27 June 2010

318 al Quran Dirampas Kerana Tak Lepas KDN.. ?


KOTA BHARU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kelantan merampas 318 naskhah teks al-Quran bernilai RM4,800 kerana menyalahi Akta Percetakan Teks al-Quran sejak operasi dilakukan sekitar Januari hingga Mei lalu.

“Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran atau bahagian (PQ) satu bahagian penting di dalam KDN. Bahagian ini berfungsi mengawal dan memastikan segala bentuk bahan bacaan al-Quran.

“Ia termasuk bahan yang dicetak, diterbit, diimport dan diedarkan di Malaysia tidak mengandungi bahan negatif atau kesilapan,” katanya ketika merasmikan Program Dialog AMCP 1984 dan APTQ 1986 bersama penerbit, pencetak dan pengedar buku serta majalah di sini, semalam. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi.

Pada majlis itu seramai 85 penerbit, pencetak dan pengedar buku serta majalah menyertai sesi dialog dengan KDN untuk membincangkan pelbagai isu berbangkit, termasuk penjualan naskhah al-Quran yang dibenarkan.

Peserta juga mengajukan soalan mengenai garis panduan penjualan naskhah al-Quran yang dibenarkan, selain tidak melanggar peraturan ditetapkan KDN untuk mengelak dirampas.

Dalam program terbabit, peserta juga diberi peluang melihat beberapa barangan yang dirampas KDN, termasuk majalah hiburan dari luar negara dan berunsur lucah cuba diseludup melalui pintu masuk negara.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal