07 June 2010

Khairi Minta Isu Fitnah Pengerusi Tanta Dibawa Ke Parlimen, Lawak Tak?

Khairi buat problem lagi. Sekali lagi dia buat kelamkabut apabila menulis "sesuatu" yang memalukan mukanya sendiri, di dalam Facebook Dato Razali Ibrahim (Timbalan Menteri Belia Dan Sukan).. Tengok di dalam (link) atau pada gambar yang tertera di bawah ini..



Khairi Jalalluddin : Harap bawa isu pelajar Malaysia mengaku jadi wakil kedutaan Malaysia di Mesir. (Yesterday at 7:43pm)

Khairi memang sengaja cari pasal. Sudahlah banyak mengarut dalam Facebook. Kat luar Facebook pun mengarut jugak. Inikah PEGAWAI JPMK? Memalukan! Sikap seperti seorang yang tak matang. Di bawah ini, kalam Faizal.. Kalau gini, saya sokong Faizal..



Wahai mahasiswa, bukalah mata.. Khairi dah mengganas semula (ganas le sanggaattt..). Betul macam Faizal cakap, buat buruk nama kerajaan, nama UMNO dan nama JPMK. Semuanya terpalit kotor disebabkan gaya beliau yang memalukan ini.

Cepat-cepat ambil dia bawak balik Malaysia. Lagi lama duduk sini, lagi buruk nama Kerajaan Malaysia. Nama UMNO pun buruk jugak. JPMK lagi laa.. Tahun ini sahaja, nama JPMK telah diburukkan oleh perangai beliau sendiri. Kesal!

p/s : Terima kasih kepada informer..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Isu Israel : Mahasiswi Jangan Tidur Sahaja! - HEWI PMRAM


Minggu ini dunia dikejutkan dengan serangan yang dilakukan oleh tentera Zionis Israel terhadap kapal induk Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Gaza. Meskipun begitu, usaha untuk memberikan bantuan kepada mereka yang dizalimi ini tidak sedikitpun mengugat para sukarelawan dan aktivis untuk berdepan dengan rejim Israel laknatullah.

Petang semalam waktu Mesir-Palestin, kapal Rachel Corrie juga telah ditahan oleh komando tentera laut penjajah. Berhubung penundaan Rachel Corrie ke pelabuhan Ushdud ini, Ahmad Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Pemecah Sekatan di Gaza berkata, “Kerajaan Israel melakukan lagi jenayahnya, bukan terhadap Palestin sahaja tetapi ke atas masyarakat antarabangsa”.

Walaupun kezaliman ini telah menaikkan kemarahan umat Islam diseluruh pelusuk dunia, namun masih ada lagi sesetengah negara yang membutakan mata dan memekakkan telinga, malah ada yang enggan memberikan kerjasama dalam melancarkan misi kemanusiaan di Gaza.

Terutamanya negara Mesir sendiri, sepatutnya berasa malu dengan negara-negara yang lain kerana ia adalah jiran yang paling hampir dan seharusnya paling banyak menghulurkan bantuan ke Gaza. Ini berikutan bantahan Pihak Berkuasa Mesir terhadap permintaan dari Kesatuan Perubatan Arab Kaherah yang mahu memasukkan bekalan-bekalan ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir.

Ekoran daripada peristiwa ini, kita sebagai mahasiswa-mahasiswi Islam sepatutnya tidak senang dengan keadaan yang berlaku kepada saudara-saudara kita di Gaza. Kita harus sedar selagi Islam bertapak di muka bumi ini, selagi itu kaum kufar terus menerus menjajah dan merancang menghancurkan umat Islam.

Sepertimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).

Satu lagi perkara yang perlu kita jadikan sebagai muhasabah bersama, perlaksanaan solat hajat dan membaca Qunut Nazilah bukan hanya ketika umat Islam dilanda musibah sahaja, jika diperhatikan umat manusia pada hari ini amat leka dengan keseronokan dunia, bila Allah datangkan bala atau ujian barulah hendak mendekatkan diri dan memohon doa, sedangkan perkara ini sepatutnya sentiasa dilazimi kerana inilah kekuatan kita dalam meningkatkan keimanan dan membantu saudara kita di sana.

Dalam pada itu, Hal Ehwal Wanita Islam HEWI PMRAM menyeru kepada semua ahli PMRAM diseluruh peringkat untuk kita sama-sama mempertingkatkan dan memperkasakan pemboikotan barangan Israel dan seangkatannya. Walaupun kempen boikot barangan Yahudi telah lama dijalankan, namun kesedaran kita masih ditahap yang rendah kerana ramai lagi membeli dan menggunakan barangan buatan zionis ini.

Noor Akmaizan Yusof
Ketua Unit Penerangan Dan Penerbitan
HEWI PMRAM 2010
Baca seterusnya

Unit Khas Israel Menangis Ketakutan, Nampak Je Gedebe..

oleh : Mini Pavilion

GAZA - Media massa Turki menyiarkan rakaman bergambar mengenai tentera laut Israel yang menangis ketika menyerang armada pembebasan pada 31 Mei 2010.

Menurut sukarelawan-sukarelawan/aktivis mempertahankan diri sebaik sahaja tentera-tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara dengan tembakan peluru hidup, bom pemedih mata, gas dan seumpamanya di perairan antarabangsa. Ketika serangan itu, sukarelawan mahupun aktivis-aktivis sempat menangkap tiga tentera Israel serta merampas senjata dan dibuang ke laut, kemudian tentera-tentera itu dilepaskan.

Para sukarelawan menjelaskan, tentera-tentera Israel melepaskan tembakan ke kapal sebelum unit tentera Israel yang lain diturunkan dari helikopter(black-hawk) dan menembak para sukarelawan.

Ahli parlimen Kuwait, Walid At-Tabtabani berkata, 'tentera Israel telah bunuh beberapa sukarelawan sebelum unit tentera Israel yang lain diturunkan dari helikopter..sukarelawan pun tak mampu pertahanankan semasa di atas kapal, namun hanya berdaya menangkap tiga tentera Israel'.

Jelas beliau lagi bahawa ada seorang tentera Israel yang menangis teresak-esak ketika ditangkap para sukarelawan, malah mukanya pucat lesi sehinggakan ada lagi seorang tentera Israel terkencing di dalam seluar kerana terlalu takut dan gementar.

Sebelum melancarkan operasi yang dikenali 'angin syurga', Israel telah memilih tentera-tentera dari beberapa unit khas untuk melakukan serangan ke atas armada pembebasan.

Dalam serangan itu, sembilan para sukarelawan syahid dan berpuluh lagi mengalami kecederaan dan luka parah. Di samping itu, enam tentera Israel turut mengalami cederah parah. Sumber 06/06/2010, web berita safa.ps



Ketika pergelutan mempertahankan kapal Mavi Marmara


Seorang tentera Israel yang kena belasah


Nota: Gambar-gambar yang disiarkan ini bukanlah bertujuan untuk menimbulkan rasa simpati kepada 'lanun' yang menyerang kapal membawa bantuan kemanusiaan, namun para sukarelawan juga berhak untuk mempertahankan diri dan kapal dari dirampas.
Baca seterusnya

Berita Sukan 1 Malaysia Di Dalam Akhbar?



Tertera di dalam Kosmo bertarikh 7 Jun (link), berita yang saya rasa macam ada kaitan dengan Sukan 1 Malaysia. Tajuk pun nampak best..

KBS sedia bantu persatuan belia anjur sukan ekstrem

MELAKA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membantu persatuan belia menganjurkan sukan ekstrem melibatkan golongan muda, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, sukan ekstrem seperti sukan permotoran dan udara, masih baru di negara ini dan belum menjadi satu budaya di kalangan rakyat.

"Kementerian akan melihat kemudahan yang ada pada persatuan belia itu dan bagaimana mereka dapat menimbulkan minat golongan muda dalam program pembangunan sukan ekstrem yang mereka rancangkan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2010 di sini, hari ini.

Secara jujur saya cakap, mula-mula saya sangka ia adalah Sukan 1 Malaysia.. Rupa-rupanya bukan.. Saya menantikan berita tersebut..

Pada saya, rasa tak aci pun ada, apabila melihat KBS terlepas pandang untuk menyebut Sukan 1 Malaysia, dan "memperbaiki" acara-acara yang disediakan dalam Sukan 1 Malaysia tersebut. Saya menantikan sukan ekstreem yang disebut diadakan di Mesir, yang diadakan oleh Kelab UMNO atau JPMK sendiri.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Ringkasan Falsafah Baru, Silibus Tahun 4 (Siri Akhir)

Gambar di Syria.. Dua-dua ni bernama Mujahid. Kawan saya ni, nama dia Muhammad Mujahid bin Mohammad Mohtar (link), Timbalan Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Syria.


yes.. dah habis juga satu kitab saya ringkaskan. Alhamdulillah. Doakan kita sama-sama berjaya dalam peperiksaan. Ringkasan siri terakhir ni.. saja letak gambar lain pulak.


BAB 6 – KESAN KEWUJUDAN FALSAFAH BARU

Bab ini akan menceritakan serba ringkas tentang kesan-kesan yang terhasil daripada Falsafah Baru. Di dalam bab ini, akan memfokuskan kepada dua perkara, iaitu :

1. Faktor-faktor yang menyebabkan Falsafah Baru mampu memberikan kesan

2. Bentuk-bentuk kesan, hasil daripada Falsafah Baru


Faktor-faktor Yang Menyebabkan Falsafah Baru Mampu Memberi Kesan

Di dalam topik ini, akan menceritakan tentang faktor-faktor yang membuatkan Falsafah Baru itu mampu memberi kesan kepada kehidupan masyarakat dan sejarah dunia falsafah. Antara Faktor-faktornya ialah :

1. Kesinambungan dan komunikasi

Ketika zaman ini, kemudahan-kemudahan banyak dicipta, yang memudahkan ahli Falsafah untuk berhubung atau meneruskan kesinambungan falsafah sebelumnya. Komunikasi yang mudah ini memberikan kesan yang besar dalam penghasilan pemikiran dan pembentukan Falsafah Baru.

Contohnya utusan dan perwakilan yang diutuskan untuk mendapatkan pemikiran luar. Jamaluddin al Afghani (1838-1897) pernah menghasilkan risalah menolak pemikiran Atheis pada akhir kurun ke 1800an (kurun ke 19). Kajian tersebut berkisar tentang pemikiran Darwin.

2. Hasilan Kajian yang banyak

Faktor seterusnya ialah, banyaknya hasilan-hasilan kajian yang telah dihasilkan pada zaman tersebut. Antaranya peralatan-peralatan sains yang mula dicipta, terutamanya pada kurun ke 17 dan kurun ke 18.

3. Tindak balas yang kuat

Tindak balas yang kuat ini terjadi disebabkan tekanan dan kongkongan yang berlaku pada Zaman Pertengahan, dan Zaman Sistem Persekolahan Falsafah yang dinaungi di bawah bumbung gereja. Maka, disebabkan tekanan ini, menghasilkan satu lonjakan yang kuat dalam menghasilkan Falsafah Baru.

4. Kaitan dengan kehidupan

Falsafah sebelum zaman ini, lebih kepada berteori dan jauh daripada praktikal. Maka, pada Zaman Falsafah Baru, ia berubah kepada memfokuskan kepada praktikal, dan ia menjadi salah satu ciri utama Falsafah Baru. Maka, Falsafah yang diajar dan dipelajari, adalah bertujuan untuk kehidupan, bukan hanya di dalam takuk pemikiran semata-mata.

5. Penterjemahan dan Bahasa

Pada zaman ini, munculnya gerakan penterjemahan dan pembelajaran bahasa-bahasa yang pelbagai. Kemunculan ini mendadak dengan tinggi pada zaman ini, dan menghasilkan pembinaan beberapa sekolah khas pembelajaran bahasa-bahasa asing.

Susulan daripada itu, gerakan penterjemahan meningkat dengan mendadak. Sumber-sumber daripada bahasa asing diterjemah untuk mendapatkan pemikiran-pemikiran luar, contohnya seperti pengalihan bahasa dari Barat ke Timur.

6. Kemajuan ilmu pengetahuan

Pada zaman ini juga, kemajuan dari sudut pengetahuan mendadak begitu tinggi. Contohnya, Eropah yang beragama Kristian mengamalkan sistem demokrasi untuk menghasilkan kemajuan. Begitu juga dengan sistem Kapitalis.

Di Rusia pula, fahaman Marxisime menguasai pemikiran manusia. Maka, kemajuan dari sudut pengetahuan semakin bercambah, sedangkan kemajuan inilah yang menyebabkan mereka jauh daripada agama dan nilai-nilai murni.

7. Kekuatan Eropah

Antara faktor yang menyebabkan Falsafah Baru mampu memberi kesan ialah kekuatan Eropah itu sendiri. Eropah telah mengalami revolusi perindustrian dan pembinaan yang begitu pesat. Maka, kekuatan ini memberi impak yang besar dalam menonjolkan era Falsafah Baru.

8. Kebangkitan Eropah

Falsafah Baru muncul seiring dengan kebangkitan Eropah sepertimana yang telah disebut sebelum ini. Kebangkitan ini meleraikan leher mereka daripada kongkongan gereja. Maka, ia membuatkan Falsafah Baru menonjol dalam arena sejarah kerana berlakunya pelbagai revolusi yang seiring dengan kebangkitan Eropah tersebut.


Bentuk-bentuk kesan, hasil daripada Falsafah Baru

Topik ini akan menjelaskan tentang 3 bentuk-bentuk kesan yang terhasil daripada kemunculan Falsafah Baru, iaitu :

1. Monopoli method kajian baru

Sepertimana yang telah disebutkan, Descartes dikatakan Bapa Falsafah Baru, yang telah mengemukakan method falsafah yang baru. Kemudian ia disambut pula oleh Francis Beacon, yang mendokong method Empirisisme, yang berbeza dengan method Rasionalisme yang digunakan oleh Descartes.

Pemikiran Empirisisme dikatakan pemikiran yang baru, yang menguasai sebahagian besar dunia Barat, dengan method-method baru. Bermula seawal kemunculan Falsafah Baru, iaitu pada kurun ke 17 hinggalah kurun ke 19 yang menyaksikan perkembangan pesat pemikiran Empirisisme.

Maka, kejayaan Empirisisme merupakan bentuk-bentuk yang terhasil daripada kewujudan Falsafah Baru, terutamanya di Barat, dan ia masih diteruskan sehingga ke hari ini.

2. Stabil dengan pemikiran Positivisme

Secara umumnya, pemikiran ini berpegang bahawa ilmu pengetahuan itu diperolehi melalui pengalaman yang disalurkan oleh pancaindera. Maka, mereka tidak meletakkan kekuasaan untuk berfikir itu hanya kepada manusia semata-mata. Atau dengan kata lain, mereka menolak sistem Tuhan.

Pemikiran ini menyebabkan munculnya Sekularisme yang memisahkan di antara agama dan politik. Ini kerana politik itu berhak digubal oleh tangan manusia sendiri, dan agama hanya berada di dalam kepompong gereja sahaja.

Maka, semua urusan kemasyarakatan tidak lagi diserahkan kepada gereja, dan kuasa gereja tidak lagi diakui sepertimana zaman pemerintahan gereja sebelum kurun ke 14. Sebaliknya, semua urusan ini diserahkan kepada mereka yang bebas dan tidak terikat dengan gereja.

3. Bangkitnya pemikiran materialisme dan atheisme

Ia boleh dilihat dari sudut pemikiran-pemikiran yang wujud pada zaman Falsafah Baru ini, iaitu :

a) Pemikiran Realisme dan Positivisme

Ia adalah hasil daripada pemikiran Empirisisme, dan ia telah dikemukakan oleh August Comte (1798-1857). Ia mula tersebar dan digunapakai pada kurun ke 19. Di sana juga terhadap aliran Positivisme, yang terdapat di Perancis pada zaman yang sama, yang telah bergabung dengan aliran pemikiran Realisme ketika zaman kemunculannya di England.

Aliran Positivisme ini membahagi sejarah kepada 4, iaitu

- Zaman manusia menyembah Tuhan
- Zaman manusia mengkaji alam ghaib
- Zaman realistik
- Zaman ilmu pengetahuan

Maka, mereka menganggap ajaran Kristian adalah ajaran yang ketinggalan zaman. Begitu juga dengan Islam, turut dilabelkan sebagai ketinggalan.

b) Pemikiran Marxisme

Pemikiran ini jelas memperjuangkan materialisme dan atheisme. Pemikiran ini menghasilkan undang-undang Komunisme yang telah dipelopori oleh Karl Marx sendiri. Ia memberi kesan besar dalam menanam pemikiran anti tuhan di dalam pemikiran manusia.

Sistem yang disusun oleh beliau berkait dengan ekonomi, sosial dan politik, yang menjauhkan manusia daripada mempercayai kewujudan alam ghaib dan ketuhanan.

c) Pemikiran Darwinisme

Pemikiran Darwin (1809-1882) yang masyhur dengan Teori Evolusi juga berkembang biak hingga ke hari ini. Teori yang mengatakan bahawa manusia itu berasal daripada beruk, dan pegangan bahawa makhluk ini mengalami evolusi sepanjang zaman.

Pemikiran ini tidak lain, cuba menafikan kewujudan Tuhan yang mencipta makhluk daripada tiada. Secara umumnya, pemikiran ini juga menolak kewujudan alam ghaib dan berpegang dengan materialisme. Bahkan, Teori Darwin ini membantu Karl Marx dalam mengembangkan aliran pemikirannya.

d) Pemikiran Existentialisme

Pemikiran ini didokongi oleh Jean Paul Sartre (1905-1980) yang turut menghidupkan nilai-nilai atheisme dan materialisme. Ada yang mengatakan bahawa pemikiran ini bangkit disebabkan lonjakan sesitiviti keindividualan, atau nilai kemanusiaan yang terlalu tinggi.

Pemikiran ini mengatakan bahawa manusia adalah ukuran semua benda. Tingginya nilai seseorang itu adalah berdasarkan kemahuan dan keinginan dirinya sendiri. Hasilnya mereka hanyalah menyambung perjuangan Sophisme (sufusta’iy) yang telah ditolak satu ketika dahulu.

e) Pemikiran Pragmatisme

Pemikiran ini muncul di Amerika pada akhir 1880an. Antara ciri utama pemikiran ini ialah meletakkan 3 komponen dalam mengukur kebenaran, iaitu hasil, penggunaan dan praktikal. Ia telah didokongi oleh Charles Sanders Peirce (1839-1914).

Beliau pernah berkata :

Praktikal adalah satu-satunya cara untuk menghukumkan kebenaran atau kebatilan sesuatu. Maka, pemikiran yang menghasilkan kesan untuk praktikal, adalah pemikiran yang betul. Pemikiran yang tidak boleh dijadikan praktikal, maka pemikiran itu salah.


BAB 7 – SUMBER FALSAFAH BARU

Bab ini akan membincangkan tentang sumber utama ataupun asas bagi Falsafah Baru. Ia akan membincangkan 4 perkara, iaitu :

1. Maksud “sumber”
2. Hubungan sumber dengan kesan
3. Sumber Falsafah Baru
4. Bentuk kesan Falsafah Baru


Maksud Sumber

Sumber adalah “asas sesuatu”. Secara penggunaannya, ia bermaksud “titik perbezaan sesuatu”. Atau dengan kata lain, perbincangan tentang sumber ini adalah berkisar tentang persoalan “di manakah titik perbezaan Falsafah Baru?” Maka persoalan ini perlu merujuk kepada “asas” atau sumber yang dibincangkan di dalam bab ini.

Ada juga yang mengatakan bahawa “sumber” itu adalah “perkembangan”. Contohnya sumber pemikiran, bermaksud perkembangan pemikiran. Ada juga yang mengatakan bahawa sumber itu hanyalah “kajian untuk mendapatkan punca” dan sebagainya.


Hubungan Sumber Dan Kesan

Hubungan kedua-duanya perlu dilihat kepada realiti penggunaan perkataan “sumber” itu sendiri. Maka, kita boleh mengatakan bahawa hubungan di antara kedua-duanya ialah hubungan keanggotaan, iaitu, sumber itu keluar dan terhasil daripada “anggota” kesan.

Contohnya seperti kelahiran bayi, yang mempunyai hubungan dengan ibunya, hubungan keanggotaan. Maka, si bayi akan lahir dari perut ibunya, sepertimana sumber itu lahir daripada kesannya. Atau dengan kata lain, sumber atau asas sesuatu ini lahir berdasarkan acuan kesan.

Sumber Falsafah Baru

Setelah kita memahami maksud sumber, dan hubungkaitnya dengan kesan, maka kita akan melihat pula sumber Falsafah Baru. Perkara pertama yang perlu kita ketahui ialah, era Falsafah Baru ini adalah zaman perkembangan pemikiran Falsafah, dan ia merupakan salah satu daripada zaman-zaman perkembangan Falsafah.

Maka, pastinya ia sangat berkait rapat dengan kewujudan “kesan” yang menghasilkan dan mencetuskan Falsafah Baru. Seperti lahirnya bayi daripada ibunya, bermula dengan gabungan di antara ovum dan sperma, sehinggalah melahirkan bayi tersebut. Begitulah Falsafah Baru, yang sangat berkaitan dengan kesan ini.

Dr Ibrahim Madkur berkata bahawa Falsafah Baru ini bukanlah baru dari sudut masa, tetapi ia baru dari sudut ciri-cirinya. Maka, ia sama sahaja dengan falsafah-falsafah sebelum ini, yang bukanlah merupakan falsafah baru, tetapi falsafah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang berbeza dengan falsafah-falsafah sebelumnya.

Maka, dari satu sudut ia dikatakan baru, dan dari satu sudut yang lain ia sama sahaja seperti sebelumnya. Contohnya pemikiran yang wujud pada era Falsafah Baru, bukanlah berbeza dengan pemikiran-pemikiran sebelumnya, tetapi sama sahaja. Semua pemikiran yang dikemukakan pada zaman ini dicedok daripada pemikiran lama, kemudian mewujudkannya semula.

Contohnya Descartes yang dikatakan Bapa Falsafah Baru. Beliau tidaklah mencipta sesuatu yang berbeza dengan pemikiran sebelumnya. Beliau hanyalah mencetuskan kebangkitan baru untuk menjatuhkan era Falsafah Sistem Persekolahan.

Begitu juga Francis Beacon, beliau juga tidak menghasilkan apa-apa yang baru melainkan beliau banyak mewujudkan semula pemikiran-pemikiran lama. Method Empirisisme yang diasaskan oleh beliau, hakikatnya tidak menghasilkan apa-apa yang baru, melainkan ia hanyalah “kemajuan” dari sudut ilmiah.

Secara mudahnya, memajukan bukanlah mewujudkan. Maka, memajukan pemikiran lama, bukanlah bermakna mewujudkan falsafah baru. Hasilnya Falsafah Baru ini bukanlah bermula dengan titik permulaan yang baru, tetapi ia hanyalah susulan daripada falsafah sebelumnya, yang dimajukan semula setelah mereka terkongkong di bawah zaman Pemerintahan Gereja.


Bentuk Kesan Falsafah Baru

Descartes (1596-1716)

Beliau banyak menimbulkan semula manhaj menolak keraguan, yang telah diamalkan oleh ahli Falsafah Yunani, tetapi wujud pada zamannya. Golongan yang menggunakan “syak” dalam Epistemologi. Lalu beliau mewujudkan semula pemikiran “yakin” dalam Epistemologi, untuk menolak aliran “syak” tersebut.

Leibniz (1646-1716)

Beliau banyak menghasilkan “pertemuan” dalam pemikiran-pemikiran falsafah yang berbeza. Antaranya beliau cuba menghasilkan titik persamaan di antara Plato dan Aristotle, lalu mengemukakan pemikiran yang baru. Begitu juga dengan method Stoicism (Rowaqiyyah) dan Abiqoriyyah (kurun ke 3 SM)

David Hume (1711-1776)

David Hume pula banyak merujuk kepada pemikiran Plato dan Aristotle yang mengemukakan istilah-istilah yang menjadi rujukan kepada Pakar Psikologi pada kurun ke 19, dan awal kurun ke 20. Antaranya teori graviti umum yang menjadi rujukan Newton dalam kajian tentang ilmu Fizik.

Immuel Kant (1724-1804)

Beliau cukup masyhur dengan method kritikan (criticism), sedangkan beliau bukanlah orang yang mula-mula mengemukakan kaedah Criticism itu. Namun, kita mengakui bahawa beliau adalah orang yang mendalami method ini, dan pakar dalam bidang ini.

Spinoza (1632-1677)

Beliau telah dikatakan banyak terkesan dengan Falsafah Yunani, Falsafah Sistem Persekolahan dan Falsafah pada zaman kebangkitan. Juga dikatakan beliau banyak mengambil pemikiran Mahyuddin bin Arabi, ahli pemikir Islam.

tamat..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Ringkasan Falsafah Baru, Silibus Tahun 4 (Siri 6)

Comel tak aku? hu hu...

Siri ke lima pulak..


BAB 5 – PEMIKIRAN UTAMA DALAM FALSAFAH BARU

Di dalam bab ini, kita akan mengenali secara spesifik, 3 haluan utama ahli Falsafah Baru dalam berfikir. Haluan utama tersebut ialah :

1. Pemikiran Rasionalisme
2. Pemikiran Empirisisme
3. Pemikiran Idealisme


Pemikiran Rasionalisme

Pemikiran ini berpegang bahawa akal adalah “kuasa tertinggi” dalam mengenali hakikat sesuatu. Akal manusia mampu untuk mengetahui apa sahaja. Bertentangan dengan empirisisme secara teorinya, ia menafikan pengalamaan pancaindera sebagai sumber pengetahuan.

Konsep utama yang menjadi pegangan ini ialah kepercayaan terhadap kemampuan dan autoriti akal fikiran (alasan) untuk menyingkap ilmu dan kebenaran. Rasionalisme mengukur bahawa daya intelek yang wujud secara semulajadi dalam diri manusia mampu mencari dan menanggapi kebenaran.

Rasionalisme menganggap akal sebagai sumber tertinggi untuk mendapat kebenaran dan mencapai segala ilmu pengetahuan. Rasionalisme yang berasaskan nilai-nilai saintifik menolak adanya wahyu dan mukjizat keranan dianggap tidak logik. Ukuran sama ada sesuatu itu saintifik atau tidak juga terletak pada sama ada ia logik ataupun tidak.

Pemikiran ini didokongi oleh Descartes (1596-1716). Beliau telah mengemukakan beberapa istilah :

1. Kepastian (dhoruri) : Contohnya, A lebih besar daripada B, dan B lebih besar daripada C. Maka, pasti A lebih besar daripada C

2. Penggeneralisasia (ta’mim) : Iaitu, contoh yang disebut di atas, sesuai dengan semua keadaan, masa dan tempat. Bukan hanya sesuai untuk contoh-contoh tertentu sahaja.

3. Subjektivisme (zatiah) : Iaitu semua kewujudan adalah subjektif

4. Rumus matematik : Contohnya, jumlah sudut darjah dalam segi tiga pasti 180 darjah walau apa jua segi tiga pun.

5. Rumus mantik : Contohnya seperti sesuatu yang menyeluruh, pastinya lebih besar daripada cabang-cabangya.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa Pemikiran Rasionalisme ini bersama dengan Pemikiran Empirisisme dalam meletakkan kemampuan seseorang untuk mengenali hakikat kewujudan di dalam perbincangan tentang Epistemologi (makrifah). Antara tokoh pemikiran ini ialah Descartes (1596-1716), Spinoza (1632-1677) dan Leibniz (1646-1716).


Pemikiran Empirisisme

Pemikiran ini ialah meletakkan bahawa akal itu tidak wujud, bahkan apa yang wujud hanyalah deria semata-mata, yang menjadikan manusia itu mengetahui. Atau dengan kata lain, semua pengetahuan ini diperolehi berdasarkan pengalaman (apa yang pernah dilalui), dan dunia hanya boleh dijustifikasikan oleh pengalaman.

Mereka juga menolak kewujudan naluri, dan hanya berpegang dengan deria semata-mata sebagai sumber pengetahuan. Tokoh-tokoh Barat moden yang mengembangkan aliran empirisisme ialah John Locke (1632-1714), yang menganggap manusia dilahirkan dengan akal yang kosong, yang baru dicorakkan oleh pengalamaan indera kemudiannya. Aliran ini turut didokong oleh David Hume (1711-1776) dan Auguste Comte (1798-1857).

Kemuncak Pemikiran Emperisisme ialah kemunculan aliran positivisme oleh Auguste Comte menerusi tiga teori tiga proses sejarah manusia, yang bermula dengan tahap teologi, diikuti tahap metafizik dan akhirnya tahap positif. Pada tahap positif inilah manusia dikatakan tidak lagi memerlukan agama dan spekulasi falsafah, sebaliknya lebih memerlukan dan meyakini ilmu pengetahuan yang berasaskan pengalaman positif, iaitu melalui pancaindera.

Antara ahli Falsafah yang masyhur dengan pemikiran ini ialah Fracis Beacon, kemudian diteruskan oleh David Hume (1711-1776), John Locke (1632-1714), Auguste Comte (1798-1857), Condillac (1715-1780), Helvitius (1715-1771)


Pemikiran Idealisme

Pemikiran Idealisme ialah pemikiran yang mengatakan bahawa semua kewujudan ini adalah di dalam pemikiran semata-mata. Ia bercanggah dengan Pemikiran Realisme yang mengatakan bahawa alam ini wujud secara realistik. Manakala Pemikiran Idealisme meletakkan semua yang wujud ini, tidak lebih melainkan apa yang terdapat di dalam akal.

Golongan ini berhujah dengan pancaindera yang mengalirkan ion untuk disampaikan ke otak. Maka, semua kewujudan ini hanyalah berada di otak semata-mata. Ia terbentuk dengan dua asas, iaitu

1. Negatif : Iaitu menolak kewujudan fizik secara hakikat.

2. Positif : Iaitu berpegang bahawa semua kewujudan ini hanyalah ruh dan akal semata-mata.

Maka, mereka meletakkan kewujudan ini berdasarkan apa yang disampaikan oleh pancaindera dan ia terletak di otak. Tiada sebarang kewujudan di luar otak, dan segala-galanya hanyalah aliran elektrik yang disampaikan oleh pancaindera.

Jenis-jenis Idealisme :

1. Idealisme Paradoks

Pemikiran ini mengatakan bahawa semua gambaran atau bentuk yang terhasil diletakkan sebagai “akal tuhan”, yang mengatakan bahawa terdapat gambaran bagi gambar. Maka, pemikiran ini akan melihat sesuatu benda itu, bukan hakikatnya berbentuk demikian.

Sebaliknya ia adalah gambaran bagi gambar yang terhasil di minda. Secara mudahnya, ia beranggapan sesuatu itu bertentangan dengan pendapat yang diterima umum. Pemikiran ini dipelopori oleh Plato.

2. Idealisme Subjektif

Pemikiran ini menterjemahkan alam material secara akal. Maka, mereka melihat setiap kewujudan itu sebagai pengetahuan. Apabila mereka melihat benda, mereka menganggap bahawa ia adalah gambaran yang terhasil di minda. Bermakna, kita mengenalinya. Pemikiran ini didokongi oleh Immuel Kant dan George Barkeley (1685-1753)

3. Idealisme Kritikan (Criticisme)

Mendakwa bahawa kewujudan ini adalah hasil cetusan Psikologi. Pemikiran ini didokongi oleh Immuel Kant. Beliau menolak bahawa aliran ini hampir sama dengan Barkli. Cuma, Kant mengatakan bahawa kewujudan idelisme itu berbilang-bilang, bukannya satu sepertimana dakwaan Barkeley.

Antara tokoh yang masyhur dalam pemikiran Idealisme ini ialah Immuel Kant (1724-1804), Johann Gottlieb Fichte (1763-1814), Freidrich Wilhelm Joseph Schelling (1775-1854) dan George Wilhelm Friedrich Hegel (1770-1831).

bersambung...

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Ringkasan Falsafah Baru, Silibus Tahun 4 (Siri 5)

Haa.. belajar rajin-rajin yek..


Erm.. sambungan daripada siri 4.. Rujukan Istilah yang saya tulis sebelum ini (link), pastikan anda baca.. Jangan tak baca pulak. Ia penting sebagai rujukan.


BAB 4 – CIRI-CIRI FALSAFAH BARU

Sebelum ini, di dalam Bab 1, telah diceritakan tentang ciri-ciri Falsafah Moden. Di dalam bab ini pula, akan menjelaskan tentang ciri-ciri Falsafah Baru. Iaitu :

1. Kemerdekaan atau kebebasan

2. Menghormati kebebasan individu

3. Prihatin terhadap kajian tentang pengetahuan (Epistemologi)

4. Semua ilmu terpisah daripadanya

5. Meraikan kecenderungan terhadap material dan anti-tuhan

6. Cenderung ke arah praktikal bukan teori semata-mata


Kemerdekaan Atau Kebebasan

Kemerdekaan atau kebebasan ini adalah pembebasan diri daripada sebarang ikatan dan kongkongan yang telah membelenggu mereka pada zaman gereja. Dua asas pembebasan ini ialah,

1. Bebas dan merdeka daripada unsur ketuhanan

Ketika zaman ini, Falsafah telah diputuskan serta merta daripada sebarang bentuk keugamaan, dan meletakkan diri individu itu sebagai bebas, tiada sebarang ikatan yang boleh menyekat individu daripada berfikir.

Unsur ketuhanan yang diajar oleh Falsafah Gereja mengalami percanggahan yang teruk dengan akal manusia. Tetapi mereka dipaksa dan diajar dengan konsep ketuhanan tersebut. Maka, Falsafah Baru telah mengubah segalanya, sehingga menimbulkan pemisah di antara Falsafah dan Agama.

2. Bebas dan merdeka daripada pemikiran Aristotle

Sepertimana yang telah disebutkan, manhaj Aristotle telah “disumbat” ke dalam pemikiran manusia ketika zaman kekuasaan gereja. Sehinggakan mereka tidak dibenarkan berfikir luar daripada pemikiran Aristotle.

Antaranya ialah Mantik Bergambar dan pandangan Aristotle terhadap Fizik. Pendekatan yang digunakan oleh Aristotle banyak bercanggah dengan Konsep Kritikan, yang wujud di dalam Falsafah Baru.

Maka, Falsafah Baru telah meletak satu kebebasan berfikir luar daripada pemikiran dan susunan Aristotle, dan luar daripada aturan dan ketetapan agama. Maka, ia menyebabkan ahli Falsafah lebih menjauhi agama.

Descartes (1596-1716) telah menghasilkan satu rumus yang menyelesaikan pertembungan di antara agama dan ilmu. Iaitu dengan mengatakan bahawa ilmu menggunakan akal, manakala agama itu menggunakan hati. Maka, ilmu adalah satu bahagian, dan hati adalah bahagian yang lain. Rumus ini menyebabkan jurang yang lebih jauh di antara Falsafah dan Agama.


Menghormati Kebebasan Individu

Falsafah Baru ini diperjuangkan oleh individu-individu, dan tidak tumbuh atas nama perkumpulan sepertimana yang berlaku pada Zaman Pertengahan (kurun ke 4 hingga 14). Ia juga berbeza dengan Golongan Sophis (sufusta’iy), yang mengatakan bahawa manusia adalah neraca ukuran semua perkara.

Kebebasan individu yang dibawa oleh Golongan Sophis tidak sama dengan kebebasan individu yang dibawa oleh Falsafah Baru. Ini kerana Falsafah Baru, membuka ruang kepada individu untuk berfikir, berpandangan dan bebas daripada sebarang ikatan atau kuasa yang mengongkong.

Antaranya Descartes (1596-1716) telah mendorong manusia supaya memiliki peribadi yang bersifat “berkuasa” ke atas dirinya. Beliau telah mencipta asas yang dinamakan “kekuatan dorongan untuk bebas” dan tidak terkongkong.


Prihatin terhadap kajian tentang pengetahuan (Epistemologi)

Epistemologi adalah kajian tentang kemampuan seseorang untuk mengetahui tentang kewujudan. Maka, ia akan mempersoalkan, sejauh manakah kemampuan seseorang itu untuk mengetahui perkara yang zahir, perkara yang ghaib, dan kemampuan manusia mengetahui hakikat sebenar sesuatu benda tersebut.

Maka, di dalam kajian Epistemologi ini, terbahagi kepada dua pemikiran :

1. Aliran pertama menolak kemampuan manusia untuk mengetahui hakikat sesuatu, bahkan mereka mengatakan bahawa pengetahuan manusia hanyalah sekadar meragui sesuatu. Iaitu manusia tidak mampu untuk meyakini sesuatu hakikat.

Aliran ini menggunakan kaedah keraguan, dan mereka juga bermatlamat untuk meragui sesuatu, bukan untuk mengetahui hakikatnya. Atau dengan kata lain, mereka mengkaji, adalah semata-mata untuk meraguinya.

2. Aliran kedua pula meletakkan bahawa manusia mampu mengetahui hakikat sesuatu, dan meyakininya, bukan meragui sepertimana yang dipegang oleh aliran sebelum ini. Aliran ini menggunakan kaedah kritikan, untuk mendapatkan kepastian dan keyakinan.

Aliran ini dipelopori oleh Immuel Kant (1724-1804) sendiri. Iaitu, beliau meletakkan akal manusia ini di bawah undang-undang kritikan, dan kajian. Dengan kata lain, seseorang itu tidak mampu mengenali hakikat sesuatu dengan hanya menggunakan akalnya semata-mata. Ia perlu kepada kritikan terlebih dahulu.


Terasing Daripada Ilmu-ilmu Lain

Antara ciri-ciri Falsafah Baru ialah ia terasing dengan ilmu-ilmu lain, iaitu ilmu-ilmu yang lain terpisah daripadanya. Maka, di dalam membincangkan perkara ini, terbahagi kepada dua persoalan utama, iaitu :

1. Setelah terasing daripada ilmu-ilmu lain, apakah yang berbaki dalam kajian Falsafah?

2. Apakah hubungan di antara Falsafah dan ilmu?

Falsafah pada zaman permulaan kemunculannya membincangkan tentang alam secara umum. Kemudian zaman seterusnya memfokuskan kepada kajian tentang diri manusia. Kemudian perbahasan tentang Falsafah berubah lagi, sehinggalah zaman Falsafah Baru. Antara perbahasan Falsafah di zaman ini ialah :

1. Epistemologi

Telah disebutkan sebelum ini, iaitu ilmu yang mengkaji tentang kemampuan seseorang untuk mengenali hakikat sesuatu. Ia adalah susulan daripada Antologi, yang mengkaji tentang kewujudan.

2. Metafizik

Metafizik adalah lawan kepada Fizik, iaitu kajian di sebalik kewujudan. Antaranya ialah kajian tentang punca kewujudan, keTuhanan, kuasa ghaib dan sebagainya.

3. Akhlak

Ilmu akhlak adalah ilmu yang berkaitan dengan nilai yang terdapat pada diri manusia. Ia adalah cabang kepada Eksiologi, ataupun yang dinamakan sebagai ilmu penilaian.

Kesimpulannya, kajian di dalam Falsafah berkurangan kepada 3 perbahasan (mengikut pembahagian lain), iaitu :

1. Antologi : Kajian tentang kewujudan

a) Fizik
b) Metafizik

2. Epistomologi : Kajian tentang kemampuan untuk mengetahui hakikat kewujudan

a) Aliran meragui
b) Aliran meyakini

3. Eksiologi : Kajian tentang penilaian terhadap sesuatu

a) Ilmu Mantik
b) Ilmu Kecantikan
c) Ilmu Akhlak

Di sana, kita perlu untuk mengetahui apakah hubungan di antara Falsafah dan ilmu-ilmu lain. Antaranya, Falsafah banyak memberi aspirasi kepada peningkatan dan pengembangan ilmu. Begitu juga Falsafah yang berfungsi sebagai induk yang membuka pintu-pintu perbahasan ke dalam ilmu-ilmu yang pelbagai.

Dalam masa yang sama, Falsafah juga memerlukan ilmu dalam menghurai isi kandung dan mengaplikasikan pemahaman falsafah dalam hidup. Atau dengan kata lain, kedua-duanya saling memerlukan di antara satu sama lain.

Kesimpulannya, Falsafah tidak akan terhapus dengan kembangnya ilmu, begitu juga ilmu tidak akan berkembang dengan tanpa Falsafah. Bahkan perkembangan Falsafah banyak menghidupkan ilmu, dan perkembangan ilmu itu juga yang mengembangkan Falsafah.


Meraikan kecenderungan terhadap material dan atheis

Sepertimana yang telah disebutkan, Falsafah Baru muncul disebabkan kongkongan daripada gereja yang menyekat kebebasan manusia ketika itu. Falsafah yang diajar, diselarikan dengan manhaj Bible yang bertentangan dengan akal. Maka, hasil daripada perbuatan ini, menatijahkan pemikiran yang bersifat material, dan anti tuhan.

1. Material yang dimaksudkan di sini ialah Pemikiran Materialisme yang membarah pada kurun ke 18 di England dan Perancis, sehinggalah muncul pemikiran Atheis. Ia bertambah teruk apabila menjelang kurun ke 19. Pemikiran ini bercanggah dengan kewujudan alam ghaib.

Pada permulaan kemunculan ini (1800-1850), banyak terpengaruh dengan Aliran Realisme, yang dibawa oleh August Comte (1798-1857). Beliau meletakkan kewujudan alam ini hanyalah apa yang boleh dicapai oleh pancaindera.

Pada bahagian kedua tempoh ini, banyak dipengaruhi dengan pemikiran Darwin (1809-1882) dan Karl Marx (1818-1883). Teori mereka yang masyhur, iaitu Teori Evolusi yang jelas bersifat materialisme.

2. Manakala istilah anti tuhan (Atheis) pula banyak menguasai dunia pada era Falsafah Baru, sehinggalah berterusan ke era Falsafan Moden. Ia terhasil daripada dua saluran, iaitu :

a) Pemikiran Materialism

Pemikiran ini berpegang dengan ketiadaan alam ghaib. Maka, semua yang boleh dicapai oleh pancaindera adalah wujud, dan selain daripada itu disifatkan sebagai tidak wujud. Maka, mereka menolak kewujudan Allah, malaikat, syurga, neraka, roh dan sebagainya.

Hasil daripada pemikiran ini, maka wujudlah pemikiran Marxisme, Darwinisme dan Positivisme (berpegang bahawa ilmu itu boleh didapati melalui pengalaman, dan menolak sebarang unsur metafizik)

b) Pemikiran Rasional

Iaitu menganggap bahawa rasional adalah segalanya. Dengan mereka berpegang dengan ketuanan akal, dan menolak sebarang unsur “luar daripada rasional”. Maka, menurut rasional mereka, Allah itu tidak wujud disebabkan ia tidak boleh dicapai oleh sebarang pancaindera, maka mereka menyifatkan bahawa tiada tuhan!


Cenderung ke arah praktikal bukan teori semata-mata

Secara umumnya, Falsafah Baru cuba menghidupkan pemikiran, sebagai pemikiran yang sebenar. Bukan hanya sekadar berfikir atau berteori, tetapi diaplikasikan pula dalam praktikal. Pada awal kurun ke 17, telah terpapar gambaran jelas tentang haluan berpemikiran praktikal.

Ia adalah hasil daripada revolusi yang menolak sistem kongkongan dan Kristian, yang dibawa oleh gereja. Sistem gereja mengajar mereka berteori semata-mata, dan mengikat teori mereka tanpa sebarang praktikal. Maka, ini menyebabkan teori tersebut tidak bermakna untuk diaplikasikan dalam hidup.

Antara yang terhasil daripada revolusi ini ialah Pemikiran Empirisisme (eksperimen) yang didokongi oleh Francis Beacon. Ia adalah pemikiran yang mengatakan bahawa ilmu yang sebenar hanya boleh diketahui selepas ia dieksperimenkan. Bukan hanya dengan menggunakan akal semata-mata.

bersambung..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

06 June 2010

Konvoi Gaza : Bekas Lulusan al Azhar Kaherah, Antara Yang Terbunuh


Era muslim hari ini (6 Jun) telah menyiarkan 9 orang yang ditembak mati ketika misi Mavi Marmara dan meninggalkan 28 orang anak yatim. Rupa-rupanya, salah seorang daripada mereka adalah bekas lulusan Universiti al Azhar, Kaherah, dalam Bidang Kesusasteraan Bahasa Arab.

1.Ibrahim Bilgen

Ibrahim Bilgen (61 tahun) adalah seorang insinyur elektrik dari Siirt.Dia adalah anggota dari dewan Elektrik Turki. Dia pernah jadi calon Parti Saadet dalam pemilu Turki tahun 2007 dan pemilihan walikota Siirt tahun 2009. Ada 6 orang anak.

2.Ali Haydar Bengi

Ali Haydar Bengi (39 tahun) mengelola sebuah kedai telefon di Diyarbakir. Dia lulusan dari Universiti Al-Azhar, Kairo (jurusan Sastra Arab). Dia menikah dengan memiliki 4 orang anak.

3.Cevdet Kiliçlar

Cevdet Kiliçlar (38 tahun), berasal dari Kayseri. Lulusan dari Universiti Marmara Fakultas Komunikasi dan sebelumnya seorang wartawan akhbar untuk Gazette Nasional dan Times Anatolia. Beberap tahun lalu, dia adalah seorang reporter dan webmaster untuk lembaga Kemanusiaan IHH. Dia menikah dengan Derya Kiliçlar, dan memiliki satu anak perempuan, Gülhan, dan satu lelaki, Erdem.

4. Cetin Topçuoglu

Cetin Topçuoglu, 54 tahun, berasal dari Adana. Dia adalah bekas pemain sepak bola amatur dan juara taekwondo yang melatih pasukan taekwondo nasional Turki. Dia menikah dan punya seorang putra, Aytek. Isterinya, Cigdem Topçuoglu, juga ikut dalam kapal Marmara Mavi, namun selamat.

5. Necdet Yildirim

Necdet Yıldırım, (32 tahun) adalah pekerja bantuan lembaga IHH dari Malatya. Dia menikah dengan Refika Yıldırım dan punya seorang anak perempuan, Melek, berusia tiga tahun.

6. Fahri Yaldiz

Fahri Yaldiz (43 tahun), adalah seorang petugas pemadam kebakaran yang bekerja untuk Kota Adıyaman. Dia menikah dan memiliki empat anak.

7. Cengiz Songür

Cengiz Songür (47 tahun), berasal dari Izmir. Dia menikah dengan Nurcan Songür dan memiliki enam anak lelaki dan satu perempuan.

8. Cengiz Akyüz

Cengiz Akyüz (41 tahun) berasal dari Iskenderun. Dia menikah dengan Nimet Akyüz dan memiliki tiga orang anak - Furkan (14), Beyza (12), dan Erva Kardelen (sembilan tahun).

9. Dogan Furkan Dogan

Furkan Dogan (19 tahun), berada di tahun terakhirnya di SMAKayseri di mana dia sedang menunggu hasil ujian masuknya ke universiti. Ia bercita-cita untuk menjadi seorang doktor dan sangat menyukai permainan catur. Dia ialah anak dari Dr Ahmet Dogan, profesor di Universiti Erciyes. Dia adalah seorang Turki-Amerika memiliki dua nasional kebangsaan dan memiliki dua saudara kandung.

Baca seterusnya

Berita 5 pm : Jemputan Kepada Pimpinan Dunia Melawat Ke Palestin

05.00 petang, Mesir/Palestin : Dr.Aziz Duwiek, speaker Majlis Legislatif Palestin meminta Ismail Haniah menjemput Perdana Menteri Turki, Receip Tayyip Erdogan dan pemimpin-pemimpin dunia mengadakan lawatan ke Palestin. Sumber web berita safa.ps

02.34 petang, Makkah : Sumber melaporkan, penduduk Turki meneruskan lagi bantahan ke atas serangan armada pembebasan(freedom flotilla. Dinyatakan, beribu-ribu penduduk Turki di Istanbul ketika mengadakan tunjuk perasaan menuduh Kerajaan Turki tidak mengambil langkang-langkah yang kuat bagi menentang Israel(zionis, penjajah).

Selanjutnya, http://map2street.blogspot.com

Terima kasih Us Moin
Baca seterusnya

Perbualan Telefon Antara Ehud Barak Israel Dan Menteri Luar Turki


"Rakyat umum Turki dihebohkan perbualan melalui telefon antara Menteri Luar Negeri Turki, Ahmet Davutoglu dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkaitan kes penyerangan Israel keatas kapal bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara.

Akhbar Turki, Habertürk edisi Sabtu (5 Jun) mendedahkan transkrip perbualan tersebut. Berikut petikannya:

Barak : Telah terjadi penyerangan kepada tentera kami dari pihak aktivis Mavi Marmara. Tentera kami cedera oleh pisau. Para aktivis merebut senjata daripada tentera kami.

Davutoglu : Kami menunggu permintaan maaf dari pihak anda. Kamu telah melakukan kejahatan antarabangsa. Kamu harus segera menghantar mangsa dibunuh dan cedera kepada Turki.

Barak : Apakah kamu menghendaki mangsa cedera?

Davutoglu : Kami yang akan membawa dan mengambil mereka. Pihak yang membunuh dan mencederakan orang awam tidak mungkin mampu mengubatinya. Jika orang awam dipandang sebagai musuh, maka bagaimana dengan korban yang mati?

Barak : Kami bergerak atas dasar kepungan yang harus dikuatkuasakan kepada Gaza sebagai pihak musuh.

Davutoglu : Apakah mangsa yang mati itu adalah musuh?

Barak : Terdapat banyak roket. Rakyat kami telah menerima ancaman roket itu sebelumnya. Kami berbeza dengan Hamas. Kami sendiri tak memiliki masalah dengan Gaza.

Davutoglu : Apakah korban yang meninggal (di Mavi Marmara) itu menembak roket kepada kamu? Bagaimana boleh kamu membunuh rakyat awam itu? Turki bukan seperti mana-mana negara. Turki mempunyai kuasa besar yang boleh menjaga warganya.

Barak : Kami sangat menghormati Turki sampai peringkat tertinggi, juga menghormati peranan yang telah dimainkan Turki selama ini.

Davutoglu : Penghormatan macam apa yang anda maksud? Kamu telah membunuh rakyat kami di zon perairan antarabangsa. Tidak boleh ada satu pihak mana pun yang memperlekeh kehormatan bangsa kami. Kamu telah sesat selama lima tahun demi seorang tentera Israel (Shalit, red). Penduduk negeri kami juga, bagi kami selaku kerajaan sangat penting. Kamu harus memperlakukan mereka juga dengan penuh rasa hormat. (Ags/ht)

Baca seterusnya

Ringkasan Falsafah Baru, Silibus Tahun 4 - Rujukan Istilah

Lagi.. gambar adikku.. Cuba teka, apa yang dia tengah pikir..?


Sebelum kita menyambung ringkasan Falsafah Baru yang telah saya ringkaskan sebelum ini, rasanya perlu disebut beberapa istilah yang perlu diketahui, iaitu :

Hagel @ Hegel = George Wilhelm Friedrich Hegel (1770-1831)

Kent = Immuel Kant (1724-1804)

Decart = Rene Descartes (1596-1650)

Bekon = Francis Beacon

Bragmatiah = Pragmatisme

Mithaliah = Idealisme

Aqliyyah = Rasionlisme

Kritikan (naqdiah) = Criticisme

Fahaman Kewujudan (wujudiah) = Existentialisme

Eksperimen (Tajribiyyah) = Empirisisme

Waqi'iyyah = Realisme (lawan kepada mithaliah)

Ilmu Tabiat = Ilmu Fizik

Kajian Makrifah = Epistemologi

Sufusta'iy = Golongan Sophis (Sophisme)

An Nusyu' Wal Irtiqa' = Teori Evolusi

Wadh'iyyah = Positivisme

Ta'mim = Penggeneralisasia

Zatiah = Subjektivisme

Mufaraqah = Paradoks

ok.. Kalau ada istilah yang perlu dimasukkan, sila tulis di ruangan komen.. Ini sahaja yang dirasakan perlu untuk memahamkan ringkasan yang telah saya buat. Terima kasih.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

20 000 Warga Mesir Berdemostrasi Di Iskandariah

Berita yang tersiar di Hidayatullah.com bertarikh hari ini, 6 Jun, memberitakan bahawa masyarakat Mesir seramai 20 000 orang di Iskandariah mengadakan Demostrasi membantah sekatan Israel terhadap misi kemanusiaan yang cuba memasuki Gaza. Sumber

Tak sangka dekat dengan rumah saya rupanya..

Sebelum ini, Presiden PMRAM telah mengingatkan kepada semua ahli, supaya jangan dok gatal pi join demostrasi yang dianjurkan oleh masyarakat tempatan Mesir. Nanti tak pasai-pasai masuk penjara.. Sumber

Demostrasi di Iskandariah ini telah dianjurkan oleh Ikhwanul Muslimin, mengibarkan bendera Palestin, Turki dan Mesir.. Tak sangka, di dalam gambar di bawah ini, kelihatan Duta Indonesia (kiri sekali) kalau tak silap saya.


Saya yakin, Duta Indonesia berada di demostrasi ini bukanlah untuk berdemo, tetapi untuk mengiring wartawan Hidayatullah.com. WaLlahua'lam..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Kejam : Israel Sedang Mempupuskan Etnik (Genocide) Di Gaza


Greta Berlin adalah salah seorang daripada mereka yang terlibat dengan misi LifeLine4Gaza, mengatakan bahawa Israel sedang melakukan Genosid terhadap Gaza. Genoside tersebut dilakukan dengan menyekat sebarang kemasukan sumber luar, sehingga menyebabkan kemiskinan 1.5 juta orang.

Kenyataan di atas telah saya alih bahasa daripada eramuslim (link).. Apa itu genosid? Genosid adalah istilah yang bermakna :

Pembasmian kaum atau pempupusan etnik atau yang sama waktu dengannya. Ia adalah satu bentuk jenayah yang bertujuan untuk menghapuskan kewujudan sesuatu suku-kaum manusia.

Pada lazimnya tema ini merujuk kepada tindakan pembasmian suku-kaum tertentu yang terancang dan berorganisasi.

Tindakan seperti di bawah boleh dianggap sebagai jenayah pembasmian kaum:

1. Membunuh anggota suku-kaum berkenaan.

2. Mencederakan anggota suku-kaum berkenaan dari segi jasmaniah dan batiniah.

3. Merosakkan ruang kehidupan suku-kaum yang berkenaan dengan tujuan memusnahkan sebahagian ataupun keseluruhan suku kaum berkenaan.

4. Menghalang anggota suku-kaum yang berkenaan untuk menurunkan zuriat.

5. Secara keras, memindahkan kanak-kanak kumpulan berkenaan kepada kumpulan yang asing.

Pembasmian Kaum ditakrifkan satu bentuk jenayah di bawah undang-undang antarabangsa yang berjudul Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman terhadap Jenayah Pembasmian Kaum.

Di bawah ini adalah beberapa peringkat pembasmian kaum :


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Iran Pula Akan Hantar Kapal Misi Kemanusiaan Ke Gaza


Fuh.. apabila membaca satu keratan berita, terserlah satu keberanian. Khamis lalu 3 Jun, Husain Syeikhul Islam telah berkata di dalam televisyen channel al A'lam, mengatakan bahawa Bulan Sabit Merah Republik Islam Iran akan menghantar kapal bantuan kemanusiaan untuk di hantar ke Gaza. Sumber

Beliau berkata demikian di saat dunia sedang panas dengan isu Freedom Fotilla, dan beliau menyarankan agar seluruh dunia perlu meneruskan demostrasi membantah sekatan Israel. Beliau seolah-olah berkata kepada Israel, "Ha.. kalau hang berani, sekat la kapal Iran ni..Kami lanyak hang cukup-cukup!"

Ayat ni rekaan saya semata-mata, setelah membaca berita tersebut. Beliau tidak gentar dengan sebarang sekatan, dan berusaha juga untuk membolos sekatan Israel tersebut. Teruskan perjuangan kita!

Dalam masa yang sama, Badan Koordinasi Lembaga Dakwah Kampus (BKLDK) Jawa Barat menggesa Kerajaan Indonesia menghantar tentera ke Gaza! Mereka menyuarakannya pada Hari Jumaat (4 Jun) lalu. Sumber

Amacam? Malaysia pula bagaimana? Takkan nak tengok je?

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Penaja Misi Rachel Corrie Tuntut Pembebasan Segera


Pertubuhan Damai Perdana Global (Perdana Global) menuntut pembebasan segera tanpa syarat kesemua aktivis damai, pekerja bantuan kemanusiaan dan anak-anak kapal Rachel Corrie yang dirampas secara haram oleh Pasukan Pertahanan Israel.

Penasihatnya Datuk Mukhriz Mahathir berkata delegasi Malaysia terdiri daripada anggota Parlimen Mohd Nizar Zakaria, anggota Perdana Global Shamsul Akmar, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta dua anggota akhbar, Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin dari TV3.

Mereka disertai di atas kapal oleh bekas Penolong Ketua Setiausaha Pertubuhan Bangsa Bersatu Dennis Halliday, Pemenang Hadiah Nobel Mairead Maguire, Derek dan Jenny Graham dari Free Gaza Movement dan pembikin filem dokumentari Fiona Thompson.

"Tindakan tidak bermoral dan tidak dapat diterima itu oleh Pasukan Pertahanan Israel merampas Rachel Corrie dari perairan antarabangsa sebelum sampai di pelabuhan Gaza adalah satu tindakan lanun," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur pada Sabtu malam.

Beliau berkata: "Israel telah melakukan jenayah serius di lautan lepas. PGPO menuntut semua rakyat Malaysia dan warga negara lain di atas kapal Rachel Corrie dibebaskan segera tanpa diapa-apakan".

Mukhriz mengulas rampasan MV Rachel Corrie, kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dikepong Israel, oleh tentera laut regim itu pada kira-kira 2.45 ptg (Waktu Malaysia) hari ini dan kemudian dikemudi ke pelabuhan Ashdod.

"Tindakan primitif dan unilateral seumpama itu (oleh Israel) mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

"Kami menggesa rakyat Malaysia dari semua agama dan kepercayaan agar mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang diculik, begitu juga anggota-anggota lain kapal bantuan kemanusiaan itu," kata beliau.

Beliau berkata rakyat Malaysia mesti bersatu menentang ketidakadilan dan kekejaman rejim Zionis terhadap anggota-anggota kapal perdamaian untuk menamatkan kepungan yang tidak boleh diterima dan membantu meringankan penderitaan rakyat Gaza yang berani dan tidak berdosa.

Misi bantuan itu ditaja oleh Perdana Global, sebuah NGO Malaysia. Kapal Rachel Corrie diberi nama sempena seorang wanita Amerika yang terbunuh oleh jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, ketika membantah perobohan rumah-rumah oleh rejim itu.

- Bernama
Baca seterusnya

12 Sukarelawan Misi LL4G Selamat Tiba Di Kuala Lumpur


SEPANG, 6 Jun: Seramai 12 sukarelawan negara ini yang ditawan oleh tentera rejim Israel pagi Isnin lepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5.45 pagi ini. (waktu Mesir jam 12 malam tadi)

Mereka yang berlepas dari Istanbul, Turki adalah aktivis dan wakil media yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di kapal Mavi Marmara yang diserang dan ditawan tentera rejim Israel itu.

Maklumat laman web Lifeline4Gaza sebelum ini menyatakan mereka terdiri daripada ketua misi daripada HaluanPalestin, Noorazman Mohd Samsuddin bersama empat rakannya, Dr Mohd Arbai’e Syawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Al-Hami Husain Suhaimi dan Mohd Nizam Mohd Awang.

Selain mereka ialah Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif), Jamuliddin Elias (Yayasan Amal), Dr Selamat Aliman (JIM), Abdul Halim Mohd Redzuan (Muslim Care), Mustafa Mansur (Mapim) serta wartawan dan jurukamera Astro, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latif.

Baca seterusnya

Duit Tak Cukup Lagi ... Perlukan LE 50 000 Untuk Pembedahan Bayi Indonesia


Sumbangan derma kilat ke atas bayi yang baru lahir bagi sahabat kita daripada Indonesia, Saudara Ahmad Mufiti Hamdani yang akan menjalani pembedahan kerana menghidapi simptom kompilasi jantung AMAT DIPERLUKAN DENGAN SEGERA.

Pembedahan tersebut terpaksa dilakukan di Arab Saudi ekoran doktor pakar di Mesir tiada di dalam negera sehinggalah bulan Julai nanti. Sedangkan pembedahan tersebut perlu dilakukan dengan segera dan mesti dilakukan pada bulan Jun ini. Sehingga kini, sahabat saya, BP Farkhan menyatakan bahawa kos bagi kutipan derma kilat tersebut masih sedikit dan agak terbantut ekoran musim peperiksaan.

Harap, kepada sesiapa yang sudi membantu anak sahabat kita ini boleh terus disalurkan kepada :

unit kebajikan BKAN dan DPM masing-masing. atau

BP Farkhan di talian +20142900215
Hewi Hasyimah di talian +20141344093

atau

mana-mana BP atau HEWI PMRAM

keterangan lanjut melalui berita tersebut terus kepada laman rasmi PMRAM di : www.pmram.org

Baca seterusnya

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal