25 June 2010

Akhir Zaman, Tok Guru Agama Dianggap Pengganas


Selama 5 tahun saya mengkaji tentang “akhir zaman”. Insya Allah, akhir tahun ini saya akan menerbitkan satu kajian semasa tentang akhir zaman, hasil daripada penulisan dan kajian saya selama 5 tahun ini.

Namun, sedang sibuk mengkaji dan menulis, saya terkejut apabila baru dua-tiga hari kebelakangan ini, muncul isu “Tok Guru Agama Dianggap Pengganas”. Sebelum ini, kita sudah mengetahui bahawa antara tanda akhir zaman ialah “Golongan Ulama Disisihkan”.

Tetapi ia seperti dikelirukan.. Perlu ingat, akhir zaman kita akan melihat dua jenis ulama, iaitu ulama yang benar-benar ulama, dan sejenis lagi adalah ulama yang merapu... Di akhir zaman juga, ulama yang sebenar ini akan disisihkan..

Oh, rupa-rupanya di akhir zaman, ulama telah disenaraihitamkan sebagai pengganas. Bukan sahaja disisihkan, bahkan diprovok macam-macam. Dalam masa yang sama, ulama-ulama yang sebenar ini akan dilaga-lagakan, dan difitnah macam-macam.

Dalam masa yang sama, ulama yang merapu menggoyang kaki sambil menepuk tangan tepuk amai-amai belalang kupu-kupu.. Oh tidak, inikah akhir zaman? Sejak bila pula seorang ulama dikatakan pengganas?

Erm.. tindakan Israel menyeram Misi Kapal Bantuan ke Gaza? Amacam? Ada sesiapa yang nak labelkan sebagai pengganas? Tidak mungkin, kerana yang “menentukan kamus pengganas ini” adalah sahabat-sahabat karib Israel sendiri.

Lalu, istilah pengganas diletakkan kepada mereka yang beragama Islam, dan mereka yang mengajar Islam seperti Tok Guru. Umat Islam yang diburuk-burukkan oleh media dianggap pengganas. Afghanistan yang memelihara negara mereka daripada ancaman penjajah, dianggap pengganas.

Ya, kesimpulannya, inilah akhir zaman. Jangan tertipu dengan istilah “pengganas”. Ini kerana, mereka yang menulis istilah pengganas di dalam kamus pemikiran manusia, ialah geng-geng pengganas juga!

ibnuirfadzil.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal