03 February 2010

Penjelasan Tentang Kemunculan Dajjal

Baru terbaca di dalam ruang shoutbox blogger azhari, sebuah artikel yang dihantar oleh “meer” pada tarikh 2 Februari 8.13 malam..

Artikel yang telah beliau siarkan di dalam blog ajaibbenar.blogspot.com.. yang bertajuk “Mesej Hangat, Gegaran Di Pahang.. yang berkisar tentang Dajjal..

Boleh klik di sini ---> http://ajaibbenar.blogspot.com/2010/02/mesej-hangat-gegaran-di-pahang.html

Antara yang disebut ialah :

“Semalam. siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya. > kpd semua yg bergelar muslim,hari nie pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia m'dapati sesuatu bunyi ganjil spt ngauman raksasa dr bwh mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kte disuruh sentiasa x berhenti azan dan solat,sebarkn kpd umat ISLAM yg lain. Amanah! Wallahualam”

Sedikit persoalan :

Di antara keratan yang disebut ialah : “menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal yang berusaha untuk naik ke muka bumi”

Siapakah ulama yang berpandangan sedemikian?

Ulasan

1. Dajjal bukanlah seekor raksasa, tetapi ia hanyalah seorang manusia biasa yang agak rendah, bermata buta sebelah, sebelah mata lagi mengalami cacat, jarak antara dua kakinya yang agak lebar, berambut kerinting, berwarna coklat gelap, pipi kemerah-merahan, terdapat bonggol sedikit di bahagian belakang dan sebagainya. Dajjal seorang berbangsa Yahudi, dan mandul.

(Riwayat Abdullah bin Umar, Shahih Bukhari : 6595 dan 5218 / Riwayat Nuwwas bin Sam’an, Shahih Muslim 5228 / Riwayat Ubadah bin Shamit, Sunan Abi Daud 4322 / Riwayat Abu Hurairah, Musnad Imam Ahmad : 8124 / Riwayat Huzaifah, Shahih Muslim : 5222 / Riwayat Anas, Shahih Bukhari : 6598)

2. Dajjal bukanlah sedang berada di bawah tanah. Kerana seorang manusia tidak mampu untuk hidup di situ. Bahkan, dia sedang berada di satu tempat (sudah wujud semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Ini bermakna, Dajjal sudah lahir, tetapi belum menzahirkan dirinya). Dajjal akan muncul (zahir) ketika umat Islam di satu masa yang ditetapkan oleh Allah. Iaitu ketika manusia dalam kesesatan, dan jauh daripada agama dan ilmu. Tiada cara untuk menyekat kemunculannya.

(Riwayat Amran bin Hasin, Musnad Imam Ahmad : 19142 / Riwayat as So’bi bin Jathamah, Kanzul Ummal : 38817 / Riwayat Abdullah bin Umar, Sunan Abi Daud 3704 )

4. Dajjal akan muncul di Khurasan, atau kawasan berhampiran Iraq, Iran dan Palestin. Sila rujuk peta dunia. Dia tidak muncul dari Malaysia, atau Pahang.

(Riwayat Fatimah binti Qais, Shahih Muslim : 5235 / Riwayat Abu Hurairah, Shahih Ibnu Hibban : 6792 / Riwayat Abu Hurairah, Majma’ Zawa’id : 12543 / Riwayat Abu Hurairah, Musnad Imam Ahmad : 8099 / Riwayat Sa’id bin Musayyib, Musnad Ibnu Abi Syaibah : 38654 / Riwayat Saidina Abu Bakar, Kanzul Ummal : 27948 / Riwayat Anas bin Malik, Musnad Imam Ahmad : 13344 / Riwayat Abdullah bin Umar, Musannif Ibnu abi Syaibah : 38693)

5. Dajjal muncul selepas kemunculan Imam Mahdi. Hari ini, Imam Mahdi masih lagi belum muncul. Sebahagian pandangan mengatakan bahawa Imam Mahdi akan muncul setelah kembalinya sistem khilafah.

(Musnad Imam Ahmad : 2796 / at Tariq Ila Jama’atil Muslimin : ms 97 / Amin bin Muhammad Jamaluddin Phd al Azhar : Perang Amergeddon, Penjelasan Terakhir Buat Umat Islam ms 47 - 96 / Abdul Salam bin Abdul Wahab Towilah : al Masih al Muntazhor Wan Nihayah al Alam / Muhammad Ismail Muqadam : Fiqh Asyratis Sa’ah )

Kesimpulan

Dajjal hampir muncul kerana keadaan zaman ketika ini yang telah menunjukkan beberapa tanda kemunculannya. Walhal, ia bukanlah seekor raksasa, atau sejenis binatang yang mengaum. Tanda-tanda kemunculannya ialah berlakunya banyak gempa bumi. Tetapi bukan disebabkan Dajjal sedang menyorok di bawah sana.. WaLlahua'lam.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah,
Universiti al Azhar

2 comments:

Ahmad on May 26, 2011 at 7:02 AM said...

Jemaah Tabligh adalah antara salah satu jemaah yang dah lame standby untuk sambut kedatangan Imam Mahdi, Dajjal dan Nabi Isa, insyaallah. 3 Hari, 40 Hari, 4 Bulan tuh latihan jer. Bile 3 manusia nih keluar, maka kene bagi seluruh masa dan hari untuk agama. Kalau 3 hari pun tak sanggup tinggalkan kerja, isteri, anak, mcm mana kalo dajjal datang nanti. Sanggup ke nak tinggalkan keluarga berjuang bersama Al-Mahdi? Fikir-fikirkan.. Jadi semua kene belajar kuatkan Iman dan Amal dgn keluar di jalan Allah, sekarang, belajar buang cinta pada dunia!

JoeWings on September 25, 2011 at 12:17 PM said...

allahuakbar......
semoga allah melindungi umat muslim sedunia di hari datangnya dajjal kelak...

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal