31 October 2009

Album Kenduri Kahwin Di Rumah Saya

Alhamdulillah, selesai juga kenduri siang tadi, 31 oktober.. Saya dan rombongan pihak perempuan sampai dan berkumpul di Masjid Sultan Azlan Shah pada jam 12.23 tengahari. Kami mula bergerak ke Rumah Pengantin Lelaki (rumah saya la..) pada jam 12.55 tengahari, dan tiba 7 minit selepas itu.

Ucapanku..

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir.. Sanak saudara, orang kampung, sanak saudara sebelah perempuan, kawan-kawan lama, kawan-kawan dari Mesir, cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya.. kawan-kawan abah dan mama, dan lain-lain.

Terima kasih, khas buat beberapa orang kawan yang membantu menjayakan kenduri ini.. Ustaz Abdul Hadi bin AB Rahman, Ustaz Muntazimuddin, Abdul Halim bin Abu Hasan dan kawan-kawan.

Gambar yang ditangkap oleh hanset adik saya, yang sempat saya paparkan di sini.. Untuk selebihnya.. jemput mai ke rumah kami di Mesir nanti.. Okeh.


































Baca seterusnya

30 October 2009

Kelab umno guna Pejabat jpmk Untuk Adakan Rumah Terbuka


17 Oktober 2009- Bertempat di Pejabat Jabatan Penuntut Malaysia Iskandariah, Kelab Umno Iskandariah (KUIM) telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini.

Majlis yang bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran tetamu daripada setiap tempat seperti Kaherah, Dumyat, Thafanah, Tanta dan juga Damanhur.

Lebih kurang 100 orang tetamu yang telah hadir. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Nor Zakiah Binti Zaidon Pegawai Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia Iskandariah beserta keluarga. Turut hadir Ustaz Nik Ahmad Sukimi Bin Nik Leh Pembantu Jabatan Penuntut Malaysia Iskandariah. Tidak ketinggalan Exco Kelab Umno Kaherah yang turut hadir bersama kehadiran pelajar-pelajar yang berada di Iskandariah. Pihak penganjur turut menjemput pegawai-pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) tetapi mereka tidak dapat hadir kerana mendapat jemputan rumah terbuka pada waktu yang sama di Kaherah.

Pelbagai jenis hidangan yang telah disediakan seperti nasi berkismis,rendang daging, ayam bersos, satay, kuah kacang, nasi himpit dan bermacam-macam lagi .

Semua Ahli kelab Umno Iskandariah telah memberikan komitmen yang cukup memberangsangkan. Bertempat di rumah Pengerusi Siti Saharaneh Binti Mohd Shuaib semua ahli bergotong-royong membakar satay dan menyediakan persiapan untuk majlis rumah terbuka tersebut.

Sebelum majlis bersurai, sesi bergambar beramai-ramai diadakan sebagai gambar kenangan Aidilfitri 2009.

Ulasan

Entah tiba-tiba sahaja terbuka web umno luar negara.. Mata terpaku apabila terbaca berita yang bertarikh 17 Oktober.. dan linknya ada di bawah ini

http://www.kelab-umno.com/index.php?option=com_content&view=article&id=228:kelab-umno-iskandariah

Sebelum ini beriya-iya mengatakan bahawa para pelajar tidak dibenarkan terlibat dengan politik.. Ni apa kejadah ni?

Dr Hassan Ali, yang merupakan rombongan Kerajaan Negeri Selangor, tidak dibenarkan menggunakan ARMA untuk menyampaikan ceramah.. Tetapi, kenapa dalam kes ini nampak pelik? Memang jangan haraplah nak bagi peluang kepada "bukan kerajaan" untuk bergerak secara rasmi di Mesir ini, walaupun sebagai wakil kerajaan negeri.

Entah kenapa.. Tempat jamuan pun dibuat di Pejabat jpmk.. Kalau umno-umno itu datang atas title kerajaan,.. boleh diterima lagi.. Tapi yang peliknya.. kelab umeno iskandariah buat majlis jamuan hari raya di Pejabat jpmk..

Teringat ketika Iftor Jam'ie PMRAM berlangsung.. Rancangan siapakah yang ingin merosakkan program tersebut? Tanyalah mereka yang lebih mengetahui.. Majlis Pembacaan Kutub Sittah pula, beriya-iya JPMK menghantar surat kepada pengurus Azhar Conference Centre untuk menggagalkan program tersebut. Katanya PMRAM itu pembangkang..

Fikirlah sendiri wahai manusia yang berakal. Diharap kepada jpmk supaya tidak buat hal lagi. Kalau nak carik pasal, tunggulah balasan dari Allah.

Alasan dari dulu, PMRAM tidak berdaftar.. umno mesir daftar.. jadi bolehlah guna pejabat JPMK. Takkanlah nak buat Majlis Pembacaan Kutub Sittah pun nak kena daftar dengan jmpk? Nak guna Dewan ACC pun kena daftar jugak? Kalau PMRAM daftar bawah jpmk, komfim takleh buat Kutub Sittah.

Sebabnya, PMRAM tak berdaftar dan tak guna premis jpmk pun depa usaha untuk gagalkan.. kalau daftar .. lagi la.. Langsung takleh buat program apa-apa. Sebelum ini pun dah banyak program PMRAM cuba digagalkan oleh jmpk.. dah boring rasenya.. semua orang tahu.. Diharap jmpk tahu bidang tugasnya.. PMRAM tak berdosa.. jangan carik dosa sekat orang buat baik..
Baca seterusnya

29 October 2009

Walimatul Urus Presiden PMRAM


Salam.. Betulke us Muiz nak kawin? Bile tarikhnya..? Mesej pertama saya send kepada Presiden PMRAM..

Akhir sekali.. mesej yang saya terima pada 27 Oktober lalu.. Cuma saya hanya menyimpannya di dalam inbox..

“Salam, jemput hadir ke majlis perkahwinan saya Abdul Muizz Muhammad dengan Azimah Mahmud pada 7/11 di alamat 123, jalan 3, taman kajang jaya, off jalan bukit, kajang...”

Pagi tadi saya bertanya lagi..

Us Muiz, bule tak ana hebahkan perkahwinan us Muiz dalam blog ana?

Beliau membalas.. Bleh je. Kahwin kna kecoh :-)

Okeh.. cantek.. Ana taruk alamat sekali ye? Saya membalas pulak..

Takpelah.. Us Muiz balas lagi...

Baarakallahu lakuma wa jaama`a bainakuma fil khair...

Tahniah saya ucapkan kepada beliau yang mendirikan rumah tangga seminggu selepas perkahwinan saya.. Beliau akad pada 1 November.. saya pula pada 24 Oktober.. Awal saya lagi daripada dia..

Kepada ahli bait saya....

Kepada ahli bait saya, Bait Janub Saina... cepat-cepatlah kahwin.. Presiden kita pun dah nak kawin tu..

Ahli bait saya ada 3 orang YDP, seorang Exco BKAN, seorang Penasihat BKAN (saya), dan seorang mantan TYDP..

Us Hanafi Zulkipli Yang Dipertua Majlis Kebajikan Keluarga Kedah, Us Abdul Somad Abdul Aziz Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, Us Muhd Najib bin Abdullah Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir, Us Mohd Zahid bin Abu Bakar Exco Biro Tabung Kebajikan Kesenian dan Riadhah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir, Us Mohamad Zulkifli bin Abdul Ghani Mantan Timbalan Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir.. dan saya.. Mantan Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir... Sebelum ini, Us Mohd Khairi bin Abdullah juga ahli bait saya.. sebagai Fellow MANHAL PMRAM..

Sekarang ni.. Us Khairi, Us Zul dan saya sudah pun mendirikan rumahtangga.. Kome bile lagi..? Ape-ape pun.. terima kasih kepada semua ahli bait saya.. dan termasuk Us Faizan Mat Jusoh.. mantan ahli bait.. kerana kome telah mendidik ana dan sama-sama kita pelajari selok belok dakwah.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Us Muizz dan pasangan.. daripada kami.. Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil dan Syahidatul Akmal binti Mohd Dahalan..
Baca seterusnya

28 October 2009

Mimpi Indah Sebuah Kisah Cinta


Artikel ini ditulis mungkin agak gempak tajuknya, tetapi apabila saya mendengar ceritanya, agak sebak untuk diungkap dengan lidah. Isteriku yang baru sahaja saya kahwini, pernah berkata kepada saya..

“Dulu, Akmal pernah bermimpi duduk di tengah-tengah masjid mendengar sebuah forum. Seminggu selepas itu, Akmal berkahwin dengan ahli panel yang duduk di sebelah kiri sekali...”

Bila saya mendengar ungkapannya itu, agak terkejut... Sebak pun ada. Ya, ketika berforum di Masjid Lenggong seminggu sebelum perkahwinan, sememangnya saya adalah panel yang duduk di sebelah kiri sekali. Kebetulan pula isteri saya (ketika belum berkahwin), ketika itu duduk di bahagian tengah jemaah perempuan.

Saya bertanya lagi.. “Betulkah?” .... “Emm.. betul..” Isteriku menjawab...

Dia berkata lagi..

“Ketika mendengar abang berforum ketika itu, memang Akmal baru tersedar.. seolah-olah mimpi satu ketika dahulu menjadi kenyataan.. Seolah-olah kisah mimpi tersebut sedang berputar di hadapan mata...”

“Masya Allah...”

Saya bertanya lagi .. “Dalam mimpi tu, betulkah abang menjadi panel yang duduk di sebelah kiri sekali?...”

Isteriku menjawab.. “Akmal tak nampak muka panel tersebut ketika dalam mimpi.. namanya pun tak tahu..”

Berforum di Masjid Lenggong tersebut, sememangnya sudah dirancang untuk meletakkan wakil mahasiswa Perak Mesir sebagai salah seorang panel. Pada mulanya, saya diletakkan sebagai panel pertama.. dan Us Munawer sebagai panel kedua. Tetapi apabila berbincang, akhirnya Us Munawer diletakkan sebagai panel pertama.

Sudah pasti panel pertama perlu duduk di sebelah kanan, dan panel kedua di sebelah kiri pentas.. Apabila difikirkan, memang hebat susunan aturan Allah SWT. Ketika isteriku bermimpi, dia belum pun lagi mengenali saya...

Tetapi, ia tidak pula boleh dijadikan pegangan. Setiap mimpi yang dialami, bukanlah semuanya benar-benar belaka.. Lagi-lagi kalau tidur tidak berwudhu’..

Sepertimana yang telah disebutkan di dalam Muqaddimah Kitab Tafsir al Ahlam, mimpi terbahagi kepada tiga jenis.

Pertama ialah mimpi daripada Allah
Kedua ialah mimpi daripada mainan syaitan
Ketiga ialah mimpi disebabkan psikologi

Kita kenal dulu mimpi jenis yang kedua.. Tanda-tanda mimpi daripada mainan syaitan ialah “keterlaluan”. Contohnya mimpi terlalu sedih dan menyayat hati, mimpi yang menakutkan, mimpi yang terlalu menggembirakan dan sebagainya. Mimpi sehingga “basah” pun adalah mainan syaitan..

Ketiga pula ialah mimpi disebabkan psikologi. Contohnya seseorang yang sangat menginginkan sebuah kereta.. akhirnya dia berjaya memiliki kereta tersebut di dalam mimpi. Contoh yang lain, apabila kita terlalu merindui seseorang, akhirnya dia akan muncul di dalam mimpi kita..

Mimpi daripada Allah pula ialah mimpi yang bukan mainan syaitan, dan bukan disebabkan psikologi... Penjelasan ini adalah secara asasnya.

Pernah seseorang bertanya.. “Ustaz, kalau mimpi jumpa Rasulullah?”

Apabila soalan ini ditanyakan, teringat saya seorang hamba Allah (pelajar al Azhar).. pernah bertanya soalan yang sama.. Sebuah lagi kisah yang menyebabkan hati ini sebak.

Satu hari, di sebuah muhafazah... setelah selesai mengajar kelas tutorial, saya pun balik berehat. Tiba-tiba handphone saya berdering.. Setelah memperkenalkan diri sebagai anak murid yang mengikuti kelas tadi, dia bertanya.. “Ustaz, mimpi berjumpa Rasulullah ni,.. betul ke..?”

Saya pun menceritakan bahawa mimpi tersebut memang benar.. Allah yang bagi mimpi itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya...

Selang beberapa hari selepas itu, dia menelefon semula.. dan menceritakan perkara sebenar.. “Ustaz, sebenarnya saya bermimpi berjumpa Rasulullah...” Sebak saya mendengarnya.. Masya Allah.. Saya yang selama ini belum lagi mendapat mimpi seindah itu.

Dia bercerita lagi.. pada mulanya dia bermimpi datang belajar hadis bersama seorang yang tidak dikenali.. dan tidak ingat apa yang dipelajari.

Mimpi kedua menyusul selang beberapa hari selepas itu, ketika terlelap setelah selesai Solat Subuh, di atas sejadah.. dia bermimpi datang belajar sebuah hadis bersama seorang syeikh.. Hadis tersebut bermaksud :

“Taqwa itu di sini.. sambil Nabi Muhammad SAW mengetuk dadanya.. Nabi mengulanginya tiga kali..”

Selang beberapa hari selepas itu, dia bermimpi lagi.. kali ini dia bermimpi sedang bersolat berjemaah, dan Nabi Muhammad SAW mengimami jemaah tersebut.. Setelah selesai solat, Nabi SAW naik ke mimbar dan berkhutbah..

Dia bercerita lagi.. “Orang-orang yang sembahyang bersama semuanya tinggi-tinggi.. saya ni paras pinggang mereka sahaja.. "

Dia berkata kepada saya.. “Sebab itulah saya tanya ustaz.. tentang soalan ini..”

Memang saya kenal dengan dia.. kenal gitu-gitu je.. Dia memang seorang yang berakhlak. Namun, ingin dijelaskan di sini beberapa perkara :

- Syaitan tidak dapat menyerupai Nabi Muhammad SAW, walaupun ketika dalam mimpi. Maka, mimpi berjumpa Rasulullah bukanlah mainan..

- Mimpi tidak boleh dijadikan syariat.. Contohnya seseorang bermimpi menerima sebuah hadis yang menggubal Hukum Hudud.. Maka hadis yang diterima di dalam mimpi tersebut tidak boleh dijadikan syariat, bahkan tertolak kerana bertentang dengan syara’.

- Mimpi yang bertentangan dengan syara’ confirm tertolak.. Terdapat sebuah cerita berkenaannya.. Insya Allah akan diceritakan selepas ini.

- Mimpi boleh ditafsir, tetapi tidak boleh dijadikan pegangan (i’tikad) ..

Seorang hamba Allah yang telah murtad.. pernah bermimpi.. dan dia murtad disebabkan mimpinya. Dia berkata bahawa dia pernah dikurung di dalam penjara. Ketika itu, dia bermimpi nabi isa datang kepadanya, dan memegang tangannya. Lalu makhluk yang dikatakan nabi isa itu, mengajaknya untuk menganut agama kristian... Akhirnya dia disesatkan oleh syaitan disebabkan mimpinya itu..

Satu ketika dahulu, seorang hamba Allah (pelajar al Azhar), pernah bercerita kepada saya... Dia berkata bahawa dia pernah bermimpi belajar dengan Imam Ahmad bin Hanbal.. Apabila terjaga daripada tidur, dia menangis.. kerana rindukan ulama.. sebak dengan mimpi tersebut.. Inilah beberapa kisah yang pernah diceritakan kepada saya oleh tuan punya mimpi..

Akhir sekali, saya berkata kepada isteri saya.. “Jodoh itu di tangan Allah.. Dia yang tentukan.. Walaupun kita cuba mengahwini sejuta orang pun, dan berkawan dengan dua juta orang pun.. akhirnya kita tetap akan berkahwin dengan jodoh kita yang telah ditentukan itu.....”

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
dan Syahidatul Akmal binti Mohd Dahalan
Baca seterusnya

27 October 2009

Kisah-kisah Yang Menggembirakan Hati Nabi SAW

Semaikanlah cinta kepada Nabi Muhammad SAW, dan ahli bait Baginda SAW

Kisah Pertama
(Shahih Bukhari : 6164)

Seorang lelaki yang faqir datang kepada Nabi SAW mengadu tentang kesalahannya yang besar, iaitu berjimak dengan isterinya ketika siang hari di Bulan Ramadhan.

Lalu Baginda SAW bertanya kepadanya, adakah dia memiliki hamba untuk dibebaskan? Dia mengatakan bahawa dia tidak memilikinya.

Baginda SAW bertanya lagi, adakah dia mampu untuk berpuasa 2 bulan berturut-turut? Dia mengatakan bahawa dia tidak mampu untuk melakukan demikian.

(Ibnu Hajar al Asqolani menukilkan daripada Ibnu Daqiqil Aid di dalam Fathul Bari bahawa pemuda tersebut tidak mampu untuk menahan dirinya selama dua bulan untuk tidak menghampiri isterinya. Ini berdasarkan riwayat Ibnu Ishaq. Wallahua’lam)

Lalu Baginda SAW mengeluarkan seberkas Buah Tamar, lalu diberi kepada lelaki tersebut. Baginda SAW menyuruhnya supaya mensedekahkan kesemua Buah Tamar tersebut kepada penduduk disekitar Madinah.

Lelaki tersebut bertanya lagi “Hendak diberi kepada siapa?, Demi Allah, tiada seorang pun yang tinggal di persekitaran Madinah, lebih faqir daripada kami”

Apabila mendengar kata-kata lelaki tersebut Nabi SAW tersenyum sehingga menampakkan giginya. Lalu Baginda menyuruhnya supaya memberi ahli keluarganya sendiri untuk makan buah tersebut.

Pengajaran daripada kisah

1. Diharamkan berjimak dengan isteri ketika siang hari di Bulan Ramadhan
2. Sesiapa yang melakukannya dikenakan kifarah, iaitu :
a. Membebaskan hamba atau
b. Berpuasa selama dua bulan atau
c. Memberi makan 60 orang miskin
(berdasarkan tertib mengikut pandangan Jumhur)
3. Berlembut dengan manusia yang ingin memperbetulkan kesalahan
4. Islam itu mudah dan jalan penyelesaian


Kisah Kedua
(Abu Daud : 3768)

Nabi SAW diberi kelebihan, mampu untuk melihat makhluk yang tidak dapat dilihat oleh sahabat-sahabat lain. Contohnya syaitan.

Satu ketika Nabi SAW sedang duduk dan dalam masa yang sama terdapat seorang lelaki yang sedang makan. Lelaki tersebut terlupa untuk membaca bismillah, sehinggalah makanan yang dimakannya tinggal sesuap sahaja lagi.

Ketika suapan terakhir itu hendak dimasukkan ke mulutnya, lelaki tersebut teringat bahawa dia masih belum membacakan bismillah. Lalu dia pun menyebut,

بسم الله أوله وآخره

Sejurus selepas dia membacanya, Nabi SAW tertawa sedikit lalu Baginda SAW menyatakan bahawa ketika lelaki tersebut sedang makan, syaitan juga turut makan bersamanya.

Tetapi setelah dia membacakan ayat tersebut, syaitan yang makan bersamanya muntah keluar segala yang dimakannya tadi bersama lelaki tersebut. Perkara ini membuatkan Baginda tertawa kecil melihat rupa syaitan apabila muntah.

Pengajaran daripada kisah

1. Mulakan makan anda dengan membaca doa
2. Sekiranya terlupa, maka bacalah ayat yang dinyatakan tersebut
3. Ingatlah Allah di setiap ketika dan waktu, insya Allah akan terpelihara daripada syaitan


Kisah Ketiga
(Ibnu Majah : 3219)

Suwaibit dan Nu’aiman adalah dua orang sahabat Baginda SAW yang kerap membuatkan Baginda SAW tertawa dengan kelakuan mereka yang melucukan dan menggembirakan hati.

Kedua-dua sahabat ini di antara tentera Perang Badar dan peristiwa lucu ini berlaku setahun sebelum kewafatan Baginda SAW.

Satu ketika kedua-dua sahabat ini pergi mengikuti Saidina Abu Bakar as Siddiq berniaga di Busra. Ketika itu, Nu’aiman membawa bekalan makanan. Lalu Suwaibit menyuruh Nu’aiman memberikan bekalan tersebut kepadanya untuk dimakan.

Nu’aiman memberitahunya bahawa dia akan mengeluarkan bekalan tersebut apabila Saidina Abu Bakar sampai kepada mereka.

Ketika itu, berlalu segerombolan manusia berhampiran mereka. Suwaibit mengambil kesempatan dengan bertanya kepada mereka, “adakah kamu hendak membeli hamba (Nu’aiman) daripadaku?”

Lalu kumpulan tersebut bersetuju untuk membeli hamba daripada Suwaibit, dan dia telah berpesan bahawa hambanya akan berkata “saya merdeka (bukan hamba)”. Oleh itu, apabila dia berkata demikian, tinggalkan dan biarkan dia.

Lalu mereka membeli hamba Suwaibit itu dengan seekor unta muda. Suwaibit pun mengalungkan tali unta tersebut ke leher Nu’aiman (hamba). Lalu mereka pergi dengan membawa Nu’aiman dengan tali unta tersebut.

Nu’aiman segera berkata kepada mereka, bahawa dia bukanlah hamba, dan ini hanyalah gurau senda Suwaibit semata-mata. Lalu mereka melepas Nu’aiman kerana hamba tersebut telah berkata “aku merdeka”. Setelah itu, dia segera menemui Suwaibit dan menceritakan hal tersebut kepada Saidina Abu Bakar.

Lalu Saidina Abu Bakar menyuruh Suwaibit mengembalikan semula unta muda tersebut kepada segerombolan manusia tersebut. Apabila cerita ini disampaikan kepada Nabi SAW, baginda tertawa kerana kelucuannya.

Pengajaran daripada Kisah

1. Persahabatan Suwaibit dan Nu’aiman sangat rapat sehinggakan dia tidak memarahinya kerana memper”kena”kannya.
2. Jual beli hamba sudah tidak berlaku pada hari ini. Wallaua’lam.


Kisah Empat
(Tarikh al Islam, Imam az Zahabi)

Satu ketika, seorang sahabat bernama Safinah (di dalam Bahasa Melayu bermaksud “kapal”) berjalan dengan Nabi SAW.

Lalu mereka terlihat segerombolan manusia yang memikul barang yang banyak, lalu Baginda SAW bersama-sama Safinah pergi membantu bersama-sama mengangkat barang tersebut.

Baginda berkata kepadanya,

“Angkutlah barang tersebut, kamu adalah kapal (safinah)”

Safinah menjawab, kalau kamu (Nabi SAW) mampu menggendong seumpama kemampuan seekor unta, dua, tiga sehinggalah tujuh, maka tidak lagi aku merasa berat.

Pengajaran daripada Kisah

1. Maksud “safinah” ialah kapal, iaitu pengangkutan yang mampu membawa banyak barang.
2. Persahabatan Nabi SAW dengan sahabatnya sangat akrab. Mereka saling bergurau senda dan berlawak.


Kisah Kelima
(Syarh as Sunnah, al Baghwi : 3607)

Nabi SAW mempunyai seorang sahabat yang bernama Abu al Warad yang bermaksud Bapa Bunga di dalam Bahasa Melayu.

Satu ketika Nabi SAW melihat Abu al Warad dan setelah itu Baginda SAW terlihat pula seorang lelaki yang kemerah-merahan warna kulitnya.

Lalu Baginda SAW bertanya kepada lelaki tersebut, adakah lelaki yang kulit kemerah-merahan tersebut ialah Abu al Warad? Sedangkan Baginda SAW tahu bahawa Abu al Warad berada di sebelahnya.

Bukankah warna bunga itu merah?

Pengajaran daripada kisah

1. Nabi SAW juga manusia seperti manusia-manusia yang lain.
2. Sifat kemanusiaan yang ada pada Nabi SAW membuatkan umatnya sentiasa merasa cinta kepada Baginda SAW.


Kesimpulan... Semaikanlah cinta kepada Nabi Muhammad SAW

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Universiti al Azhar
mujahidazhar.blogspot.com
Baca seterusnya

26 October 2009

Kem Remaja Luqman - Terima Kasih Kepada Semua


Berita daripada kpipm64.blogspot.com - LENGGONG, 18 OKT – Seramai 72 orang remaja berusia antara 16 hingga 30 tahun dari sekitar daerah Grik dan Pengkalan Hulu telah menyertai Kem Remaja LUQMAN.Program anjuran bersama Pejabat Pentadbiran Agama Daerah Pengkalan Hulu dan Grik dan Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari 2 malam bertempat di Nur Lembah Lenggong.

Objektif kem ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada remaja tentang halatuju hidup dan membina jatidiri serta mendekatkan remaja kepada cara hidup yang lebih harmoni berlandaskan ajaran islam.Disamping itu kem ini adalah bertujuan membetulkan amalan ibadah dan membentuk akhlak harian remaja.Kem ini juga dapat menyemai rasa kasih dan mesra sesame rakan-rakan sekeliling.

Majlis perasmian telah bermula pada pukul 4.30 petang setelah ketibaan para peserta dan Pegawai Agama.Dan telah disempurnakan oleh A.F.Us Joshuade Reza bin Mohd Zaini yang merupakan Pegawai Tadbir Agama Pengkalan Hulu dan dipengerusikan oleh Us. Zulhafeez bin Ahmad Zahidi.

Pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat sepanjang program telah disusun oleh pihak pelaksana Kem Remaja LUQMAN.Antara pengisian yang telah dilaksanakan ialah talk show ”We must be like Him(Rasulullah), kursus ibadah dan forum perdana bertajuk “Hubungna kekeluargaan dalam pembentukan Masyarakat” yang disampaikan oleh dua panel hebat Us. Ahmad Munawir bin Salehuddin dan Us. Mujahid Mohd Fadzil. Forum Perdana ini telah dijalankan di Masjid Jamek Lenggong dan dibuka kepada orang ramai. Terdapat juga aktiviti riadah atau outdoor yang mencuri tumpuan iaitu Flying Fox.

Kem Remaja LUQMAN telah berakhir pada 18 oktober setelah 3 hari berprogram. Majlis perasmian penutup diserikan dengan ucapan daripada Pegawai Tadbir Agama Grik A.F.Us Azhar bin Ahmad,dan telah disempurnakan oleh ucapan Pengarah JAIPk, Dato Syeikh Mohd Nor Mansur al Hafiz dan gimik perasmian. Disamping itu Pengarah JAIPk juga telah sudi menyampaikan sijil, cenderahati, dan hadiah kepada para peserta.

Pihak KPIPM tidak ketinggalan untuk menghadiahkan cenderamata kenang-kenangan kepada Pejabat Agama Daerah Grik dan Pengkalan Hulu. Majlis penyerahan cenderamata tersebut telah disempurnakan oleh Us Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil, Pengerusi Penasihat KPIPM, diiringi oleh Ustaz Meor Shahrizan bin Mohd Rethuan, Timbalan Pengarah 1 Kem Remaja Luqman.

Setelah majlis selesai, para peserta dan adhoc pelaksana telah merakamkan gambar kenangan bersama Pengarah JAIPk dan kesemua pegawai agama yang terlibat. Majlis juga diakhiri dengan jamuan hari raya aidilfitri dan makan tengahari dan tamat pada pukul 2.00 petang.

--------------------------------------------------------------

p/s : Terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli KPIPM yang terlibat dalam menjayakan program ini. - Muhammad Mujahid
Baca seterusnya

25 October 2009

Jom Makan Nasi Minyak


Alhamdulillah, semalam telah selesai kenduri sempena perkahwinan saya dan Syahidatul Akmal. Semoga korang yang duk baca blog saya ni, ada keinginan dan usaha untuk kahwin..

Kenduri bermula pada jam 12 tengahari, bertempat di Dewan Persidangan Jalan Adika, Grik. Rombongan pengantin berkumpul di Masjid Grik, selepas zohor. Sampai di sana, kami diarak sampai la ke meja makan pengantin.

Selesai menjamu selera, kami melayan tetamu yang hadir. Sehinggalah jam 4 petang.. namun, masih lagi ada tetamu yang hadir, sehinggalah berakhir pada jam 5.30 petang. Kebetulan kengkawan KPIPM ada yang terlambat sampai, namun, kami membuat hidangan VIP di rumah, selepas itu.

Erm.. tak terlambat bagi saya mengucapkan mabruk kepada Us Shah dan Ust Kamariah, dan Firdaus al Hassan dan Idayu, yang juga mengadakan kenduri perkahwinan mereka pada tarikh yang sama, iaitu 24 oktober. Terima kasih kepada pengapit saya, Us Abdullah Arif bin Damanhuri, yang banyak membantu..

Kepada semua pembaca yang mengenali diri ini, sila kontek nombor ana untuk jemputan kat Ipoh pulak, pada 31 oktober ini. Jangan lupa yek..

Pasal gambar pulak, ayat macam saya sebutkan sebelum ini, kalau nak tengok gambar banyak2, mai datang rumah kami nanti.. okeh..

Semoga sahabat-sahabat dapat mendirikan rumahtangga. Jom pakat kahwin..
Baca seterusnya

24 October 2009

Selamat Pengantin Baru - Hari Jumaat - 23 Oktober – 4 Zulkaedah

“Aku terima nikahnya Syahidatul Akmal binti Mohd Dahalan dengan mas kahwin sebanyak RM 1500 tunai... lafaz qabul yang disambut oleh saya daripada Us Dahalan bin Ismail, pada 23 oktober, jam 9.30 malam.

Saya akad pada 23 oktober, selepas isya dengan kehadiran sanak saudara terdekat. Alhamdulillah, saya telah berkahwin dengan seorang hamba Allah yang diberi nama Syahidatul Akmal binti Mohd Dahalan. Dulu, tak pernah tahu pun dia ni bakal isteri saya. Memang betul, jodoh itu di tangan Allah.

Kalau nak tengok gambar banyak2, mai datang rumah kami nanti.. okeh... Terima kasih kepada abang Burhan (ipar), yang telah mengimport jurukamera professional untuk majlis ini. Cuma masih dalam proses. Terima kasih buat semua...

24 oktober pulak ada majlis. Nanti saya tulis dalam post baru.. okeh.. terima kasih semua.. dan tak lupa kepada sahabat KPIPM yang turut hadir dalam majlis akad malam tu.. Ustaz Abdullah Arif bin Damanhuri (pengapit), Ustazah Norul Aimi binti Mohd Razi, Ustazah Akmal Hafizah binti Fuad, Ustazah Haziratul Naim binti Sidek.

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
dan Syahidatul Akmal binti Mohd Dahalan




Baca seterusnya

23 October 2009

Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM: Isu Pemakaian Niqab/Purdah


1. Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum. Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah pemakaian niqab/purdah:

Mazhab Hanafi : Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.
Mazhab Maliki : Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi
Mazhab Syafi`e : Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan pergelangan tangan.
Mazhab Hambali: Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

2. Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.

3. Majlis Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti berikut:

1) Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

2) Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

3) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

4) Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

5) Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

4. Setelah meneliti dan mengkaji perkara di atas, Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan ( MANHAL ) PMRAM menegaskan beberapa perkara untuk diambil perhatian:

1) Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:

" لاَ يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "

Yang bermaksud:

"Perkara yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."

Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.

2) Menghormati al-Azhar al-Syarif sebagai satu institusi keilmuan Islam yang diiktiraf sejak dulu hingga sekarang kerana bermanhaj dengan manhaj ilmu yang sederhana (wasatiah)

3) Bersangka baik dengan para ulama sekiranya timbul usaha untuk melaga-lagakan antara mereka dalam sesuatu isu serta merujuk terus kepada sumber yang boleh dipercayai

4) Tidak melupakan isu utama yang disepakati oleh ulama iaitu wajib menutup aurat disebabkan terlalu membesarkan masalah furu'.

5) Semua pihak perlu menghormati ketetapan yang diluluskan oleh al-Azhar al-Syarif dan membenarkan pemakaian niqab/purdah di premis-premis dan rumah-rumah negeri.


------------------------------------

Kenyataan ini telah disepakati melalui perbincangan pihak fellow MANHAL PMRAM seperti berikut:

1. Mohd Juzaili b. Juhan
2. Mohd Khairi b. Abdullah
3. Hairul Nizam b.Mat Husain
4. Mohd Fakerei b. Mahyudin
Baca seterusnya

22 October 2009

Kami Juga Punya Hati


Ketika memegang jawatan sebagai Yang Dipertua KPIPM sesi 2008/2009, terdapat beberapa tuduhan menimpa saya, dan KPIPM umumnya. Exco-exco dituduh menghalang ahli daripada kelas pengajian, tenaga pengajar hendaklah dari kalangan orang tertentu sahaja.. Exco malas mengaji.. dan sebagainya.

Tetapi apabila difikirkan semula, orang yang membuat tuduhan tersebut bukanlah hebat manapun. Kami dituduh salah menggunakan kaedah fiqh dalam menggariskan sesuatu etika, tetapi apabila ditanya, ”tang mana yang salah tu?”.. sampai hari ini belum ada jawapan.

Kami juga dituduh ngaji tak habis kitab.. dan tak pergi talaqqi. Entahlah.. saya pun tak tahu sebab mereka menuduh sedemikian. Kenapa mereka menuduh sedemikian? Tak tahulah. Tak da modal lain kut.. Cuma, di dalam artikel ringkas ini, bukanlah tujuan saya untuk memburukkan sesiapa, atau mengungkit kisah lama, tetapi ingin mengaitkan kita dengan ulama’.

Saya terkejut juga, kerana di dalam ruangan shoutbox blog Kutub Sittah, terdapat seorang hamba Allah yang mengaku sebagai salah seorang peserta, ”menegur” kerana Adhoc Program tidak pantas menyediakan air. Macam lawak pun ada.

Imam Bukhari bukan macam ni syeikh.. kita dok baca Shahih Bukhari, dengan masyaikh Azhar.. tapi kita pulak yang manja sangat.

Kembali kepada tuduhan tadi. Secara mudahnya, ahli KPIPM pun ahli, dan exco pun ahli. Masing-masing ada peranan. Kalau nak menyalah exco malas mengaji, kenapa ahli-ahli yang beratus lagi tidak dikatakan demikian? Bertambah pelik apabila ia sengajar disuarakan di dalam mesyuarat agung. Kenapa mesti mesyuarat agung? Simpan sampai setahun baru nak tegur? Kawan serumah tak pernah pergi kuliah, tak bising pulak.

Apa-apapun, inilah kenangan. Saya tidak memburukkan sesiapa. Sekadar pengajaran. Apabila nampak cacat cela, segera ditunding kepada exco. Badan Pengurus PMRAM pun kena sama. Adhoc Program tadi pun tak pasal-pasal kena. Sudahlah jadi adhoc ni tak bergaji.. tetiba pulak kita yang dijadikan kuli.

Jadi YDP pun takda gaji.. lagi habis duit ada lah.. Masa pun habis.. Tetapi kenapa mereka ini yang menjadi sasaran untuk dibidas? Tak terfikirkah kita untuk membantu mereka? Sebelum ini Badan Pengurus PMRAM kerap juga dikatakan tidak turun menziarahi ahli. Exco KPIPM pun kena sama. Tapi, pernahkah kome terlintas nak ziarah rumah aku? Pernahkah terfikir hendak ziarah Pejabat PMRAM? Setahun sekali pun jarang..

Sekadar inilah luahan ringkas daripada hati kecil ini.. Kita dok fikir hati kita je.. hati orang lain yang dah bersusah payah untuk kita.. buat dono je. Sama-sama muhasabah.
Baca seterusnya

21 October 2009

Syeikh-syeikh Kutub Sittah.. Semoga Kami Mewarisi Ilmu Mereka


Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga Majlis Pembacaan Kutub Sittah diadakan, walaupun terpaksa berhadapan dengan kerenah JPMK yang tidak professional. Tahniah kepada PMRAM. Walaupun diri ini berada di Malaysia, dan terlalu ingin untuk bersama mendengar bacaan hadis tersebut, saya tetap bergembira kerana program julung kali ini, berjaya disempurnakan juga.

Dalam melaksanakan program seperti ini, teringat saya tentang usaha Imam Bukhari dalam mengumpulkan hadis-hadis. Hari ini, kita dapat melihat dan membaca, bahkan menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai sumber. Bayangkan sekiranya ulama-ulama dahulu tidak berusaha dalam menuntut ilmu, dan mengembangkan Islam. Masakan hari ini kita dapat belajar di Masjid al Azhar.

Saya teringat ketika bersama Syeikh Sa’id Muhammad Muhammad Ali, Doktor al Azhar, Usuluddin Dakwah (Kini menjadi Imam Besar Masjid Husain). Beliau menceritakan kepada saya bahawa seorang syeikh yang saya terlupa namanya pernah bermimpi bahawa beliau melihat Imam Bukhari sedang mengikuti tapak kaki Nabi Muhammad SAW, satu persatu. Nabi Muhammad SAW berjalan di hadapan, dan Imam Bukhari menapak satu persatu kesan tapak kaki Baginda SAW.

Syeikh Ibrahim al Kattani, salah seorang tenaga pengajar dalam Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran PMRAM, seorang yang menghafal Shahih Bukhari sepertimana kita menghafal Surah al Fatihah. Satu ketika, seorang pelajarnya pernah menegurnya ketika membaca Hadis Shahih Bukhari. Pelajar tersebut mengatakan bahawa hadis yang dibaca oleh Syeikh Ibrahim berbanding apa yang tertulis di dalam naskah miliknya adalah berbeza. Lalu Syeikh Ibrahim berkata, naskah kamu yang tersilap cetak. Memang benar, apabila disemak dengan cetakan lain, jelas menunjukkan bahawa Syeikh Ibrahim seorang yang sudah cair dengan Shahih Bukhari tersebut. Inilah sepertimana yang diceritakan kepada saya.

Syeikh Usamah, saya mula mengenalinya seawal menjejakkan kaki ke bumi Mesir. Ketika itu diadakan di Masjid Azhar, Kelas Pengajian Musim Panas. Ketika di dalam kelas, seseorang bertanya kepadanya, “Syeikh, berapakah umur awak?”. Syeikh Usamah hanya tersenyum... Ketika itu, beliau berumur 28 tahun, pada tahun 2006. Itupun kalau tak silap saya. Beliau pernah menceritakan kepada kami tentang pengalamannya menuntut ilmu. Bermacam-macam kitab telah beliau khatam bersama ulama’-ulama di seluruh dunia. Seseorang pernah bercerita kepada saya, bahawa beliau juga pernah mengambil kesempatan berjumpa dengan Tok Guru-Tok Guru di Malaysia, untuk mendapatkan manfaat dan perkongsian ilmu. Pernah juga diceritakan kepada saya, satu ketika dalam kelas Pengajian Syeikh Ali Jum’ah (Mufti Mesir sekarang), seseorang bertanya kepada syeikh.. “Benarkan hadis ini shahih sepertimana yang syeikh beritahu?”.. Syeikh Ali berkata... “Muhaddith ada di sebelah aku ini...”.. sambil menunjuk kepada Syeikh Usamah. Beliau seorang yang fasih berbahasa Arab, dan agak mudah difahami. Ayatnya tersusun kemas.. dan penuh dengan hikmah. Beliau juga kerap menggantikan tempat Syeikh Ali Jum’ah berkhutbah di Masjid Sultan Hassan.

Syeikh Yusri, mula saya kenal pada akhir 2005 lagi. Ketika itu beliau mengajar Kitab Risalah al Qusyairiah (Tasawwuf), pada pagi hari Sabtu. Alhamdulillah, sehingga hari ini, beliau masih mengajar di waktu tersebut. Saya sempat menerima ijazah wirid Tareqat As Siddiqiah daripada beliau. Seorang Doktor Pakar yang hebat dalam ilmu agama. Beliau juga mengajar di Jabal Muqattam setiap pagi. Cuma saya je yang tak pegi. Tahniah kepada kengkawan lain yang istiqamah dengan kelas subuhnya. Saya Cuma sempat seminggu sekali ke sana iaitu pengajian Muwatta’ Imam Malik, Syamail Muhammadiah dan Hikam Ato’illah as Sakandari. Satu ketika berada di dalam kelas beliau, Kitab Shahih Bukhari.. datang seorang hamba Allah. Dengan selambanya, dia mem”bantai” Syeikh depan-depan... Dia kata syeikh ni tak betul la.. mengarut dan sebagainya. Dia juga mendoakan supaya Allah menghancurkan al Azhar. Hampeh betul mamat ni.. Nyibuk je. Dia datang tanpa diundang. Sambil tersenyum, Syeikh Yusri memanggilnya supaya duduk di bahagian hadapan. Dia pergi ke hadapan berhampiran Syeikh, sambil terus mengatakan itu ini. Pada mulanya syeikh bertanya.. nama kamu siapa.. datang dari mana.. Saya pun tak ingat apa jawapannya. Setelah itu, syeikh mempersilakannya bercakap sebanyak mungkin apa yang dia mahu, sehinggalah dia keluar dari kelas tanpa disuruh, sambil tidak henti-henti memaki hamun..

Dr Jamal Farouq, saya jarang menghadiri kelasnya. Kerugian bagi saya kerana kehebatan beliau dalam Mantiq. Tanpa disedari, beliau telah mempraktikkan Mantiq. Satu ketika beliau mengajar Kitab Jauharah Tauhid di Masjid al Azhar.. beliau mengatakan bahawa antara perkara yang tidak masuk akal dalam teori Darwinisme ialah.. kalau kita ajar beruk membaca, sampai kiamat pun takkan pandai.. Mana mungkin manusia itu berasal dari beruk.. katanya.. Memang betul pun. Perbezaan antara manusia dan beruk ialah akal, atau dalam bahasa mantiqnya ialah natiq. Mantiq ini telah dijelaskan di dalam bab Kuliyyat Khams. Dan banyak lagi ilmu-ilmu beliau dan kemahiran yang diajarkan kepada kami. Antara kenangan manis bersamanya ialah, menjemput beliau dari Masjid Azhar, ke Hayyu Asyir, sempena program Ceramah Isra Mikraj anjuran PMRAM. Alhamdulillah, saya sempat menjadi “drebar” beliau.. Saya berdoa agar saya dapat mulazamah kelas Jauharah Tauhidnya di Masjid Azhar. Tetapi, sekarang ni saya berada di Malaysia, dan agak rugi tidak dapat bersama dengannya.

Dr Rif’at Fauzi, salah seorang Pensyarah al Azhar.. saya belum pernah berguru dengannya. Namun, itulah kerugian bagi saya.

Setelah 4 tahun berada di Mesir, alhamdulillah, sedikit sebanyak pengalaman dapat dikutip bersama masyaikh. Walaupun saya lebih tertumpu dengan aktiviti persatuan, namun, hati ini masih terpaut kepada mereka. Kadangkala saya gemar meniru gaya syeikh-syeikh kita.. semoga saya dapat menjadi syeikh seperti mereka.

Syeikh Ali Jum’ah, dan anak muridnya, Syeikh Sayyid Syaltut, kerap meramas-ramas kedua-dua pergelangan tangannya ketika mengajar. Syeikh Imad Affat digelar Syafie Saghir dengan ilmunya yang tinggi. Syeikh Sa’id Muhammad Muhammad Ali, berkhutbah dengan badan yang tegap dan tangan yang rileks.. Syeikh Ibrahim Ba’bulah kerap menyelitkan sirah Nabi Muhammad SAW di dalam kelas tajwidnya.. dan banyak lagi yang tak tercerita... Semoga diri ini mendapat berkat mereka walaupun sedikit.. dan mewarisi ilmu-ilmu mereka.
Baca seterusnya

20 October 2009

Berprogram Di Nur Lembah Lenggong


Alhamdulillah. Inilah ucapan lidahku apabila selesai melaksanakan Program Kem Remaja Luqman, hasil kerjasama tiga pihak, iaitu Pejabat Agama Grik, Pejabat Agama Pengkalan Hulu dan KPIPM. Mula-mula sekali, saya ingin memohon maaf kepada semua sahabat adhoc kerana kelewatan saya menghadirkan diri bersama antum.

Saya tiba pada petang hari kedua. Ini kerana persiapan untuk perkahwinan terlalu banyak untuk diselesaikan. Hari-hari saya mengecat rumah, bersihkan halaman, dan edarkan kad. Terima kasih kepada abah dan mama yang juga banyak membantu dalam menyelesaikan masalah ini bersama.

Namun, kesempatan untuk bersama KPIPM telah diluangkan. Pada hari kedua saya tiba 5 minit sebelum azan Maghrib. Dan selepas Isya, semua peserta akan bergerak ke Masjid Daerah Lenggong untuk berforum. Pada malam itu, saya berforum bersama ustaz Ahmad Munawer bin Salehuddin dengan tajuk Hubungan Kekeluargaan Dalam Pembentukan Masyarakat.

Alhamdulillah, pada malam tersebut, KPIPM telah membuat kutipan untuk tabung kebajikan KPIPM di masjid tersebut.

Keesokan paginya, pada jam 10 pagi, bermulanya majlis perasmian penutup, oleh Dato Syeikh Mohd Nor Mansur al Hafiz. Beliau juga menekankan tentang aspek kekeluargaan dalam konteks remaja. Pada akhir Majlis Perasmian, KPIPM telah menghadiahkan Monograf Prasasti Perak kepada Pejabat Agama Grik dan Pengkalan Hulu sebagai tanda kenang-kenangan.

Selepas tamat majlis perasmian tersebut, kami bersama-sama menjamu hidangan raya, atau dipanggil sebagai jamuan hari raya...

Secara individu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua adhoc yang membantu. Alhamdulillah, semuanya dari kalangan ahli KPIPM. Oh ya.. pada hari kedua, kami dikunjungi oleh dua orang lama KPIPM, Us Yasir bin Abd Rahman, dan Us Sofiuddin bin Ahmad Farid. Ustazah Nasuha (isteri Ustaz Syukri) juga terlibat sebagai tenaga pengisi.

Insya Allah, gambar masih dalam proses pengumpulan.. dan akan disiarkan di dalam blog KPIPM sendiri oleh Us Nazirul sebagai Setiausaha Program.. Terima kasih kepada semua.. Jangan lupa datang walimah saya..
Baca seterusnya

19 October 2009

Kadangkala, Tidur Itu Lebih Baik


“Tidur dalam keadaan berilmu lebih baik daripada solat dalam keadaan jahil” (Jami’ Saghir : 9294)

Inilah realiti yang terjadi, dan sesuatu yang perlu diterima. Orang yang tidur dalam keadaan berilmu lebih baik daripada orang yang bersolat dalam keadaan jahil. Adakah hadis ini menggalakkan kita tidur? Sebelum menjawab soalan ini, sila jawab soalan yang kedua dahulu, adakah kita ini sudah dikatakan berilmu?

Tidur dalam keadaan berilmu ialah seseorang yang tidur, dalam keadaan dia tahu bahawa tidur itu adalah yang terbaik. Bukanlah tidur 24 jam. Contohnya orang yang tidur ketika waktu yang sesuai, dan sepatutnya. Atau orang yang tidur awal untuk bangun berqiamullail, atau orang yang tidur sunat sebelum waktu zohor untuk mengikut sunnah Nabi SAW.

Maka, tidurlah selagi mana tidur itu membawa manfaat dan selagi mana ia adalah yang terbaik. Manakala orang yang kuat tidur itu adalah orang yang bodoh. Ini kerana dia tahu bahawa di dunia ini adalah tempat untuk hidup, bukannya tempat untuk mati! Dr A’idh al Qarni menukilkan sebuah syair di dalam La Tahzan :

Wahai penggemar katil, banyaknya kamu tidur,
Sesungguhnya selepas kehidupan adalah tidur yang panjang!!

Bagaimana pula dengan si jahil? Orang jahil pula adalah orang yang tidak tahu. Mereka yang bersolat dalam keadaan tidak tahu, akhirnya solatnya itu hanya sia-sia. Bagaimanakah solat itu mampu memberi manfaat kepada orang si jahil? Seolah-olah seperti seorang yang menaiki kereta, dalam keadaan dia tidak tahu mengendalikannya. Akhirnya kereta tersebut tidak juga bergerak.

Manakala orang yang paling keji pula ialah orang yang sudah tahu solat itu wajib, tetapi sengaja meninggalkannya. Maka, orang ini adalah orang yang lebih teruk daripada si jahil yang meninggalkan solat kerana dia tidak tahu kewajipannya!

Maka, janganlah kita sengaja melabelkan diri kita tergolong dalam golongan tersebut. Kita juga janganlah melabelkan diri kita sebagai seorang hidup yang mati! Iaitu mereka yang lebih banyak masa tidurnya daripada masanya berjaga, sedangkan ke”hidup”an di dunia bukanlah untuk mati!

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Universiti al Azhar
http://mujahidazhar.blogspot.com
Baca seterusnya

18 October 2009

Gambar Tragis Gempa Bumi Di Sumatera

Gambar-gambar ini telah dicopypaste dari blog Idham Lim.. Renungan bersama..

































Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal