Sila baca surat di atas, kemudian beberapa persoalan yang ingin saya timbulkan. Daripada surat di atas, kita mendapat tahu bahawa YB Dato Seri Mohd Syafie Apdal telah datang ke Mesir pada November 2007. Mungkin beliau bersama-sama rombongan kerajaan untuk menyertai MECC 07.
Beliau adalah Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara ketika itu (sila rujuk sini). Berdasarkan surat ini juga, membuktikan bahawa aduan Kelab UMNO Kaherah ketika kerajaan Malaysia datang ke sini ialah untuk MEMBAIKI TANDAS dan mengecat pejabat Kelab UMNO Kaherah!
Kerajaan datang punya susah, sampai-sampai kat Mesir, inikah aduan Kelab UMNO Kaherah? Bahkan LE 20 000 diperuntukkan untuk baiki tandas dan mengecat. Adus. Tak hairanlah kalau Sukan 1 Malaysia menelan 0.5 juta LE.
Sila lihat surat daripada JPMK, yang berletterheadkan Kedutaan. Bertarikh 22 Mac 2009. Surat penerimaan tersebut bertarikh 25 Julai 2008. Dan MECC akhir 2007. Sehingga 22 Mac 2009, tiada sebarang pembaik pulihan.
Erm.. saya serahkan kepada pembaca untuk membuat penilaian. Bukti sudah dijelaskan depan mata. Kalau ada yang sudi untuk memberi penjelasan, dialu-alukan. Terima kasih. Senyum sikit :)
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
1 comments:
Baca :
JOHANNESBURG: Jurulatih Argentina, Diego Maradona akan menggunakan tandas mewah di Piala Dunia Afrika Selatan.
Tandas Maradona dilengkapi sinki, mangkuk tandas, pam, kepala paip dan juga tempat lapik tandas baru yang boleh dipanaskan dan dijual dengan harga AS$450 (RM1,492) setiap sati. “Persatuan Bola Sepak Argentina meminta ubah suai dilakukan kerana tandas sedia ada tidak memenuhi citarasa Maradona,” kata sumber. - AFP
link : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TandasbaruMaradona/Article/index_html
tandas maradona Baru pun tak sampai LE 4000.00 . Tandas UMNO lebih mahal lg. Tandas Pelajar plk tu. Mewah sungguh puak2 ni. berapa byk lg harta benda yg korang dpt?. Kat msia pon dah tak terkira. Kat sini pon yg belajar agama pon terliur dgn duit2 "haram" ni.
Post a Comment