16 June 2010

Matlamat Penubuhan Kelab UMNO Kaherah, Apa Pandangan Anda?


Konsep Kelab UMNO

Faktor pengajian Islam di Mesir, kedatangan pelajar-pelajar Malaysia dari masa ke semasa bertambah ramai, kekurangan kebajikan dan perkembangan isu-isu semasa dari tanahair telah menjadi konsep utama kewujudan utama Kelab UMNO Kaherah untuk menabur bakti di kalangan anak Melayu di sini.

Kelab UMNOI Kaherah tidak pernah menafikan kemunculan badan-badan lain yang ada disini, bahkan dasar kerjasama sentiasa dijalinkan termasuk Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.

Matlamat Kelab UMNO Kaherah

Konsep Kelab UMNO Kaherah diperkembangkan dengan beberapa aktiviti untuk mencapai matlamat-matlamat seperti berikut:

i- Menyatupadukan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir khususnya yang menjadi anggota Nadi dan rakyat Malaysia dengan tujuan untuk menegakkan syiar Islam dan mendokong cita-cita Agama, Bangsa dan Negara serta mendokong dasar perlembangaan Negara.

ii- Untuk mengambil langkah-langkah dan memainkan peranan utama kepada pelajar- pelajar dalam urusan kebajikan, keselamatan, bantuan kewangan dan masalah-masalah yang berkaitan dengan pengajian dan kemajuan pelajaran.

iii- Membela hak dan menjaga kepentingan orang-orang Melayu di Mesir

iv- Melahirkan dan menimbulkan rasa kasih-sayang serta perpaduan di antara rakyat

Malaysia yang berada di Republik Arab Mesir serta persefahaman di antara pelbagai kaum di Malaysia

v- Menyediakan kemudahan-kemudahan latihan dan melahirkan pendapat serta kesimpulan menerusi majlis ceramah dan lain-lain aktiviti dalam bidang agama, ekonomi, politik, pelajaran, sukan, kemasyarakatan dan kepimpinan.

vi- Mengambil daya utama dengan memberi peluang dan keutamaan kepada bekas ahli-ahli NUMRAM untuk menyambung tenaga dan perkhidmatan dengan lebih berkesan apabila pulang ke Malaysia.

Kelab UMNO Luar Negara

Pada sesi 2003/2004, pihak Jawatankuasa Tertinggi Kelab UMNO Luar Negara yang dipengerusikan oleh YB Datuk Haji Mohd. Shafie Haji Apdal telah mengorak langkah dengan penstrukturan semula sistem serta pentadbiran Kelab UMNO Luar Negara agar lebih mencapai matlamat serta mudah untuk saling berkomunikasi antara sesama Kelab-kelab UMNO Luar Negara dengan pihak pentadbiran (Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara).

Dengan penstrukturan sistem oleh pihak Sekretariat KULN, maka dari masa ke semasa Kelab UMNO Kaherah yang dulunya hanya berdiri sendiri berpejabat di Kaherah, kini Kelab UMNO di Mesir telah mewujudkan 4 lagi Cawangan Kelab UMNO Luar Negara di Mesir (Damanhur, Tanta, Iskandariah dan Mansoura)

Kini, nama NUMRAM (Nadi -Kelab- UMNO Malaysia Republik Arab Mesir) telah bertukar nama kepada Kelab UMNO Kaherah, Republik Arab Mesir dengan bernomborkan pendaftaran Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (PPP/04). sumber

p/s : Apa pandangan anda?

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal