15 May 2010

Beberapa Penyelewengan Di Dalam Buku Peraturan DMAK 2010



Bentuk Penyelewengan

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di atas sebidang tanah seluas 2,212 meter persegi yang telah dianugerahkan kepada kerajaan Malaysia mulai tahun 1960 dan diletakkan di bawah kelolaan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

DMAK mempunyai 4 buah bangunan: blok siswa, blok siswi, blok rumah warden dan blok rumah tamu.

Bangunan DMAK juga terdapat pejabat JPMK, rumah warden, dewan besar, kafeteria, surau, gymnasium, perpustakaan, makmal komputer, bilik mesyuarat, rumah tamu, bilik tamu dan bilik persatuan/kelab.

Fakta Sebenar

Presiden Jamal Abdul Nasir telah menganugerahkan sebidang tanah kepada PMRAM ataupun yang dikenali ketika itu sebagai Persekutuan Melayu Mesir (PMM). Hasil hadiah tanah yang seluas 2,212 meter persegi di Abbasiah dengan sah menjadi milik PMM melalui majlis penyerahan geran pada tahun 1959 yang dihadiri oleh Yang Di Pertua Persekutuan Melayu Mesir ketika itu, Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (mantan Menteri Besar Terengganu).

“Tapak bangunan ini adalah diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.” (Peraturan tahun 1986, Fasal 1 Pendahuluan Ceraian 1.3)

“Anjung tingkat bawah asrama ini adalah dikhaskan sebagai pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.” (Fasal 1 Pendahuluan Ceraian 1.6)




Bentuk Penyelewengan

Pentadbiran dan Pengurusan Dewan Malaysia Abasiah Kaherah

1) DMAK dikelolakan oleh KPT dan diuruskan oleh JPMK.

2) Pengarah JPMK bertanggungjawab ke atas semua urusan DMAK.

3) Dasar Pentadbiran DMAK ini diputuskan oleh Jawatankuasa Pentadbiran iaitu terdiri daripada:-

Penasihat 1 : Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, KPT.
Penasihat 2 : Duta Besar Malaysia ke Mesir
Pengerusi : Pengarah JPMK
Setiausaha : Warden DMAK
AJK : Wakil Kedutaan Besar Malaysia ke Mesir : Semua Pegawai JPMK

4) Jawatankuasa di atas merupakan badan tertinggi yang membuat dasar dan keputusan berkaitan DMAK.

Fakta Sebenar

“Dasar Pentadbiran Asrama ini diputuskan oleh sebuah jawatankuasa, terdiri daripada:- Pengarah JPM (Pengerusi), Penyelia Asrama (Setiausaha), Pegawai Kebajikan (I) JPM, Pegawai Kebajikan (II) JPM, Juruwati Asrama dan Tiga Orang Wakil PMRAM.” (Bab 2, ceraian 2.3)


Rujukan :

“Peraturan-peraturan Asrama Rumah Melayu”

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah menandatangani Peraturan-Peraturan Asrama Rumah Melayu bagi tahun 1971 dan 1986 yang turut ditandatangani bersama oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Yang Di Pertua PMRAM.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal