30 June 2010

Diskusi Kitab Cebisan Hati Manusia Di Tanta

Petang tadi, selesai diskusi buku Cebisan Hati Manusia, bermula jam 2.44 petang sehingga jam 6.32 petang, di Tanta. Berhenti solat pada jam 4.20 petang, sehingga jam 5.08 petang.

Sedikit perkongsian untuk para sahabat, buku Cebisan Hati Manusia ini, adalah karya pertama saya yang diterbitkan. Saya agak terkejut apabila mendapati bahawa penulisan ini hanya memakan masa seminggu sahaja.

Setelah seminggu menulis.. saya tertanya kepada diri sendiri.. eh.. dah siap dah.? Dan sepanjang penulisan ini, saya merasa agak mudah untuk mendapat pelbagai rujukan. Alhamdulillah.

Insya Allah, karya kedua dan ketiga akan menyusul.

Karya kedua, buku Akidah, Kefahaman dan Pemikiran, yang sudah diedarkan di sebahagian BKAN dan DPM. Manakalah karya ketiga ialah Kacamata Melayu, yang sedang dicetak. Insya Allah beberapa hari lagi akan terbit di pasaran. Doakan.

- ibnuirfadzil.blogspot.com

1 comments:

Aisyah Khadijah on July 19, 2010 at 9:14 PM said...

alhamdulillah, bess baca :D

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal