perkara-perkara yang disebutkan di atas.

PENUTUP

Semoga dengan penerangan ringkas ini memberi kefahaman kepada semua untuk menggerakkan hisbah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kitab Al Ahkam As Sultaniah oleh Imam Mawardi.

Disediakan Oleh :
Unit Penerangan Hisbah PMRAM 2010
Baca seterusnya

Pengerusi Dumyat Menghadiri Majlis Pelantikan Pimpinan Indonesia


sumber : web dumyat (link)

Dumyat 3 Mei 2010- Majlis Perlantikan Pengurus Baru telah diadakan di Markaz Formasi Dumyat Jadidah oleh Forum Informasi dan Komunikasi Mahasiswa Indonesia (FORMASI).

Majlis turut mengundang wakil dari Malaysia Saudara Mohd Shaiful Khan Bin Ahmad selaku pengerusi PMRAM cawangan Dumyat bersama Timbalan Pengerusi dan Timbalan Setiausaha PMRAM cawangan Dumyat, dan Saudara Ibrahim Ru’san Ghasi selaku Ketua Persatuan Pelajar Nusantara Dumyat bersama-sama kepimpinannya.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat Al Quran, seterusnya ucapan Mantan Ketua FORMASI Dumyat sesi 2009-2010, perlantikan Pengurus Baru Formasi serta angkat sumpah, ucapan sulung Ketua FORMASI Dumyat yang baru sesi 2010-2011 dan diakhiri dengan jamuan. Jumlah terkini mahasiswa Indonesia di Dumyat seramai 25 orang.
Baca seterusnya

10 May 2010

Siswi Perubatan Zagazig Diganggu Pemandu Teksi Mesir


sumber : blog dpmz (link)

MANSYIAH SALAM, ISNIN, 10 MEI 2010 : Sekumpulan mahasiswi Fakulti Perubatan yang baru sahaja pulang dari universiti telah diganggu oleh seorang pemandu teksi warga Mesir yang menunggu di luar rumahnya. Berikut adalah kronologi peristiwa tersebut :

11.00 pagi : Sekumpulan mahasiswi pulang dari universiti menuju rumah mereka yang terletak di Salam dikejutkan dengan kedatangan seorang pemandu teksi yang cuba menghampiri mereka sambil menunjukkan kemaluannya. Mereka terus bergegas masuk ke dalam imarah yang berkunci.Pemandu tersebut kelihatan menghubungi seseorang dengan menggunakan telefon bimbitnya.

11.06 pagi : Salah seorang mahasiswi menghubungi AJKT DPMZ, Us Muhammad Zuhaili Zainal Ali dan dalam keadaan yang panik memberitahu keselamatan mereka terancam kerana kehadiran pemandu teksi tersebut.

11.07 pagi : Perkara ini terus diberitahu kepada Pengerusi DPMZ,Us Muhammad Hanif Jamaluddin yang berada di Pejabat DPMZ. Pengerusi DPMZ segera bergegas ke tempat kejadian bersama-sama Us Muhammad Zuhaili dan Us Zul Azri Zainal .

11.10 pagi : Pemandu teksi tersebut berjaya dikesan. Pemandu tersebut meletakkan kereta berhadapan kediaman mahasiswi tersebut. Teksi tersebut seterusnya dikepung. Pemandu tersebut yang telah menyedari kehadiran mahasiswa Malaysia dengan melihat cermin sisi keretanya kelihatan terkejut lalu mengeluarkan rokok dengan serta-merta.

11.11 – 11.22 pagi : Pengerusi DPMZ memperkenalkan diri selaku Rais Ittihad Tulabah Malizia di sini (Ketua Mahasiswa Malaysia di Zagazig) bertanya kepada pemandu tersebut mengenai perbuatan kurang ajarnya terhadap mahasiswi kita. Akan tetapi, pemandu tersebut tidak mengakui perbuatannya.

Pengerusi DPMZ seterusnya berundur ke belakang sedikit dari pemandu tersebut yang duduk di kerusi hadapan kerana menyedari pemandu tersebut mengeluarkan sebilah pisau di sisinya dan dipercayai akan digunakan jika terdesak. Pemandu tersebut masih tidak mengakui perbuatannya walaupun berkali-kali didesak oleh Pengerusi DPMZ.

Sementara itu, mahasiswa kita bersiap-sedia terhadap segala kemungkinan serangan mengejut daripada pemandu tersebut.Pemandu tersebut kelihatan takut setelah diugut oleh Pengerusi DPMZ yang akan melaporkan perbuatannya kepada Mabahis Amni Daulah (pihak keselamatan Mesir) jika tidak beredar dalam masa terdekat.Pengerusi DPMZ sempat menyalin nombor pendaftaran teksi tersebut iaitu RAB 8679 - 8679 راب

11.23 pagi : Pemandu tersebut meninggalkan tempat kejadian dengan tergesa-gesa.

1.30 petang : Pengerusi DPMZ dan beberapa AJKT lain membuat beberapa siri rondaan di sekitar kawasan berdekatan tempat kejadian dan mendapati pemandu tersebut berada tidak jauh dari tempat kejadian.Pemandu tersebut kemudiannya beredar.(Dipercayai ternampak mahasiswa Malaysia yang sedang memerhatikannya).

Akibat bimbang peristiwa yang sama berulang semula pihak DPMZ bersiap sedia jika menerima aduan lagi. Pihak DPMZ telah memberitahu beberapa mahasiswa berdekatan dan akan mempertahankan maruah ahli kita dengan sedaya upaya yang mungkin.

5.00 petang : Ketua Unit Hisbah DPMZ, Us Rosdi Latif serta AJKT DPMZ membuat rondaan di sekitar Salam untuk memastikan pemandu teksi tersebut sudah tiada.

Berikutan dengan peristiwa gangguan seksual yang telah berlaku, DPMZ menasihatkan seluruh ahli terutamanya mahasiswi tidak berjalan seorang diri walaupun pada siang hari.Segala bahaya kemungkinan akan berlaku seperti kes kecurian dan gangguan seksual.

Ingatlah, saat kita terlampau berpuas hati dengan keselamatan dan keadaan sekeliling adalah saat yang paling bahaya bagi diri kita.Sekiranya terdapat gangguan lagi sila hubungi Pengerusi DPMZ Us Muhammad Hanif Jamaluddin (0142309120), Ketua Hisbah DPMZ Us Rosdi Latif (0113629766) serta AJKT DPMZ yang lain.Selain itu, seluruh ahli juga digesa untuk mematuhi Ketetapan Hisbah DPMZ demi keselamatan bersama.
Baca seterusnya

Ahli PMRAM Dipandang Tinggi Di Malaysia

Ingat PMRAM tak laku ke? Meh sini, ana nak buktikan. Satu artikel yang saya copy dari blog Us Syafik (link) tentang pengakuan terlibat dalam PMRAM, menjadi markah bonus untuk membolehkan seseorang itu bekerja dengan Syarikat PTS. Amacam? Baru satu contoh..

TAHNIAH kepada teman-teman dari Universiti Al-Azhar yang menghadiri temuduga di PTS Publications di Batu Caves pada hari ini. Jawatan yang masih lagi perlu diisi adalah editor bahagian agama.

Saya difahamkan bahawa calon yang mengenali PMRAM berpotensi berada di PTS. Realiti yang berlaku, di mana-mana sektor awam, apabila penemuduga bertanya, "Awak ada terlibat dengan PMRAM semasa di Mesir?" semestinya apabila calon mengatakan YA, peluang untuk ditempatkan bekerja amat tipis malah mungkin disingkirkan begitu sahaja.

Namun, tidak seperti yang berlaku di PTS. Awal-awal lagi saya sudah memaklumkan kepada calon-calon bahawa, perlu menyatakan bahawa mereka semua terlibat dengan PMRAM malah sijil-sijil PMRAM perlu diberikan kepada pihak yang menemuduga mereka.

Barangkali ini adalah USP (Unique Selling Point) untuk bekerja dengan PTS. PTS hanya menerima mereka yang faham apa itu jemaah Islam yang sebenar daripada berpekik-pekik mengatakan 'kami sokong UMNO'.

Cuma ingin saya ingatkan, jangan sangka orang tak mahu PMRAM, tapi ramai yang ingin melihat wajah-wajah pimpinan PMRAM terlibat secara langsung dalam dunia Malaysia. Apa nak hairan, pada 23 April lalu, Ustaz Meeftah Anuar, Mantan BP PMRAM telah dijemput untuk menjadi panel MHI. Juga berita ini saya copy dari blog Us Syafik (link)




PAGI INI, Ustaz Meeftah Anuar, mantan Badan Pengurus PMRAM ke udara di rancangan Malaysia Hari Ini. Tahniah, tahniah, tahniah.

Namun, dari satu sisi yang berbeza saya berpandangan pastinya akan kedapatan tempelak besar daripada golongan taasub yang berpandangan bahawa apabila terlibat dengan rancangan di TV3, maka mereka adalah golongan yang berfahaman kerajaan dan UMNO.

Aduhai, saya cukup sedih apabila masih terdapat dan wujud sesetengah pemikiran bahawa apabila kita mengisi program kerajaan dan UMNO, kita digolongkan di dalam UMNO.

Jikalau saya berteman dengan seseorang yang dilabel Syiah seperti Faisal Tehrani, maka saya adalah Syiah. Jika saya mempengerusikan majlis Dr Mohd Asri yang dilabel Wahabi, maka saya adalah wahabi.

Saudara sidang pembaca,

Pemikiran jumud ini akan mematikan kecerdasan pemikiran dan pemahaman yang sebenar terhadap dunia ilmu.

Islam menggalakkan kita berhujah berdasarkan fakta bukan hanya sekadar emosi.

Wahai ahli PMRAM, tingkatkan nilai diri anda. Walaupun anda tidak dipandang oleh segelintir manusia, tetapi kebanyakan manusia sedang memandang anda.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Isu Qiraat : HEWI PMRAM Turun Ke Mansurah


Rabu, 5 Mei 2010-Satu pertemuan telah diadakan di antara wakil HEWI PMRAM Pusat dengan siswi Qiraat tahun satu PMRAM cawangan Mansurah berikutan dengan masalah yang berlaku ke atas mahasiswi ini disebabkan fail nama mereka masih belum sampai kepada pihak pengurusan Maahad Qiraat Fatayat Mansurah, sekaligus menyebabkan mereka tidak dapat menduduki peperiksaan yang bermula pada 8 Mei 2010.

Kedatangan HEWI PMRAM Pusat yang diwakili oleh ustazah Ibtisam Mohamad, Ustazah Samihah Abdullah, Ustazah Nurain Yaacob dan Ustazah Noor Akmaizan Yusof adalah untuk melihat keadaan mereka dan menunjukkan keprihatinan atas apa yang berlaku. Turut hadir Ustazah Solehah Harun dan Ustazah Siti Nuraini Salim wakil kepimpinan PMRAM cawangan Mansurah. Majlis yang ringkas ini bermula pada pukul 2 petang dan dikendalikan oleh Ustazah Samihah Abdullah selaku Ketua Unit Muhafazah, dimulai dengan sesi ta’aruf dan seterusnya Ustazah Ibtisam Mohamad Naib Pengerusi HEWI I memberikan sedikit kalam tasyji’at buat mereka.

Di dalam ucapan tersebut, beliau menyatakan bahawa PMRAM Pusat begitu mengambil berat akan hal ehwal ahli, apatah lagi PMRAM adalah persatuan berkebajikan dan apabila berada dalam persatuan perlu sama-sama berganding bahu membantu antara satu sama lain. Bertepatan dengan tema HEWI PMRAM Pusat pada tahun ini iaitu “Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah” menunjukkan bahawa ukhuwah akan menjadi lebih erat serta melatih mahasiswi menjadi tabah, sabar dan matang dalam mendepani arus semasa.

Selepas itu, diselitkan satu slot bersama Pengerusi PMRAM cawangan Mansurah iaitu Ustaz Muhamad Amirul Hasim untuk memberikan sedikit penerangan mengenai kenyataan yang tidak rasmi dari pihak JPMK bahawa mahasiswi Qiraat ini akan menjalani imtihan pada bulan Julai nanti dan bermakna tiada dur thani buat mereka selepas ini. Ternyata keputusan tersebut menjadi kenyataan selepas penjelasan oleh pimpinan PMRAM di dataran Hayyu ‘Asyir khamis lalu.Didoakan semoga mahasiswi ini mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan nanti.
Baca seterusnya

Isu Perpindahan : Keputusan Memang Rasmi - Dr Hakim


Terkejut apabila mendengar bahawa keputusan untuk memindahkan mahasiswa wafidin di seluruh muhafazah telah rasmi! Ya, memang tahun depan kena pindah!

Eh... ustaz tahu mana? Dah tabayun ke belum?

Perkara ini telah disebut sendiri oleh Dr Hakim Syarqawi ketika pertemuan bersama dengan pimpinan wafidin, sepertimana yang saya sebutkan di dalam artikel sebelum ini. Dan terdapat beberapa orang mahasiswa Malaysia yang turut sama mendengar kalam tersebut.


Memang beliau mengatakan bahawa keputusan ini sudah rasmi, dan beliau begitu bersungguh untuk mendapatkan respon mahasiswa, untuk dihantar ke al Azhar pusat, bagi membantah keputusan ini.

Amacam? Apa pandangan semua?

Saya masih lagi tertanya-tanya, kenapa JPMK masih lagi bisu dalam masalah ini? Hari tu kata, masih dalam kajian.. sehingga kini kajian tersebut masih dalam proses.. kemudian.. masih dalam proses.. Wahai JPMK, kami perlukan jawapan.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Pertemuan Pimpinan Wafidin Tanta Bersama Dr Hakim Syarqawi


Alhamdulillah, masih ada tangan lagi yang sanggup membantu. Dr Hakim Syarqawi adalah salah seorang yang dipertanggungjawabkan dalam menyelesaikan Hal Ehwal Mahasiswa al Azhar di Tanta.

Pada 9 Mei, beliau telah menjemput pimpinan wafidin di Tanta untuk bertemu dengannya di Pejabatnya. Antara mahasiswa Malaysia yang hadir di dalam pertemuan tersebut ialah Pengerusi DPMT sendiri Ustaz Zulhilmi, Ustaz Fadhil (mutazawwijin), Ustaz Aiman Selangor dan lain-lain.

Manakala pimpinan wafidin yang lain, antaranya dari Negara Turki, Nigeria, Thailand, Indonesia, Filipina dan sebagainya.

Pertemuan pada 9 Mei bermula pada jam 10 pagi, dan membincangkan beberapa faktor bantahan mahasiswa terhadap isu perpindahan ke Kaherah. Beliau menulis beberapa faktor yang dibentangkan oleh pimpinan wafidin untuk menghantar surat kepada pihak al Azhar pusat.

Pada 10 Mei (hari ini), jam 3 petang tadi, mereka dipanggil semula untuk kali kedua, bagi menyambung perbincangan, dan mengesahkan laporan yang telah dibentangkan semalam. Alhamdulillah, terpancar kesungguhan dari wajah Dr Hakim Syarqawi.

Insya Allah, esok (11 Mei) akan diadakan pertemuan kali ketiga bagi mendapatkan tandatangan daripada pimpinan wafidin, sebelum dihantar ke al Azhar pusat. Dr Hakim sendiri akan membuat surat tersebut, dan menyerahkannya kepada pihak terbabit.

Terima kasih Dr Hakim Syarqawi, jasamu dikenang..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

PMRAM Tetap Sah Walaupun Tak Berdaftar Dengan JPMK

Kenapa isu pendaftaran dibangkitkan sedangkan PMRAM tidak menghadapi masalah dengan Kuasa Usaha Sementara? Inilah soalan yang bermain di benak pemikiran saya apabila JPMK tak habis-habis bising tentang pendaftaran. Kenapa mesti berdaftar sedangkan PMRAM bukanlah satu pertubuhan haram di Mesir?

Masalah yang terjadi apabila pendaftaran PMRAM ini dianggap seperti "tidak berdaftar". Sebelum ini, telah saya nyatakan bahawa pendaftaran PMRAM adalah sah di sisi undang-undang Mesir, kenapakah pendaftaran ini dipertikaikan.

Semenjak 1964 lagi PMRAM telah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir, tetapi apabila JPMK yang ditubuhkan pada 1980, tiba-tiba sahaja ingin mempersoalkan isu pendaftaran ini.

Kalau kita lihat kepada sejarah, hubungan kerjasama Kerajaan Malaysia dan PMRAM sudah berlalu begitu lama. Antaranya urusan tanah ARMA yang dibuat di antara PMRAM dan kerajaan Malaysia pada 1959.

Tetapi malangnya sejarah ini cuba dihitamkan oleh JPMK sendiri. Entah kenapa. PMRAM sudah hidup 80 tahun, satu tempoh yang terlalu panjang untuk menjadi sebuah pertubuhan yang berpengalaman.

Persoalannya, kenapakah baru 7 tahun kebelakangan ini baru dibangkitkan isu pendaftaran PMRAM? Sedangkan PMRAM sudah 80 bergerak di Mesir, dan sudah 46 berdaftar dengan Kerajaan Mesir.. Entah...

Pada 4 Mei lalu, En Saiful Anuar bin Mohammad, Ketua Usaha Sementara menyifatkan isu pendaftaran PMRAM bukanlah satu masalah.. Bahkan PMRAM memang sah di sisi undang-undang.. Beliau berkata ketika perjumpaan bersama BP PMRAM, dan YDP BKAN.



Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Serbuan Hisbah Akhawat Di City Star


KAHERAH, 8 Mei - City Star menjadi tempat pertama bagi Unit Hisbah Akhawat memulakan operasi turun padang. Operasi yang bermula jam 9.00 malam melibatkan seramai 13 orang akhawat yang mewakili Unit Operasi Hisbah cawangan BKAN di sekitar Hayyu Sabiek’, 4 orang mutazawijin dan semua AJK Unit Hisbah Pusat sendiri.

Turut serta, Naib Pengerusi HEWI II (Unit Dakwah dan Pembangunan Insan), Saudari Hurriyyah Abdul Mokti. Timbalan Unit Operasi Hisbah Pusat, Saudari Nabilah Misnan bertindak menyusun tenaga kerja bagi melancarkan operasi yang dibuat. Penerangan telah diberikan di Markaz HEWI selepas maghrib oleh Saudara Jamal Najmuddin, selaku Ketua Unit Operasi Hisbah Pusat, merangkap ketua operasi pada malam tersebut.

Sebanyak 4 kumpulan yang ditemani oleh pasangan mutazawijin dibahagikan untuk memantau keadaan di City Star, bagi mengesan individu yang melanggar etika Hisbah bagi diambil tindakan dan diberikan nasihat yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, kebanyakan yang melakukan kesalahan adalah di kalangan ahli Negara Asia Tenggara yang lain.

Unit Hisbah bertindak dengan memberikan nasihat dan pamplet kepada mereka pada malam tersebut. Timbalan Ketua Unit Hisbah Pusat, Saudari Norazura Rahim melahirkan rasa syukur di atas kelancaran operasi yang dibuat yang berakhir pada jam 10.45 malam itu. Beliau mengharapkan mahasiswa dan mahasiswi agar tidak menjadikan pusat-pusat membeli belah atau mana-mana tempat untuk melepak, dating dan sebagainya.

Jauhilah segala agenda maksiat yang hanya akan membawa dosa yang tak terhingga kepada Allah SWT. Semoga segala usaha yang dibuat pada malam tersebut menjadi titik permulaan bagi Unit Hisbah peringkat akhawat untuk melakukan gerak kerja turun padang bagi membanteras gejala sosial yang kian meruncing.
Baca seterusnya

Mahasiswa Perlu Tahu Bezakan Antara Hitam Dan Putih


Musim peperiksaan semakin tiba. Namun, isu hak mahasiswa yang semakin dinafikan cuba "disejukkan" oleh peperiksaan yang semakin hampir ini. Di hujung sana, suara mahasiswa Tahun 1 Qiraat masih lagi belum berputus asa untuk memperjuangkan hak mereka, dan hak kita.

Sampai bilakah akan jadi begini? Saya masih lagi merasa tidak selesa dengan segelintir manusia yang masih lagi tidak merasakan kebersamaan dalam menyelesaikan perkara ini. Antara tutur kata mereka

"Buat apa sibuk-sibuk, yang tu masalah qiraat, hang bukan qiraat pun..."

"Enta susahkan diri sendiri nak tulis itu ini.. Padahal takda kaitan pun dengan enta.."

Dan bermacam-macam lagi. Bahkan ada pula yang mengutuk, dengan mengatakan bahawa saya ni hanya tahu fitnah sahaja.. Entahlah. Apabila saya bertanya kepadanya, "Dalam artikel mana yang ana fitnah tu?" sampai sekarang saya masih lagi menanti janjinya untuk menyatakan yang mana satu fitnah di dalam penulisan saya.

Bertambah rungsing apabila diri ini begitu selesa menghadapi peperiksaan, sedangkan di luar sana beberapa orang masih lagi gagal menduduki peperiksaan. Adik-adik yang berada di bawah agen, masih ramai lagi yang belum naik nama..

Qiraat pun belum naik nama walaupun mereka memang berkelayakan untuk menyambungkan pengajian di sini. Kenapa sampai begitu sekali? Pelik apabila orang yang cuba menuntut hak mereka inilah yang dikatakan pencetus huru-hara, buat fitnah dan sebagainya.

Manakala orang yang merampas hak orang lain, dibiarkan sahaja. Inikah yang dinamakan kebenaran? Saya bertambah pelik apabila masih lagi wujud golongan yang hendak membela Khairi walaupun dengan jelas dia telah menafikan hak mahasiswa. Kenapa?

Mahasiswa sudah tidak tahu membezakan mana baik dan mana buruk? Mahasiswa sudah tidak tahu membezakan antara hitam dan putih? Kesal..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Ujian Adalah Tanda Kasih Sayang Allah


Erti Ujian Yang Sebenar

Apabila kita bertanya tentang ujian, maka setiap orang yang beriman pasti tidak akan lari daripadanya. Di sana terdapat beberapa jenis rintangan yang disebutkan di dalam al Quran, antaranya ialah ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kematian sanak saudara dan sebagainya.

Perkara ini telah disebukan oleh Allah SWT di dalam al Quran Surah al Baqarah, ayat 155

Maksudnya : Dan Kami pasti akan menguji kamu seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan sampaikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu, mereka yang apabila ditimpa ujian, mereka mengucap “sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan kepadaNya kami kembali

Dr Wahbah az Zuhaili menyebut di dalam Tafsir Munir (1/402) bahawa :

a. Apa yang dimaksudkan dengan ketakutan itu ialah, sedikit ketakutan yang diuji oleh Allah SWT kepada orang yang beriman, ketika berhadapan dengan musuh.

b. Kelaparan juga diuji disebabkan tanah yang tidak subur, atau dengan kata lain, disebabkan kekurangan makanan dan keperluan harian.

c. Kekurangan harta disebabkan ia hilang. Ya, seorang yang beriman akan diuji dengan kehilangan harta benda, dipotong gaji, sekatan sumber pendapatan dan sebagainya.

d. Kematian sanak saudara atau pun orang yang disayangi disebabkan berjuang di jalannya.

Inilah sedikit ujian yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang beriman. Ujian ini bertujuan meningkatkan keimanan hambaNya terhadap Allah SWT. Maka, beruntunglah mereka yang diuji.

Adakah Kekayaan Itu Juga Satu Ujian?

Allah SWT berfirman di dalam Surah al Anbiya’, ayat 35

Dan kami akan menguji kamu dengan keburukan, dan kebaikan

Iaitu ujian yang Allah SWT berikan kepada orang yang beriman dalam dua bentuk, samada ujian yang kita sukai ataupun kita benci. Contohnya diuji dengan sihat dan sakit, kaya dan miskin, senang dan susah, halal dan haram, ketaatan dan kemaksiatan, dan sebagainya. (ibid 9/59)

Maka, kita perlu sedar bahawa setiap detik seorang yang beriman pastinya akan diuji. Sekiranya kita merasa senang dengan hidup, berhati-hati kerana ia adalah ujian. Dan kerap kali kita akan kalah dengan ujian yang berbentuk kebaikan ini. Ujian ini akan melatih seseorang itu supaya tidak leka dengan kesenangan sementara yang diberikan.

Allah SWT berfirman di dalam Surah al Anfal, ayat 17

Dan Tuhan hendak menguji orang yang beriman dengan ujian yang baik

Wahai orang yang beriman, bersabarlah dengan ujian itu. Kadangkala kita diuji dengan sogokan duit sehingga kita leka dengan kemewahan tersebut. Kadangkala kita diuji dengan kehabisan duit belanja yang sangat kritikal.

Bersabarlah dengan ujian itu kerana rezeki itu milik Allah. Kadangkala kita diuji dengan penghinaan dan ancaman sepertimana yang dilalui oleh Baginda SAW, dan nabi-nabi terdahulu, namun kita perlu menilai bahawa ia adalah satu anugerah yang Allah SWT berikan kepada kita.

Usah Bersedih

Ingat, bukan semua orang akan diuji oleh Allah SWT. Mereka yang diuji adalah golongan terpilih. Maka, amat rugilah bagi mereka yang tidak terpilih untuk diuji olehNya.

Nabi SAW bersabda

Ø¥ِذَا Ø£َØ­َبَّ اللهُ Ù‚َومًا ابْتَلاهُÙ…

“Apabila Allah SWT menyayangi sesuatu kaum itu, Allah akan menguji mereka” (Jami’ Saghir : 354)

Pernahkah kita menyedari bahawa kita sentiasa diuji oleh Allah SWT. Tanpa mengira waktu, kita kerap diuji, hatta kita membuat kebaikan, semakin banyak diuji oleh Allah SWT. Semakin banyak kebaikan dibuat, semakin banyaklah ujian anda!

Tanda Kasih Sayang Allah SWT

Mengapa perlu bersedih ketika diuji? Bukankah ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita? Lihatlah kepada seorang anak murid yang taat, kerap kali ditengking dan dimarahi oleh gurunya, sebagai tanda menguji anak muridnya. Begitu juga si ibu, turut melakukan perkara yang sama untuk mendidik. Apakah dia tidak sayangkan anaknya?

Satu ketika, si ibu melihat anaknya melakukan satu perbuatan yang dipandang jelek, lalu dimarahinya. Inilah kasih sayang ibu untuk mendidik anaknya supaya tidak melakukan perbuatan yang sama berulang kali. Apakah kita hanya tersenyum apabila anak kita melakukan suatu perbuatan jelek di hadapan anda?

Begitu juga Allah SWT, apabila melihat anda semakin hari, semakin sibuk dengan urusan dunia, Allah SWT menguji mereka supaya mereka tidak alpa dengan dunianya. Bukankah apabila kita ditimpa kesusahan (diuji), barulah kita menyedari siapakah kita di sisi Allah SWT.

Kenapakah apabila semakin banyak membuat kebaikan, kita semakin diuji?

Sebelum mendalami lebih jauh, persoalan yang timbul ialah, benarkah kita benar-benar membuat kebaikan atau di“kepil”kan dengan bangga diri, sombong dan sebagainya?

Apabila kita melakukan sesuatu bukan kerana Allah SWT, sudah pasti selayaknya kita mendapat ujian, bahkan kutukan!

Kenapakah kita mempersoalkan apabila diuji ketika melakukan kebaikan? Bukankah ini menunjukkan terdapat segelintir rasa bangga pada hati? Apabila kita tidak mempersoalkan tentang ujian Allah SWT, itulah yang sebenarnya.

Allah SWT sengaja menguji kita sehingga kita sendiri tidak mempersoalkan sebarang ujian yang ditimpakan ke atas kita. Bahkan semakin suka apabila diuji kerana menyedari bahawa inilah tanda kasih sayang Allah kepadanya.

Allah SWT berfirman di dalam Surah Muhammad, ayat 31

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang –orang yang berjuang dari kalangan kamu ..

Semakin hebat ujian, semakin tinggi kasih sayangNya

Semakin diuji, adakah kita merasa semakin tertekan dengan ujian tersebut, atau suka? Adakah apabila kita diuji dengan kematian orang yang tersayang, kita merasa suka?

Inilah apa yang diertikan sebagai redha. Inilah dia tanda tabahnya kita menghadapi ujiannya. Adakalanya kita merasa kehilangan tersebut satu perkara biasa, setiap benda yang hidup pasti akan mati.

Apabila seorang suami sangat menyayangi isterinya, kemudian dia dimatikan. Apakah perasaan si suaminya kalau bukan sedih? Tetapi apabila difikirkan, bukankah Allah SWT tidak mahu kita lalai disebabkan isteri kita? Begitu juga si isteri yang kematian suami.

Bagaimanakah pula sekiranya isteri atau suami yang mengingatkan kita kepada Allah? Tidakkah kita ketahui bahawa setiap yang hidup pasti mati, dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan? Tidakkah kita sedar tentang hakikat ini?

Sedarlah, kita diuji hanya sedikit jika hendak dibandingkan dengan mereka yang lebih teruk diuji. Setahap manakah tingginya kesabaran kita menghadapi ujian?

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

09 May 2010

Album BP Jaulah Ke Maqam 4

Pada 7 April lalu, Barisan Badan Pengurus PMRAM dan mantan telah mengadakan jaulah ke maqam. Di kesempatan ini, sempat untuk saya mendapatkan beberapa gambar daripada mereka untuk dimuatkan ke dalam blog ini














Baca seterusnya

Album BP Jaulah Ke Maqam 3

Pada 7 April lalu, Barisan Badan Pengurus PMRAM dan mantan telah mengadakan jaulah ke maqam. Di kesempatan ini, sempat untuk saya mendapatkan beberapa gambar daripada mereka untuk dimuatkan ke dalam blog ini.



















Baca seterusnya

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal