10 November 2009

"Nabi Tak Buat" Bukan Alasan Untuk Menghukumkan Haram


Isu dari dulu sampai sekarang, kengkawan wahabi asyik-asyik mempermainkan hukum. Mereka menggunakan alasan bahawa "Nabi Tak Buat".. itu Nabi tak buat.. maka hukumnya haram. Maka, di dalam artikel ringkas ini, akan menjelaskan segala-galanya.

Nabi Muhammad SAW tidak membuat sesuatu perkara tersebut, terbahagi kepada beberapa maksud, iaitu :

- Samada perbuatan tersebut haram
- Samada perbuatan tersebut makruh (tidak disukai atau sia-sia)
- Samada Nabi SAW tidak terfikir untuk melakukan perbuatan tersebut

Contoh perkara yang haram, yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad sAW ialah seperti mencuri, merompak dan sebagainya yang kita sedia maklum. Bahkan perbuatan haram ini, ada di antaranya dinamakan sebagai haram qath'ie atau dengan kata lain, pengharamannya jelas disebut. Contohnya pengharaman zina, mencuri, minum arak dan sebagainya. Tiada dalil untuk menghalalkan arak atau menghalalkan zina walaupun ibu tunggal.

Perbuatan makruh yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW contohnya seperti makan bawang. Nabi tidak makan bawang, dan kisahnya disebutkan ketika Nabi SAW menumpang di Rumah Abu Ayyub al Ansori ketika berhijrah ke Madinah. Selain itu, Baginda SAW juga tidak makan Dhob. Maka kedua-dua perbuatan ini tidak dikatakan haram, tetapi ia dikatakan sebagai "makruh". Sesiapa yang melakukannya, tidak berdosa, dan sesiapa yang meninggalkannya mendapat pahala.

Contoh perbuatan yang Nabi SAW tidak terfikir untuk melakukannya ialah Maulid Nabi SAW. Nabi tidak pula mencegahnya dengan mengatakan "menyambut kelahiranku adalah haram.." WalLahua'lam..

Apabila ada yang berkata "tiada dalil yang membenarkan maulid (atau sewaktu dengannya).. " Maka dengan mudah kita bertanya semula,.. "Adakah di sana terdapat dalil yang mengharamkannya?" Risalah ringkas ini hanyalah pendahuluan bagi memahamkan tentang perkara ini.

Sila rujuk perbahasan tentang "At Tarku".. Contohnya kitab karangan Syeikh Abdullah Siddiq al Ghumari, risalah ringkas yang bertajuk "Husnud Darki Wat Tafahhumi Li Mas'alatit Tarki" Cetakan Maktabah Kaherah..

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal