Sumber : fromegypt-wewrite.blogspot.com
Tinggal di luar jika ikuti KEJORA - Encik Farid
13 Oktober 2010- Sebagaimana yang telah diatur dan dirangka oleh PMRAM untuk mengadakan Kembara Jejak Realiti (KEJORA) 2010, kini ia menjadi kenyataan. KEJORA dianjurkan bertujuan bagi menautkan ukhwah antara mahasiswa baru dan kepimpinan PMRAM. Ia juga bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa baru terhadap apakah itu PMRAM.
Bermula jam 7:30 petang bertarikh 10 Oktober 2010. Dataran Hayyu 'Asyir yang pernah menjadi sejarah kepada berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) anak Selangor baru-baru ini, sekali lagi telah dibanjiri oleh ratusan mahasiswa baru. Mereka terdiri daripada mahasiswa yang mengikuti Fakulti Pengajian Islam mahupun Perubatan. Mereka berhimpun mendaftarkan diri bagi menyertai KEJORA yang diadakan selama 2 hari iaitu pada 11 dan 12 Oktober 2010.
Maklumat yang diperolehi daripada pihak penganjur memaklumkan jumlah keseluruhan peserta yang mengikuti program KEJORA adalah seramai 500 orang. Wajah ceria dan penuh semangat jelas terpampang di kalangan para peserta. Mereka seakan-akan tidak sabar dan ternanti-nanti di manakah mereka akan bercuti setelah menempuhi Imtihan Qabul.
Ketika para peserta tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Eksekutif Disipin dan Riadhah, tiba-tiba para peserta daripada anak-anak Pahang dikejutkan dengan kenyataan Pegawai Pahang yang melarang sama sekali mereka daripada menyertai KEJORA. Encik Farid yang merupakan Pegawai Hal Ehawal Pelajar Pahang mengugut untuk menghalau mana-mana anak Pahang yang mengikuti KEJORA daripada menghuni asrama rumah Pahang.
Hal yang demikian memaksa 10 orang daripada peserta Pahang di bawah tajaan Yayasan Pelajaran Pahang tidak mengikuti program yang dianjurkan oleh PMRAM tersebut . Ini kerana mereka bimbang jika biasiswa yang mereka miliki sebelum ini akan ditarik balik.
Keadaan tersebut sebenarnya tidak memaksa kesemua anak Pahang untuk menarik diri. Bahkan apa yang menarik perhatian YDP Badan Kebajikan Mahasiswa Islam Pahang (BKMIP), apabila kesemua anak-anak Pahang yang tidak menerima apa-apa tajaan mengambil keputusan untuk tetap menyertai KEJORA. Penulis menganggap tindakan Encik Farid itu adalah satu tindakan yang kurang matang selaku pegawai yang dilihat sebelum ini sebagai seoarang yang berprofesional dalam apa jua tindakan.
Tahniah penulis ucapkan kepada semua mahasiswa-mahasiswa baru yang terlibat menjaya dan memeriahkan program KEJORA pada tahun ini. Sengaja penulis tidak memaklumkan lokasi KEJORA kerana ditakuti pihak JPMK akan mengambil tindakan yang sama bagi menggagalkan program tersebut.
0 comments:
Post a Comment