22 July 2010

Hubungan Baik Mahasiswa Dengan KBMK, Hubungan Dengan JPMK Makin Retak

Baru-baru ini, En Saiful selaku Kuasa Usaha Sementara telah dijemput beberapa kali oleh BKAN untuk beberapa pengisian dan perasmian. Tahniah. Antaranya ialah BKAN Johor yang telah menjemput beliau merasmikan program dan memberi pengisian di dalam program tersebut.

Begitu juga BKAN Terengganu.. yang telah menjemput beliau untuk merasmikan program. Tahniah saya ucapkan di atas hubungan baik KBMK dan mahasiswa di bumi Mesir, terutamanya PMRAM sendiri.

JPMK apa khabar? Ya, sejak akhir-akhir ini JPMK sudah tidak dipandang. Sebelum ini mereka mengatakan bahawa BKAN perlu berdaftar di bawah JPMK. Persoalannya, adakah pendaftaran di bawah JPMK? Atau KBMK?

Penjelasan ini akan terdedah tidak lama lagi.. Baru-baru ini, isu ARMA bangkit kembali.. JPMK telah menghalang BKAN Selangor untuk menggunakan ARMA bagi pengisian Seminar Politik Islam. Insya Allah, nantikan post seterusnya.

- Ibnu Ir Fadzil

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal