27 June 2010

Pelik : Budak 6 Tahun Juga Disyaki Militan


Dalam isu militan yang melanda di Malaysia, saya tertarik untuk menyentuh sebuah berita yang disampaikan di dalam Era Muslim bertarikh 27 Jun. Berita tentang seorang budak berumur 6 tahun, ditahan daripada membuat penerbangan ke luar Amerikan Syarikat.

Ketika itu, budak perempuan yang bernama Alyssa Thomas bersama ibu bapanya untuk ke luar Amerika, tetapi tidak dibenarkan kerana senarai nama Alyssa Thomas yang berumur 6 tahun tersebut, terdapat di dalam senarai yang disyaki militan.

Ha.. amacam? Orang Malaysia jangan terkejut. Tok Guru agama pun dianggap sebagai militan. Sebelum ini, budak 11 tahun jadi mangsa.. Entah, adakah satu hari nanti, keluar satu berita “unsur militan terdapat di sekolah rendah pula”.


Ibnuirfadzil.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal