08 June 2010

Karikatur : Mesej Sudah Sampai, Rundingan Masih Kabur


Semenjak pertengahan 2007, Gaza telah dicengkam dengan sekatan dan kepungan yang amat zalim. Lebih memilukan apabila diserang selama 23 hari berturut-turut tanpa henti meskipun pada waktu zionis mengistiharkan 'rehat' selama 15 minit, namun zionis bohong..serang dan terus menyerang. Kelibat pesawat perang terus membunuh nyawa-nyawa tidak berdosa, malah kereta kebal membedil dengan bongkak dan pesawat yang dikawal(pesawat pengintip) juga dengan penuh riak membunuh penduduk Gaza meskipun di'control' dari jauh seumpama sekutu-sekutu Israel dan Amerika yang dikawal agar laksanakan arahan dan perintah. Bila zionis berundur, maka diketatkan lagi sekatan sehingga terdengar suara-suara menjerit dari Gaza tetapi tiada respon jawab yang jelas, sekadar marah dan menengking zionis..dunia masih kaku. Secara tak sedar, tiba freedom flotilla dengan niat membantu. Walaupun tidak dapat menjejakkan kaki ke pantai Gaza, mereka telah berjaya menyampaikan mesej-mesej kepada semua orang di dunia bahawa penduduk Gaza sedang menghadapi saat-saat akhir dihujung nyawa. Lalu, dunia bingkas bangkit dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan lanun zionis. Orang mula sedar dan masing-masing bersuara untuk membebaskan Gaza dari sekatan Israel. Mesej ini dibawa khas agar isu ini tidak terus dibungkam dengan mulut yang dicantumkan dengan stapler sambil kaki dan tangan diikat.


Rundingan secara tidak langsung, rundingan secara langsung..apapun ia tetap rundingan. Itulah rundingan tanpa sempadan. Apabila dinamakan rundingan, masing-masing pihak wajar menyuarakan pendirian dan prinsip untuk mempertahankan hak. Namun, sudah beberapa generasi rundingan dijalankan, mana hak untuk Palestin dan bila masa untuk Islam kembali muncul agar dapat menjaga hak-haknya..?

Sumber karikatur : Palestine 48

Mini Pavilion PMRAM

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal