Pejam celik pejam celik, sudah 9 bulan saya dan isteri telah mendirikan rumahtangga. Hari ini, 23 Julai merupakah ulang bulan ke 9 perkahwinan kami. Jadi, sempena ulang bulan ini, saya ingin mengajak dan menggalakkan kepada para pemuda dan pemudi untuk mendirikan rumahtangga.
"Eh, ustaz, takyahlah dok kempen-kempen kawin ini, bukan semua yang teringin nak kahwin.."
Suka untuk saya menjawab ayat ini, Nabi SAW pun mengesyorkan kepada para pemuda dan pemudi untuk mendirikan rumahtangga. Hadis yang cukup terkenal.. iaitu hadis galakan kepada pemuda untuk berkahwin. Sekiranya tidak mampu, hendaklah berpuasa.
Diselang itu juga, doa kepada mereka yang ingin berkahwin, tetapi masih belum kesampaian.. Macam-macam halangan dan dugaan dihadapi oleh mereka. Semoga Allah permudahkan urusan mereka.
- Ibnu Ir Fadzil
0 comments:
Post a Comment