tag:blogger.com,1999:blog-3205629485532170391.post2137584782359010152..comments2023-11-05T12:49:26.045+02:00Comments on Ibnu Ir Fadzil: Bilakah Perempuan Diwajibkan Berkahwin?Ibnu Ir Fadzilhttp://www.blogger.com/profile/13169368735120542030noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-3205629485532170391.post-31159548227845644332010-04-05T23:17:18.203+02:002010-04-05T23:17:18.203+02:001. Khuatir diri mereka terjebak ke lembah penzinaa...1. Khuatir diri mereka terjebak ke lembah penzinaan bermaksud seseorang yang bimbang dirinya akan berzina satu hari nanti, walaupun masih diperingkat "sangkaan yang sedikit". Zina hati, mata dan sebagainya adalah saluran untuk mendekatkan diri kepada zina. Zina yang dimaksudkan di sini ialah memasukkan "hasyafah" ke dalam faraj. Sekiranya khuatir diri mereka akan terzina mata, ia tidak termasuk dalam konteks ini. Tetapi, lebih baik berjaga dari awal.

2. Pandangan ana, menahan perasaan daripada mencintai sesiapa adalah perkara yang sukar, kerana cinta kepada lain jenis adalah naluri dan fitrah.

Satu hari nanti, sekiranya ada lelaki yang lebih dicintai, maka jangan pula menahan diri.

Berkahwin dengan orang lain, tetapi cinta dengan orang lain, adalah perkara yang belum pasti. Sekiranya datang seseorang yang "lebih" dicintai, sudah pasti cinta pertama akan terhapus, ibarat matahari yang terlalu cerah sehinggakan bintang lain tidak kelihatan.

"Menahan cinta mati syahid" - ana tak tahu, WaLlahua'lam.Ibnu Ir Fadzilhttp://ibnuirfadzil.blogspot.comnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3205629485532170391.post-11219180215313200592010-04-03T00:05:18.500+02:002010-04-03T00:05:18.500+02:00Salam ustaz.
Saya ingin mengajukan beberapa perso...Salam ustaz.

Saya ingin mengajukan beberapa persoalan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan 'khuatir diri mereka terjebak ke lembah penzinaan'? Penzinaan jenis yang bagaimana? Adakah zina hati, zina mata termasuk dalam hal ini? Contohnya berchating dengan bukan mahram di ym, facebook & sebagainya?

2. Saya juga ingin bertanyakan pandangan ustaz tentang suatu hal. Ada seorang sahabat saya amat mencintai seorang lelaki ini yang boleh dikatakan soleh dan berakhlak. Lalu dia melamar, namun ditolak secara baik atas sebab tertentu. Sahabat saya ini sering jadi tidak tenteram hatinya akibat perasaan cinta itu. Apa pandangan ustaz? Adakah perkahwinan (dgn lelaki lain) dapat menyelesaikan masalah ini kerana bimbang perasaanya itu membawa kepada dosa? Apakah boleh pula jika dia berusaha menahan diri drpd menerima lelaki lain kerana cintanya itu? saya pernah dengar bahawa jika seseorang itu menahan cintanya dr berbuat dosa, kalau mati, mati syahid. Benarkah?

Mohon ustaz beri penjelasan. maaf andai ada kekasaran.

terima kasih ustaz.Anonymousnoreply@blogger.com