24 June 2010

Saya Luluskan Lesen Judi Sekiranya Berkuasa - Mahathir

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.

Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

"Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.

"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi.

Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

1 comments:

alias_safwan on June 24, 2010 at 8:20 PM said...

mintak penjelasan..(bkn nk serang sape2 ni)..

[1]adakah kerajaan dibolehkan utk gune duit utk pmbgunan dari sumber berikut:
a)arak
b)judi

[2]petikan dari h.daily..

"Sheikh Dr. Yusof Abdullah al-Qardhawi, Pengerusi Majmak Fiqh al-Islami al-'Alami (Ikatan Fiqh Islam Sedunia) pernah berfatwa bahawa kerajaan diharuskan menggunakan duit dari cukai arak untuk pembangunan prasarana awam daripada membakar duit cukai itu."

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27226:chee-keong-perbodoh-diri-sendiri&catid=1:utama&Itemid=50

pastu bc ni plak..

http://mindaperkasa.blogspot.com/2010/06/apabila-orang-jahil-berbicara-tentang.html

[3]adakah boleh guna duit cukai hasil arak tp x bole guna duit hasil judi?
ataupun kedua2nya haram, sbb perkataan "khamr" wal "maisir" disebut bersama dalam satu ayat, dan lafaz "fihima" merujuk kedua2nya..

ana harap dapat penjelasan sbb ade junior sekolah ana tny, ana pon jd keliru.. ane se betol er?

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal