02 February 2010

Adakah Islam Itu Hanya Tahu Mengharamkan?

Jawapannya tidak… dalam Islam terdapat 5 hukum.. wajib, sunat, harus, makruh, dan haram.. Haram hanya salah satu sahaja. Selebihnya “halal”.. iaitu dibenarkan. Cuba kita bilang, berapa banyak perkara halal, dan berapa banyak pula perkara haram…?

Sebelum itu, mari kita lihat dalam undang-undang manusia.. Berapa juta perkara yang diharamkan? Bandingkan pula dengan Islam. Kenapa kita tidak kata undang-undang ini hanya tahu mengharamkan sahaja.. ? Jawapannya ialah untuk mengawal, menjaga keselamatan, keamanan dan sebagainya.

Contohnya .. kita dilarang meletakkan kenderaan di kawasan-kawasan yang di”haram”kan.. Sudah pasti ada sebabnya..

Tetapi manusia hari ini, hanya melihat haram itu pada Islam sahaja.. dalam undang-undang manusia pun sudah berjuta perkara yang diharamkan.. cuma istilah yang digunakan ialah “dilarang”. Contohnya dilarang merokok, dilarang berkata-kata, dilarang pijak rumput.

Adakah kita akan pertikai undang-undang ini..? Dalam Islam, istilahnya berbunyi seperti ini, “dilarang makan khinzir bagi orang Islam, dilarang mengumpat orang, dilarang berjudi, dilarang minum arak dan sebagainya..” sama sahaja.. Bukankah ia sesuatu larangan yang normal?

Islam melarang sesuatu yang membahayakan, merosakkan dan sewaktu dengannya. Adakah kita masih menganggap Islam itu hanya tahu melarang? Ingat, perkara yang diharamkan oleh Allah telah disebut di dalam al Quran, dan Hadis. Apa yang tidak disebutkan adalah halal…

Maka, sudah pasti perkara halal begitu banyak tak terkira. Dan perkara haram itu boleh dikira.. Bahkan, apa yang diharamkan tersebut, adalah sesuatu yang mendatangkan mudharat kepada manusia sendiri.

Islam melarang membuka aurat.. adakah ia merupakan satu bentuk kongkongan? Ia adalah mendidik supaya manusia tidak menjadi liar. Manakala sekular mengajak manusia supaya menjadi liar.. dan sememangnya pemikiran inilah yang disukai.

Cuba teka, apa yang dilarang oleh sekular? Adakah sekular bebas seratus peratus? Adakah apabila seseorang itu sekular, dia boleh lakukan apa yang dia mahu? Hakikatnya tidak.. Ingat, pemikiran sekular juga mengongkong..

Sekular mengongkong manusia daripada menjalani kehidupan dengan aman. Sekular menyekat manusia daripada berpegang dengan Agama yang selari dengan naluri manusia. Sekular menyekat manusia daripada mendirikan solat, dan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai agama. Sekular mengongkong manusia dengan material, sedangkan manusia perlukan makanan rohnya.. dan banyak lagi..

Sama sahaja.. sekular juga meng”haram”kan penganut mereka daripada berpegang dengan Agama. Sedangkan Agama Islam itu adalah naluri semua manusia.. Ini bermakna sekular telah menyekat naluri seorang manusia!

Maka, kita perlu sedar bahawa setiap pengharaman dalam Islam terdapat nilainya yang memberi kebaikan buat manusia. Dan perlu diingat juga bahawa perkara haram ini telah disebutkan dengan jelas dalam al Quran dan Hadis, apa yang tidak disebutkan adalah sesuatu yang halal.. Islam mengharamkan sesuatu yang memudharatkan, merosakkan, menganiaya dan sewaktu dengannya.

Ambillah iktibar wahai orang yang berakal!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal