Mini Pavilion
08.28 malam, Mesir/Palestin : Pihak Berkuasa Mesir merampas bantuan dari konvoi pembebasan Mesir, malah delegasi yang disertai 12 orang ahli parlimen Mesir turut tidak dibenarkan masuk ke Gaza.
Seorang anggota Dewan Rakyat Mesir dari kumpulan parti pembangkang, Jamaah Al-Ikhwan Muslimin, Hazem Farouq ketika berada di pintu sempadan Rafah Mesir dengan beberapa ahli parlimen Mesir dari parti-parti yang lain turut menghubungi pihak-pihak dari berbagai-bagai peringkat bagi dibenarkan memasuki Gaza.
Sebelum mereka tiba di sempadan Rafah Mesir, Mereka telah memaklumkan kepada speaker parlimen mengenai delegasi ahli parlimen ini akan mengadakan konvoi bagi yang bersimbol pemecah sekatan dan membangunkan semula Gaza untuk memasuki Gaza.
Konvoi yang diadakan itu ekoran dari ketetapan rasmi dari Presiden Mesir, Housni Mubarak membuka sempadan Rafah Mesir setelah serangan Israel ke atas kapal armada pembebasan.
Namun, setakat ini, konvoi tersebut tidak dapat memasuki Gaza, malah trak-trak yang membawa muatan bekalan bantuan seperti besi dan simen turut dirampas Pihak Berkuasa Mesir.
Ahli parlimen tersebut, Hazem Farouq berkata seorang wakil rasmi Mesir menyampaikan kepada mereka supaya hubungi pihak atasan bagi membincangkan hal ini untuk mendapatkan penyelarasan sama ada dibenarkan masuk atau tidak.
Berikutan tidak dibenarkan masuk ke Gaza, beliau berkata, "Setiap apa yang terjadi, hanya bercakap saja", seraya beliau mengungkapkan tidak rasa optimis dapat memasuki Gaza melalui sempadan pada ketika ini. Dinyatakan, mereka akan berusaha agar dapat masuk ke Gaza. Sumber web berita safa.ps
0 comments:
Post a Comment