Sumber : ubs-pmram.blogspot.com
19 Oktober 2010 merupakan hari kedua berlangsungnya Roadshow Gempur Syakhsiah.Lokasi pada kali ini bertempat di Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI) bermula pada jam 1.30 tengahari dan berakhir pada jam 4.30 petang. Kehadiran ahli DPMI yang memberangsangkan menambah keyakinan pada ahli panel untuk memberi pengisian dengan penuh dedikasi.
Terpancar di wajah ahli begitu khusyuk mendengar setiap bibit-bibit kalam yang cuba dilontarkan oleh barisan ahli panel yang dipengerusikan oleh saudari Nor Eina M. Ali. Antara ahlipanel yang terlibat ialah Saudara Jamal Najmuddin Sulaiman selaku wakil Hisbah, Saudari Hamidah Daud mewakili Bait Muslim dan Saudari Hanisah Muslim selaku wakil Unit Biah Solehah. Ahli panel memberi penjelasan di posisi masing-masing rentetan dari pelbagai permasalahan mahasiswa yang berlaku.
Tidak lupa juga ahli DPMI dihidangkan dengan tayangan video yang direka khas sempena roadshow tersebut. Roadshow diakhiri dengan penyampaian cenderahati khas buat DPMI berupa poster, risalah dan banner yang disampaikan kepada Pengerusi DPMI.
"Gabungan tiga unit ini sekaligus menggambarkan kerjasama semua pihak untuk menjayakan misi mengembalikan identiti akhlak mahasiswa Islam yang merupakan salah satu ucapan dasar Presiden," ujar saudari Fatehah Md Ambiah selaku Timbalan Pengarah Roadshow ketika ditanya. Semoga dengan usaha yang di sumbangkan oleh delegasi roadshow akan memberi kesedaran kepada ahli serta sekaligus menjadi penggerak misi mulai ini.
Nantikan laporan dilokasi seterusnya.
Oleh : Setiausaha Roadshow Gempur Syakhsiah
0 comments:
Post a Comment