25 June 2010

Antara Bisu Dan Perut Boroi Yang Diisi Dengan Harta Haram!


Istilah “bisu” sudah diketahui umum. Hari ini, dunia membisu dengan kejahatan. Tidak hairanlah kalau ulama-ulama yang berotakkan keduniaan ini akan turut bisu, sama seperti dunia.

Ulama-ulama yang berpemikiran material ini, mudah saja disumbat dengan duit-duit kertas untuk membisu kan mereka. Sama juga dengan dunia. Dunia tiada lidah dan mulut untuk berkata-kata.

Saya yakin, sekiranya bumi ini dibenarkan oleh Allah untuk bersuara, sudah lama bumi akan “sound” semua kejahatan yang manusia lakukan di atas perutnya. Saya yakin, sekiranya bumi dibenarkan oleh Allah untuk menghancurkan manusia, sudah lama bumi akan menenggelamkan laknat-laknat yang berada di atas perutnya.

Berbeza dengan ulama-ulama kecut yang membisu. Mereka akan menelan apa sahaja keuntungan di hadapannya, tanpa mengira halal dan haram. Semua disapu habis. Sama juga dengan mereka-mereka yang mempunyai otak seperti “dunia”.

Dunia pun pening, mengapa manusia begitu meminati dirinya? Bumi turut pening, kenapa manusia begitu meminati dunia. Bumi juga adalah salah satu makhluk yang berada di dunia. Sama seperti manusia. Tetapi manusia yang gila akan mencari dunia.

Mereka ingin menyumbat dunia di dalam perut mereka. Walhal mereka tidak sedar, perut mereka tidak sebesar itu! Mereka menelan harta haram, sudah cukup untuk memboroikan mereka. Tetapi mereka masih lagi rakus untuk menelannya. Sehinggalah mereka mati disebabkan dunia!

ibnuirfadzil.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal