29 June 2010

Kenapa Perlu Tiru Barat?

Habis la duit kalau macam ni!!


Hari ini, mata saya agak rasa tak best apabila melihat beberapa orang muda berbangsa Mesir sedang berjalan dengan menggayakan fesyen barat. Sebelum ini, apabila melihat televisyen, sering disebutkan perkataan “Amerika” sebagai tanda kebanggaan. Contohnya,

“Ayah saya adalah business man di Amerika”

Ayat ini banyak diulang-ulang di dalam siaran televisyen Mesir.

Apabila saya berjalan-jalan di kedai-kedai, dan institusi pembelajaran, saya dapati terdapat unsur-unsur seperti ini, antaranya Sekolah Rendah Jerman, Kedai Baju Fesyen Itali, Hospital Jerman, Pusat Perabot Amerika... dan banyak lagi.

Kenapa ya, saya melihat bangsa Mesir begitu suka menggunakan perkataan-perkataan “negara barat”? Apa nak dihairankan, di Malaysia juga lebih kurang. Kenapa kita perlu melihat barat sebagai contoh?

Entah.. Apabila melihat siaran televisyen Malaysia melalui internet, saya akan dapati perkara yang sama. Style-style yang ditonjolkan oleh pengacara televisyen, kadangkala terlalu ketinggalan.

Rambut sengaja “diserabaikan”.. Tidak disikat.. seluar berkedut.. baju keluar sebelah.. Kenapa selekeh ini yang ditonjolkan? Kenapa style ini yang dipublisitikan? Entahlah.. Mungkin anda boleh berfikir sejenak.

- ibnuirfadzil.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal