Oleh : Pengerusi DPM Damanhur
Palestin adalah satu isu yang sekian lama berlaku. Ianya terus dilihat dengan pandangan simpati oleh seluruh umat manusia. Ibarat penjara yang amat luas dan besar, Gaza, satu juzuk dari palestin yang masih mempertahankan maruah Islam dan palestin, Gaza terus diinjak, ditindas dan diperangi.
Jikalau dulu, seinci tanah tersebut, bukan sekadar diberi percuma, bahkan ingin dibayar dengan segunung emas sekalipun,ianya tidak akan diperlelongkan. Masihkah kita ingat kata-kata khalifah terakhir, Sultan Abdul Hamid 2, daripada turki, berkata tentang Palestin :
“Palestin bukan milikku, bukan milik bangsa turki,tetapi milik bangsa arab. Baitul maqdis pula bukan milik bangsa arab, tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku sesekali tidak akan menyerahkan bumi palestin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta ringgit itu, kerana sekiranya suatu hari nanti khalifah Islamiah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa wang tukaran. Adapun, sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi palestin dikeluarkan dari Daulah Islamiah, dan perkara itu selamanya tidak akan berlaku.Adakah kami akan membenarkan diri kami (Negara-negara Islam) ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?“
Palestin bukanlah sebuah Bandar, tetapi ianya adalah akidah umat ini. Akibat baculnya para pemerintah dunia Islam, kesatuan Negara Islam yang dinamakan OIC hanya tinggal nama, seakan-akan nama itu sinonim buat mereka (oooo…I see =OIC) tiada mampu mempertahankan pembunuhan yang berlaku kepada umat Islam Palestin.
PENYAKIT KITA
Kerana apakah semua ini berlaku? Kerana umat Islam.siapakah umat Islam? Tepuk dada,tanyalah iman kita..tanyalah diri,siapakah kita.
Sabda nabi SAW :
عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ
Daripada Thauban berkata,bersabda Rasulullah SAW : “ akan sampai satu waktu,akan mengerumuni kamu oleh umat-umat yang lain,sepertimana mereka mendatangi makanan sehingga kemuncaknya,maka ditanya Rasulullah,adakah kerana sedikitnya kami pada waktu itu?berkata Nabi:”bahkan kamu pada waktu itu kamu ramai sekali,akan tetapi kamu seperti buih yang mengalir,akan dicabut dari hati musuh kamu oleh Allah taala,ketakutan kepada kamu,dan akan ditanam kedalam jiwa kamu Al-Wahnu.maka ditanya,apakah al-wahnu itu? Sabda Rasulullah : “Cintakan dunia dan takutkan mati “.
Adakah kita ingin terus digelar pengecut? tidak ingin membantu saudara kita di Palestin?
Atau adakah telah kita dihinggapi al-wahnu?
SUMBANGAN KITA
Jangan kita ingin mempersalahkan sesiapa di dalam hal ini,jikalau kita masih belum menyumbangkan apa jua sumbangan kepada umat Islam di Palestin. Sumbangan paling sedikit yang tiada mungkin sesiapa pun tidak mampu lakukannya adalah DOA. Dikala kita lemah, mohonlah pada yang maha Kuat, lagi maha Perkasa..adakah telah kita lakukan?
Sabda nabi SAW :
الدعاء سلاح المؤمن وعماد الدين
Maksudnya : “ doa adalah senjata mukmin dan tiang agama
Ada segelintir dari kita menganggap isu ini adalah tiada berkait dengan mereka. Adakah terlalu malas mereka yang berkata sebegini, jikalau kita sebagai umat Islam, peri penting kita mengambil berat hal ini atas dasar persaudaraan Islam. Sabda nabi SAW :
من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Maksudnya : “Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam,maka bukanlah dia dari kalangan mereka“
Jikalau bukan atas dasar agama, maka tidakkah mereka melihat atas dasar peri kemanusiaan?
AKHIRNYA
Sama-samalah kita bangkit membantu saudara kita yang teraniaya di bumi Palestin pada hari ini. Mereka adalah saudara kita, bantulah mereka dengan sedaya yang mampu kita lakukan. Marilah sama-sama kita buktikan persaudaraan kita dan mereka dengan sama-sama kita rasai keperitan mereka. Firman Allah Taala :
انما المؤمنون إخوة
(( Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara ))
Sabda nabi SAW :
المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا
Orang mukmin itu ibarat sebuah bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain
Amar bin Jamaludin,
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur (DPMD)
0 comments:
Post a Comment