09 June 2010

Pihak al Azhar Dan Gereja Episcopal Mengecam Serangan Israel


Erm, tersenyum apabila melihat dakwah al Azhar terhadap non Muslim. Apatah lagi Kristian Ortodoks yang dianuti oleh rakyat Mesir ketika ini. Terpapar di dalam akhbar Masr al Youm (8 Jun), yang bertajuk

al Azhar dan Gereja Episcopal Mengeluarkan Kenyataan Bersama Menentang Serangan Israel Terhadap Misi Kemanusiaan


Telah diberitakan, bahawa al Azhar telah mengadakan dialog dua hala bersama dengan Gereja Episcopal pada petang 7 Jun. al Azhar telah diwakili oleh Dr Ahmad Abdul Aziz Wasil dan Gereja Episcopal telah diwakili oleh Oskup Munir Hena.

Hasil daripada dialog tersebut, al Azhar dan Gereja Episcopal telah mengeluarkan kenyataan rasmi, bahawa mereka menentang sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap kapal misi bantuan ke Gaza.

Erm.. sejuak hati ini apabila melihat manhaj al Azhar bersama dengan non Muslim. Mereka sama-sama menentang kezaliman dan kekejaman atas nama naluri kemanusiaan. Itulah sepertimana yang diberitakan.

Diberitakan juga bahawa tindakan Israel tersebut sememangnya bercanggah dengan mana-mana agama dan kepercayaan, bahkan bercanggah dengan naluri manusia semulajadi. Selain itu, kedua-dua pihak juga telah meminta kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak untuk membuka pintu sempadan di antara Mesir dan Palestin.

Malang sekali, semalam diberitakan bahawa pintu tersebut sudah dibuka, tetapi misi kemanusiaan Mesir masuk ke Palestin tanpa sebarang barang bantuan, kerana dirampas di pintu masuk tersebut.

Mereka memasuki Gaza tengahari 8 Jun, dan dialog tersebut telah diadakan pada 7 Jun. Presiden Mesir benarkan masuk Gaza, tetapi yang peningnya, barang-barang bantuan tersebut dirampas.. (link)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal