01 February 2010

Islam Taksub Dengan Membezakan Muslim dan Non Muslim?

Satu istilah yang biasa didengari.. Serangan golongan sekular hari ini, ialah dengan mendakwa seperti orang yang tidak berfikir.. Mereka mengatakan bahawa Islam membezakan di antara muslim dan non muslim.. Manakala geng-geng sekular tidak membezakan mana-mana agama..

Mereka berkata lagi… kami menghormati hak orang lain.. Bukan macam Islam.. mereka membezakan di antara muslim dan kafir.. Sedangkan manusia itu semuanya sama sahaja..

Bagaimana hendak menjawab?

Perlu difahami bahawa dunia ini terdapat perkataan-perkataan yang berlawanan… contohnya, tinggi dan tak tinggi (rendah).. cerdik lawannya bodoh.. cantik lawannya buruk.. dan sebagainya.. normal la tu..

Maka, apabila ada Islam, terdapat juga bukan Islam.. normal la tu… Sama juga dengan geng-geng sekular… mereka membezakan di antara manusia yang sekular, dan manusia yang tidak sekular.. orang kristian membezakan di antara kristian dan bukan kristian..

Sama juga seperti dengan tandas.. Nak masuk tandas.. ada tandas lelaki, dan tandas perempuan! Apa masalahnya? Normal la tu.. Adakah orang lelaki yang membuat tandas ini taksub dengan kelakiannya?

Sekolah-sekolah yang kita lihat hari ini.. Terdapat sebahagiannya membezakan mengikut kepandaian.. Kelas A, kelas B, C dan sebagainya.. Adakah cikgu-cikgu taksub dengan kelas-kelas yang pandai? Tidakkah kita tahu, setiap sekolah pasti ada Darjah 1 hingga 6, dan tingkatan 1 hingga 5… Adakah pembezaan ini satu ketaksuban?

Islam mengajak kepada kesatuan, keamanan, kemajuan dan sebagainya.. Kemajuan ajaran sekular ialah menjahanamkan manusia.. Keamanan sekular ialah berbentuk memerangi Islam.. kesatuan sekular ialah menyeru kepada nasionalisme atau kebangsaan..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal