28 May 2010

Gambar Mesir Lama Siri 2 - Sebelum 1900

Sungai Nil.. Hujung sana tu.. Piramid - Tahun 1877


Nampak tak piramid belakang tu? Ni kat kawasan Giza - Tahun 1877


Ni pun kat kawasan Sungai Nil berhampiran Piramid, kawasan Giza - Tahun 1877


Jalan al Nahseen - Tahun 1880


Salah satu kafe di Giza.. tak nampak pulak sisya.. - Tahun 1860
Baca seterusnya

Gambar Mesir Lama Siri 1 - Awal 1900

Bandar Kaherah 1930


Jalan Corniche Nil pada 1880


Laluan ke Moscow 1874


Heliopolis 1930


Dokki 1930 (lebih kurang)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Mesyuarat Kelab UMNO Semalam? Apa Cerita Tentang Karnival Sukan?


Baru beberapa minit tadi, saya menerima email daripada seorang yang bergelar "pedas cili", yang memberitakan satu perkara yang perlu dimaklumkan di sini. Email tersebut berbunyi..

Oleh : Pedas Cili

Semalam, 27 Mei, telah diadakan satu mesyuarat di ARMA yang turut dihadiri oleh exco-exco Nadi UMNO, Encik Khairi Jalalluddin dan Prof Dr Jamil bin Hashim. Perbincangan dalam mesyuarat tersebut adalah berkenaan dengan Karnival Sukan yang akan diadakan pada 22 hingga 25 Julai 2010 nanti.

Sekian, sari berita utama..

Erm.. tiada sebarang ulasan daripada saya, cuma saya agak tertarik dengan maklumat ini. Siapakah penganjurnya? Berapakah peruntukannya? Sebelum ini, telah diberitahu bahawa program ini akan diadakan pada Bulan Mac lalu, kemudian ditunda..

Saya teringat pada 2007, satu program yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri ketika itu, Pak Lah. Program yang menghimpunkan ramai mahasiswa Mesir (entah berapa orang) ini, berjaya menaikkan nama Kelab UMNO Kaherah.

Dikatakan pada 2008, Kelab UMNO Kaherah mendapat anugerah Kelab UMNO terbaik.. Adakah dengan adanya program Karnival Sukan pada tahun ini, nama Kelab UMNO Kaherah akan naik sekali lagi pada 2011?

Walhal BKAN dan PMRAM entah ditendang ke mana. Pada 2007 sudah menceritakan segala-galanya. Lansung tidak diperlihatkan watak PMRAM dan BKAN yang banyak memberi kerjasama dalam program tersebut. Entah.. Siap ada logo UMNO kat banner. Ni program kerajaan atau program politik?

Adakah teknik yang sama akan digunakan pada tahun ini? Iaitu teknik menggunakan BKAN dan PMRAM, untuk naikkan nama Kelab UMNO Kaherah? Kalau dulu (2007) memang teknik ini berhasil.. WaLlahua'lam..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Kes Hisbah Lebih Tinggi Daripada Statistik Orang Bertalaqqi - Presiden


Amar Makruf Nahi Mungkar : Cabaran PMRAM dan Mahasiswa Islam

Sumber : Minda Presiden PMRAM 2010
www.pmram.org

Apabila disebut berkenaan amar ma'ruf dan nahi mungkar, ia merupakan satu slogan atau ungkapan yang selalu bermain di bibir mahasiswa Islam di Mesir. Ungkapan tidak ini perlu lagi dihurai panjang lebar oleh pimpinan PMRAM Pusat mahupun PMRAM Cawangan. Bahkan jikalau dibahaskan, pasti huraian yang lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis serta teknikal perlaksanaannya bakal diperolehi dari hasil perbincangan tersebut.

Statistik mahasiswa Malaysia di Perlembahan Nil yang menuntut ilmu secara bertalaqqi dengan alim ulamak membelah pelbagai kitab fundamental (turath) serta berdiskusi kitab-kitab kotemporari (mua'sarah) semakin meningkat. Namun begitu, realiti mahasiswa Malaysia di bumi Mesir dewasa ini seolah-olah memberi satu petanda bahawa ilmu yang mereka pelajari daripada masyaikh dan para alim ulamak di sini semakin menurun kualitinya.

Peningkatan statistik mahasiswa Malaysia yang bertalaqqi belum mampu menurunkan graf salah laku hisbah di kalangan mahasiswa Malaysia di sini. Malah, barah salah laku hisbah semakin meruncing dari hari ke hari hingga sampai ke tahap yang kritikal. Kemunkaran yang dilakukan tanpa rasa segan silu terhadap masyarakat sekeliling seoalah-olah tiada setitis pun iman di dada mereka serta sirna cahayanya.

Isu 'couple' dan 'dating' semakin panas dan semakin jelas keadaannya. Begitu ramai yang ingin memuaskan nafsu tanpa mengikut laluan dan landasan yang betul. Masalah tidak terkawalnya ikhtilat tidak syarie juga semakin menjadi-jadi. Aktiviti dan program yang dilakukan sebegitu menjadi perkara yang biasa. Buktinya, lihat saja bermacam-macam gambar dan aksi yang kita temui di dalam sesawang 'facebook' serta blog-blog peribadi. Mereka menganggap bahawa perkara tersebut tidak salah dan berdosa di sisi Islam.

Tetapi apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah, SIAPAKAH yang sanggup untuk melaksanakan tugasan tersebut? Di manakah mereka yang selalu bercakap memberikan idea dan cadangan untuk perlaksanaan amar ma'ruf dan nahi mungkar ini? Di manakah golongan yang selalu mendabik dada mengaku bahawa mereka adalah golongan tarbiyah?

Bagi golongan yang bertafaqquh dan berakademik. Adakah kalian tidak menyedari situasi keadaan mahasiswa Malaysia kini, khususnya di bumi Mesir?. Bukankah tujuan kalian menuntut ilmu agama adalah untuk beramal?. Sudah tentu jawapan yang akan diberikan adalah positif. Sebenarnya bukan itu jawapan yang PMRAM inginkan, akan tetapi jawapan yang PMRAM mahu adalah berbentuk tindakan dan perlaksanaan. Saya yakin bahawa jawapan yang berbentuk tindakan inilah yang menunjukkan bahawa seseorang itu belajar dan bertafaqquh dengan niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. "Sesungguhnya seberat-berat azab di hari kiamat nanti adalah bagi golongan alim yang tidak bermanfaat ilmunya". Hadis ini riwayat daripada Saidatina Aisyah Radhiallahu Anha.

Sabda nabi di atas menunjukkan bahawa satu ancaman yang keras daripada Islam kepada golongan yang alim dan bijak pandai semata-mata. Ilmu yang dipelajari disimpan di dalam kitab ataupun digunakan hanya untuk berdebat. Padab hakikatnya, tugas amar ma'ruf dan nahi mungkar bukan hanya terpundak di atas bahu pimpinan semata-mata bahkan ia juga merupakan tugasan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t kepada golongan ulamak.

Sehingga kini PMRAM mengalami krisis kekurangan tenaga untuk membasmi kemungkaran yang berlaku. Maksiat yang terjadi bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan memaksa PMRAM untuk bertindak lebih serius dalam menangani masalah ini. Sebab itulah di dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali yang 77 baru-baru ini, PMRAM membawa usul untuk melakukan gerak gempur hisbah di setiap PMRAM Cawangan. 'Team work' atau skuad penguatkuasa hisbah perlu dipertingkatkan setaraf dengan meningkatnya statistik masalah hisbah yang berlaku.

Dalam situasi sebegini, PMRAM Pusat dan Cawangan menyediakan platfom untuk bertindak. Kita memerlukan penggabungan daripada seluruh mahasiswa Islam untuk sama-sama mengatasi gejala sosial ini. PMRAM tidak memerlukan golongan yang bercakap pandai dan berteori, tetapi PMRAM memerlukan golongan yang bertindak dengan perbuatan. Biarlah kita menjadi kumpulan yang kurang bercakap tetapi banyak bertindak.

Sekian

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH

Shahrizan bin Mohd Hazime
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010.
Baca seterusnya

Pengajaran : Umat Islam Akhir Zaman, Pakat Nak Ikut Cara Yahudi


عن أبي سعيد الخدري قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لتتبعن سنن الذين من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا في حجر ضب لاتبعتموهم ، قلنا : يا رسول الله ، اليهود والنصارى؟ قال : فمن

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

Daripada hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti, umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani. Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman. Ini disebabkan mereka menafikan al Quran, sebagai perundangan di dalam sesebuah negara.

Yahudi adalah umat yang berpecah belah. Di akhir zaman, Umat Islam pun turut sama nak berpecah belah. Pakat-pakat nak menangkan jemaah sendiri. Yahudi menolak undang-undang Allah, dan umat Islam akhir zaman pun turut sama. Yahudi merampas hak orang lain, umat Islam akhir zaman pun ...

Orang Yahudi merancang macam-macam program TV, anak-anak yang beragama Islam pulak yang semangat nak menyertai rancangan TV tersebut. Pakaian bagaimana? Faham-fahamlah sendiri. Orang Yahudi tidak taat dengan pimpinan mereka (Nabi Musa AS), dan membiarkan Nabi Musa AS berjuang seorang diri.. Kita pun nak biarkan pimpinan kita berjuang menegakkan Islam seorang diri?

Mereka berkata "Lantaklah.. Pergilah engkau dan kami duduk di sini sahaja.." Mahasiswa di sini pula ada yang berkata,.. "Lantak korang lah nak perjuangkan hak mahasiswa,.. Kami duduk di sini sahaja.." Kat Malaysia pun sama.. Muhasabah bersama

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Mangsa Pula Yang Dipersalahkan - Berita Di HMetro Tentang Isu Medic Agen


Sebelum ini, saya telah postkan tentang berita di dalam Harian Metro yang menggunakan tajuk "Curi-curi Masuk Kelas", jelas seperti ingin menunding jari kepada mangsa disebabkan masalah ini. (link)

Baru pagi ini, berita ini dimasukkan di dalam web Harian Metro. Malam tadi, ia hanya disiarkan secara pdf yang boleh dilayari di dalam mawifc. Baca, dan sila beri pandangan.. Sila kenali mana satu "mangsa" dan "penipu".. Dan perlu kenal juga "orang yang melaga-lagakan".. Sepertimana yang ana sebutkan, "Mangsa akan dianggap sebagai pesalah.."


Curi-curi Masuk Kelas

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelajar Malaysia yang menggunakan khidmat ejen bagi mengikuti pengajian perubatan di Mesir, kini dalam dilema kerana masih belum boleh menduduki peperiksaan, malah sesetengahnya teraniaya kerana tidak mendapat tempat, sedangkan ribuan ringgit sudah lebur.

Menurut sumber, di kalangan pelajar baru yang ingin mendapat tempat itu, ada yang curi-curi belajar di universiti, malah tidak kurang yang nekad kembali ke tanah air kerana tidak tahan dengan kerenah ejen terbabit dan tidak mahu terus menjadi mangsa keadaan di negara berkenaan.

Sesetengah pelajar katanya, melalui ejen terbabit bukan saja tidak memiliki kelayakan sewajarnya, malah tidak mendapat Sijil Sokongan Luar (NOC) yang digunakan untuk memohon biasiswa dan pekerjaan pada masa depan menyebabkan mereka ‘terbiar’ di negara berkenaan. Masalah terbabit dikatakan berpunca daripada ejen sendiri yang turut menghantar pelajar tidak menepati syarat minimum seperti ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi.

Dianggarkan 900 daripada 1,500 pelajar baru dari Malaysia masuk ke Mesir untuk mengikuti pengajian perubatan melalui ejen secara terus ke universiti di negara itu.

Ketika ini sekurang-kurangnya tujuh ejen dikesan bergiat aktif menguruskan pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda perubatan di universiti terkemuka di Mesir termasuk membabitkan seorang bergelar ‘Datuk.’ Mangsa, Syarifah Syaerah Syed Safian, 22, yang dihubungi berkata, dia masih tidak mendapat tempat di Universiti Al-Azhar, walaupun sudah tinggal di Mesir sejak Oktober tahun lalu.

“Saya datang pada Oktober tahun lalu dan sempat belajar di Mansoorah sebulan, namun ejen keluarkan saya dari sana.

“Kemudian, saya belajar pula di Universiti Al-Azhar dan sepatutnya menduduki peperiksaan pada Januari lalu, tetapi saya tidak dapat menduduki peperiksaan berkenaan kerana fail maklumat mengenai saya lambat sampai.

Selepas gagal menduduki peperiksaan dan gagal mendapat tempat, katanya, dia kini hanya berbekalkan semangat dan keberanian untuk mengikuti pembelajaran.

“Saya masuk kelas pun secara curi-curi,” katanya yang juga bekas pelajar Asasi Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sesi 2006-2007 dan pernah belajar di Management & Science University (MSU).

Berasal dari Kuala Krai, Kelantan, Syarifah mendakwa sudah menghabiskan RM6,000 menggunakan khidmat ejen untuk memasuki universiti di Mesir kerana dia menggunakan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005.

“Sekarang saya pun tidak pasti bila akan mendapat tempat, tetapi ada penyelaras program mengatakan Ogos depan saya boleh memasuki peperiksaan,” katanya, yang mengambil keputusan berkahwin dengan seorang pelajar tahun akhir jurusan syariah, Februari lalu. Dia mendakwa, sudah menghabiskan banyak wang untuk mengikuti pengajian terbabit, termasuk kos belajar tahun pertama di universiti sebanyak RM6,000, namun di kalangan rakannya ada yang lebih banyak mengeluarkan belanja.

“Ada lagi rakan saya yang mengalami nasib serupa, termasuk pelajar lelaki, tetapi seorang daripadanya sudah pulang ke tanah air.

“Setahu saya ada juga rakan yang membayar sehingga RM10,000 bagi peringkat permulaan termasuk kepada ejen, cuma saya yang belum membuat bayaran kepada pihak terbabit, hanya bayar yuran pengajian,” katanya.

Katanya, dia mendapat peluang belajar di Mesir melalui rakannya yang belajar di negara berkenaan melalui ejen.

“Saya datang melalui ejen kerana SPM saya melebihi dua tahun dan KPT menetapkan sijil itu (sah laku) dua tahun saja,” katanya. Nik Mahabbah Khairiyah Nik Dir, 22, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, berkata dia juga menghadapi nasib yang hampir sama kerana tidak dapat menduduki peperiksaan pada Januari lalu.

“Saya tak tahu bila dapat memasuki peperiksaan, tetapi saya menghadiri kelas. Saya juga diberitahu ada rundingan untuk menyelesaikan perkara ini pada pertengahan Jun nanti,” kata bekas pelajar Ma’had Muhammadi (P), Kota Bharu dan Program Sains Kesihatan Bersekutu, Matrikulasi UIAM 2007-2009.
Baca seterusnya

Mangsa Medic Agen Pula Dipersalah Di Dalam Harian Metro?


Terpapar di dalam Harian Metro, bertarikh 28 Mei, tentang berita yang saya maksudkan sebelum ini. Iaitu berkenaan dengan sahabat kita yang dihubungi wartawan Harian Metro bertanyakan tentang masalah Agen (link). Di bawah ini adalah paparan berita tersebut, sila klik untuk besarkan.


Apa pandangan semua tentang berita ini? Satu klu untuk saya persoalkan di sini ialah "Idris Musa", wartawan Harian Metro yang banyak mengambil berita dan isu dari bumi Mesir.

Beberapa berita sebelum ini, juga orang yang sama.. Sila lihat pada link di bawah ini..


Selain itu, untuk pengetahuan para sahabat juga, isu tentang dua orang yang dimaksudkan di dalam berita di atas banyak diberitahu kepada En Khairi, sepertimana yang telah saya beritakan sebelum ini juga, sila klik pada link di bawah..



Jadi, persoalan saya di sini, apakah pandangan anda terhadap berita ini? Dan apakah kaitannya dengan JPMK? Dan siapakah mangsa? Dan siapakah yang cuba melaga-lagakan isu ini? Dan kenapakah JPMK seolah-olah mahu berlepas diri dalam masalah ini?

Soalan lagi, kenapakah nama agen tidak didedahkan di dalam akhbar tersebut? Sedangkan nama mangsa didedahkan dengan jelas? Kenapakah wartawan tidak menghubungi langsung JPMK di dalam masalah ini? Kalau wartawan menghubungi JPMK, kenapakah tidak disiarkan berita tersebut? ....

Dan.. akhir sekali jawapannya ialah.. "mangsa keadaan akan dianggap sebagai pesalah dan orang yang menipu itu akan bertepuk tangan kerana berjaya melepaskan diri".. Ya, nama JPMK akan selamat kerana mereka juga mewar-warkan isu Agen ini.

Inilah hasil jawapan daripada beberapa persoalan di atas, ditambah lagi dengan fakta-fakta yang telah saya "link" kan di atas.

p/s : Tengok tajuk berita pun dah tau wartawan ni nak salahkan siapa...

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Jauhkan Diri Daripada Memfitnah Para Ulama' - MANHAL


Oleh : Us Khairul Anuar (link)

Antara perkara-perkara yang amat disukai oleh musuh-musuh Islam adalah berlakunya fitnah menfitnah, kafir mengkafir atau tuduh menuduh, sesat-menyesat antara satu sama lain tanpa asas yang kukuh dikalangan umat Islam sendiri. Perbuatan ini amat ditunggu-tunggu oleh mereka kerana bila umat Islam sudah berpecah, mereka akan jadi lemah. Dengan itu mudahlah mereka menjajah umat Islam.

Perkara yang lebih teruk daripada itu ialah perbuatan menfitnah para ulama atau menerima bulat-bulat perkataan mereka yang menfitnah insan-insan yang bertaraf wali yang mana zahir kepada mereka karamah yang nampak jelas dan nyata. Perkara ini pada hakikatnya telah berlaku zaman berzaman sejak zaman sahabat, tabien, tabi’ tabien sehingga pada hari ini. Mereka yang selamat daripada perbuatan ini hanyalah mereka yang dijaga lisan dan hati mereka oleh Allah s.w.t.

Perbutan fitnah ini kebiasaannya timbul apabila adanya hasad dengki melihat orang lain lebih tinggi ilmunya, lebih alim, lebih berpengaruh atau lebih 'ulama' daripadanya. Maka datanglah syaitan menghasut supaya mencari lubang-lubang fitnah, memutar belit kenyataan dan lain-lain yang boleh menjayakan usahanya itu.

Imam As-Syafie dituduh sebagai Syiah Rafidhiyy

Sekiranya kita membaca sejarah para ulama dan Imam-Imam besar, maka kita akan menemui peristiwa mereka diuji dengan pelbagai fitnah. Antara mereka yang paling dekat dengan kita ialah Imamuna Al-Akbar Al-Imam As-Syafei Al-Muttalibi.

Al-Imam Al-Faqihul Kabiir Imam Muhammad Abu Zuhrah Radiallahu ‘Anhu menyebut, fitnah yang dilontarkan kepada Al-Imam Al-Syafie ialah tuduhan beliau bersama golongan Alawiyyin (sebahagian daripada golongan syiah) yang ingin menjatuhkan Khalifah Abbasiyyah, Harun Ar-Rasyid pada ketika itu.

Mereka mentohmah Imam As-Syafie semata-mata Imam As-Syafie menzahirkan rasa cinta kepada ahlu bait Rasulullah s.a.w sedangkan perasaan cintanya itu tidak sedikit pun mempunyai unsur-unsur syiah. Maka beliau dituduh sesat kerana telah menjadi rafidhiyy. Beliau pada hakikatnya suci daripada tuduhan itu.

Oleh kerana fitnah tersebut bila diheret ke Baghdad dengan rantai besi. Itulah tuduhan pertama kepada beliau. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 184 hijrah ketika beliau berumur 34 tahun. Namun dengan kefasihan lisan beliau dan penyaksian Imam Muhammad Bin Hassan As-Syaibani terhadapnya beliau mampu bebas daripada hukuman Khalifah. (rujuk tarikh al-mazahib al-Islamiyyah m.s 429)

Imam al-Harith Al-Muhasibi dituduh sesat.

Al-Allamah As-Syeikhul Muhaddith Abdul Fattah Abu Ghuddah radiallahu ‘Anhu menyebutkan, antara fitnah yang terjadi kepada para ulama ialah tuduhan sesat kepada Imam Al-harith Al-Muhasibi. Sebab berlakunya tuduhan adalah kerana beliau membawa aliran tasawwuf dan menyebarkan ilmu tasawwuf di tengah-tengah masyarakat yang mana sedang tenggelam dalam pengajian hadis baginda s.a.w.

Belum ada ketika itu mereka yang betul-betul berani menampilkan diri membuka satu madrasah sufi ketika zaman tersebut sebagaimana beliau. Ramai dikalangan ulama sezaman dengan beliau menuduhnya sesat dan ahli bid’ah kerana tidak menyebarkan ilmu berkaitan hadis-hadis baginda sebaliknya sibuk dengan ilmu kalam dan ilmu yang berasaskan ‘zauq’. Bagi mereka pada ketika itu, hadis baginda s.a.w sudah mencukupi untuk membicara soal penyucian jiwa. Sebab itulah bila ditanyakan kepada Imam Al-Hafiz Abu Zur’ah al-Iraqi tentang beliau dan buku-bukunya maka beliau berkata:

“Jangan kamu baca kitab-kitabnya. Semua adalah sesat dan bid’ah!! Berpeganglah kepada athar. Nescaya kamu akan mendapatinya mencukupi buatmu berbanding kitab-kitabnya!”(Muqaddimah tahqiq Risalah al-Mustarsyidin, m/s 47)

Imam Taajududdin As-Subki menyebutkan di dalam ‘Qaedah Jarh Wa Ta’dil’ m.s 54 dengan menukilkan kalam Imam Ibnu Daqiq Al-‘Eid:

“Di antara perkara yang perlu dielakkan dalam proses al-jarh (menghukum seseorang dengan tidak adil) ialah perselisihan yang berlaku di antara kebanyakan ahli hadis dan dolongan sufi kerana celaan yang berlaku antara satu sama lain sebagaimana mereka mencela Imam Al-Harith al-Muhasibi”

Imam Muhammad Abduh dituduh Wahabi dan menyeleweng daripada agama Islam

Bekas mufti mesir sekitar awal tahun 1900 Imam Muhammad Abduh, seorang yang amat berjasa kepada Universiti Al-azhar juga tidak terlepas daripada dituduh sesat kerana fatwa-fatwa beliau. Ada di kalangan pemerintah pada zaman beliau yang amat bencikan beliau kerana fatwa-fatwa barunya yang tidak selari dengan hawa nafsu mereka.

Mereka mengupah beberapa ulama untuk mencela dan menyesatkan Imam Muhammad Abduh dengan pelbagai fitnah dan tuduhan. Ada dikalangan mereka mengatakan beliau menghalalkan makan bangkai, pengikut ajaran sesat oreantalis barat dan lain-lain sehingga mengatakan beliau mati dalam keadaan lidah terjulur satu hasta panjangnya. (rujuk sejarah Muhammad Abduh dalam buku Ayahku oleh Prof. Dr. Hamka)

Muhammad Abdul Wahab juga kena fitnah

Pengasas gerakan Wahabi, Muhammad Abdul Wahab juga difitnah. Bukan hendak mengatakan bahawa penulis menyokong atau bersetuju dengan wahabi tetapi isi yang dimaksudkan ialah mendakwa hendaklah mempunyai asas kukuh walaupun mereka adalah musuh atau seteru kita.

Seorang ulama besar yang amat masyhur dan juga telah mengijazah sanad umumnya kepada seluruh masyarakat Islam semasa hidup beliau, guru kepada masyaeikh kami, Sayyidi Al-Imam As-Sayyid Dr. Muhammad Bin ‘Alawiy al-Makki Al-Maliki Al-Hasaniy, wali Allah yang masyhur pada abad ni yang digelar Muwatto’ yang berjalan kerana beliau mengahafal kitab Al-Muwatto’, yang juga pernah melawat Al-Fadhil Al-Allamah Tuan Guru Nik Abdul Aziz (kerana keilmuan dan dakwah Tok Guru) beserta ulama-ulama lain seperti anaknya sendiri, Habib Umar, telah menulis dalam kitab beliau bertajuk ‘Mafahim Yajib an Tusahhah’ (kefahaman yang perlu diperbetulkan) m.s 17 :

“Sesungguhnya As-syeikh Muhammad Abdul Wahhab berpegang dengan satu pendirian yang hebat dalam soal ini (kafir-mengkafir). Kemungkinan ramai yang mendakwa perkara ini dinisbahkan kepadanya mengingkari soal ini. Kemudian mengeluarkan hukum kafir secara mudah kepada setiapa mereka yang menyalahi jalannya.”
“Ini dia Syeikh Muhammad Abdul wahhab mengingkari setiap perkara yang dinisbahkan kepadanya daripada tomahan karut dan kata-kata kosong serta tuduhan dengan kata beliau dalam surat yang mengandungi isi akidah beliau kepada ahli Qaisham.”

Tuduhan itu sebagaimana suratnya adalah:

1. Aku membatalkan kitab-kitab empat mazhab
2. Mereka yang hidup 600 tahun sebelumku tidak beriman
3. Aku seorang mujtahid
4. Aku terkeluar daripada taklid
5. Perselisihan ulama adalah bala
6. Aku mengkafirkan mereka yang bertawassul dengan orang yang solih
7. Aku mengkafirkan Imam Bushairi kerana mengatakan: Wahai semulia-mulia makhluk
8. Kalau aku mampu menghancurkan kubah Rasulullah nescaya akan akan hancurkan
9. Kalau aku mampu tukarkan mizab kaabah dengan kayu nescaya aku lakukannya.
10. Aku mengharamkan ziarah Kubur nabi
11. Aku melarang ziarah kubur kedua ibu bapa dan selainnya
12. Aku mengkafirkan mereka yang bersumpah selain Allah
13. Aku Mengkafirkan Umar al-faridh dan Ibnu arabi
14. Aku membakar kitab dalail khairat dan raud Rayahin dan aku namakan sebagai raud shayatiin

Jawapan Muhammad Abdul Wahhab (dengan menafikannya):

“Jawapan aku tentang persoalan-persoalan ini: Aku berkata, Maha suci Allah, Ini adalah pendustaan yang besar..”

Al-Allamah Sayyid Sabiq digelar Wahabi kerana Fiqh Sunnahnya

Antara perkara yang menjadi buah mulut manusia adalah menggelarkan Sayyid Sabiq sebagai Wahabi kerana kitab Fiqh Sunnahnya. Al-Imam Nuruddin Syeikh Ali Jumuah mufti Mesir, dalam pengajian beliau telah menjelaskan hal ini. Mereka yang pernah bertallaqi dengan beliau akan mengetahui perkara ini.

Beliau telah menerangkan dalam salah satu pengajian beliau, kitab Fiqh Sunnah adalah seperti kitab-kitab fiqh yang lain. Cuma yang membezakannya adalah uslubnya. Ianya tidak memuatkan pemikiran seorang faqih. Tetapi beliau merupakan seorang wali Allah yang pernah melihat nabi secara yaqozoh (secara sedar bukan dalam mimpi, yang merupakan keramat besar yang jarang diberikan melainkan kepada wali-wali besar). Perkara tersebut berlaku semasa Syeikh Sayyid Sabiq berada dalam penjara.

Bersambung....

p/s : Artikel saya tentang penghinaan terhadap ulama' di akhir zaman, sila klik di sini (link) - Ibnu Ir Fadzil
Baca seterusnya

27 May 2010

Rima Fakih Mencemarkan Maruah Wanita Islam - HEWI PMRAM



Pertandingan Ratu Cantik USA yang dimenangi oleh Rima Fakih baru-baru ini memberi satu tamparan hebat dan mencemarkan maruah wanita Islam. Sekali lagi imej Islam yang sudah cukup sempurna dari pelbagai aspek kehidupan dicalari. Pendedahan yang dibuat oleh beberapa akhbar seolah-olah mahu menyatakan bahawa wanita Islam telah memenangi pertandingan Ratu Cantik yang dianjurkan oleh orang-orang kafir laknatullah.

Menurut laporan akhbar, Rima Fakih merupakan wanita berusia 24 tahun, berketurunan Arab Lebanon telah menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA, 18 Mei lalu yang mewakili Negara Michigan. Pertandingan itu disertai oleh 51 peserta, berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.

Rima yang berasal dari Dearborn, Michigan telah berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003. Rima juga mengakui bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian..

Kenyataan yang dibuat oleh akhbar-akhbar mengenai kemenangannya dilihat sebagai satu bentuk penghinaan terhadap wanita Islam.

1. Wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA.

Label Islam yang diketengahkan seolah-olah mahu menyatakan bahawa wanita Islam juga menyertai dan layak memenangi pertandingan Ratu Cantik. Islam tidak pernah melarang umatnya terutama wanita untuk berhias dan kelihatan cantik. Namun, ada cara dan batas tertentu yang digariskan Islam. Pertandingan Ratu Cantik USA ini, sudah jelas bertentangan dengan hukum Islam terhadap aurat wanita Islam yang wajib dipelihara daripada pandangan lelaki ajnabi, apatah lagi dibuat tayangan atau satu pertandingan. Ini merupakan salah satu amalan masyarakat jahiliyah yang merendahkan martabat wanita dan hanya dilabelkan sebagai bahan pemuas nafsu, tanpa ada sebarang fungsi.

2. Pengakuan Rima bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.

Islam adalah agama yang sempurna, tanpa perlu bergantung kepada agama lain. Allah juga menyuruh manusia mengamalkan Islam secara keseluruhannya. Bagaimanakah mahu mengamalkan dua agama yang sudah jelas perbezaan perkara usul, iaitu Ketauhidan. Disini dapat dilihat satu plot untuk menjatuhkan Islam daripada hasil kefahaman Islam Liberal yang semakin menular dengan merosakkan pemikiran umat Islam supaya tidak lagi berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta hukum Islam yang sedia ada dalam konteks dan teori keagamaan yang bebas.

3. Alternatif Pertandingan Ratu Cantik

Tahun lalu, bertempat di Riyadh, seorang pemenang Ratu Cantik Sukaina Al-Zayer yang berselindung di sebalik purdah hitam yang menutupi seluruh wajahnya, dan tiada siapa dapat memberitahu betapa cantiknya rupa parasnya, namun dia bertuah kerana berpeluang untuk dipilih sebagai ratu cantik. Para hakim tidak mengendahkan mengenai bagaimana cantiknya rupa paras satu-satunya ratu cantik dari Arab Saudi ini.

Sebaliknya apa yang mereka lihat dan nilai ialah 'Ratu Cantik Akhlak' dalam pertandingan yang menilai peserta yang menunjukkan kasih sayang dan hormat paling tinggi kepada ibu bapa. Ukuran yang dilihat adalah berdasarkan komitmen peserta terhadap moral Islamik. Malah, pengutamaan diberi kepada jiwa dan moral yang dimiliki seseorang tanpa hanya mengira kecantikan.

Inilah imej yang dibawa oleh Islam. Dalam apa jua keadaan, hukum Islam tetap diutamakan dan diamalkan secara menyeluruh di dalam kehidupan. Penegasan Allah dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 :

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak wanitamu, dan isteri orang-orang mukmin, Hendaklah mereka melabuhkan jibabnya ke seluruh tubuh mereka. Demikian itu, agar mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu, mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Baca seterusnya

Isu Qiraat : Berakhir Atau Akan Berulang Tahun Depan?

Malcolm X sedang membaca al Quran


Isu Mahasiswa Qiraat : Penantian Bakal Berakhir?


KAHERAH, 27 Mei – Nasib mahasiswa dan mahasiswi baru Qiraat baru-baru ini yang mendapat liputan dan tumpuan akhbar tempatan mengenai kenaikan nama di Ma’had Al-Azhar Shoubra dan Mansurah telah diketahui kelmarin.

Semua nama penuntut Al-Azhar tahun 1 Qiraat Shoubra dan Mansurah telah berjaya didaftarkan di Ma’had Qiraat Al-Azhar Cawangan Shoubra dan Mansurah. Ekoran daripada itu, semua penuntut tahun 1 Qiraat di Ma’had tersebut akan dibenarkan untuk mengambil peperiksaan pada bulan Julai nanti.

“Kita melahirkan rasa syukur dan gembira diatas kenaikan nama pelajar-pelajar baru di Shoubra dan Mansurah, kita mengharapkan mereka dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan yang dijangkakan pada bulan Julai nanti, kerana peperiksaan inilah penentu untuk mereka naik ke tahun seterusnya. Kita masih lagi berusaha untuk mendapatkan maklumat tentang peperiksaan mereka. Saya mendoakan kejayaan mereka”

... ujar Saudara Abd Aziz b Ali, Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM.

“Terima kasih kepada PMRAM Pusat kerana banyak membantu. Terima kasih juga buat Badan Bertindak yang bertungkus lumus siang malam menghadapi isu ini. Kepada tahun 1, jangan putus asa teruskan perjuangan kalian. Allah uji kita dengan ujian yang mampu dihadapi. Semoga kalian berjaya, insya-Allah”

..ujar Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubra, Saudara Muhammad Naim b Hassan ketika dihubungi hari ini.

Mahasiswa Qiraat Shoubra dan Mansurah ketika ini sedang bertungkus lumus membuat proses pengesahan pengajian dan kad pelajar.
Baca seterusnya

Berita Dari Tanta : 2 Siswi Diganggu Arab


Terkejut apabila terbaca artikel daripada Info Kini dan EDPMT yang menyiarkan tentang gangguan arab terhadap 2 siswi kita. Isy.. Sila baca artikel di bawah ini..


Tanta 27 Mei: - Satu laman persatuan mahasiswa pelajar telah melaporkan satu kejadian yang menimpa mahasiswa kita dibumi mesir. Kejadian cabul oleh bangsa arab terhadap mahasiswi malaysia yang keseterusnya pula dilaporkan berlaku di muhafazah Tanta. Kejadian yang melibatkan mahasiswi malaysia ini terjadi dibanggunan penempatan yang menempatkan mahasiswi malaysia dibumi tanta. Semoga dengan kejadian ini dapat menjadi iktibar untuk semua warga negara malaysia dibumi mesir dan diharap agar dapat lebih berhati-hati walau dimana anda berada.

Berikut laporan yang melaporkan kejadian yang berlaku ditanta semalam:

Jalan Syuber, 26 Mei - Sebuah peristiwa yang tidak diingini berlaku tengah hari tadi sekitar waktu Zohor apabila dua orang siswi Malaysia diganggu oleh seorang arab Mesir.

Rentetan daripada itu, Pengerusi DPMT, Saudara Dzulhilmi bin Roslan dihubungi oleh AJK PCT bagi melaporkan kes berkenaan.

Sejurus selepas itu, beliau yang ditemani oleh Ketua UKKS, Saudara Mohd Adam bin Ramli dan Penghulu Kamsis Syarbini, Saudara Mustafa bin Muhammad bertemu dengan mangsa bagi mengetahui duduk bangun kisah sebenar daripada mulut mangsa.

Dalam pertemuan yang turut dihadiri oleh Penasihat PCT, Saudara Zulkifli bin Mohammad tersebut, mangsa yang dirahsiakan namanya menceritakan peristiwa yang baru sahaja dilaluinya secara terperinci.

Menurutnya yang hadir bersama AJK PCT Siswi, seorang warga tempatan telah menceroboh masuk ke ruang legar di bawah bangunan agen Medik Mesir Siswi.

Katanya, arab tersebut kemudiannya memanggil siswi yang berada di dalam rumah, tetapi tidak dilayan. Selepas itu, arab tersebut yang berkemungkinan berasa kecewa terus menghilangkan diri.

"Walau bagaimanapun ia datang kembali dan bertindak mengganggu dengan meraba kami berdua yang secara kebetulan berada ruangan bawah bangunan," kata salah seorang mangsa yang tidak menyangka kejadian sebegitu akan menimpa dirinya.

Tambah mangsa, ketika mengalami detik-detik cemas tersebut, dia hanya mampu menjerit sebagai tindakan mempertahankan diri dan berharap mendapatkan pertolongan daripada rakan-rakannya yang lain.

Katanya lagi, dia berasa lega kerana tindakan tersebut berjaya mendatangkan kesan apabila arab berkenaan melepaskannya dan segera bertindak melarikan diri.

Ketika ditanya bagaimana arab tersebut boleh menceroboh masuk ke dalam bangunan, mangsa memberitahu bahawa terdapat rakan sebangunan dengannya terlupa untuk menutup pintu pagar utama selepas membuang sampah.

Diminta mengulas kejadian berkenaan ketika dihubungi wartawan, Saudara Dzulhilmi menyifatkan bahawa kejadian tersebut berpunca daripada kecuaian pelajar yang akhirnya telah membuka peluang kepada arab berkenaan masuk ke dalam bangunan dengan mudah dan melakukan gangguan seksual terhadap siswi kita.

Ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada seluruh pelajar khususnya siswi agar kejadian sedemikian tidak berulang kembali.

Ini kerana menurut beliau, bukan kali pertama kejadian sedemikian berlaku di Tanta.

Beliau yang menerima laporan kes berkenaan mengambil tindakan menghubungi pihak Keselamatan Mesir dengan segera. Walau bagaimanapun beliau diminta untuk menghubungi Polis Bahagian Aduan Kecemasan.

Polis daripada bahagian tersebut tiba bagi mengambil maklumat daripada mangsa dan menasihatkan kepada mana-mana mangsa gangguan seksual agar mendapatkan bahan bukti seperti gambar bagi memudahkan siasatan dan tangkapan sekiranya ia berulang kembali selepas ini.

Kes ini turut dimaklumkan pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang diketuai oleh Presidennya, Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime. Turut mendapat makluman, Ketua Lajnah Muhafazah, Saudara Mohd Azlan bin Hj. Alias.

Apa yang berlaku hari ini perhatian yang serius daripada pihak DPMT dan PCT. Sehubungan dengan itu, Saudara Dzulhilmi menasihati semua warga Tanta sama ada Perubatan mahupun Pengajian Islam agar meningkatkan tahap keselematan di kediaman masing-masing daripada segala aspek. Ini bagi memastikan kes-kes seperti kecurian, ganggguan seksual, dan lain-lain dapat dielakkan lebih-lebih lagi di musim peperiksaan.

Menurut beliau, seolah-olah menjadi kebiasaan apabila tiba musim peperiksaan, kadar kes yang melibatkan pelajar Malaysia di sini meningkat.

Selain daripada itu, beliau juga berharap kes sedemikian dilaporkan dengan segera yang mungkin kepada pihaknya jika ia berlaku lagi agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil.
Baca seterusnya

Walimatul Urus Mantan Ra'isah PMRAM 19 Jun Ini, Tahniah..


Terpapar di papan iklan di Wisma Darul Ridzuan, perkahwinan mantan Ra'isah PMRAM (Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM). Beliau yang dimaksudkan ialah, Ustazah Sulaiha Shaari, dari Perak.

Seingat saya beliau menyandang jawatan tersebut pada tahun 2007, dan Presiden PMRAM ketika itu ialah Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husin. Tarikh perkahwinannya pada 19 Jun ini, insya Allah, bersamaan 6 Rejab di Felda Gunung Besaut. BarakaLlahulakuma, Wabaraka Alaikuma, Wa Jama'a Bainakuma Fi Khair..

Tahniah diucapkan kepada Ustazah Sulaiha binti Shaari dan bakal suaminya, Faisal bin Zainuddin.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Biasiswa 1 Malaysia, Dan Nasib Generasi al Azhar



Terpapar di dalam Utusan Malaysia, bertarikh 27 Mei, tentang berita penerimaan biasiswa 1 Malaysia sepertimana yang telah saya postkan sebelum ini (link). Berita tersebut berbunyi..


PUTRAJAYA 26 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menunaikan satu lagi janjinya apabila menyerahkan surat tawaran biasiswa 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bernilai RM5.1 juta kepada 17 pelajar cemerlang aliran agama bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.

Pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari sekolah menengah agama negeri (SMAN) dan sekolah menengah agama rakyat (SMAR) itu menerima biasiswa sebanyak RM300,000 bagi tempoh enam tahun pengajian.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu melihat pelajar agama yang cemerlang itu menjadi golongan ulul albab selain mempunyai pilihan yang luas dalam bidang pengajian termasuk dalam kursus kritikal yang diperlukan negara.

"Ini bagi mereka yang hendak meneruskan pengajian untuk menjadi pegawai agama yang mana kita dapat lihat mereka bertugas di Pusat dan negeri-negeri.

“Di samping itu, saya juga sedar bahawa kita perlu memberi satu lagi pilihan kepada mereka yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang kritikal kerana ini juga terangkum dalam hasrat kita untuk melahirkan umat cemerlang dan membangunkan tamadun Islam yang berjaya,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB berkata demikian pada majlis penyampaian surat tawaran biasiswa tersebut di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin dan Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Siapalah mereka yang bertuah ini. Tapi nampaknya macam takda seorang pun dari Mesir.. Entah. Saya tak pasti. Ya, golongan perubatan akan dimartabatkan di bumi Mesir ini, tidak lama lagi. Dan apakah nasib golongan pengajian agama?

Sudah lama saya melihat perkembangan yang memberansangkan bagi pelajar perubatan. Dan perkembangan ini janganlah disia-siakan. Janganlah sia-siakan nikmat kesatuan yang ada di bawah Persatuan Perubatan yang berdaftar secara rasmi.

Cuma, sehingga sekarang, saya selaku golongan pengajian agama, masih lagi tertanya-tanya. Apakah nasib mahasiswa pengajian agama selepas ini. Penuh dengan liku-luki kehidupan untuk meneruskan pengajian di bumi Mesir ini.

Diugut tarik zakat, ditekan dengan kelembaban pegawai JPMK, dipeningkan dengan pemusatan di Kaherah dan sebagainya. Apabila saya melihat kepada sahabat-sahabat kita di Syria, mereka juga ditimpa masalah yang sama.

"Akhi, kami mengaji di sini, balik nanti sijil kami tak diiktiraf pun.." Salah seorang berkata kepada saya ketika kunjungan saya mewakili PMRAM ke Syria baru-baru ini.

"Kami ngaji kat sini, memang liLlahi Taala.." Kata mereka lagi.

Apakah nasib yang sama akan terjadi kepada mahasiswa di Mesir? Sepertimana yang saya sebutkan sebelum ini, STAM seolah-olah "tidak laku" bagi Azhar. Maka, masyarakat di Malaysia akan ambil STAM untuk ke bidang perubatan sepertimana yang diberitakan di atas.

Ya, ramai yang tidak sedar usaha untuk menghapuskan generasi ulama Melayu daripada Universiti al Azhar. Kenapa? Kerana al Azhar berjaya melahirkan ulama-ulama Melayu yang lantang menegakkan kebenaran.

Lihatlah beberapa tahun akan datang, mahasiswa al Azhar akan menjadi seperti "pulau". Bilangan mereka sedikit, dan tenaga mereka untuk mengislah Melayu di bumi Mesir ditimbunkan di atas bahu-bahu mereka.

Hari ini, mungkin artikel ini tidak begitu menyentuh anda. Tetapi, baca kembali artikel ini 7 tahun akan datang, dan bandingkan pula dengan suasana sekeliling anda ketika itu.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

26 May 2010

17 Medic Mendapat Tawaran Biasiswa 1 Malaysia RM 50 000, Siapakah Mereka?


Berita baru.. terima kasih kepada informer.. Pada Bulan Mac lalu, JPMK telah membuka tawaran untuk mana-mana pelajar perubatan untuk memohon biasiswa 1 Malaysia. Ia tertera di dalam web JPMK (link) dengan mengatakan :

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa 1 Malaysia telah dibuka kepada semua bakal pelajar dan pelajar yang sedang menuntut di Republik Arab Mesir, hanya untuk 2 kategori;

1) Pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) yang ingin menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perubatan (tidak termasuk Pergigian, Farmasi dan Veterinar) di mana-mana universiti di Mesir pada sesi 2010/2011.

2) Pelajar tahun 2 atau ke atas yang mengikut pengajian dalam bidang Perubatan (tidak termasuk Pergigian, Farmasi dan Veterinar) pada sesi 2010/2011 di mana-mana universiti di Mesir yang tidak menerima sebarang tajaan. (sesi sekarang adalah 2009/2010)

Sehubungan dengan itu, anda yang berkenaan dipelawa memohon biasiswa tersebut. Permohonan dibuka sekarang. Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Mac 2010 (Jumaat). (hari ini 16 Mac 2010)

Pada hari ini, 26 Mei, seramai 17 orang yang telah memohon, telah menerima tawaran tersebut. Diberitakan di dalam Berita Harian hari ini (link) tentang tawaran ini..

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi menyampaikan surat tawaran biasiswa 1Malaysia Development Berhad kepada 17 penuntut jurusan perubatan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Mereka adalah bekas pelajar sekolah menengan agama negeri dan sekolah menenengah agama rakyat dengan nilai biasiswa RM50,000 setahun dengan komitmen maksimum enam tahun.

Daripada berita ini, saya tertarik dengan komen terakhir sekali (setakat ini) di dalam web JPMK, komen bertarikh 13 April, 2.28 pagi.

kachhacks~ says:
April 13, 2010 at 2:28 am
ble bleyh dpt taw spe yg dpt b’swa nie??
xsabooo!

Erm.. permintaan yang sama daripada saya untuk JPMK, supaya mengumumkan 17 orang bertuah ini. Siapalah mereka yang bertuah ini? RM 50 000 setahun.. Siapakah orangnya? Saya harap, di sana tiada istilah double standard, anak tiri, anak emas dan tiada sebarang unsur kepartian.

Saya juga mengharapkan agar ia bukanlah gimik politik semata-mata, dan harapan saya untuk JPMK, supaya menyenaraikan nama 17 penerima tersebut, terima kasih..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Sahabat Kita Dihubungi Wartawan Metro Bertanya Tentang Isu Agen



Baru beberapa minit tadi, saya menerima panggilan daripada "hamba Allah", yang saya kenali. Beliau adalah salah seorang pelajar yang datang dengan menggunakan Agen. Beliau juga di antara pelajar yang mengalami masalah kenaikan nama, dan macam-macam lagi masalah yang berkaitan dengan Agen.

Beliau menyatakan bahawa beliau dihubungi oleh seorang Wartawan Harian Metro. Wartawan tersebut bertanyakan tentang masalah-masalah yang berkaitan dengan Agen, sehingga membuatkan namanya ditendang sana sini, dan tak naik-naik.

Erm.. persoalan yang ingin saya lontarkan, siapakah mangsa? Siapakah yang kaya? Siapakah yang zalim? dan siapakah yang dizalimi? Kenapakah mereka ini pula yang dijadikan mangsa? Bagaimanakah bentuk kezaliman yang mereka terima?

Saya perlukan jawapan yang jelas dan bukti daripada pembaca sekalian. Sila hantarkan ke dalam email saya sepertimana yang tertera di "sidebar" di sebelah kanan.. Ataupun tulis sahaja di ruangan komen.. Terima kasih

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Persatuan Mana Tak Berdaftar, Saya Takkan Daftarkan.. - Khairi


Satu kenyataan Khairi yang menarik minat saya, di dalam blog "peribadi" Atase Akademik (link), menyatakan perkara berikut :

Persatuan Pelajar yang tidak berdaftar dengan Kedutaan tidak akan saya wakilkan dalam urusan akademik & pendaftaran

Assalamualaikum, pelajar-pelajar yang saya hormati,

Pelbagai peristiwa yang kita lihat sejak kebelakangan ini, dan saya merasakan beberapa perkara boleh diselesaikan dengan cara mahabbah dan mawaddah, tetapi ada pihak sengaja memperbesar-besarkan isu kecil untuk mengeruhkan suasana.

Pesan saya janganlah kita, memijak orang lain untuk terus menjadi juara, tetapi bersainglah secara sihat khususnya di luar negara ini. Saya melihat banyak persatuan yang berdaftar dengan kedutaan, ada yang berwibawa dan membantu dengan ikhlas.

Justeru, saya melihat pada sesi akan datang hal akademik dan pendaftaran pelajar baru tidak lagi diberi kepada persatuan yang tidak berdaftar dengan Kedutaan. Semoga kita belajar menghormati Ulil Amr sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran.

يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم

Begitu juga dalam hadis nabi SAW ada menyebutkan

المرء المسلم السمع والطاعة فيما أحب وكره إلا أن يؤمر بمعصية فإن أمر بمعصية فلا سمع ولا طاعة

Saya tak pasti siapakah "persatuan tidak berdaftar yang dimaksudkan". Cuma yang pastinya, PMRAM dan KPKM adalah antara persatuan yang tidak berdaftar, dan isu pendaftaran PMRAM sudah dijelaskan banyak kali di dalam blog ini.

Cuma, untuk makluman Khairi.. Adakah persatuan yang tidak berdaftar itu bukan rakyat Malaysia? Adakah mereka datang secara haram ke bumi Mesir ini? Adakah mereka datang mengaji kat sini, adalah orang yang tak layak nak menyambungkan pelajaran ke sini?

Apa fungsi JPMK? Bangkitkan isu pendaftaran persatuan, atau memang kerjanya untuk mendaftarkan rakyat Malaysia mengaji di sini? Apa gunanya G To G kalau bangkitkan isu pendaftaran PMRAM?

Buat apa JPMK wujud kalau bukan untuk menggerakkan fungsi G To G ini? Mereka datang atas kelulusan STAM dan Qiraat dari Malaysia lagi, dan ia di bawah G To G. Bukan masalah pendaftaran persatuan kat sini. Hampeh!

Apabila mahasiswa yang telah diluluskan untuk menyambungkan pelajaran ke sini, tiba di bumi Mesir, kemudian mereka berkecimpung di dalam persatuan masing-masing. Apakah disebabkan bersama persatuan ini, bermakna terbatallah "kelulusan" mereka yang telah diluluskan di Malaysia tadi? Kesal!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Ringkasan Falsafah Islam, Silibus Tahun 3, Usuluddin (Siri 5)

Manuskrip Kitab Asy Syifa' karangan Ibnu Sina


Bab Kelima
Kitab Asy Syifa Karangan Ibnu Sina Menafikan Dakwaan

Sebelum ini kita telah membincangkan beberapa dakwaan terhadap Islam. Bukan hanya Tinman sahaja yang melemparkan tuduhan kesat, bahkan terdapat beberapa tokoh lagi yang turut berpandangan pesong terhadap Falsafah Islam.

Hakikatnya, Ibnu Sina telah menafikan segala dakwaan tersebut dengan terhasilnya sebuah kitab karangan beliau yang bertajuk Asy Syifa’, yang menghimpunkan pemikiran-pemikiran Falsafah Yunan dan Falsafah Islam.

Asy Syifa’ terbahagi kepada 4 bahagian utama :

a) Ilmu Mantiq

b) Ilmu Tabiat

c) Ilmu Matematik

d) Ilmu KeTuhanan

Apa yang boleh disimpulkan daripada kitab beliau, jelas membuktikan bahawa di sana terdapat ketulenan dan keaslian pada Falsafah Islam. Beliau menukilkan beberapa teori-teori Eropah dan Yunan, kemudian mengulaskan mengikut perspektif Islam yang lebih syumul.

Kesimpulan daripada ulasan tentang kitab beliau dan falsafah Islam, boleh diringkaskan di dalam 3 isi di bawah :

1. Mantik

Beliau telah membuat susunan baru bagi Ilmu Mantik yang telah dihasilkan oleh Aristotle. Banyak perkara-perkara baru yang tidak terlintas pada pemikiran ahli falsafah Yunan, dimasukkan dan dihasilkan mengikut susunan yang baru.

2. Falsafah

Ibnu Sina dilihat cuba menyatukan di antara Falsafah dan Ilmu, Falsafah dan Agama dan menyatukan pemikiran-pemikiran supaya selari dan tersusun. Beliau juga mencari keselarian di antara Falsafah Yunan dan Falsafah Islam dalam menyelesaikan beberapa persoalan falsafah.

Selain itu, di sana terdapat keselarian di antara al Farabi, Plato dan Aristotle. Juga terdapat persamaan dan keselarian di antara Ibnu Rusyd dan Ibnu Sina, dan sebagainya.

3. Kritikan

Imam al Ghazali telah menghasilkan kitab Tahafut al Falasifah yang mengkritik beberapa falsafah Aristotle. Begitu juga al Juba’i yang menulis sebuah kitab untuk menolak pemikiran Aristotle. Bahkan banyak kitab-kitab hasilan ahli Falsafah Islam dalam menolak dakwaan pemikiran-pemikiran Falsafah yang bercanggah dengan Islam, seperti Kent, John Sarter dan sebagainya.

Bab Keenam
Tokoh-tokoh Falsafah Islam

Tokoh-tokoh Falsafah Islam yang dimuatkan di sini, ialah Al Kindi, Al Farabi dan Ibnu Sina. Di dalam bab ini, kita akan melihat :

a) Sejarah ringkas tokoh
b) Pemikiran falsafah secara khusus

Al Kindi

Nama sebenar beliau ialah Abu Yusuf Ya’qub bin Ishaq bin as Sobah, bin Imran, bin Ismail bin al Asy’ath. Lahir pada Basrah pada 185 hijrah / 801 M, dan wafat pada 252 Hijrah / 866 M.

Antara perkara yang berkaitan dengan al Kindi yang perlu kita ketahui ialah :

1. Maksud Falsafah

a) Ia diambil dari perkataan “Mahabbatul Hikmah”

b) Berusaha mengenali Allah SWT dengan kemampuan yang ada untuk menjadi manusia yang mulia

c) Makrifah bagi manusia

d) Ilmu tentang sesuatu secara hakikat

2. Matlamat berfalsafah

a) Dari aspek ilmu : mendapatkan satu kebenaran yang tepat

b) Dari aspek perbuatan : beramal di atas paksi kebenaran

3. Teori makrifah

Makrifah bagi seseorang manusia itu terbahagi kepada tiga :

a) Makrifah yang diperolehi daripada deria, contohnya seperti mengetahui warna, ketinggian, kekerasan, bau dan sebagainya

b) Makrifah yang diperolehi daripada akal. Akal pula terbahagi kepada tiga mengikut pandangan al Kindi

• Akal dengan kekuatan : Kekuatan biasa untuk mengetahui sesuatu

• Akal dengan perbuatan : Menggunakan akal untuk mengetahui sesuatu dengan kekuatan akal yang ada

• Akal yang berfaedah : Menggabungkan kedua-dua yang disebut di atas

c) Makrifah yang diperolehi secara fitrah semulajadi, contohnya seperti kecerdikan yang diberikan kepada para nabi, kehebatan dalam menjawab (fathonah), dan sebagainya.

4. Pembahagian falsafah

a) Dari aspek ilmu : teori, juga dikatakan sebagai bahagian pemikiran

b) Dari aspek perbuatan : amali atau praktikal, juga dikatakan sebagai bahagian penderiaan

5. Keselarian di antara falsafah dan agama

a) Matlamat falsafah yang sebenar, pasti akan selari dengan Agama yang benar. Kerana kedua-duanya berobjektifkan kepada kebenaran yang hakiki.

b) Sekiranya akal itu berpaksikan kepada wahyu, maka semua yang diwahyukan pasti boleh difahami melalui akal.

c) Apabila falsafah tidak bercanggah dengan agama, maka falsafah bukanlah gantian bagi agama. Kerana sebahagian pandangan mengatakan bahawa falsafah sudah memadai bagi seseorang, tanpa agama.

d) Apabila falsafah itu dikatakan sebagai saluran untuk merealisasikan matlamat mendapatkan kebenaran, maka janganlah kita memandang enteng terhadapnya.

e) Beliau menekankan pembelajaran tentang pemahaman kenapa belajar falsafah, sebelum mempelajari tentang falsafah itu sendiri.

6. Dalil kewujudan Allah

a) Menyandarkan “baharu” kepada semua benda. Maka, setiap benda “baharu” ini pastinya memerlukan kepada Kuasa untuk mem”baharu”kannya. Terbuktilah kewujudan Allah, Kuasa yang membaharukan makhluk daripada tiada kepada ada.

b) Mengatakan bahawa di dalam alam ini terdapat unsur “banyak” dan unsur “bersatu”. Contohnya manusia berbilang-bilang, dan semua bersatu di bawah item “manusia”. Maka, tanpa bersatu takkan wujudnya banyak. Begitu juga, tanpa banyak takkan wujudnya bersatu. Hasilnya, membuktikan kewujudan Allah SWT, yang bukan dari kalangan alam, atau makhluk yang mempunyai dua unsur ini.

c) Alam yang terbentuk daripada saiz, ruang, medium, masa, isipadu dan sebagainya pastinya ada penghujung. Contohnya, manusia bersaiz besar, tinggi dan sebagainya. Maka semua ini berpenghujung, dan membuktikan bahawa alam ini baharu, dan memerlukan kepada Kuasa untuk membaharukannya.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Ringkasan Falsafah Islam, Silibus Tahun 3, Usuluddin (Siri 4)


Alhamdulillah, saya baru tiba di rumah. Pulang daripada menduduki peperiksaan Takhaluf Falsafah Islam Tahun 3. Ketika saya mustajid tahun 3, kitab telah diajar dan karang oleh Dr Mu'ti Bayyumi. Tahun lepas, kitab telah ditukar, sama seperti tahun ini, iaitu karangan Dr Sami Afifi Hijazi, yang telah saya ringkaskan ini.

Alhamdulillah, soalan yang keluar tadi sepertimana yang dijangkakan. Bahagian pertama yang menceritakan falsafah secara umum "tidak masuk". Apa yang saya terjemah ini (Bahagian Kedua) sahaja yang masuk. Teruskan membaca.

Ringkasan ini telah saya siapkan sebelum peperiksaan lagi. Cuma tiada kesempatan untuk mem"post"nya. Untuk mereka yang bakal menduduki peperiksaan Falsafah Islam "bukan takhaluf", bolehlah mendapatkan ringkasan ini. Terima kasih..

Bab Keempat
Menjawab Dakwaan Tinman

Sebelum ini, bab ketiga telah menceritakan tentang falsafah di dalam al Quran, seterusnya menolak dakwaan pertama Tinman yang mengatakan al Quran menyekat manusia daripada berfikir.

Dakwaan Pertama

Dakwaan pertama telah dijawab di dalam Bab Ketiga (sebelum ini). Dakwaan Tinman yang selebihnya ialah :

a) Ahlus Sunnah adalah golongan yang hanya berpegang dengan nas-nas

b) Mereka (Islam) banyak mencedok pemikiran Aristotle, sedangkan mereka tidak memahami alirannya (Aristotle) yang sebenar

c) Tabiat mereka yang bersifat nasionalisme dan lebih cenderung kepada keraguan

Dakwaan Kedua

Di dalam item (a) merupakan dakwaan kedua yang dibuat oleh Tinman terhadap Falsafah Islam. Tinman mengatakan bahawa, disebabkan Ahlus Sunnah begitu berpegang dengan nas-nas, maka mereka menolak sebarang pemikiran, dan menyekat perkembangan Falsafah Islam.

Antara hujah untuk menafikan dakwaan ini ialah :

1. Telah disebut sebelum ini, nas-nas al Quran yang dipegang oleh Ahlus Sunnah itu sendiri menggalakkan manusia supaya berfikir. Maka, di sana akan wujud golongan pemikir Islam, yang berpegang dengan nas-nas al Quran, sepertimana firmanNya :

Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Ali Imran : 190-191)

2. Al Quran bukanlah menceritakan sesuatu yang dongengan kosong, atau hikayat-hikayat, bukan juga buku-buku falsafah, akan tetapi al Quran adalah Kalam Allah yang merupakan perlembagaan bagi manusia.

Maksudnya :Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar (Surah al Isra : 9)

3. Nas-nas yang dipegang oleh Ahlus Sunnah begitu meninggikan kedudukan akal manusia, sehinggakan mereka yang tidak menggunakannya atau menggunakan dengan cara salah, disifatkan seperti binatang

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al A’raf : 179)

Dakwaan Ketiga dan Keempat

Dakwaan ketiga dan keempat yang disebut di dalam item (c) dan (d) menafikan ketulenan dan keaslian Falsafah Islam. Tinman menyifatkan bahawa Falsafah Islam banyak meniru Aristotle, dan dicemari dengan pemikiran taksub bangsa (nasionalism).

Antara hujah yang sesuai untuk menafikan perkara ini ialah :

1. Nasionalisme didokongi oleh golongan-golongan tertentu, dan ia bercanggah dengan Islam. Bahkan bukan Bangsa Arab sahaja yang bersifat demikian, bangsa-bangsa lain turut taksub dengan bangsa mereka. Tetapi Islam menolak dan menafikan pemikiran nasionalisme ini.

2. Islam menerima pemikiran yang tidak bercanggah dengannya, walaupun ia dihasilkan oleh bukan Islam. Falsafah Islam berpaksikan kepada al Quran dan Hadis. Beberapa pemikiran Yunan yang bercanggah, ditolak. Contohnya seperti pegangan mengatakan bahawa di sana terdapat dua tuhan, iaitu tuhan baik, dan tuhan jahat.

3. Manhaj Falsafah Islam tidak sama dengan Manhaj Aristotle secara umumnya. Ini kerana Falsafah Islam mendahulukan al Quran dan Hadis, kemudian mencari keserasian dan keselarian dengan akal. Agama yang shahih, tidak akan bercanggah dengan akal yang betul.

4. Islam menggalakkan umatnya merantau dan mencedok pemikiran masyarakat berbilang bangsa dan budaya. Tetapi tidak bermakna menggadaikan Akidah Islam yang dipegang.

5. Islam menggalakkan umatnya memperbanyakkan pemahaman bahasa yang pelbagai. Jelas menunjukkan bahawa Islam tidak bersifat nasionalism, mahupun mengongkong daripada mempelajari dan memahami bahasa masyarakat seluruh dunia.

Kesimpulan di sini, Falsafah Islam mempunyai ketulenannya yang khusus, iaitu pegangan bahawa Tuhan itu satu, Allah SWT, yang tiada syirik bagiNya. Dia tidak beranak mahupun diperanakkan, sempurna dengan semua sifat kesempurnaan, dan bersih daripada sebarang sifat kekurangan. Inilah ketulenan Falsafah Islam.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Nasib Mahasiswa Perubatan Agen.. Kenapa?

Apakah nasib mahasiswa perubatan yang datang dengan Ajen? Siapakah yang bersalah? Siapakah mangsa keadaan? Artikel daripada JPMK.info ..


Urusan Kemasukan Pelajar ke Mesir Melalui Ejen

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia tidak pernah membenarkan proses kemasukan pelajar ke Mesir dilakukan oleh mana-mana ejen. Semua permohonan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka di Mesir perlulah mengikut saluran dan prosedur yang betul iaitu melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Sebelum ini, artikel pernah disiarkan di dalam blog "peribadi" Atase Pendidikan (link) sepertimana tertera pada gambar di bawah..




Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal