9 Januari, adalah hari yang ke 7 bagi Muhammad Taufiq dan Nur Hidayatina. Untuk mendapat keberkatan daripada sunnah ini, saya sambil ditemani oleh Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime membawa Muhammad Taufiq untuk ditahnikkan oleh Syeikh Yusri di Masjid Asyraf, Muqattam.
Tetapi, Nur Hidayatina masih lagi berada di dalam Incubator. Jadi, saya terpaksa mendahulukan si abang. Insya Allah setelah Nur Hidayatina selesai daripada penjagaan tersebut, saya akan membawanya untuk ditahnikkan.
Terima kasih kepada Ustaz Majdi kerana tolong bawakan kereta. Terima kasih kepada Ustaz Shahrizan kerana tolong teman dan siapkan persiapan mentahnik. Terima kasih kepada Ustaz Hairul Nizam kerana tolong rakamkan video. Terima kasih kepada Ustaz Huzaifah BP kerana tolong tangkapkan gambar-gambar menarik di bawah ni..
Sama-sama doakan keberkatan dan keredhaan Allah..
3 comments:
mabruk ustaz mujahid dan yong akma:)..
salam ustaz...tahniah pada ustaz dan zaujah. camne dengan kesihatan anak perempuan? jika masih di hospital, seeloknya si ibu pam susu badan dan simpan dalam botol, kemudian minta nurse berikan kepada anak ustaz. ia lebih baik daripada susu tin .saya tak pasti hospital beri susu apa pada anak ustaz, tapi kalau mereka beri susu tin, cuba bincang dgn doktor supaya dibenarkan ganti dgn susu ibu, sbb di Barat mereka sebolehnya beri juga susu ibu, walaupun si bayi menggunakan tiub.
dan saya sarankan zaujah ustaz guna electric pump, lebih praktikal dan tidak seletih menggunakan pam manual.
wassalam.
Erm.. mula-mula dulu, dokter kat situ tak bagi.. Macam-macam alasan dia bagi. Bila dah bincang balik betul2 dengan dokter, akhirnya bagi juga. Macam-macam alasan dia bagi. Entah kenapa. La ni pun ana dok hantar susu tiap-tiap hari, dan memang kami menggunakan electric pump. Terima kasih atas cadangan.. Kalau ada ape2 lagi, bgtau la ek. Tq
Post a Comment