29 May 2010

Analisis Tentang Penganiyaan Terhadap Pelajar Perubatan Agen (Siri 1)

Kiriman Email : Mastura Jailani

Berita berkenaan satu kenyataan yang telah ditetapkan oleh KPTM baru-baru sedikit sebanyak telah memberi beberapa kemusykilan terhadap beberapa perkara.

Merujuk kenyataan di dalam blog peribadi Khairi, menyatakan urusan kemasukan pelajar perubatan bagi sesi pengajian 2010/2011 perlu mengikut saluran KPT. Kenapa prosedur ini baru dikeluarkan? itu pun bagi sesi 2010/2011. Sedia maklum, pelajar medic melalui agen telah membanjiri Mesir sejak tiga tahun lepas lagi.

Kelayakan Minima

1. Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Kepujian dengan sekurang-kurangnya 3B atau B+ dalam semua mata pelajaran. - Kenyataan di dalam blog KJ

Jika STPM dan Matrikulasi, sekurang-kurangnya CGPA 3.00. Jika peperiksaan lain yang setaraf, sila rujuk kepada ibu pejabat GMN dan perlu melihat keputusan SPM, sekurang-kurangnya B4 dalam 5 subjek sains. - Kenyataan Agen

kita boleh menilai sendiri bagaimana terdapat perbezaan yang jelas berkenaan syarat kelayakan minima untuk datang ke Mesir. Saya tidak pasti adakah hal ini telah di ambil tindakan oleh pihak berwajib terhadap kenyataan tidak bertanggungjawab ini.

Pengiktirafan Agen

4. Permohonan hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KPT tidak mendaftar mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah - Kenyataan di dalam blog KJ


5.2. Ibubapa/pelajar berhak meminta satu salinan surat lantikan sebagai agensi berdaftar yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi memastikan agensi benar-benar mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh kementerian. - Kenyataan Agen


Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia tidak pernah membenarkan proses kemasukan pelajar ke Mesir dilakukan oleh mana-mana ejen. Semua permohonan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka di Mesir perlulah mengikut saluran dan prosedur yang betul iaitu melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. - Kenyataan Laman JPMK.info

Agen terbabit secara jelas telah menggunakan nama KPTM dengan mengatakan mereka telah berdaftar dengan KPTM bagi menguruskan kemasukan pelajar perubatan ke bumi Mesir ini. Apa tindakan KPTM terhadap tuduhan palsu ini?. Kenapa hanya keluar kenyataan rasmi sahaja tanpa ada tindakan undang-undang terhadap agen-agen terbabit.

Benarkah KPT tidak mengiktiraf agen?. Merujuk kepada satu surat yang dikeluarkan oleh GMN dan MUAFAKAT bertarikh 21 Ogos 2009




Surat ini secara jelas telah mengemukakan bahawa mereka telah berdaftar dengan KPTM. Jadi, kenapa arahan pada sesi ini tidak membenarkan untuk berurusan dengan agen?. Salinan Kepada (s.k.) juga telah membuktikan bahawa beberapa “orang besar” terlibat dalam agen ini. Sila lihat :


Bersambung..

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal