22 August 2010

Lagi Kes Pecah Rumah Hari Jumaat

KAHERAH, 20 Ogos - Satu lagi kejadian kes pecah rumah sewa pelajar Malaysia yang melibatkan warga tempatan berlaku ketika orang ramai menunaikan solat Jumaat di masjid.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari di bangunan 23 Jalan Yusof Musa itu menyebabkan kehilangan sebuah komputer riba milik salah seorang pelajar di situ.

Kata beliau yang tidak mahu dikenali namanya "Sudah banyak kali rumah kami ni kena pecah masuk oleh orang arab. Kejadian terakhir yang berlaku sebelum ni kira-kira 2 bulan yang lepas. Yang pastinya semua kecurian tu berlaku ketika kami semua solat Jumaat di masjid".

Katanya lagi, kejadian yang sama berlaku sebelum ini langsung tidak dilaporkan kepada pihak keselamatan Mesir ekoran tidak tahu mengadu pada siapa. Mungkin disebabkan perkara tersebut menyebabkan pencuri yang sama tidak serik untuk memecah masuk buat kali yang seterusnya.

Selepas dilaporkan kepada PMRAM, beberapa orang Badan Pengurus diketuai oleh Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime terus ke tempat kejadian untuk melihat keadaan serta mengambil maklumat.

Seorang wakil pelajar rumah sewa tersebut bersama Presiden PMRAM membuat laporan kejadian di balai polis Qisim Awwal Madinah Nasr.

Ujar Presiden PMRAM ketika ditemui di tempat kejadian "Hari Jumaat adalah peluang bagi pencuri untuk memecah masuk rumah mahasiswa kita terutamanya ketika solat Jumaat. Oleh itu saya memesan kepada semua mahasiswa untuk lebih berhati-hati apabila meninggalkan rumah".

"Bukan itu saja, sekarang ni ramai mahasiswa kita yang memiliki motor. Pastikan motor berkunci serta dirantai pada waktu malam. Tidak memadai dengan hanya mengunci tayar sahaja kerana sudah ramai mahasiswa kita kehilangan motor akibat tidak dirantai".

Mangsa mengucapkan jutaan terima kasih kepada PMRAM kerana banyak membantu mahasiswa Malaysia di sini.
Baca seterusnya

Belajar Erti Tawakkal Daripada Seorang Pencuri - Kisah Menarik

Setiap hari, motor kesayanganku perlu dirantai. Tidak memadai dengan hanya memangga rantai sahaja. Dahulu, motorku pernah cuba untuk dicuri. Fikir punya fikir, akhirnya diri ini memahami bahawa secara tidak langsung pencuri telah mengajarku erti tawakkal.

Alhamdulillah, ilmu ini dapat ku perolehi daripada orang yang tidak tahu halal dan haram, iaitu pencuri. Di dalam sebuah ungkapan ulama' erti tawakkal itu umpama seseorang yang mengikat unta pada kayu.

Iaitu, meletakkan "usaha" sebelum bertawakkal. Maka, motor perlu dirantai sebelum kita melepaskan penjagaan itu di sisi Allah. Manusia hari ini, sering mengungkapkan istilah :

"Aku tak masuk kelas, jadi aku tawakkal sahaja bila jawab periksa nanti"

Ungkapan ini adalah bercanggah dengan nilai tawakkal yang sebenar. Ini kerana tawakkal itu tidak didasari dengan usaha terlebih dahulu.

Kesal apabila melihat erti tawakkal ini disalahgunakan oleh kita. Alhamdulillah, ilmu ini dapat diperolehi walaupun dari tangan seorang pencuri!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

19 August 2010

Bakar al Quran : Al-Azhar Kecam Gereja Amerika Syarikat

sumber : PMRAM.org

Kaherah, Mesir – Majlis Syura Al-Azhar akhirnya mengeluarkan kenyataan pada Khamis lalu (12/08/2010) mengenai seruan dari sebuah gereja di Florida AS yang akan menjadikan tarikh 11 September sebagai “Hari untuk Membakar Al-Quran’’. Dalam kenyataan itu, Al-Azhar melihat seruan itu sebagai seruan yang menimbulkan kontroversi dalam dunia masyarakat Islam, Amerika dan negara-negara Arab.

Majlis Syura Al-Azhar mengutuk sepenuhnya apa yang dilakukan oleh Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida itu dan mengatakan seruan itu adalah berpunca dari ketidakfahaman mengenai Islam dan nilai-nilainya kerana kecetekan ilmu, penghinaan terhadap agama lain dan sikap tidak berlapang dada.

Sheikhul Azhar, Dr. Ahmad Al-Tayyib dalam kenyataannya mengatakan, “Al-Quran akan tetap dipertahankan selama berabad-abad lamanya hingga Hari Kiamat,” seperti yang dilaporkan akhbar Al-Ahram Mesir.

Jurucakap Al-Azhar, Muhammad Al-Thahtawi menambah dalam kenyataannya bahawa Sheikhul Azhar, Dr. Ahmad Al-Tayyib telah menerima pernyataan rasmi dari semua gereja Kristian di Mesir yang menyatakan bantahan dan kecaman mereka ke atas seruan tersebut.

Julai lalu, paderi gereja Dove World Outreach Center, Sir Pastor Terry Jones telah mengaturkan rancangan untuk mewujudkan “Hari Membakar Al-Quran Sedunia” sempena memperingati tragedi 11 September 2001 yang berlaku di New York World Trade Center. “Ini adalah serangan balas kami terhadap kekejaman Islam dengan membakar Al-Quran diseluruh dunia pada bulan September,” katanya.
Baca seterusnya

16 August 2010

Us Azrul Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Damanhur Siang Tadi

Sejak tengahari, saya menghubungi Us Azrul bin Ismail.. gagal menghubunginya.. sehingga petang.. pun masih gagal menghubunginya.. sehingga ke malam.. pun masih gagal menghubunginya.

Lalu, saya mengadu kepada Us Adlan BP tentang hal tersebut. Beliau mengatakan bahawa Us Azrul sepatutnya ke Damanhur petang tadi. Ya, sepertimana yang saya juga tahu, beliau sepatutnya memberi pengisian di Damanhur selepas asar.

Namun, setelah saya menghubungi pihak Damanhur, mereka mengatakan bahawa Us Azrul tidak datang memberi pengisian dan telefonnya tidak dapat dihubungi. Saya memberitahu hal tersebut kepada Us Adlan..

Tidak lama kemudian, Us Adlan memaklumkan bahawa Us Azrul kemalangan petang tadi..!

Beliau kemalangan ketika dalam perjalanan ke Damanhur dengan menaiki peagot, untuk memberi pengisian di sana.. Semoga usahanya untuk menyebarkan Islam dan kefahaman, diberi ganjaran oleh Allah.

Petang tadi, saya memberi pengisian di Iskandariah.. Diskusi Kitab Akidah Kefahaman dan Pemikiran hasil tulisan saya.

Esok, saya akan ke Zagazig pula memberi pengisian Daurah Kitab yang sama.
Baca seterusnya

15 August 2010

Lukisan Potret 4 Presiden, Sempena 80 Tahun PMRAM


Akhirnya berjaya juga mendapatkan gambar lukisan potret 4 Presiden PMRAM hasil karya saya.. Sempena 80 Tahun PMRAM
Baca seterusnya

13 August 2010

Pemergian Ulama Tersohor Yang Mengarang Lebih 1000 Buah Kitab

Hari Khamis, 2 Ramadhan.. berlaku satu kematian ulama tersohor.. Beliau ialah Al Marhum ialah Sohibus Samahah Asy Syeikh Ahmad Sonhadji Mohamed. Kitabnya kerap saya baca dan temui di mana-mana tempat di Malaysia..

Di bawah ini adalah petikan dari blog Us Din Tantawi

1. Tanggal 2 Ramadhan 1431 bersamaan 12 Ogos 2010 [ Khamis ] menjadi detik bersejarah apabila seorang tokoh agama atau ulamak tersohor nusantara yang telah mengarang lebih 1000 buah kitab kini telah kembali ke Rahmatillah.

2. Jenazahnya di sembahyangkan selepas solat Asar di Masjid Al Muhajirin Singapore . Al Faatihah .

3. Al Marhum kembali ke rahmatillah pada usia 88 tahun [ 1922 - 2010 ] . Sepanjang usianya diabadikan untuk memberi khidmat membimbing ummah khususnya melalui rancangan beliau yang popular iaitu Tafsir di radio yang kemudianya dibukukan sebagai Tafsir Al Athir .

4. Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mewakili seluruh warga pemuda gerakan Islam mengucapkan takziah kepada keluarga al Marhum atas pemergian seorang ulamak dan pejuang yang terkenal dan istiqamah . Semoga Allah merahmati kita semua .

5. Al Marhum ialah Sohibus Samahah Asy Syeikh Ahmad Sonhadji Mohamed juga merupakan pelajar lulusan Madrasah Al Junaid Singapore [ 1937 - 1944 ] . Buku tersohor beliau ialah Marilah Sembahyang sehingga ia diulang cetak sehingga ke hari ini bahkan diterjemah kedalam pelbagai bahasa termasuk korea .
Baca seterusnya

Pengajian Di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, di Bulan Ramadhan ini, diserikan dengan kelas yang cukup sinonim dengan nama "Ramadhan", iaitu kelas Syeikh Nuruddin.. Tahun ini juga, ditambahkan seri lagi dengan kelas pengajian Syeikh Rohimuddin..

Badan Pengetahuan dan Penyelidikan di bawah kendalian Madrasah Imam Syafie PMRAM akan mengadakan Daurah Khas bersama Fadhilatus Syeikh Rahimuddin An-Nawawi Al-Bantani dengan pembacaan kitab Tafsir Al-Jailani. Pengajian akan diadakan di Rumah Terengganu jam 7.00 pagi ini merupakan kesinambungan pembacaan kitab tafsir Al-Jailani sebelum peperiksaan yang lalu.

Pembacaan kitab tafsir kali ini akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan bermula 1 Ramadhan 1431 H, dengan mingguan pada hari Sabtu sehingga Rabu.

Pada hari Khamis bermula 19 Ogos 2010, daurah akan diteruskan dengan diskusi kitab "Fiqh A-Shiam" karangan Dr. Yusof Al-Qardhawi oleh Saudara Mohd Hanif Haron (Pengerusi Fellow MANHAL PMRAM). Diskusi ini berlangsung selama 3 kali (19 Ogos, 2 dan 9 September 2010) di Rumah Terengganu seawal jam 7.00 pagi.

Pihak PMRAM berharap agar Ramadhan kali ini dapat dijadikan sebagai medan kita semua menambahkan lagi pengisian rohani bagi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Semoga manfaat ini dapat memberikan pengisian kepada para sahabat..
Baca seterusnya

12 August 2010

Presiden PMRAM Kemalangan Semalam! Inna liLlah

Sebelum ini, saya mengalami kemalangan di lorong Samy Photo apabila dilanggar oleh sebuah kereta yang tak tengok kiri kanan ketika melintas.. Kemudian ditambahkan kehangatan dengan mantan Presiden PMRAM, Us Muiz.. mengalami kemalangan di Jalanraya di hadapan Empi..

Baru tadi, saya mendengar kisah.. Presiden PMRAM pula kemalangan! Inna liLlah..

Beliau mengalami kemalangan semalam, jam 12 tengahari di jalan Kubri 6 Oktober.. Motor yang sedang ditungganginya mengalami masalah.. Penutup minyak hitam (minyak enjin) terbuka dan menyebabkan minyak hitam tumpah ke jalan. Ini menyebabkan tayar motor belakangnya licin.. hilang kawalan .. lalu jatuh di pembahagi jalan (di atas kubri).

Alhamdulillah, tiada kenderaan yang melanggar dari belakang kerana jalan tersebut biasanya dipenuhi dengan kereta-kereta yang bawak laju..

Beliau mengalami kecederaan di bahagian kaki, tangan dan jari.. Apabila berjalan, terpaksa berjengket sedikit.. Semoga sembuh cepat.

Insya Allah, petang ini, saya akan ke Pejabat PMRAM untuk menziarahi beliau.
Baca seterusnya

10 August 2010

Gambar Kenangan Bersama Potret 4 Presiden


Gambar kenangan.. Bergambar bersama lukisan potret 4 Presiden.

Terima kasih kepada amin yang sudi mengupload gambar ini.. Kalau ada sesiapa yang menangkap gambar potret sepenuhnya, tolong upload ye.. Bermula dari kanan, Presiden PMRAM, BP Solehuddin, saya dan Krew al Fityan..
Baca seterusnya

09 August 2010

Mesyuarat Agung BKAN Perak Sedang Berjalan

Bermula pagi tadi, jam 8.32 pagi.. Majlis Perasmian telah bermula. Ia dirasmikan oleh Ustaz Taufik BP. Setelah itu majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung Tahunan sekitar jam 9.18 pagi.

Pada jam 1.35 tadi, mesyuarat ditangguhkan sebentar bagi memberi laluan untuk makan tengahari dan solat Zohor..

Lagi 5 minit, mesyuarat akan disambung semula dengan kendalian oleh Ustaz Ismail bin Nardin..

Selamat bermesyuarat kepada semua..

- Ibnu Ir Fadzil
Baca seterusnya

07 August 2010

BKAN Perak Dihiasi Dengan Pilihanraya..

Esok, 8 Ogos bermulanya Mesyuarat Tahunan HEWI PMRAM Cawangan Perak, dan pada keesokan harinya, pada 9 Ogos diadakan pula Mesyuarat Agung Tahunan. Dalam masa yang sama, BKAN Perak dihiasi dengan pilihanraya sepertimana yang berlaku pada sesi lepas.

Pada sesi ini, menyaksikan pertandingan 9 Calon, dan 8 Calon sahaja yang terpilih.. Siapakah pilihan anda? Pilihlah pimpinan berdasarkan ukuran yang sepatutnya.. Ciri-ciri pimpinan Islam yang menjadi pilihan anda, perlu diteliti dan dikaji..

Secara peribadi, sekiranya seseorang calon tersebut kalah dalam pilihanraya, janganlah ia dijadikan sebab untuk berpecah dari Persatuan. Mereka yang berkata "akan menambah baik sekiranya dipilih menjadi exco", slogan ini perlulah diteruskan walaupun mereka tidak terpilih sebagai Exco.

Saya harap, mereka yang bertanding kali ini, janganlah melupakan kesungguhan anda untuk menambah baikkan persatuan, walaupun anda kalah bertanding..

Selamat mengundi..

- Ibnu Ir Fadzil
Baca seterusnya

PMRAM Banyak Membantu Kemerdekaan Negara - En Saiful


KAHERAH, 2 Ogos - Majlis Perasmian Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM telah dirasmikan oleh Kuasa Usaha Sementara, En Shaiful Anuar Muhammad. Beliau yang hadir bersama isteri telah merasmikan program Karnival itu Dataran Hayyu Asyir.

"Persekutuan Melayu Repuplik Arab Mesir (PMRAM) telah wujud sejak tahun 1930 lagi. Ini bermakna, sepanjang 80 tahun kehidupannya sehingga kini sudah tentu banyak asam garam PMRAM telah lalui. Evolusi penubuhan dan perkembangannya juga kita sedia maklum."

"Kita tidak dapat menafikan bahawa kewujudan PMRAM telah banyak membantu mempertahankan kemerdekaan negara kita." tambah beliau.

"Ramai pemimpin di kalangan kita adalah merupakan hasil didikan dan jasa PMRAM. Sumbangan semasa menuntut di Mesir suatu ketika dahulu."

"Saya percaya PMRAM akan terus memainkan peranannya dengan baik sejajar dengan perkembangan semasa. Budi yang ditaburkan oleh PMRAM amatlah banyak." ujarnya

"Saya ingin katakan dalam rangkap 4 kerat pantun berikut "Jauh sungguh pergi mandi, maksud hati hendak bertapa, berat sungguh menanggung budi, 80 tahun memang tak lupa" ujar beliau dengan tepukan gemuruh oleh hadirin yang hadir.

Program pembukaan itu telah dihadiri hampir 1000 orang mahasiswa membanjiri Dataran Hayyu Asyir. 20 PMRAM Cawangan mengambil bahagian di dalam perbarisan kontijen di Dataran tersebut.

Karnival kali ini menjadi satu sejarah buat PMRAM kerana usianya sudah menjangkaui 80 tahun.
Baca seterusnya

Wacana Minda Presiden Hangat

KAHERAH, 4 Ogos - Acara ilmiah pada malam hari ke-4 diteruskan dengan Wacana Minda Presiden yang menampilkan tiga ahli panel yang tidak asing lagi di kalangan pendokong dan penyokong PMRAM. Tiga ahli panel yang dimaksudkan ialah Saudara Hairul Nizam Bin Mat Husin, Presiden PMRAM sesi 2006 dan 2007, Saudara Shahrizan Bin Mohd Hazime, Presiden PMRAM sesi 2010, dan Saudari Nur Hafiza Binti Abdul Wahab, Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM sesi 2010 beserta seorang moderator, Saudara Muhammad Mujahid Bin Haji Ir. Muhammad Fadzil.

Di awal perbincangan, telah dibincangkan mengenai penggantungan pendaftaran PMRAM dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir pada tahun 1975 hingga 1979 yang mana telah menyebabkan PMRAM tidak boleh melaksanakan sebarang program sepanjang 5 tahun.

Peristiwa ini terjadi susulan daripada semangat kenegerian dan kepelbagaian fikrah yang wujud dikalangan ahli bahkan kepada kepimpinan PMRAM sendiri. Hal ini membuktikan bahawa kesatuan fikrah merupakan tunjang utama untuk memastikan survival PMRAM di Perlembahan Nil ini.

Didalam perbincangan ini diselitkan juga rakaman video amanat daripada mantan Penasihat PMRAM 2000 Ustaz Azhar bin Yahya dengan berkata, “ Kita sebagai penerus warisan perjuangan abang-abang terdahulu dalam melaksanakan misi dakwah kesemua peringkat mengikut keadaan semasa kepimpinan ”. Hal ini memerlukan kepada kita semua untuk sama-sama berganding bahu, mengumpul kekuatan membawa hadaf PMRAM itu sendiri iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

PMRAM bukanlah satu badan politik, akan tetapi PMRAM adalah satu badan kebajikan yang mengajarkan kepada ahlinya memperjuangkan kedaulatan Islam, membawa kesatuan hati ahli, penjagaan syariat dalam pelbagai aspek, mengajarkan ahli bekerja tanpa wang dan membentuk keberanian dalam diri masing-masing supaya tidak bacul dalam mempertahankan hak mahasiswa dan kemanusiaan.

Wacana ini dihangatkan lagi dengan persoalan dan hujahan yang membangkitkan rasa ketidakpuasan hati di pihak HEWI yang mana Saudara Hairul Nizam bin Mat Husin berkata, “ Saya tidak merasakan umph, dimanakah peranan HEWI kita disaat ini. Jika sekadar menjahit baju konvokesyen, itu bukanlah satu kebanggaan pada masa kini, akan tetapi kita perlu menjahit hati adik-adik ini untuk lebih mendalami Islam yang sebenar “.

Hal ini kerana pelajar-pelajar perubatan yang majoritinya daripada siswi datang dengan pelbagai latar belakang keluarga samada berpendidikan agama ataupun tiada langsung pemahaman agama. Respon daripada Timbalan Pengerusi HEWI, Saudari Nor Hafiza bt Abdul Wahab mengenai hal ini, kepimpinan HEWI pada tahun ini telah merancang dan melaksanakan beberapa agenda tarbiah antaranya dakwah fardiah ke PMRAM Cawangan angkat masing-masing dengan mengadakan Qiamulail, Solat Hajat, memberi tazkirah dan sebagainya.

Di hujung wacana, telah diingatkan mengenai tanggungjawab sebagai mahasiswa yang perlu berpandangan jauh, merangka dan merancang strategi untuk memastikan survival PMRAM akan datang terus bertapak di bumi Mesir ini.

Menurut perangkaan yang dibuat oleh ahli panel, jangkaan mahasiswa perubatan akan datang melebihi sembilan ribu orang, manakala mahasiswa pengajian Islam pula akan menjadi kumpulan minoriti di bumi Mesir ini, iaitu seramai 3800 orang.

Secara konklusinya dari ahli panel, PMRAM perlu menekankan aspek tarbiah dan melahirkan ahli yang boleh menjadi murabbitun kepada mad’u di bumi Mesir ini yang pelbagai latar belakang pengajian.

Mahasiswi juga diingatkan dengan tanggungjawab untuk sama-sama turun ke medan, bukan hanya sekadar menjadi sayap kiri sahaja bahkan boleh sama-sama melontarkan idea untuk memperkukuhkan kesinambungan PMRAM akan datang.

Tanggungjawab untuk melahirkan ahli sefikrah dan berpengetahuan bukan terletak di pundak Badan Pengurus sahaja, bahkan HEWI juga mampu melahirkan ulama-ulama wanita yang boleh membela kaum wanita pada masa akan datang dan menjawab persoalan yang cuba diseleweng oleh mereka yang tidak sepatutnya.

Majlis Wacana Presiden pada malam itu telah dihadiri hampir 1000 orang memenuhi Dataran Hayyu Asyir. Pada malam tersebut juga, Kontinjen PMRAM Cawangan Kedah dan Johor mempersembahkan persembahan Silat. Manakala, Kontinjen PMRAM Cawangan Kelantan menyampaikan persembahan Dikir Barat.
Baca seterusnya

06 August 2010

Lukisan Potret 4 Presiden PMRAM

Pada tengahari 5 Ogos, tiba-tiba sahaja saya diberikan keinginan oleh Allah untuk melukis potret 4 Presiden PMRAM sempena KEKAL 10. Lalu, saya menemui Krew al Fityan untuk mendapatkan kertas dan alatan melukis.

Alhamdulillah, kertas berukuran A3 telah disediakan oleh Ketua Unit Pameran.. beserta pensil 3 batang. Saya mendapatkan pula pemadam dan pembaris, dan mengambil posisi di Maktabah Rumah Selangor untuk memulakan lukisan, bersama isteri di sisi.

Lukis punya lukis.. akhirnya sebuah karya potret 4 Presiden berjaya dihasilkan..

Lalu, saya pergi mendapatkan Krew al Fityan dan memberi cadangan kepada mereka untuk membuat gimik ketika Majlis Penutup malam itu..

Satu saat yang bermakna, saya telah diajak menjadi Krew al Fityan dan lukisan potret tersebut dipersetujui bersama al Fityan untuk dijadikan gimik sempena 80 Tahun PMRAM Merentasi Usia.

Insya Allah, lukisan tersebut akan saya siarkan di dalam blog ini.. Doakan.

Alhamdulillah, saya merasakan saat penyerahan karya tersebut, dan ditandatangani oleh Presiden PMRAM 2010 sendiri merupakan saat yang paling bermakna.. Kenangan manis. : )

- Ibnu Ir Fadzil
Baca seterusnya

Saya Pemenang Pertandingan Melukis

Pertandingan melukis yang diadakan sempena KEKAL telah dimenangi oleh saya.. Alhamdulillah.. Lukisan yang bertemakan KEKAL 10, 80 Tahun PMRAM Merentasi Usia.

Cabaran lukisan tersebut ialah, menggunakan sebatang pensil sahaja, tanpa pemadam.. oh tidak.. Alhamdulillah, satu lukisan berjaya dihasilkan.. Insya Allah akan saya paparkan di dalam blog ini.

Pada lukisan tersebut, tertera wajah Presiden PMRAM 2010 .. Logo PMRAM, wajah-wajah ahli PMRAM di kalangan ikhwah dan akhawat... Dan tertulis “80 Tahun PMRAM Merentasi Usia”.

- Ibnu Ir Fadzil
Baca seterusnya

Nota KEKAL Semalam ...

Semalam, 5 Ogos telah diari kekal mencatat lagi..

Di sebelah pagi sehingga Zohor, di Dataran telah diadakan Pertandingan Nasyid ... best jugak..

Kemudian pada sebelah malam diadakan Majlis Penutup KEKAL yang cukup menarik dan canggih. Bermula dengan ucapan penutupan oleh Ustaz Khairul Anuar bin Ismail, Penasihat PMRAM 2010.

Kemudian, dihiasi dengan persembahan nasyid oleh pemenang pertandingan nasyid KEKAL 10, kumpulan nasyid dari Tanta. Kemudian, Pentomin dari Negara Kemboja dan persembahan tarian kebudayaan Aceh.. Canggih..

Kemudian diteruskan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan al Wadi PMRAM.

Kemudian diikuti dengan tayangan Slide Show yang paling macho di dunia hasil tangan PMC.. Tahniah.

Di akhir majlis tersebut, penyerahan lukisan potret hasil karya saya khas kepada Presiden PMRAM sempena KEKAL 10. Inilah saat yang bermakna buat saya..

- Ibnu Ir Fadzil
Baca seterusnya

Tak Sempat Lagi...

Sibuk punya pasal, tak sempat untuk membuat liputan khas tentang program KEKAL 10 anjuran PMRAM. Sebelum ini, saya menyebut bahawa perkembangan terkini tentang KEKAL 10 akan saya siarkan di dalam blog ini, tetapi bermacam-macam ujian yang menyibukkan diri ini daripada membuka laptop ini.

Pada 4 Ogos sebelum ini, di sebelah malam telah diadakan Wacana Minda Presiden bersama dengan Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime, Presiden PMRAM 2010, Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husin, Mantan Presiden PMRAM 2006 dan 2007, dan Ustazah nor Hafizah Abd Wahab, Timbalan Ketua HEWI PMRAM 2010.

Majlis bermula pada jam 9 malam dan selesai pada jam 11 malam tepat. Kemudian majlis diteruskan dengan persembahan Silat Gayong hasil gabungan PMRAM Cawangan Kedah dan Johor. Seterusnya majlis diakhiri dengan Persembahan Dikir Barat daripada PMRAM Cawangan Kelantan.

- Ibnu Ir Fadzil
Baca seterusnya

04 August 2010

Terkini 5.25 pm di Dataran Hayyu Asyir

Baru sebentar tadi, di Dataran Hayyu Asyir diadakan acara Dam Ular dan Pertandingan Melukis. Saya termasuk di kalangan peserta pertandingan melukis. Sudah lama bakat ini tidak diasah.

Di bahagian akhawat pula, sedang diadakan Majlis Penutup Acara Dewan, dan Pameran sudah dibuka ruang untuk akhawat sekitar jam 5 petang tadi. Bazar dan Pameran ditangguhkan operasi untuk menghormati waktu solat.

Sekarang ini, 5.25 pm sedang operasi Pameran dan Bazar sudah dimulakan semula.

* Semalam, diadakan Persidangan Mesir dan Yaman bersama 3 orang panel.. Insya Allah pada malam ini Wacana bersama 3 Presiden akan berlangsung.. Nantikan!

Bermula saat, ini, sila ikuti perkembangan terkini tentang KEKAL 2010 di blog Ibnu Ir Fadzil.

Baca seterusnya

BKAN Perak Bakal Menyaksikan Pilihanraya

BKAN Perak kali ini bakal menyaksikan pilihanraya.. Itulah sepertimana yang telah diumumkan oleh AJK Khas Pilihanraya di sini. Jadi, untuk sahabat-sahabat ahli KPIPM, pilihlah calon anda yang terbaik.. Sekian, harap maklum.

- Ibnu Ir Fadzil
Baca seterusnya

Wacana 4 Presiden Malam Ini Bersama Saya

Iklan sikit, malam ini (4 Ogos), insya Allah saya akan mengendalikan Wacana 3 Presiden di Dataran Hayyu Asyir sempena 80 Tahun PMRAM. Jangan ketinggalan..

Wacana 4 Presiden

Moderator:
Ustaz Mujahid bin Mohd Fadzil

Ahli panel:
1- Ustaz Shahrizan bin Hazimie
(Presiden PMRAM 2010)

2- Ustaz Khairul Anuar bin Ismail
(Presiden PMRAM 2008)

3- Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain
(Presiden PMRAM 2006 dan 2007)

4- Ustazah Norhafiza binti Abdul Wahab
(Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2010)

link - sila wujuk web rasmi pmhkpmram.blogspot.com
Baca seterusnya

Kes : Motor Saya Dicuri Jam 3 Pagi Tadi

Alhamdulillah, akhirnya saya diberi keizinan oleh Allah untuk kembali berblog setelah proses ini terpaksa ditangguhkan sementara di atas sebab-sebab tertentu.

Kes terbaru, pagi tadi jam 5 petang, saya dikejutkan dengan ketukan pintu rumah yang agak kuat.. Apabila pintu dibuka, seorang wanita berbangsa Mesir yang bertugas sebagai bawab (penjaga rumah) berdiri di hadapan pintu.. sambil bertanya..

"Motor yang parking di bawah pokok tu milik awakkah?"

Sambil menunding jari ke arah tempat saya meletakkan motor semalam.. Lalu saya menjawab "Ya"..

Rupa-rupanya ada 2 orang lelaki berada di bawah.. menyampuk.. "Motor awak kena curi.. motor tersebut diangkut ke padang pasir (sebelah walidain).. , kami perlukan kunci motor tu untuk heret semula ke sini.."

Hah? Saya terkejut.. Saya diuji oleh Allah lagi.. Saya berkata "tunggu sini, saya tukar baju, nanti kita bergerak sekali.."

Setelah menukar pakaian, saya bersama 2 orang lelaki tersebut bergerak ke padang pasir yang terletak bersebelahan walidain.. Sehinggalah bertemu 3 orang lelaki lain. Seorang beruniform polis, dan 2 lagi hanya berTshirt. Saya agak kedua-duanya juga polis.

Polis tersebut berkata kepada saya "Tu.. tengok sana tu.. motor awak kah?".. Saya melihat di sebalik batu besar.. "Ya.. tu motor saya"..

Saya pergi mendapatkan motor tersebut bersama 5 orang Arab tersebut.. kemudian memeriksa.. terdapat beberapa kerosakan pada motor tersebut. "Berapa Junaih pulak nak baiki ni..?"

Tempat masuk kunci habis dicucuk dengan besi sehingga rosak.. Wayar penghidup enjin pun direntap.. Handle yang dilock pun berjaya di"patah"kan. Tapi, satu je yang tak boleh buat, "solek" (mangga) yang saya kuncikan pada spoket belakang.. tak berjaya dibuka.. Tapi spoket yang baru ditukar tersebut agak longgar.. seperti cubaan untuk membukanya..

Kami mengheret motor tersebut ke rumah saya merentasi padang pasir tersebut.. Tiba di sana, saya diminta tunggu sebentar, sementara menanti "Mabahis" (polis) tiba. Mereka memberitahu saya, 3 orang pencuri tersebut mengangkat motor saya melalui padang pasir.. pada jam 3 pagi.

Mabahis yang dinantikan tiba setelah menghantar mereka ke balai polis.. Dan mabahis tersebut menyuruh saya mengambil motor dan pulang ke rumah..

Pada jam 6.35 pagi, saya bersama isteri bertolak ke Rumah Terengganu untuk mengajar di Madrasah Imam Syafie anjuran PMRAM. Orang yang mula-mula saya hubungi adalah Presiden PMRAM sendiri..

Kebiasaannya pada sebelah malam, saya akan merantai motor tersebut di pokok.. tetapi kebetulan malam tersebut saya rasa macam malas nak rantai.. Mangga sudah lah.. Untuk kawan-kawan, pengajaran buat semua..

Malam tersebut juga saya terlupa untuk membaca Ayat Kursi memohon perlindungan dari Allah..

- Ibnu Ir Fadzil
Baca seterusnya

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal