Sambungan daripada siri lepas, Falsafah Baru. Ada yang menamakannya sebagai Falsafah Moden, tetapi saya lebih suka menggunakan istila Falsafah Moden dengan perkataan "Falsafah Mu'asarah", iaitu Falsafah yang bermula pada akhir 1900 an.. Selamat membaca.
BAB 2 – SUASANA FALSAFAH BARU
Bab kedua ini menceritakan tentang suasana Falsafah Baru ketika kemunculan dan perkembangannya. Di sana terdapat dua suasana, atau keadaan yang paling utama, iaitu :
1. Suasana Barat
Secara umumnya, suasana kehidupan dan keadaan di Barat bangun dengan perkembangan dan kemajuan. Ia akan diperincikan selepas ini.
2. Suasana Timur
Kawasan timur mengalami perkembangan dari sudut jajahan. Kawasan dan taklukan yang semakin besar menyebabkan kurang kemampuan untuk menampung dan menghidupkan pendidikan, ilmu, pengetahuan Falsafah kepada masyarakatnya.
Sumber falsafah ketika ini hanya ditulis dalam Bahasa Eropah, atau dengan kata lain, suasana di Timur, bersifat “menerima dan terkesan” dalam dalam falsafah.
Maka, di dalam bab ini, saya memfokuskan perbahasan kepada suasana Barat, yang menyebabkan pertumbuhan besar dalam arena Falsafah Baru.
Falsafah Baru dikatakan muncul dari Amerika dan Eropah. Tetapi bukan bermaksud hanya dua tempat ini sahaja yang menyebabkan pertumbuhannya. Apabila kita melihat kepada kemunculan Falsafah Baru ini, ia banyak berkembang di 4 buah negara, iaitu Itali, Prancis, England dan Jerman.
Walaupun asal pertumbuhannya di Amerika Eropah, tetapi perkembangan yang lebih menonjol adalah hasil daripada keenam-enam kawasan ini, termasuk Amerika Eropah. Sebelum ini telah diceritakan bahawa suasana Barat bersifat membangun dan berkembang.
Suasana Itali Sebagai Pencetus
Itali adalah tapak kebangkitan Eropah, iaitu merupakan pencetus ke arah kebangkitan Falsafah. Ia banyak mempengaruhi dalam kebangkitan Eropah dengan memberi idea kepada pemikir-pemikira terkenal seperti Bekon, Decart dan Kent, untuk mencipta kebangkitan di Barat.
Pada kurun ke 14, Itali hanya bangkit dari segi peradaban dan seni, sedangkan negara-negara lain masih lagi ketinggalan. Sehinggalah pada akhir kurun ke 15, Itali mula bangkit dari segi falsafah sedikit demi sedikit.
Suasana England Sebagai Persediaan
Di England, ahli falsafah yang masyhur iaitu Francis Bekon yang dikatakan pembangun bagi Falsafan Baru. Beliau adalah ketua bagi pemikiran bereksperimen. Beliau bukanlah pencetus bagi Falsafah Baru, tetapi beliau telah membuka ruang pertumbuhan Falsafah Baru, hasil daripada cetusan daripada ahli Falsafah Itali.
Suasana Prancis Sebagai Permulaan Dan Kemunculan
Di Perancis pula, Falsafah Baru telah dimulakan oleh Decart, yang dikatakan sebagai Bapa Falsafah Baru. Ia mula muncul sekitar kurun ke 17, dan beliau mendasari pemikiran yang berpegang dengan kemampuan akal, berbeza dengan Fracis Bekon yang berpemikiran eskperimen.
Di Perancis inilah yang dikatakan sebagai permulaan dan kemunculan Falsafah Baru setelah ia mula menampakkan pertumbuhannya di Itali dan England. Namun, ia belum berkembang sepenuhnya, sehinggalah perkembangannya diteruskan oleh Jerman
Suasana Jerman Sebagai Perkembangan Falsafah Baru
Di Jerman, Falsafah Baru telah dikembangkan oleh Kent (1724-1804), yang mempelopori pemikiran yang mengembalikan konsep kewujudan ini kepada cetusan pemikiran. Ia adalah hasil daripada pemikiran yang berpegang dengan akal sepertimana yang didasari oleh Decart. Daripada sinilah berkembangnya pemikiran Falsafah Baru di Eropah, Amerika dan barat secara umumnya.
Suasana Timur Ketika Ini
Sepertimana yang telah disebutkan, Timur berada di dalam suasana terhad daripada sumber-sumber Falsafah disebabkan faktor perkembangan kawasan timur ketika ini. Sumber-sumber Falsafah hanya ditulis dalam Bahasa Eropah. Maka, kita boleh mengatakan bahawa suasana di Timur, adalah suasana “menerima dan terkesan”.
Kesimpulan
Kita boleh lihat di sini bahawa Falsafah telah bermula di Timur Kuno, kemudian berpindah ke Yunan Kuno, dan dinamakan Falsafah Yunan. Kemudian berpindah pula ke dunia Islam, sehingga munculnya Falsafah Islam ketika itu. Setelah itu, ia berpindah pula ke dalam dunia Kristian, dan dinamakan Falsafah Pertengahan.
Kemudian disambung pula dengan Falsafah Baru yang dipelopori oleh Barat, dan seterusnya Falsafah Moden yang wujud pada hari ini. Adakah ketuanan Falsafah ini akan berpindah pula kepada Islam di Timur? Bilakah saat ini akan berlaku? Dan bagaimanakah bentuknya?
Perlu diketahui, Falsafah Islam berkembang pada kurun ke 8 sehinggalah pertengahan kurun ke 12. Kemudian, suasana Timur berubah kepada suasana “menerima dan terkesan” dalam bidang Falsafah. Dalam masa yang sama, di Barat sedang bergelumang dengan Falsafah Kristian bermula pada kurun ke 9, sehinggalah kurun ke 14.
Selepas kurun ke 14, berlakunya zaman kebangkitan Eropah, sehinggalah munculnya Era Falsafah Baru pada kurun ke 17. Falsafah baru pula berkesudahan pada akhir 1900 dan berubah kepada Falsafah Moden. Bilakah Falsafah itu akan kembali kepada Islam?
bersambung....
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment