20 July 2010

Wacana Di Rumah Perak Malam Ini.. Tolong Pasang Kipas Kalau Panas

Sekali lagi, kesibukan yang menghimpit menyebabkan blog ini tidak diupdate semalam. Teringat ungkapan yang mengatakan bahawa kewajipan itu lebih banyak daripada waktu. Tengok jam pada dinding, sehari 24 jam. Kewajipan itu lebih banyak daripada tempoh itu.

Pada 17 Julai lalu, saya sempat menziarahi Us Mu’izz yang mengalami kemalangan di jalan raya.. Beliau berada di Pejabat PMRAM ketika itu. Semoga cepat sembuh.

Pada malam itu, berlangsungnya Muhadharah Ilmiah bersama Syeikh Umar Abdullah Kamil sempena Isra’ dan mikraj anjuran BKAN taakhi dan PMRAM.

Semalam, 19 Julai, Daurah Kitab oleh Syeikhuna Rohimuddin diadakan di Rumah Perak, dan berlangsung selama 3 hari.

Pada sebelah malamnya, saya tidak dapat menghadiri Dialog bersama Wakil MAIAMPk di Rumah Perak kerana dijemput menjadi ahli panel Forum Manhaj Akidah, Pemikiran Islam dan Tasawwuf yang diadakan di Rumah Kelantan.

Ketika post ini ditulis, saya akan membentangkan kertas kerja di Rumah Penang dengan tajuk “Kiamat Mengikut Perspektif Sains”, lagi beberapa minit..

Malam ini pula akan berwacana di Rumah Perak, dengan tajuk “Sekularisme dan Liberalisme, Tergugatkah Akidah?” Malam ini, saya akan berwacana bersama dengan BP Farkhan.. Mungkin agak panas isu yang dibincangkan.

Erm, tengok-tengok balik.. takda la sibuk mana. Cuma yang sibuknya, saya sedang menyiapkan beberapa buku lagi yang masih dalam proses. Antaranya Syarah Jauharah Tauhid Bab Kenabian, Kajian Tentang Kiamat Dan Peristiwa Akhir Zaman, Hitam Putih Dunia Falsafah, Ringkasan Jauharah Tauhid dan beberapa lagi..

Dengar cerita, Us Hairul pun sudah hampir menyiapkan Bahrul Mazi..semoga Berjaya..

Isu JPMK, BKAN Perak, Mahasiswa Mesir dan bermacam-macam lagi, penuh di kepala otak ini.. entah bila nak dipostingkan..

Semalam, broadband saya tertinggal di rumah kawan.. Menambahkan lagi kesukaran untuk mengupdate blog. Doakan supaya usaha ini dipermudahkan.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal