PMRAM.org
KAHERAH, 7 Oktober - Isu berkaitan dengan pemusatan mahasiswa baru di Kampus Utama Universiti Al Azhar, Kaherah dan kemasukan mahasiswa ke kampus cawangan-cawangan Universiti Al Azhar diberhentikan menjadi isu yang berlegar keseluruh mahasiswa Malaysia terutamanya dan mahasiswa dari asia amnya.
Desas desus mengatakan isu perpindahan mahasiswa yang berada di cawangan juga akan dipindahkan serta dipusatkan di kaherah menjadi tumpuan seluruh mahasiswa yang berada di cawangan untuk mengetahui sepenuhnya berkaitan isu tersebut.
Pihak PMRAM telah beberapa kali bertemu dengan pihak Al Azhar bagi mendapat penjelasan yang lebih tepat dan jelas daripada pihak pentadbiran Al Azhar, namun keputusan yang sama diperolehi secara lisan menyatakan tiada perpindahan sebaliknya mahasiswa baru akan dipusatkan di kampus utama Universiti Al Azhar, Kaherah.
Walaupun begitu, pihak PMRAM tidak berputus asa dalam mendapatkan maklumat lanjut berkaitan isu tersebut daripada pihak yang berwajib.
Dikesempatan pihak PMRAM telah dijemput untuk menghadiri Majlis Semarak Aidilfitri bersama YB Dato' Seri Jamil Khir Hj Baharom, Menteri diJabatan Perdana Menteri yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah di dalam majlis dialog bersama YB Dato' Seri, wakil PMRAM Naib Presiden II, Saudara Mohamad Azlan Hj Alias telah mengutarakan mengenai permasalahan tersebut agar pihak kerajaan dapat memanjangkan isu tersebut kepada pihak Al Azhar.
"Kita telah mengajukan permasalahan mengenai isu pemusatan pelajar baru di Kaherah tersebut kepada Menteri agar dibuka semula kemasukan pelajar di cawangan-cawangan seperti sebelum ini dan kita menerima respon yang baik daripada YB Dato Seri. YB Dato Seri sudi untuk memanjangkan isu tersebut namun mungkin ianya adalah polisi diperingkat Al Azhar", Ulas Saudara Mohamad Azlan Hj Alias, Naib Presiden II PMRAM.
Ulasnya lagi, setelah 20 tahun pihak Al Azhar telah membuka kemasukan pelajar asing ke seluruh cawangan-cawangan Universiti Al Azhar yang terpilih dan sejarah telah membuktikan ramai cendiakawan dan agamawan ditanah air kita sebahagiannya keluaran Universiti Al Azhar cawangan.
Didalam Majlis Semarak Aidilfitri tersebut, deligasi dari PMRAM diketuai oleh Presiden, Saudara Shahrizan Mohd Hazimie, Naib Presiden II, Saudara Mohamad Azlan Hj Alias, Bendahari Kehormat, Saudara Firdauz Noh dan Ketua Badan Penerangan & Penerbitan, Saudara Mohd Faizzudin Ghazali telah beramah mesra dengan YB Dato Seri serta seluruh deligasi rombongan bersama YB Dato Seri dalam sesi jamuan.
0 comments:
Post a Comment