tag:blogger.com,1999:blog-3205629485532170391.post928509603052211563..comments2023-11-05T12:49:26.045+02:00Comments on Ibnu Ir Fadzil: 50 000 Kena Tipu!Ibnu Ir Fadzilhttp://www.blogger.com/profile/13169368735120542030noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-3205629485532170391.post-55690697893256617612010-04-03T16:09:48.355+02:002010-04-03T16:09:48.355+02:00Pada pengetahuan saya ramai daripada kita telah me...Pada pengetahuan saya ramai daripada kita telah memikirkan masak-masak sebelum membuat sesuatu keputusan penting terutamanya yang melibatkan duit yang banyak dan masa depan.

Seperti kes Hadhari Cattle Industries Sdn Bhd dan Hadhari Agrow Sdn Bhd agak berlainan dari segi pelaburannya. Apa yang dimaksudkan adalah kerana badan kerajaan terlibat secara tak langsung.

Kerajaan mengalakkan orang melayu berniaga menjadi usahawan berjaya. Promosi bersama yang djalankan antara Hadhari Cattle dan Tekun Nasional dan MARA pada peringkat awal membuatkan ramai oang melayu percaya disebabkan suatu nama besar ada bersama dengan Hadhari.

Pak Lah bekas Perdana Menteri juga ada membuat lawatan ke gerai Hadhari semasa peringkat pengenalan suatu masa dulu di PWTC menjadikan pandangan umum lebih kuat untuk melabur bersama.

Lagi pun pada masa itu kerajaan sangat-sangat menggalakkan orang melayu menceburi bidang pertanian.

Tapi bila projek tidak berjalan semua orang yang terlibat mencuci tangan degan mudah sekali. Pihak Tekun, MARA semuanya mengelak dan melepaskan diri dengan alasan mereka tiada kena mengena dengan Hadhari Cattle sedangkan pada peringkat awal nama mereka terpampang di setiap promosi roadshow yang di buat pihak Hadhari.

Bila timbul masalah yang melibatkan wang, maka mereka tadi yang mendakwa hendak membangunkan orang-orang melayu supaya maju dan menjadi usahawan melayu berjaya terus hilang.

Hingga sekarang ini tidak ada suatu pihak pun yang dapat membantu usahawan-usahawan ini untuk mendapatkan semula wang mereka. Pihak kerajaan BN pun langsung tidak dapat berbuat apa2.

Pihak SSM pun telah membuat serbuan pada Hadhari Cattle ini tapi belum tentu lagi wang tersebut dapat dikembalikan semula.

Bila keadaan ini timbul semua pihak termasuk pihak kerajaan akan menyalahkan orang melayu yang melabur ini dengn alasan tidak pandai fikir, nak kaya cepat, cara cepat untuk dapatkan duit, dan bermacam2 lagi alasan.

Dalam kes pelaburan Hadhari ni sebenanya kita hendak menjadi peniaga, penternak lembu dan hendak menjadi usahawan berjaya. Ini lah yang sebenarnya. Disamping itukita dapat menyahut seruan kerajaan supaya lebih ramai orang melayu berniaga. Bukannya macam skim cepat kaya tu.

Oleh itu harapan supaya pihak2 yang berkenaan mungkin juga pihak kerajaan atau pun Perdana Menteri kita sendiri Dato' Seri Najib dapat menyelesaikan masalah ini.

Kita bukannya nak minta kerajaan bayar balik duit tersebut. Sebenarnya kita nak kerajaan tekankan pihak Hadhari supaya memulangkan balik duit tersebut dengan segera.

Cubalah kita fikir-fikirkan masalah yang timbul ini. Dimana puncanya? Bagaimana hendak menyelesaikannya? Apa tindakan pihak2 berkenaan, pihak berwajib, pihak kerajaan untuk mengelakkan perkara ini berulang? Apakah balasan yang setimpal kepada syarikat yang melakukan perkara ini? Apakah hukuman yang sepatutnya dikenakan kepada mereka ini? Inilah cara kalau kita hendak membangunkan orang2 melayu kita. Disamping membangun kita kena fikirkan perlindungan yang sepatutnya ada.

Daripada,
USAHAWAN MALANG.Anonymousnoreply@blogger.com