15 July 2010

Periuk Tukarkan Beras Jadi Roti


GAMBAR menunjukkan periuk elektronik yang menukarkan beras menjadi roti di sebuah hotel di Tokyo semalam.

TOKYO - Syarikat pengeluar elektronik, Sanyo semalam melancarkan produk terbarunya iaitu 'periuk' yang boleh menukarkan beras menjadi roti.

Mesin itu boleh mengisar satu cawan beras menjadi tepung kemudian diadunkan dengan air, gluten, ragi dan bahan lain untuk membakar sebuku roti selama empat jam.

Nama yang diberikan untuk 'periuk' itu ialah GOPAN iaitu campuran perkataan gohan dalam bahasa Jepun bermaksud memasak nasi dan pan yang bermakna roti dalam bahasa Sepanyol.

Periuk itu akan dijual pada harga antara AS$560 (RM1,793) hingga RM670 (RM2,146). - AFP

2 comments:

Anonymous said...

waahhh :)

sarina on July 16, 2010 at 1:06 PM said...

wah..stu pembaharuan nih...selalu nyer jepun saje yang mencipta kegunaan tersebut menjadi lebih berguna..kalau kite cukup la sekadar dapat masak nasi terus tak ingat nak cipta benda yg lebih berguna..huhu..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal