25 June 2010

Non Muslim Bertanya, Kenapakah Orang Islam Halalkan Judi?



Sekali lagi saya keliru apabila Tun Mahathir cuba “memusingkan cerita” untuk mengatakan judi tersebut halal. Dalihnya ialah, “mengapa kita perlu menghalang bukan Islam untuk berjudi?” Kenyataan beliau ini telah saya siarkan di dalam artikel di bawah :


Saya tertarik apabila beliau menggunakan istilah “non muslim” untuk menghalalkan judi. Maka, saya suka untuk bertanya, “kenapa kita mengajar bukan Islam supaya berjudi?”. Lesen judi yang dibenarkan, apakah kita mampu membendung umat Islam yang berjudi?

Berita kebelakangan ini, macam-macam disumbatkan di akhbar mengatakan bahawa pihak keselamatan telah membuat tangkapan kepada mereka yang terlibat dalam judi. Ah.. sampai bila? Membuat tangkapan, tetapi lesen judi diluluskan.

Sebelum ini non muslim tertanya-tanya, apakah itu Islam yang sebenar? Lalu bangkitlah seorang yang merupakan pemimpin negara Islam kononnya, mengatakan bahawa negara Islam style kami ini menghalalkan judi.

Lalu, non muslim akan melihat dan berfikir.. Mereka berkata : Setahu kami, judi ini boleh menyebabkan pergaduhan, kezaliman, merampas harta benda.. Mereka bertanya.. “Adakah ini yang dikatakan Islam?

Lalu, pemimpin itu bangun lagi.. “Ya.. kami adalah negara Islam.. lihatlah 100 orang ulama akan menyertai kami!”.. Bertambah pening lagi non muslim.. Mereka berfikir, “Inikah Islam?”. Mereka keliru lagi.

Habis cerita... Persoalannya, "siapakah yang menyebabkan Islam itu dipandang serong?"

Ibnuirfadzil.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal